@churalliya

Friday, January 23, 2015

Tra La La Year End Holidays

Penutup.. kira last untuk tahun 2014.

Papajib ajak pegi JB.. Dia dan masuk Singapore sekali.. Stay kat JB.. masuk Singapore kejap je semata-mata bawak bini nak shopping kat Orchard Road...

Berani kata tak nak ikut? Lu tolak, lu rugi beb!!

 pagi2 dah siap nak bertolak menaiki kereta seponser.. 

berenti kat petronas mitc.. jumpa dengan tokeh petronas untuk perancangan ke singapura.. 

kalau boleh semua pun nak angkut bila bercuti.. hahaha.. masa ni wawa tido.. belum apa2 dah tido budak kecibung tu..

Otw tu harus lah singgah JPO kan.. dah siapa suruh buat shopping complex best2 kat tepi hiway...

menjadi kesalahan kalau orang luar Johor datang Johor tak singgah sini.. haippppp sangat.. 

Memang sale gegile ahhhh habaq hang.. semua kedai pun nak masuk.. nak beli..

Korang selalu tak ada perasaan macam ni... bila pegi mana2 nak jugak beli something yg konon2 boleh buat kenangan.. tak kisah la apa.. sependa pun boleh.. bila lipat sependa tu nanti ingat la "oooooo ni beli masa pegi london hari tu..." Padahal kat pasar malam pun bersepah kannnnnn.....

Sampai JB dah magrib.. dah gelap gelita dah..

Kami stay di KSL Resort.. Hotel paling tinggi kat JB tu.. Kami dok apartment 2 bilik. Memang selesa yang amat lah kan.. tapi mekchu tak suka lif dia. Pening.. Kalo sorang2 konpem sesat..

view malam dari tingkat 35. sayupppppppp je rasa.. 

Mekchu kalau jalan jauh2 bawak anak mula lah badan ni mudah meragam.. hahaha bukan anak je yang tau meragam ok.. Setel mandikan budak2, terus berendam dalam bath tab.. rendam sampai merah2 kulit macam udang kena bakar.. Lepas tu terus ok dan boleh keluar makan..

Balik dari makan semua pengsan.......

Pagi esoknya....

pagi2 dah tercegat depan rumah mertua faiz.. faiz orang JB, member sama belajar dulu.. so orang yang paling sesuai nak bawak kami masuk singapore sama2.. 

 selfie dulu sementara tunggu faiz ngan din.. 2-2 tu kawan papajib dan kawan mekchu jugak.. jadi tak bleh nak marah dorang lambat sebab memang dah kenal peangai masing2 dari belajar dulu kan.. hahahaha.. 

ni pulak selfie masa jem kat woodlands.. 

Masa customs check pun selfie jugak.. tapi org kastam singapore tu tuduh mekchu amek gambar dia.. choyyyyyy sangat. Bukan ensem pun nak amek gambar ko.. Siap kena tunjuk fon tau, dia nak tengok memang betul tak de gambar dia.. Malew sangat kite dia buat macam tu..

Ehhh lupa nak bagi tau.. mekchu pakai tudung neelopak tu.. jenis basic kaler coral.. must have item kot.. sesuai kalo nak pakai utk travel mcm ni..

Faiz ngan Din drop kan kitorang kat blakang Wisma Atria.. dorang nak pegi carik helmet katanya.. amboii sgt carik helmet sampai singapore.. Maka hanya kami ber-4 di sekitar Orchard Road sepanjang hari tu..

Ada banyak masa.. boleh carik barang selow2.. tak perlu gelojoh.. tapi ko nak carik apa kat situ mekchu? Entah laa ekkkk...

Dan ini adalah gambar pertama kami di Orchard Road hari tu..

besar2 pokok krismas kat sana.. 

Abang mi dah start meragam tu sebenarnya.. dalam hati "alamak..... musnah la harapan nak shopping... belum apa-apa budak dah start meragam...."  

  manjang tak de mood nak amek gambar... tengok adik tu.. always ready.. 

sibuk nak tolak stroller... bila soh posing kemain lak tu silang kaki...

Bila tanya nak pegi mana dulu, mekchu jawab 'Tangs'... hahahaha..

Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana.. nak masuk semua shopping complex kat situ memang tak logik sangat la... so ikut pengalaman masa tahun 2011 dulu dapat beli henbag Elle murah kat Tangs..

Masuk je Tangs dah tak meriah dah.. terus keluar balik masuk Lucky Plaza.. papajib beli Oakley kat situ.. sambil2 tu  dapat lah paw papajib sebijik Ray Ban.. yeyyyy.. padahal harga sama je kot kat Malaysia..

Lepas tu carik jeans.. ehhh mekchu dah lama tau tak pakai Levis.. sebab mcm nampak buruk je pakai jeans.. apsal ntah..

 sementara tunggu papajib try test seluar.. tu dia nampak kaki aje.. hahaha...

Yang ini murah kot.. kalau beli 2 lai dapat 50% diskaun.. So terpaksa la mekchu amek selai.. Terpaksa! apa yang papajib beli mekchu pun nak jugak.. hahaha..

Lepas tu kat Paragon pulak.. best tau Paragon ni..




Di dalam Paragon sampai lah senja..

Keluar je Paragon dah penuh dengan orang kat luar-luar tu.. Lagi 2-3 hari nak krismas masa tu..

Lepak-lepak kejap kat luar.. sambil amek gambar, sambil isi perut.. sambil berfikir nak paw apaaaaa lah lagi ekkkkkk....







Tiba-tiba rasa malas nak menaip lagi..  Tengok gambar aje lah..





Malam tu faiz ngan din datang semula jemput kitorang kat Orchad Road tu..

 suka lah abang mi dapat jumpa geng dia semula.. 

 kecibung wawa yang tak banyak ragam.. memang senang nak bawak jalan.. 


 bersila lah ngko atas jalan tu... kaki dah lenguh sangat masa ni.. 

 tu dia din ngan faiz.. tengkiu korang bawak kitorang jalan2 JB n Singapore.. panjang umur kitorang datang lagik :)


Esok nya melayan Dinosour Theme Park kat otel aje,,

cantik theme park kat KSL ni.. tapi ada 1 gambar ni aje.. mekchu sibuk berenang tak de sape nak amek gambar.. 

Lepas berendam, balik apartment kemas2 dan terus check-out.. itinerary paling standard bila bawak budak bercuti.. Wajib kena ada pool.. Suka lah dorang..

gambar sebelum check-out.. gayat tu sebenarnya.. dia memang main cermin aje.. sayuppppp je rasa.. 

ok gambar last.. 

Mekchu beli apa? Mekchu tak beli.. mekchu tunjuk, papajib yang beli.. hahaha..

Thanks papa for this speacial treats.. Mama happy sangat sebab kereta penuh dengan barang mama..

Tak rugi aihhh menambung untuk minik.. (^_^)


by mekchuN (^_^)

Thursday, January 15, 2015

Dunia Baru 2015

Bagi mekchu, tahun 2015 merupakan tahun serba baru...

Walau benda ni nampak lama, tapi sebenarnya ianya baru bagi ibu muda ni.. hahahaktuihhhh

Baru bagi mekchu..

Tahun ni kena tukar spec ray ban aviator.. hahahaha... kena panampor kang.. orang tengah serius ni.. 
Tahun ni tukar seksyen buat security selepas 5 tahun bergelumang dengan operasi.. 

Baru bagi abang mi...

Tahun ni abang tembam dah start 'sekolah betul'.. Dah masuk derjah 1.. Dah tak boleh play-play.. 

Baru jugak untuk budak kecibung sorang ni..

Ada 2 anak.. tapi tak pernah langsung jejak ke taska.. Tahun ni pertama kali  wawa pegi taska...
Hari pertama hantar, siap bawak 1 tupperware susu bagi kat teacher.. kahkahkah.. haa gelak la.. Gelak!!

Dan pastinya kesemua tu adalah pengalaman yang baru.. Walau penat, kita kena enjoy je dengan live kita.. Sakit hati pun kena enjoy jugak.. Tidak lebih dari itu.. Enjoyyyy mekchu.. Enjoyyyyy...

Dan semoga ada yang baru-baru lagi lepas ni.. Seronok nya dapat benda baru.. Suka.. Suka (lah sangat)

Dan semoga Tahun 2015 ni terus sukses untuk mekchu dan sukses jugak kawan-kawan yang lain ya...

#muahciked



by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...