@churalliya

Friday, October 30, 2009

26 oct '09 : Majlis Istiadat Pertabalan


Pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, 61, sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, berlangsung dengan penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 26 Oktober 2009.

Istiadat pertabalan ini, mencatat sejarah tersendiri di Negeri Sembilan dalam tempoh 42 tahun selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, yang menaiki takhta pada April 1967.

Tuanku Muhriz, sebelum ini menyandang gelaran Tunku Besar Seri Menanti yang merupakan gelaran tertinggi dalam kedudukan Putera Yang Empat dalam tempoh 47 tahun, dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, pada 27 Disember 2008.

Istiadat bermula dengan peraturan menghadap Tuanku oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Mohd Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Sungai Ujong Datuk MubarakDohak.

Datuk Bentara Kanan Ibrahim Ujang kemudian hadir ke hadapan singgahsana baginda dan memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat dan kemudian menyeru Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak bagi memulakan tradisi seru menyeru yang dibuat turun-temurun sebelum ini.

"Hai, Bentara Kanan, serukanlah sabda Kami Undang Yang Empat kepada sekalian rakyat tua muda, kaya miskin, hina dina, dalam Alam Negeri Sembilan ini - Adapun pada hari ini kami mentabalkan Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan untuk menggantikan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya, Al-Marhum Tuanku Ja'afar yang telah mangkat.

"Dan Tuanku Muhriz ini telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dimakamkan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya pada hari Isnin, 29 Disember, tahun masihi 2008, serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat mengadap dan menjunjung Duli,"seru Mubarak.

Selepas seruan Mubarak itu, Datuk Bentara Kanan menyambut dengan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.

"Hai, tuan-tuan sekalian, tuan muda, kaya miskin, hina dina, adalah Undang Yang Empat dengan Adat Istiadatnya mentabalkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," seru Datuk Bentara.

Sebaik sahaja selesai upacara itu, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan Daulat sebelum Datuk Bentara Kanan dan kemudian melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.

Istiadat diteruskan dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan beserta tembakan meriam 32 das dari bateri istiadat, Rejiman Askar Melayu DiRaja yang duduk di kawasan luar istana.

Dengan selesainya adat istiadat itu, Tuanku Muhriz rasmilah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Tuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah.

Istiadat pertabalan turut disaksikan oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud, Pengiran Muda Makhota Brunei serta Pengiran Isteri, Pemangku Raja Kelantan dan Pemangku Raja Pahang serta Tengku Puan Pahang, Dato’-Dato’ Undang Yang Empat serta Tok Puan dan Tunku Besar Tampin serta Tunku Isteri, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, dan Sabah serta Toh Puan, Raja-Raja Muda serta Raja Puan Besar dan Raja Puan Muda, wakil-wakil Raja-Raja Melayu dan Yang Amat Mulia Putera-Putera Yang Empat.

Turut hadir pada Perdana Menteri , Dato’ Seri Utama Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan serta isteri Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim serta isteri, Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Razak Mansor, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil-wakil Raky at serta Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-ketua Jabatan.
Sementara itu, Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya menyeru supaya semua pihak dan pemimpin yang telah dipilih oleh masyarakat mereka memulakan kerjasama untuk kepentingan rakyat dan negeri ini.

Perpaduan merupakan elemen terpenting kepada kestabilan dan kemakmuran negara, titah baginda.

"Dengan kekuatan ini, Beta menyeru kepada semua agar bergerak seiring ke hadapan untuk meningkatkan lagi kemakmuran negeri dan negara," titah baginda.

Baginda turut mengajak tetamu mengimbas kenangan baginda semasa kecil ketika menyaksikan perkembangan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Tuanku Munawir serta nenda baginda, Almarhum Tuanku Muhamad.

Baginda menegaskan, nenda-nenda baginda yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan telah memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negeri ini malahan nenda baginda, Tuanku Muhamad sentiasa mengalakkan rakyat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris.

Tuanku Muhamad turut menubuhkan sebuah sekolah perempuan di Seri Menanti 100 tahun dahulu yang sebenarnya merupakan satu tindakan yang berani serta inovatif pada masa itu kerana ketika itu, sekolah seperti ini hanya terbuka untuk golongan elit.

Pada peringkat kebangsaan, Tuanku Muhamad bersama dengan Raja-raja Melayu telah menyokong penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Rejimen Askar Melayu Diraja, titah baginda.

Istiadat pertabalan hari ini ia mendapat liputan daripada 34 wakil media termasuk disiarkan secara langsung oleh telivisyen tempatan.

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)



berlatar belakang kan istana




close up skit muka-muka pancaragam sekolah


dlm dewan banquet tgh tggu masa kena layan mcm2 karenah manusia.. adoiiii..


with kakak2 tentera.. mmg geng ngan tentera je skang nih..


semua port dlm dewan.. kat luar tu panas terik..



masa ni kelakar gile.. dok sibuk melopong tgk kejelitaan jelitawan kaum kerabat istana smpai lupa tgh pegang camera, tp tak snap pon.. dah last2 baru tersedar dr mimpi.. 2 keping je dpt.. wahahaha..



dah.. jom gi makan bawah pokok..

Thursday, October 29, 2009

25 oct '09 : Majlis Istiadat Bersiram

Istiadat bersiram ini merupakan salah satu daripada tiga acara penting sebelum berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar. Acara pertama ialah Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud yang berlangsungnya di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat bersiram yang bermula jam 10.35 pagi, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada sejauh kira-kira 500 meter dengan disusuli empat das tembakan meriam.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam di Panca Persada untuk penyempurnaan Istiadat Bersiram oleh orang Empat Istana dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda sebanyak tujuh kali.

Sebaik sahaja selesai pusingan ketujuh, Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram.

Tuanku Muhriz kemudiannya mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau berkenaan dan Datuk Seri Amar Diraja kemudiannya menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani.

Acara seterusnya diserikan lagi dengan persembahan pencal silat, tarian piring dan cak lempong lagu "Raja Bersiram'.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam semula diatas Takhta Rencana dan dihela menuju ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli buat kedua kalinya empat das tembakan meriam.

Istiadat bersiram diakhiri dengan majlis santapan tengahari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti..

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)

dan bermula lah tugas sue sebagai Penyambut Tetamu dan dapat bersantap bersama Tuanku di dalam dewan tersebut... mak vangga........


sejurus lepas subuh dah gerak gi istana.. pegi opis pun tak pernah awal mcm tu tau..


yg kuning itulah Takhta Rencana okey.....


dan kat belakang itulah Panca Persada


with sir capo yg akan menerima adik ipar beberapa jam je lagi..


with farihah kat belakang pentas.. ni kes frust cari toilet x jumpa..


berselendang bagai..


suraya mazni melaporkan dari istana besar seri menanti... wahhhh....


panca persada yg telah siap sepenuhnya


Tuanku yg dihela dari istana


kalaulah ada dslr.. boleh jual gmbr nih...


istiadat bersiram sedang dilakukan


tak tunggu smpai abis kat tmpt bersiram, sbb kena duty dlm dewan lak




with the team


saje nak tunjuk lambang tu.. apa ke nama dia erkk.. again, bukan nak tunjuk jam baru tau.. haha..

perkara yg tak boleh lupa hari tu masa tgh bawak keris tetamu ke kaunter pendaftaran utk diikat, kiri kanan pegang keris.. sekali bunyik tembakan meriam punyalah kuat.. mmg dah nak tercampak keris tu dibuatnya.. org semua pandang lak tu.. malu nya mak... sib baik cepat cover.. kalo tak, ada jugak yg cedera kena tikaman pg tu.. hahahaha...

Tuesday, October 27, 2009

Sepetang di City Park

Disebabkan sue kena keje weekend yg indah ni dan najmi kena tinggal kat kg, so kepala tu pantas je pikir kena bawak najmi jln2 sebelum di'tinggalkan'...

ptg sabtu lepas settelkan program turunkan berat badan lakiku (of course kena buat entry nnti), terus ke City Park S2.. kasik najmi sedut udara tasik pulak..

uiii... sgt xcited dia kat sana.. takut masuk dlm tasik je.. tapi smpai pun dah lewat.. so, kejap je dia kat sana.. nnti kita dtg lagik..


ini lah hint program turunkan berat badan lakiku..


sukanya dia.. tak tentu arah nak pilih..


nnti kita beli.. tggu papa nye duit tanggung kerja ye sayang


baru smpai City Park


walking and walking

kalau nmpk benda2 yg dia suka, otomatik tutup mulut.. hahaha


i'm a big boy now


tgk la.. punya lah susah nak suap dia makan..


montel sungguh ikan2 kat situ


with papa again n again...

Thursday, October 22, 2009

Rehearsal for d' BIG Day..

Tajuk omputih tu yg x tahan tu...

ni kes psl big day utk pertabalan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tak lama lagi.. So, sbg pegawai yg berhemah lagi berdedikasi ni diarahkan utk bertugas sempena pertabalan Tuanku nnti..

Kalo dah nama pun hari pertabalan, konpem yg terlibat utk menjayakan hari tu ramai.. sue yg terlibat tang rehearsal ni pun dah rasa penat.. mcm2 komplen keluar.. kalo dorang yg fully involved sejak dari awal thn hari tu, ntah cemana la makan ngan minum dorang erkk...

rasa kalo tak kena duty, mm x akan jejak kot kaki kat kawasan istana.. habis sopan santun hari tu.. control ayu semua.. takut kena daulat.. patik mohon ampun tuanku.. kitowang siap diajar bahasa istana yg baru nih.. mcm "tuanku mahu ke sungai?" haaa.. ini sape yg paham dia tau lee..

kalo nak masuk istana, kena ikut law dia.. kalo agak2 nak tunjuk ego, silap2 kena halau ngan org istana.. antara law dia..
1. jgn pakai bj warna kuning diraja sbb warna kuning adalah warna rasmi di-raja..
2. jgn pakai bj warna fefel sbb warna fefel adalah warna pilihan selepas kuning..
3. perlu memakai kasut bertutup.. kalo bersandle, perlu ada tali kat belakang..
4. kalo tidak diminta pakaian khas, yg lelaki perlu memakai kemeja serta bersongkok dan wanita berbaju kurung dan berselendang...
5. ada la lagik law2 yang tak terpikir skang nih...

ok, cukup cerita psl tu.. masa sehari nak rehearsal tu baru teringat kasut bertutup x beli lagik.. selendang tak de lagik.. semua tak prepare walaupun dah tau kena beli 3 bln lepas....

sue mana la suka pakai kasut tutup nih..tak cekci la.. blk je keje isnin tu, terus g jusco carik kasut.. di sebabkan hati tu x suka kasut tutup, so senang je la pilih.. mms lakiku & dia pun ok, maka tercipta lah sejarah kasut bertutup pertama ku....... huhuhuhu....

"ok ke pa?"
"chaiyok.."
entah apa yg chaiyok pun tatau.. agak2 makna dia cantek la tu... terus bayar bersama beberapa helai t-shirt yg lain.. opss..

saje letak gmbr masa rehearsal ni utk kenangan.. bukan senang nk dpt peluang mcm nih.. bukan setiap thn atau setiap 4 thn ada hari pertabalan.. dan bukan semua org dpt peluang nih.. so, dpt la kot sama2 kita share suasana tu..

bersama kawan2 baru.. kot ada muka yg berjaya live kat tv nnti


kat kawasan istana.. semua tgh tggu arahan yg x kunjung tiba


ini nama dia tahta rencana.. tuanku akan dihela ke panca persada menggunakan tahta rencana ini.. sila google atau cari maksud 'hela' dalam kamus dewan


ni kena marah ngan general sbb tak buat betul2.. rasa mcm tgh atend kem askar lak


dewan banquet.. tmpt sue duty nnti.. aggaran tetamu seramai 800 org okey....


suasana mlm kat istana.. ini rehearsal masa majlis santapan di-raja yg blk kol 12 mlm tu..


masa fitting no.1 dress.. x sangka kna pakai baju kaum 'M' ni


"boss, u bleh kasi letak air cond ke bj ni mcm baju MJ?" hehe.. x tau la cemana nak selesa kan diri dgn bj ni nnti


smpai skang kagum ngan abg2 ashkar boleh tahan diri tgh panas..


mr.saiful, farihah & me on the full day rehearsal


pintu balairong seri di mana akan berlakunya acara pertabalan nnti


saje nak amek gmbr ngan abg2 ashkar.....

Wednesday, October 21, 2009

Happy 7th year my blued..

my blued adalah seekor kenari yg telah dibeli pada oktober 2002 dan hari ni telah pun genap 7 thn usianya bersama pemilik dan pemandu yg sgt cermat di jalan raya....

tak sangka dah 7 thn memelihara seekor kenari.. this is the ONE AND ONLY keta yg sue ada setakat ni.. mmg kereta pertama dan tak pernah berganti lagik.. rasa kalo org lain exp the mens mesti at least 3x dah tukar dah sepanjang 7 thn kan...

terlalu byk kenangan dgn kenari nih.. ingat lagi masa nak beli tu still keje as lecturer kat senawang.. 4 hari bawak dah langgar keta org masa nak reversed.. masa tu gi makan mlm ngan member yg sama2 control ayu.. rasa mcm semua pandang.. nak reversed pandang cermin belakang je.. yg cermin sisi sikit pun tak heran.. apa lagik, sekali terlanggar sisi keta mamat sorang nih.. mmg sah sah lepas tu semua pandang kitowang.. sib baik la ada member lecturer gak yg tlg setelkan.. apa khabar la cik cham skang..

lps tu plak 2 mggu bawak dah pecah spotrim langgar divider... wakakaka.. terus benti tepi jln tahan keta.. malu nye.. malu gile!!! tgk tayar dah kempis.. nak tak nak kena la jadik mcm pelakon samarenda.. kena la tahan keta yg lalu kat situ.. dorang ni pun satu tau, kalo x nak tlg jln je la.. ini siap pheewiitt pheewit lak.. lagik la x tentu arah dibuatnya..

dah malu sgt tahan x de yg berenti, sue masuk keta.. jln blk pelan2.. 20km/j kot.. aim nak smpai kat kedai motor kat simpang dpn tu..

sib baik ada sorang indian man naik moto hon sue,, soh benti.. dia tlg gantikan tayar.. ingat lagik dia tya..
"mana u punya jumper dgn tayar spare?"
"saya tak de beli tayar spare.." dgn muka cuak gile sue jwb.. bukan kita beli keta yg dah siap 4 tayar je ke?.. x de lak rasa request nak beli tayar spare.. wakakakaka.. sengal gile!!!!!
lepas tu indian man tu heran.. "mana bleh tak de.. ini kereta baru mesti ada punya.."
terus dia bukak bonet dan terus keluarkan tayar spare ngan jumper...

aduuhhh... ada tayar rupanya kat dlm bonet aku nih.. masa tu malu2 sikit je la.. mmg pikir nak cepat je dah lmbt nak gi keje...

siap je dia gantikan tayar terus sue hulur rm10 (masa tu ada rm30 je kot dlm wallet).. masa tu mmg tgh gawat gile.. pakai prepaid lagik time tu.. credit habis pulak, x bleh call out.. kan ke haru... dan itulah last sue pakai prepaid.. tobat x nak tnggung risiko lagik..

beria soh indian man tu amek duit tu sbb sue mmg terhutang budi sgt sgt dia.. sgt sgt.. kalo tak de dia, mati keras sue kat situ......

dah satu keje nak carik spot rim kenari yg jual 1 piece je.. lecturer tu jugak yg tolong.. sib baik senang nak carik..

itu je la 2 tragedi yg mmg x dpt lupa.. dan alhamdulillah, lepas tu terus x de tregedi tragis lain smpai la hari ni.. kalo kes tak refill air batteri tu ada la 2-3 kali.. mintak tlg opismate tlg tolak.. wakakaka... sbb tu skang ni dah pakai bateri kering.. sgt sesuai utk perempuan...

mmg bergantung hidup ngan kenari ni.. keta ni la yg sue pakai masa ulang alik keje 3 thn kat USJ dulu.. 3 bln pakai dah kena hntr service..

tp sejak pindah sban skang ni, sethn sekali kot baru kena service... huhuhu... hari ni amek kesempatan nak manjakan kenari.. ye la, dia dah byk berjasa kan.. hantar gi cuci je pon..

keta std je sejak beli.. masa lakiku pakai kejap dulu tu, baru la berseri skit sbb dia tukarkan spot rim, tambah skitting, tambah skit accessories kat atap tu.. tukar radio.. lampu belakang, etc.. kalo sue? asalkan boleh jln..

angan2 nak tukar keta la.. tapi ada duit ke nak bayar?? kenari ni pun belas ihsan lakiku yg habis byrkan hutang.. dah sethn lebih stop byr duit keta nih.. tapi kenapa duit gaji tu rasa x cukup gak??

masa utk mandikan my blued..


kalo najmi dia cukup takut masuk tmpt nih.. mesti nangis..


hari ni kita pampered lebih skit.. kasik vakum bersih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...