@churalliya

Thursday, January 2, 2014

Nama baru = Abang besar

Ini abang besar dah mula pra sekolah hari ni.. Setakat pagi tadi tiada sebarang drama yang dicipta.. Cuma masa nak parking sebelum turun kereta tadi dia ada cakap

"mama, kenapa mi rasa macam nak menangis ni mama?"

Cepat2 mekchu suruh dia praktik kan tektik tahan menangis yang pernah diajar oleh papajib dia setahun yang lalu.. Ternyata teknik tu sungguh berkesan.. hahaha..

Banyak yang nak diceritakan terutama dialong abg mi yang sangat menjadi-jadi lucu dia.. semua pengaruh hagemaru la ni.. nanti la, slow2 mekchu share ngan korang semua.. mmg kelakar..

Ni nak tunjuk wajah baru abang mi ehhhh abang besar..

Semalam bawak dia pegi gunting rambut.. Sejak umo 3 tahun dah mintak nak rambut pacak tapi papajib tak bagi.. takut rambut rosak bila pakai gel rambut.. Tapi semalam papajib dengan rela hati membenarkan rambut k-pop abam mi kena robek... ohh hati mekchu yang pedih....




Lain sangat kan muka abang mi.. tu yang terus kena panggil abang besar (^_^)

Hermmm baru 30 minit lepas gunting rambut, mekchu dah mula rindukan rambut k-pop dia..

Abg mi sangat suka kan rambut baru dia.. tak pe la, pembakar semangat untuk rajin ke sekolah.. Tapi tu la, pegi sekolah pakai songkok.. bukan nampak pun kepacakan rambut tu.. tak bagi dia pakai gel hari2.. sabtu ahad je baru boleh..

Semalam dah siap pilih sendiri gel rambut macam dalam iklan tv..

Mi nak gel rambut "senang dibilas, senang digaya. tak nak macam gel papa susah dibilas, susah digaya" hahaha dia buat aksi macam dalam iklan tu.. paling tak tahan sempat kenakan papa dia. Teringin nak tgk iklan gel rambut tu.. Code 10 kalo tak salah.. Ishhhh mmg kuat sangat pengaruh iklan pada budak2 baya abg mi ni..

Cerita orientasi dan cerita pengalaman baru ke sekolah nanti mekchu buat ok.. Memang akan buat sebab itu adalah pengalaman yang sangat mahal..

Hari ni dan esok cuti.. Nak pantau abang besar yang sorang ni..

by mekchuN (^_^)

10 comments:

shark said...

tetap hensem lah abam mi!!:)

Rizziela said...

baguslah...:kenapa rasa nak nagis ek?

Anum said...

wow

syawalsimpsons said...

ohh abang besar najmi sudah mari...melting sudah...

amirah said...

awww....ensemnya abg besar ni..dh nmpk besar sgt...

GREENJADE said...

hamboi tetanjat auntie tgk rambut pacak dia!

tp auntie pun sama mcm mama gak suka rambut K-pop dia..nmpk lembut n comel jek...

QasehnyaRania said...

wah makin hensem abg besar
abg mi pi pra sekolah ye..
cpat mekchu update.. hihi

nad said...

Mmg gaya abg besar ni =)

Ps: aah blog mekchu jek yg saya ada masalah nk komen..tp xpe, tiap2 kali entry baru wajib masuk punya...no hal la =)
Rasanya sbb saya komen thru hp kot hehe...no worries la k! =)

Anonymous said...

Makin hensem abang besar ni..

QasehnyaRania said...

selamat berhujung minggu :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...