@churalliya

Thursday, May 22, 2014

BTN Besut : Part lemas di daratan

Walau bilik tak de ekon, tido tetap kena tido... Paksa je mata tu lelap, ntah bila lena tak pasti... ohhh how i miss my bantal busuk so much..

Pagi hari ke-2 pakai baju pepel cantik... panjang sungguh rasanya nak habiskan hari ke-2 ni...

dimulakan dengan gambar sendiri supaya lebih afdal gitu... 

hahahaha.. kendian baru lah adil kalau nak tepek gambar2 dorang ni..


 nasib lah... mekchu amek gambar candid letak sini.. sebab suka candid maka ku letak yang candid... nampak comel bukan?

dan ini ramai2.. ehh tak de la ramai sangat.. tapi alhamdulillah dapat jugak berkumpul 

Lepas berbaris sekejap tanpa mengeluarkan setitik peluh pun, sarapan dan kembali semula dalam dewan maka bermulalah sesi pengenalan bersama barisan fasilitator.

ini lah dorang yang mula2 rasa macam nak takut, tapi tak perlu lama.. kejap lepas tu kelakar nak mammmmm....

Bila agak2 macam senyappppp je masing2, maka datang lah abg joe comel yang terus tukarkan mood kami dari meleleh air liur sebab tido kepada meleleh air mata sebab tergelak...

walau pun 'serong' terhadap jantina yang asyik nak menangkan lelaki, tapi memang enjoy.. hahahahaha teringat2 lagi memek muka dia laaaa.. betul lah kata pengacara majlis, memang rasa macam nak cubit je lesung pipit dia tu.. 

kendian di ambil alih oleh en.UDK ni.. dorang kata macam muka papajib.. mekchu pun curik2 amek gambar send kat papajib.. dan macam biasa papajib reply macam ni "ensem lagi papa.." ok fine!

mekchu macam biasa berkepit je la dengan piah masa ni... lepas tu kami diminta carik 3 kawan lepas tu urut-urut-urut... lepas tu 5 org kawan dan picit-picit-picit.. lepas tu tiba-tiba 10 orang dan tepuk-tepuk-tepuk.. masa ni piah ntah kat mana dah.. dah jauh dari mekchu...

Lepas gelak-gelak last sekali en.UDK minta buat kumpulan 3 orang perempuan dan 4 orang lelaki... yang perempuan pegi dapatkan yang lelaki mana yang suka.. ada ke patut??? ishhhh u drop my waterface u know... tengok muka lelaki yang kenal semua dah kena chop.. tak pe, seret je kaki kat grup muka tak kenal hujung sana... muka yang ala2 menagih simpati gitu... hahahaha

Maka terus terbinanya kumpulan yang memang mekchu tak kenal kecuali zana, technican kat opis.. lagi 6 orang semua 'org luar'.. Mula2 rasa nak takut sebab sorang lengan besar.. sorang perut besar.. sorang lagi mata besar... lepas tu lagi sorang rupanya orang kampung tapi kenal kat besut.. hahahaha.... dah kenal boleh la kutuk dorang kat sini... tapi end up rasa bestttt sangat..

maka ini lah grup mekchu yang akan kemana2 selama 2 hari tu.. 

Bila dah kena buat grup ni, macam biasa lah kena lah ada bendera, nama kumpulan, arca semua2 tu.. eeeeee part ini yang malas.. nak nak part sorakan kumpulan tu... hahahahaha nasib lah tak de persembahan kumpulan..

macam biasa, jadi tukang tulis... yang lelaki pegi carik bahan terbuang nak buat arca

Mekchu ada nampak bekas tin biskut tepi tu siap dah simen tinggal letak bendera kat tengah.. dah cun lah tu tak payah susah2 carik tapak arca... dah ada simen haruslah berat kan.. mana nak tau kena angkut arca tu ke hulu ke hilir.. nasib lah ada ketua kumpulan yang berlengan taff...

 lepas tu jadi kumpulan pertama yang kena present... lepas tu baru tahu rupa2 nya ada markah present.. fine... terus dapat markah paling rendah antara 7 kumpulan... 

markah rendah pun tak ape.... kitorang tetap happy... haaaa kat tengah tu lah tin biskut isi simen tu.. hahahaha kitorang panggil benda tu 'thor'

Motto kumpulan "kalah dalam tangan, menang belum tentu" (^_^) Memanjang asyik dapat markah paling corot aje...

 ini lah rupa bentuk arca masing2... tinggi kena tinggi dari abg joe. berat kena lebih 5kilo.. angkut lah ke hulu ke hilir ye... 

Sesi petang, sesi bersama fasilitator masing-masing... haaaaa part petang ni agak bosan sikit la.. biasa lah kena belajar akta, perlembagaan semua tu.. nak buat cam ne, hadap aje laaaa...

lepak2 kat luar sementara tunggu kawan2 lain habis belajar dalam kelas.. tak nak masuk bilik sebab panasssss.. cuasa kat ganu masih panas waktu ni.. hujan belum turun... 

Dan masa untuk riadah petang... yang ini mekchu sukeeee.... hahahaha kena gelak  dulu... hahahahaha...

ini lah grupmate sengal selama 2 hari kat sana... susah senang bersama ni... jangan memain... 

Nama kumpulan halilintar kuasa 8.. Kenapa halilintar? sebab sempena nama ketua kumpulan ali. Kenapa kuasa 8? sebab kena lagi hebat dari boboiboy yang hanya berkuasa 3...

Petang tu kitorang kena main game yang simple2 aje... bukan fasa budak sekolah lagi nak kena lari keliling padang semua tu... game nya sikit, gelak nya yang lebih.. krem perut ahkak tergelak... mekchu tunjuk sikit je gambar.. yang lain semua terngaga mulut tergelak... kenot show u here... hahahaha...

 ini gelak yang paling sopan.. antara game kitorang.. hahahaha tak bleh tengok laaaa gambar2 semua.. asyik nak tergelak aje.....

dalam byk2 gambar kan, ini lah gambar yang paling sakit perut tergelak... kahkahkah.. yang sedang sibuk menyondol itu lah ketua kumpulan mekchu... rosakkkkk......

Tapi apa kaitan dengan tajuk entry lemas di daratan? kahkahkahkah..... pak manap suruh kitorang duduk lipat kaki lepas tu baringkan badan ke belakang... pak manap pun buatlah dan dia pun bangun semula dengan jayanya... So turn kitorang pulak buat.. Mekchu pun rebahkan je la badan ke belakang sambil kaki lipat ke bawah.. sekali........................... alamak!!!! tak boleh bangun........... siap jerit tolongggg tolonggg tolonggg sambil tangan terkapai-kapai kat udara.. Budak2 ni hampeh, bukan nak tolong angkat mekchu, siap gelak puas2 dulu baru angkat.. hahahaha.. ngko buat la macam tu tengokkkkk.. rebah badan memang boleh.. nak bangun tu mati akal beb.. nak gerak kiri tak boleh, kanan tak boleh.. coiiiiii sangat... nasib tak de gambar.. fuhhh lega ahkak..

Sesi malam adalah soal jawab.. boleh tanya je apa2 yang nak tanya.. yang tak boleh tanya kat mana2... boleh tulis atau tanya waktu tu.. kitorang harus lah tulis kan.. weols kan pemalew... soalan pertama adalah dari kumpulan kami.. masa tu je la segar... yang lain semua macam nak letak batang mancis kat mata... 

Bila masing2 dah terhangguk2, datang en.UDK lagi kasik ubat mengantuk.. kena pilih sejenis haiwan... aaaaa sudah.. mekchu suruh lah dorang pilih semut sebab semut comel dan rajin.. Dorang pulak ikut je tanpa membantah.. apsal korang tak bantah hahhhhh?

Sekali tatau pulak kena buat bunyik haiwan yg kita dah pilih tu... lumba bunyik haiwan dengan kumpulan lain.. adeeeiii kenapa tak bagi tahu pilih haiwan yang ada bunyi.... dah la cemas nak kena cipta bunyi semut.. ko tahu bunyi semut macam mana??? hahahahha elok kumpulan belakang kitorang pilih arnab... kahkahkahkah... 

sesi malam..

Lepas briefing untuk sesi hari ke-3, semua pun berambus masuk bilik membuta.. sebab aktiviti hari ke-3 adalah seharian di luar.. jangan harap nak mandi ke, tukar baju ke, sembur parfume ke.... bersedia lah nak kena sedut bau ketikkkssss masing2 yeee....

Hari ke-3 tu mekchu berjaya mendaki Bukit Kluang tahu... cantik yang amatsss pemandangan.. hari ke-3 nanti ada macam2 pengalaman serba baru pulak... 

*bakal ada part seterusnya

by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 21, 2014

Balloon Bouquet Seprise for #9thanniv

Malam tadi baru balik dari jalan2 utara.. Pagi ni terus masuk opis lalu kepala pun biol.. hahaha

Jetlag

Konon naik jet

"papa esok papa ada kat opis tak?"
"ADA"
"pagi ada?"
"ADA"
"petang ada?"
"ADA"

"su, belon yang su suruh saya tengok kat kedai tu ada"
"yeyy.. yang bouquet banyak2 tu ada?"
"ADA"

"yang tulis I love U tu pun ada?"
"ADA"

"esok akak nak mintak tolong sikit deliver something kat boss. esok ada kat opis x?"
"ADA kak"

Maka nya plan ADA ini pun terjadi secara tiba2 otw balik dari utara semalam...

 yeyyy ballon bouquet yang diimpikan dah siap... 

tak puas sekeping.. rasa nak amek berkeping2 lagi.. 

Mekchu suka belon.. walau penakut tiup belon.. sebab tu buat seprise belon.. mekchu tak suka bunga dan tak suka coklat juga.. #selamatpoketaku kata papajib dalam hati.. hahaha

ini lah mereka yang bersusah payah temankan carik kedai dan bawak kan belon masuk dalam kereta.. piah dan seseorang yang tak nak tunjuk muka katanya...

dan dalam kereta.. ehhh tertunjuk lak muka apis.. ehh siap terbagi tahu nama lagi.. 

dan lagi seorang yang terlibat.. mira yang tolong bawak dari bawah sampai ke tingkat 5 :)

Terima kasih tau korang yang sama2 bertanggungjawab mengendalikan belon ni...

Dan hasilnya...

lega la bila seprise menjadi... 

happy 9th annivasary papajib

Fuhhh lega.. mekchu memang dah lama mengidam nak belon macam tu.. nak tunggu papajib bagi entah bila.. so marilah mekchu yang bagi pada dia sempena annivesary ni dengan harapan tahun depan dia balas dengan belon yang lagi besar.. hahahaha...

Google entah dah berapa kali.. Intagram entah dah follow berapa ramai.. Semua harga cekik darah.. Akhirnya... akhirnyaaaaaaaaaa....

Kedai kat Seremban 2, belakang menang glassware.. Harga? tak sampai RM60 untuk belon sebegitu..

Heyyyyy orang Seremban.. korang pun dah boleh buat seperise belon cenggini tahu..

****************************************************

UPDATE :
Contact Kedai Jual Belon di Seremban




by mekchuN (^_^)

Friday, May 16, 2014

mekchuN and her wonderland

Apabila pandangan yang pertama dan terus mencengkam kalbu.. Ini lah akibatnya...

Sgt sexy dimata ku.. Yellow le cuir.

Ohhh angin tolong tiupkan dirinya padaku....... #dermakilatpehlis #longchamp 1mon


Seterusnya memang tak lena tido malam la jawabnya kannnnnnnn.....



Member pulak ada kat Paris...

"ma.. kalai ada kat Paris tu.. kata nak beli henbeg.. Kirim lah kat dia..."
"tapi mahal la paaa....."
"alaaaaa... bila lagi.. mama kan dah kerja kuat kumpul duit.. ini lah masanya"

Ngko tengok.... dia kasi bakar baeeekkk punya...

Makanya semalam ia telah berada di pangkuan ku... Sungguh harum bau kulit beliau...


Sebab gedik dapat henbeg baru, maka warna terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu..

Tak pe, tak mampu nak rahsiakan lama-lama.. Esok mekchu pakai..


by mekchuN (^_^)

Friday, May 9, 2014

BTN Besut : Part kematu dalam bas

Redah dan pasrah je bila tahu kena pegi BTN.. last pegi bila? entah kan bila... setahu mekchu sekolah dulu ada, masa kat HeiTech ada, kat MAMPU pun ada.. kategori BTN atau sebaliknya ku tak pasti...

Kat SUK ni 2 kali budak2 opis dah pegi, 2x itu lah mekchu berjaya loloskan diri.. makanya kali ini dah tak de alasan lagi dah.. alasan dah habis semua pun dorang dah guna... hahahaha.. weeei, dah kena pegi tu pegi aje la.. banyak pulak songeh ye tak...

perit nak tinggalkan trippleNAJ.. 

 churalliya Mama gi BTN nak mantapkan masel.. Semoga mama cukup taff selama 4 hari yg akan datang.. Gonna miss my #trippleNAJ #mekchu@work

Ohhye, BTN ni kat Besut na na na na Ganu kiteeee untuk semua skim IT kat Negeri Sembilan ni. Tak pernah sampai Terengganu sepanjang hayat diri.. Umo gini baru dapat jejak kaki sana.. Itu pun dengan menaiki bas. Gerak pukul 10.30 malam, 10.30 pagi esok sampai lah kami... Phewwww...

Kat dalam bas tu kan, serba tak kena.. Macam2 gaya dan aksi dah cuba tapi tak boleh lelap jugak mata ni.. Biasa ada budak2, pas tu ada bantal busuk, selimut semua kan... Rasakan!!!

rupanya lepas dapat makan nasi kerabu ayam panggang sedap baru boleh lelap mata ni.. tu pun dah sampai Kuala Terengganu.. dapat la lelap sejam lebih... 

makanya tepat 12 jam perjalanan, sampai lah rombongan kami dari seremban ke besut.. terus buat tajuk entry kematu montot.. hahahaha... 

Lepas minum, lepas amek sarung cadar, sarung tilam, lepas daftar, lepas amek t-shirt baru lah boleh mandi... Ya ampun shiokkk nya dapat mandi..... bayangkan dari malam tak mandi.. perghhhhh....

 pendaftaran... ini adalah piah.. mekchu akan berkepit dengan dia aje sepanjang BTN ni.. tak de hal kepit, masing2 pun bau sama...

Petang no rehat-rehat... terus masuk kelas... dan belajar Gerak Wira... kahkahkahkahkah... ehhh apsal sebut je Gerak Wira tiba2 nak tergelak... wakakakakakaka...

Sebenarnya terlalu banyak kenangan semasa di BTN ni... ye la, sesekali dapat buat benda2 yang tak pernah buat memang kenangan sangat.. macam senam gerak wira ni, memang tak pernah terpikir wei nak buat... mekchu memang nak tergelak aje masa pak manap tu ajar... memang tak fokus langsung.. tiru je orang sebelah...

mcm mana nak fokus.. asal nak fokus je nampak kelibat izwan (cameraman).. hahahaha... 

ini bukan tarian inang mekchu oi... hahahaha ini senam ala2 ashkar weiii... hahahahahaha... 

ermmmm.. tiru lah orang sebelah.. lagi senang... 

Memang terbahak-bahak tergelak.. nampak je simple tapi kemain susah nak ingat step.. Budak2 lain pun sama, tergelak memanjang... Mekchu risau kena tengking dengan pak manap aje..

Ada kuliah magrib dan malam ada kelas lagi...

Coppppp.. kelas malam tu sikit pun tak ngantuk ok... fasilitator adalah dari Negeri Sembilan dan dorang memang best sangat sangat... tak rasa bosan pun... hati ikhlas nak pegi memang tak mengantuk dalam kelas kan... ehemmmmm...

Paling tak tahan lawak fasilitator pasal jangan berumah di tepi landasan keretapi... kahkahkahkah... alaaaaa, mekchu tak mampu nak ceritakan semua pada korang... tapi lawak dari tido baring bila ketapi lalu sampai boleh duduk bersila tu memang lawak tak bleh blah... kahkahkah.. kawan2 yang pernah dengar lawak ni pohon gelak bersama-sama... :))

Ini baru hari 1st ni.. mekchu sadar... susah2 kan lah menulis.. ada banyak lagi cerita nak bebel lepas ni...

*bersambung


by mekchuN (^_^)

Tuesday, May 6, 2014

Hari sukan pertama nya

Ini cerita bulan lepas... Pemalas skang ni ye nak update blog.. Kata kesayangan....

Nak abadikan kisah abam mi masa sukan sekolah dia hari tu... Dulu kat sekolah taska kemas tak de pun sukan2 ni.. Melopong je la baca hari sukan anak2 korang...

Tahun ni mak pak dia la yang paling teruja.. Itu biasa kan.. Kalau sukan anak no.2, 3, 4 dan seterusnya dah jadi biasa-biasa aje....

 abang mi yang malu-malu... entah apa la yg nak dimalu nyaaa... 

Ehhh mekchu dulu pun gini lah.. sebijik.. kalau boleh tak nak arwah abah ngan mak datang tengok.. Dah selesai nanti baru datang amek.. Rasa malu sangat nak buat persembahan, nak lumba lari depan dorang.. Takut2 kalau menghampakan.. Sekarang kan dah keturunan......

 letak kan adik wawa kat sebelah... konon nak bagi kaber nebes....

tetap masam... risau nak kena susun tin katanya... hahahaha...

 adik jugak yang sporting...

 ini semua salah papajib mekchu nampak hobbit.. sape soh amek gambar atas besar bawah kecik.. sbb ada sekeping aje, so kena masuk kan jugak laaa... 

 kejap lepas tu wawa dah mula basah peluh... 

 tak sabar nak tengok abang lari..

Tak lama lepas tu dah start... Siap ada perbarisan bagai... pembawa bendera, pembaca ikrar.. terasa hebat nya budak2 sekarang...

Masa perbarisan masuk tu kan, kita punya lah lambai2 panggil najmi.... najmi.... najmi..... Dia lagi nampak papa ngan mama dia, lagi dia toleh muka pandang sebelah sana... main jeling dengan anak mata aje...

comel2 sangat anak2 itu...

Kagum sangat dengan budak yang lead baca doa, baca ikrar tu.. Terang sangat hati dia.. ada keyakinan diri yang tinggi.. Bagus... Mula lah berharap abang mi akan jadi macam dia satu hari nanti... huhuhu....

Yang paling best ada persembahan ramai2... Sekali lagi kagum sebab abang mi tak pernah bagi tau yang dia ada buat persembahan... comel... memang comel budak2 tu... abang mi macam biasa, selagi boleh nak sorokkan muka dia dari nampak kitorang...

Banyak jugak acaranya... Dekat 10 acara jugak kot.. Mula-mula sekali acara susun tin.. Acara abang mi... dan abang mi pelari pertama... Ooooo patut lah dia nebes semacam pagi tu...

Entah apa la masalah ehh nak upload bidio tak lepas-lepas... ada bidio baru lah shiok tengok abam mi lari susun tin.. tak pe, kalau nak tgk ada kat IG mekchu @churalliya... Sana dah lama upload... 

dapat no.1.. kemain bangga dia lepas tu.. 

Kendian acara isi air dalam botol... yang ini ada rekod bidio jugak tapi papajib pulak yg nebes tak tentu arah.. dia pegi cancel nya bidio tu.. tak pe, acara tu dapat no.3..

Ehhh semua acara yang dorang masuk memang dapat hadiah tau.. sebab ada 3 kelas, so semua dapat lah hadiah... sorang budak purata masuk 3 acara... 

Dan lepas acara isi air dalam botol tu mekchu ingat dah tak de la acara abam mi.. sebab dia kata dah tak de lagi.. Sekali kelam kabut cikgu panggil dia suruh ready nak lumba lari 25meter.. Nasib dia baru habis kunyah sandwich.. Wahhhhh anak mama terpilih acara lari pecut laa... Ini acara feberet papajib dia ni.. mekchu tak boleh pecut2.. tgk keting pun dah tau.. hahahaha.. mekchu jenis long distance punya stok.. 1500meter tu feberet tawu!!

abam mi dapat no.4.. lari sukaria pandang kiri, pandang kanan... dia kat tengah tu tau.. bukan depan tu.. namun mama & papa sangat bangga... 

wawa baru bangun tido dan kelaparan... mekchu angkut wawa tgh padang nak tgk abam mi lari... 

Lama jugak menunggu semua habis.. basah dah atas bawah... tak pe, pengalaman baru untuk budak2 tu... dan pengalaman baru untuk parents macam kami jugak.. 

semua dapat hadiah.. jangan risau.. cuma psiko jugak la bila abam mi tanya "kenapa mi punya 2 aje, orang lain dapat 3?" ~ miss kat lumba lari tadi tu

nasib mama & papa terror cover bagi jawapan... 

Apa pun, bangga dan yakin bila tengok abam mi dah berani dan yakin dengan diri sendiri... 

Isnin bila sekolah cikgu puji najmi.. Cakap macam ni "wahhhhh najmi lari laju laaa hari tu.. pelari harapan sekolah ni nanti" ~ terus member kembang2 hidung menonong masuk kelas tak salam kite pun kat tepi tu... 


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...