@churalliya

Saturday, January 4, 2014

Orientasi abang besar najmi

Mama dia punya debor nak orientasi ni Tuhan je yang tahu.. Siap mengigau malam.

Nak dekat2 bukak sekolah ni sempat la jugak kitorang bawak abg mi jalan2.. tiada unsur rasuah pun.. cuma saje nak menggembirakan dia.. sambil bawak jalan2 sambil ingatkan tak lama lagi dah mula sekolah.. member yang happy terus sentap.. hahaha..

Fobia pulak bila kenang drama dia masa mula sekolah Tadika Kemas tahun lepas..

Tahun ni kami tukarkan sekolah abam mi.. Kalau dulu dekat dengan rumah, kali ni dekat ngan opis.. Pagi sebelum masuk opis hantar abg mi dulu. Ptg lepas keluar opis amek dia..

Masa orientasi baru2 ni mekchu amat bersyukur sebab abang mi dapat terima sekolah baru dia.. Cuma mula2 tu ada la jugak nak bikin drama.. tapi drama tak menjadi...

Sambil2 tunggu murid darjah 1 beratur tu kan, dia dah mula dengan dialog dia dah...

"mama... kenapa mi ni tak berguna?" (mmg ayat hagemaru sgt)
"haaaaaahhh? kenapa abang cakap mcm tu? Anak mama semuanya berguna tau" 
"sebab mi rasa malu sangat nak perkenalkan diri"

Hahahahaha... sampai macam tu sekali kannnn.. malu punya pasal.. ayat tak bleh blah...

"mama, kenapa mi ni rasa macam nak menangis mama?"
"isshhhh tak de apa2 la... cuba abang buat teknik tahan menangis macam yg papa ajar tu"

Dia pun buat laaa teknik sedut napas dalam2 lepas tu tahan... lepas tu mekchu tak layan. Sebab kalau dilayan makin menjadi..

Tiba turn murid2 pra beratur, terus tangan mekchu sejuk.. adoiiii.. jangan mama dia yang pitam kat situ cukup..

ni baru cikgu bagi dia tag nama dan suruh beratur ikut kelas, member dah mula berkerut dah.. 

 tu dia.. dah mula cembeng... kali ni kami biar kan aje.. tak de datang pujuk pun..

kejap lepas tu cikgu dah bawak masuk kelas.. mekchu nak follow jauh, tapi excited nak amek gambar punya pasal tak perasan makin lama makin terdekat pulak.. terus abam mi perasan.. nasib dia tak meluru datang pegang kaki.. 

Tiap kali abam mi nampak mekchu mesti mekchu buat "thumbs up" kat dia.. Kasi dia semangat skit..

 masuk je kelas dah ada menan sorang satu atas meja.. pas tu dengan kertas untuk kaler2.. pandai sgt strategi pihak pengurusan nak bagi budak happy kan.. bagus.. 

Sampai parents lak yang terjerit2 panggil nama anak masing2 nak amek gambar.. Anak2 leka je dalam tu..

mekchu & wawa tunggu kat luar je.. 

Nasib ada beberapa anak member jugak yang sekolah kat sini.. Senang la nak tya apa2 nanti..

Nampak abam mi macam ok aje, terus gi sarapan kejap.. Kali ni sarapan selera semacam. tak macam tahun lepas, makan roti kosong sekeping pun tak abis. Risau punya pasal.. hahahaha...

Lepas abis sarapan jenguk abam mi semula.. nampak dorang dah beratur kat luar. Cikgu nak tunjuk toilet ngan kantin..

dia dah mula senyum laaaa... leganyaaaa....

 ermmm konpem lah baru lepas wiwi ni.. baju ustaz dah terkeluar.. 

Lepas tu dorang di bawa ke kantin sekolah.. Masa ni mekchu debor semula.. dup dap semacam.. Seorang mama tu dah dapat rasa apa yang bakal berlaku kan..

labuh betul bag anak papa tu.. sampai lutut!

abam mi pun sama macam orang lain beratur nak amek makanan.. tp bila sampai je turn dia terus cakap "cikgu... saya tak nak makan... saya nak air aje... " Cikgu suruh amek jugak makanan terus dia blah macam tu aje.. 

 terus cikgu yang bawak kan makanan untuk dia.. 

 memang minum air semata pagi tu.. itu pun nasib nak teguk air.. tadika dulu air pun tak nak minum.. 

sikit pun tak sentuh mee hoon sup tu.. air pun adala seteguk dua buat hilang kering tekak.. 

Mekchu pernah cerita kan yang abam mi ni tak akan makan kat sekolah. Setahun kat tadika memang dia tak pernah makan langsung.. Balik pukul 12, pukul 12 la baru kebulur makan kat rumah nenek labu.. Itu ok la separuh hari aje dan ada nenek labu boleh masak kan.. Sekarang sekolah dah sampai petang..

Nak tak nak kena lah bawak kan bekal untuk dia.. Nasib dia setuju nak bawak bekal..

Mekchu nak masak kan bekal untuk anak pagi2? haaaaa kedengaran macam susah nak percaya kan.. hahahaha...

Dulu mekchu pernah tanya dia ..
"kenapa abang tak nak makan kat sekolah?"
"sebab cikgu masak menjijikkan"

Itu jawapan dia dulu pada mekchu.. Bukan pada cikgu tau. Kalau cikgu dengar jawapan macam ni memang black list la nama anak haku... Sekarang kalau tanya lagi memang dia tak nak jawab dah.. Umpama haiiiii letih la haku nak jawab soalan yang sama........

Benda yang mekchu risaukan memang terjadi. Dia masih tak nak makan kat sekolah.

"mama tak payah la bayar yuran sekolah mi"
"kenapa pulak?"
"sebab mi kan tak makan kat sekolah..."

Suka2 kau je kannnn... Lepas tu bawak gi makan roti telur.. Habis licin!!! Kelaparan rupanya..

Balik tu tanya macam mana dengan sekolah baru? suka ke tidak? best ke tidak? Dia jawab macam ni..

"mi suka lah mama dengan sekolah baru mi.."
"ye ke.. leganya mama dengar"
"mi tak sabar nak pegi sekolah. Sehari kalau boleh 10x mi nak pegi sekolah.."

Amboi melampau sangat la tu kan... Mcm tak percaya pulak kesan orientasi sampai macam tu sekali..

"kenapa abang suka dengan sekolah abang? bagi mama 5 sebab"
-"sebab pertama kelas mi ada ekon"
-"sebab no.2 meja mi boleh bukak2 simpan barang"
-"sebab ke-3 kelas papan tulis cikgu boleh pancar cahaya (projektor)"
-"sebab ke-4 kasut mi hitam tapi tapak dia merah"

Hahahaha.. bagi 4 sebab pun mekchu dah gelak-gelak... Aduhai anak..

by mekchuN (^_^)

10 comments:

mama tisya said...

mmg kelas ada ekon ke..kerlas...kalo jenis tk mkn..mmg kena siap bekal la kn...kita thn ni awal2 ni kita rajin kn diri wat bekal utk tisya...nk bg duit blum reti lg...

Nad MamaZN said...

yeay, boleh komen!! =p
betul la problem dr side saya hihi
guna hp takleh nak komen,
guna laptop baru boleh
legaaa...

tak tahan baca ayat-ayat najmi ni
nak tergelak pun ada gak hihi
mama kena rajin memasak la tetiap pagi camni :)

salwana nordin @ che'wa said...

ayat hagemaru betul abg mi ni hheeee...

good job mi..dah besar kan..takmo drama2 dah..sian mama :)

kayyana said...

hahaha.. yana yg baca ni pun dok tergelak bc 4 sebab abg mi tuh.. kak, ni skolah kat mana ni?

.::WaNiE::. said...

hahaha alasan dia suke pegi sekolah tu mmg kelakar abis la mekchu !

kemain tekad xmau makan makanan sekolah. huhu kesian lapar

QasehnyaRania said...

sabaq je la abang besar. terbaik punya jawapan.hihi.
tpi kan mekchu mmg encem la abg besar :-)

InaAchik said...

jawapan abg micah sgtlah specific. bagus bang micah! jelas bakat pelajar cemerlang di situ! :)

Azura Aziz said...

hahaha.. bole gelak guling2 bc sebab2 dia..

Nini D.. said...

ok..drama masuk sekolah ni mmg den suko!!

kayyana said...

hahaha..gelak jap.. adoila hai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...