@churalliya

Thursday, July 24, 2014

Pengalaman pertama kali anak berpuasa

Tahun pertama abang mi berpuasa... memang pengalaman sangat lah... yang pasti nya pengalaman manisss sangat...

ni hari pertama puasa. Hari Ahad kan. So memang asyik keluar masuk dapur aje la kejenya... 

Bising kata lapar nak makan... Dah habis tenaga katanya... nak angkat tangan pun tak boleh... Suruh mekchu masak nasi goreng.. saje je buat lengah... Lepas azan zuhur baru bagi dia makan...

Hari kedua dan seterusnya dah start sekolah kan... tak sangka pulak hari kedua tu dia boleh tahan sampai berbuka... dan hari2 lepas tu pun dia dapat puasa penuh jugak.. Kuat jugak abang mi ni..

Mula-mula puasa hari tu kejutkan abang mi bangun sahur sama-sama.. liat kemain nak bangun sahur.. pujuk je nak dekat 5 minit.. dia bangun, tapi tak nak makan apa... paksa makan, kita pulak dimarahnya... masa tu demam world cup lagi... so, lepas sahur kalo ada game bola dia akan layan tengok tv ngan papajib.. Kalo tak de game yang letih skit... sebab dia ikut papajib tido balik..

Adehhh kena pulak kejut sekali lagi nak pegi sekolah...

Bila mekchu tanya tips kat kawan2, mekchu dapat idea...


Kejutkan dia pukul 6.30 pagi macam tu.. mandikan terus. Lepas tu baru suruh dia sahur... Tak ape lah kan mula2 ni bagi dia sahur pukul 7 pagi.. Abis je sahur terus ke sekolah.. Jadi penjimatan nak kejut anak sampai 2 kali.. kurang la sikit stress tu kan...

Lauk sahur abang mi senang.. Dia nak lauk telur dadar ngan kicap aje... Terima kasih abang...

Ni hari pertama abang mi puasa penuh...

betul-betul mengadap nak tunggu acik tu masak beger dia... 

Dalam hati memang kesian tengok budak 6 tahun puasa.. ehhh kira 5 tahun setengah lagi lasa tu.. mekchu dulu pun umur berapa ehhh baru belajar puasa.. puasa penuh darjah 3 kot macam tu...

Niat mekchu nak ajar dia berpuasa dan tahu apa itu puasa.. Nak dia tahu macam mana susahnya orang2 yang tak de makanan nak hidup, nak ajar dia supaya jangan membazir dan sewaktu dengan nya...

Kalau tak larat, tak de la paksa jugak dia puasa kan.. Kejam sangat kot.. Tapi bila sekali dah bagi dia berbuka, nanti dia akan merayu nak berbuka awal lagi dan lagi.. Macam2 alasan lah dia cipta.. Tahu sangat dengan perangai dia tu.. Jadi, kita sendiri boleh tengok dia samada betul2 tak larat atau masih boleh bertahan..

Yang best abang mi ni dia tak rakus nak beli makanan.. kalau bawak pegi pasar ramadhan tu dia kata nak beger dengan air cendol maka beli lah beger dan air cendol aje... memang tak nak benda lain lagi dah.. tak tamak macam mama dia.. semua nampak semua nak beli.. sampai biru2 hujung jari berat bawak makanan.. hahahaha...

 tapi kalau ada pilihan roti canai, memang dia terkam itu dulu.. ada sekali tu menangis ajak mama nak makan roti canai mapley lepas balik sekolah.. hahahah kang mama pulak yang menangis kena tangkap naik van putih kanggg... 

Bila berbuka dia tak nak makan nasi... paling suka kalau nenek masak mee hoon.. sampai 3 pinggan dia makan.. mekchu bila berbuka suka tengok reaksi abang mi.. rasa nak menangis pun ada tengok anak sendiri dah mula belajar berpuasa...

Hari sekolah (Isnin - Khamis) majoriti dapat puasa penuh sebab kat sekolah memang tak disediakan makanan langsung.. Tapi tidak pada hari Jumaat - Ahad... Jumaat half day. Dia pun puasa half day jugak.. Kalau sabtu ahad tu lagik lah, asyik lah merengek lapar... Memang tak tahan bila dengar.. dapat je puasa separuh hari, terus suruh dia berbuka... Kalau tak pun makan last pukul 12 tengah hari, lepas tu petang jangan makan minum sampai waktu berbuka.. Mana-mana la janji dapat separuh hari...

 dah tak larat sangat dia.. kesian anak bujang mama 

 bagi berbuka awal..  

Pada mekchu paling mencabar bila dah pukul 6 petang dan ke atas tu.. memang mencabar kesabaran sangat.. dengan nak siapkan makanan lagi, adik nak dukung lagi, abang pulak merengek rengek.... papajib selalu sampai rumah dah nak berbuka.. kadang dia ada jemputan kat luar.. jadi memang mekchu aje lah yang setel kan abang mi ni.. yang tenangkan abang mi... yang kuatkan semangat abang mi..

Dia balik sekolah pukul 3.30 petang.. mekchu saje amek dia lambat.. tapi kalo lambat sangat kang esok tak nak pegi sekolah pulak.. Balik rumah tu singgah la mana2 nak lengahkan masa.. bila dah sampai rumah itu yang kritikal nya tu...

Banyak kan main dengan masa.. dia memang selalu tanya lagi berapa jam nak berbuka, lagi berapa saat nak berbuka... hahaha terus saat ko ye... bila dengar lagi 50 minit dia suka laa... tapi bila dengar lagi 2 jam setengah frust lah member... tak boleh tipu jam sebab dah pandai tengok jam..

Ada sekali tu dah pukul 7.10 kot masa tu.. tiba2 je nampak dia tengah makan eskrem.. hahahaha... bila tanya dia cakap dia terlupa puasa... Ok fine... baru je selang beberapa minit cakap nak berbuka.. auta sangat kannnn...

*lupa nak amek gambar jadual puasa abang mi. Setakat hari ni abang mi berjaya 13 hari puasa penuh.. 2 hari langsung tak puasa sebab balik pilah asyik nak mainnn aje... dan yang selebihnya puasa separuh hari..

Apa-apa lah abang... niat mama dah tertunai.. Memang betul ajar anak solat lagi penting dari ajar berpuasa.. sebab bila anak dah pandai solat, automatik dia akan dapat berpuasa.. bulan ramadhan datang setahun sekali.. jadi mekchu ambil peluang bulan ramadhan ni untuk ajar abang mi berpuasa.. Ajar anak solat sepanjang masa ok...



by mekchuN (^_^)

7 comments:

Anum said...

bagusnya dia

watieKB said...

Kuatnya semangat Abam Mi...kuat lagi semangat Mekchu layan kerenah anak..Good luck abam mi..mintak duit raya banyak-banyak kat mama dan papa ye..Selamat Hari Raya untu Mekchu dan family.

syawalsimpsons said...

ok dah tu kalo puasa gitoo kan...janji dier nak dengar cakap mama dier puasa kn

kayyana said...

tahniah abg mi.. nnt boleh minta duit raya lebih kat mama ngn papa yer.. huhuhu

Anonymous said...

sblm puasa terjumpe mekchu ngeteh kat mapley perodua . admire sgt . nak tegur tapi maluuu . mama nya tak mkan . micah dgn roti canai potong2 dia .

_cik ila_

QasehnyaRania said...

betul tu mekchu
xlist abam mi dah cuba kan. next year pulak ye..

QasehnyaRania said...

betul tu mekchu
xlist abam mi dah cuba kan. next year pulak ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...