Sebelum up entry ni, ulang-ulang dok baca entry mula2 abang mi masuk sekolah awal tahun dulu.. Kelakar ada, nak menangis pun ada.. Sukar kot nak percaya abang mi mampu lalui semua ni.. sebab dia bukan macam anak korang.. dia ni lain sikit.. ehh lain banyak..
Hari konvo tanpa kehadiran papajib.. Dia pegi Cambodia atas urusan ehem ehem.. Tak pe lah, kebetulan nak jadi hari yang sama.. Mama kan ada..
fitting baju konvo.. kemain ensem macam nak carik keje
Bila baju dah ensem, kasut pun dia rekues nak ensem jugak.. kasut sekolah yg dia pakai tu sikit lagi nak roboh.. nak kasut kilat macam orang kawin katanya... Mana nak carik kasut kilat saiz kecik.. adoiii suruh pakai kasut adidas dia tak nak.. Terpaksa la mama ngko meredah seremban pegi carik kasut kilat...
carik punya carik jumpa kasut ni kat Bata.. bagus jugak kedai Bata ni.. mekchu pujuk suruh abang mi amek kaler biru tu.. bleh bawak jalan jugak.. tapi dia tak nak.. tetap nak kasut kilat macam pegi keje kat sebelah tu.. ye lah anak, mama turutkan.. hari dia kan.. kang beli ikut taste kita langsung tak nak pakai lagi parah..
Saiz kecik tak de.. beli jugak lah walau besar.. risau takut cicir masa berjalan.. hahaha..
Dihari kejadian...
Sebenarnya dari awal lagi dah dapat membayangkan betapa stress nya kalau bawak anak2 keluar tanpa papajib... Mula nak tinggalkan wawa dengan nenek labu.. Tapi macam tak syok pulak.. Pujuk nenek labu ikut sekali.. Nasib dia nak ikut..
Ni pagi hari konvo tu.. nak lagi thrill wawa demam pulak... Wawa kan, time papajib pegi obersi je mesti dia demam.. Dulu masa papajib pegi Beijing tu paling trauma, siap masuk ward lagik..
Bila dah demam, meragam aje lah dia.. Tak nak letak langsung.. berkepit je ngan mekchu.. Adik, please laaa.. mama nak amek gambar abang banyak2 nak letak dlm blog tau..
Pagi tu mintak tlg effa, mama daniel tlg amek kan gambar banyak2.. lepas tu wassap.. nasib lah ada effa..
Sebelum blazer abang mi tanggal..
Sebelum mata wawa bengkak menangis..
Sebelum shawl mama terjuntai... Ni aje lah yang dapat.. #doubleNAJ
Tapi memang betul, shawl mekchu memang terjuntai di akhir majlis.. Tak percaya tunggu...
thanks mama daniel untuk gambar ni..
kasut tu.. kasut tu.. kemain kilat kennnnn... beli sama dengan daniel (^_^)
dengan classmate abang mi..
Mekchu ada beli CD gambar dari photographer sekolah.. dan mekchu ada jugak mintak tlg photographer terbaek opis untuk tlg amek kan gambar.. nampak tak betapa pentingnya gambar dalam hidup mekchu? Dah roger macam2 sumber yang lain.. hahaha
tengah beratur tunggu VIP
Lepas je dorang beratur mekchu masuk dalam dewan dah.. Tak tahu apa jadi kat luar tu.. Mekchu kalau boleh nak ikut je bontot abang mi ke mana dia pegi.. Tapi wawa ada kat dalam dewan dengan nenek labu.. Tak mustahil bila2 aje dia akan menjerit tu..
ni awal2 lagi.. boleh terima lagi layan katun kat tab.. boleh layan lagi selfie jilir lidah sama2..
Lepas tu bagi susu.. Terus muntah.. Masam ya ampun... Start dari tu dia meragam on off... Bertambah meragam bila tak dapat belon... Nangis2 nak belon kat situ.. Suka betul dengan belon sejak dapat pegang banyak2 masa birthday dia hari tu..
majlis dimulakan dengan bacaan ayat2 suci al-Quran dari pelajar.. bagi mekchu mereka ni sangat hebat.. umur 6 tahun dah baca al-Quran..
dan majlis perasmian daripada Pengarah JHEAINS
Lepas perasmian, bermula lah acara persembahan dari pelajar ikut kelas.. Ada 3 kelas. Pra-Omega, Pra-Alfa dan Pra-Beta..
:: Persembahan dari Pra-Omega ::
:: Persembahan dari Pra-Alfa ::
:: Persembahan dari Pra-Beta ::
Sempat sepak budak sebelah sebab salah step.. hahaha
Issshhh geram lak haku tengok budak-budak ni... comel sangat masing-masing tahu!!!
Persembahan majoriti nya menyanyikan lagu nasyid.. Dah sekolah agama kan, memang tak boleh la nak menari, bergelek, berjoget semua tu..
sementara wawa kat bawah pentas... tu heboh nak belon..
Menangis bukan boleh cover budak sorang ni.. sekuat2 hati dia meraung kat dalam tu.. habis lah ada suara wawa kat dalam henfon memasing.. hahaha
Bila dah habis memujuk dan menahan wawa dari ingatkan belon, terpaksa la jugak tebalkan muka pegi amek belon kat depan tu.. Maaf kan saya cikgu..
sementara anak2 kat atas pentas, mak pak kat bawah macam biasa keluar gajet masing2 nak rekod video anak.. walau pun dah bg tau sekolah ada buatkan copy video, tetap nak amek gambar/video sendiri jugak.. mekchu lah salah sorang tu... sampai teleng2 kepala..
Lepas dah nyayi2, baru lah acara penyampaian sijil..
abang mi tengah beratur..
Sementara abang mi naik pentas, wawa dah meragam hebat kat bawah tu.. Dan sementara nak tunggu turn abang mi nak naik pentas, wawa dah selamat tido kat pangku mekchu..
abang mi naik pentas versi camera henfon mekchu.. hebat tak? dalam pada anak meragam kat bawah, sempat jugak mama ngko amek gambar... ni mekchu tengah bersila kat bawah pentas sambil dodoikan wawa atas riba..
kalau gambar cantik ni harus lah dari cameraman...
ada pun sekeping gambar kenangan dengan cikgu ros..
Banyak jugak anugerah/hadiah yang ada.. budak2 ulang alik naik pentas.. anugerah 8A, puasa penuh, hafazan 8 surah, tamat iqra dan ada lagi beberapa tapi mekchu tak ingat dah.. yang nyata najmi naik sekali aje untuk tamat pra-sekolah.. Tak pe ehh abang, pada mama abang dah cukup bagus dah..
Naik pentas tu acara kemuncak la tu.. Lepas tu terus makan..
Masa ni dah dekat pukul 12 tengah hari.. Mekchu call photograper opis bagi tau tak payah datang sebab wawa tido dan najmi pun dah tanggal jubah ngan blazer dia..
Tapi beliau dah otw pun nak amek gambar.. So memang bagi tau dia suruh candid aje laa.. faham sangat dengan perangai anak-anak yang dah kepenatan masa tu..
dan setibanya beliau di tempat kejadian... nampak keadaan shawl mekchu ketika ini? dah terjuntai dek melayan wawa yang super meragam
wajah keriangan orang yang di rai...
wawa yang bengkak mata menangis.. sekejap sangat ngko tido dik.. mama nak makan pun tak sempat..
cubaan bergambar dengan anak-anak.. lantak la shawl nak terjuntai pun..
tak puas hati kita cuba lagi kat belah luar.. hahahaha.. ini selepas mekchu edit.. gambar asal putih melepak akibat cameraman panic dengar jeritan wawa.. hahaha...
abang mi yang dah janji dengan papa nak amek gambar senyum..
muka graduan yang kelaparan makan apa ntah masa ni..
Ya, begitu lah perjalanan hari konvo pra sekolah abang mi.. Mama dah kenang kenang kan di blog kesayangan ni.. Nanti dah darjah 1 tak de dah konvo2 ni lagi.. Tunggu lah abang masuk U nanti baru nak berkonvo semula.. InsyaAllah kalau Tuhan panjangkan umur mama, papa, kita sekeluarga, nanti kita bergambar elok2 ok satu family ok..
abang mi from zero to hero.. hero di hati mama lah..
Mama sentiasa bersedia untuk menambah kenangan persekolahan bersama abang tahun depan.. Mama percaya abang penuh dengan kejutan..
Jaga-jaga mama..