@churalliya

Friday, August 13, 2010

Mencari Chinese Islamic Seafood/Western/Traditional Cruisine di Seremban?


Teringat kat satu restoran yg baru bukak kat Bandar Warisan Puteri, Seremban.. terus plan nak belanja makan kat situ masa tragedi tiup lilin hari tu.. bukan tiup kek okeh.. smpai bebila pun tak padam kalo di tiup kek tuh...


Yang buatkan mekchu terajin wat entry makan-makan kat sini sebab :
  • kan sekarang bulan puasa.. mana la tau kot-kot ada yg tgh survey restoran nak bawak family bukak puasa
  • restoran ni baru bukak 3 mguu.. sgt baru
  • tmpt dia lain macam.. sgt cozy di mata mekchu.. suka sgt
  • makanan dia sgt sedap.. susah nak jumpa tomyam yg sedap smpai tapaw bawak blk
Kitowang dok tgh2.. betul2 bawah deco deco nih




ok, meh baca nih.. sila tumpukan perhatian.. nnti ada soklan tau

Restoran Sri Aden, yang baru mula beroperasi pada 12hb Julai 2010, adalah salah satu restoran berkonsepkan eksekutif dan 'ala-Resort' dengan memberi khidmat dengan harga yang seiring dengan restoran Tom Yam di Seremban ini.

Ruang makan di dalam yang luas dapat memuatkan seramai 200 orang tetamu, juga disertai dengan suasana yang nyaman dan selesa lengkap dengan keperluan asas seperti ruang meletak kereta, tandas awam dan surau yang cukup untuk kegunaan jumlah tetamu yang ramai. Ruang makan diluar berkonsep bersantai pula yang dapat memuatkan seramai 300 orang tetamu/pelanggan juga disediakan dan akan digunakan untuk aktiviti majlis-majlis keraian.

Kami menyediakan "Chinese Islamic Seafood" yang sangat menyelerakan serta "Masakan Barat dan Pasta" sebagai pilihan. Selepas bulan Ramadhan dan Syawal, menu "Hidangan Tempatan dan Tradisional" akan disediakan di ruang makan terbuka dihadapan bangunan. Menu seperti ikan bakar, ayam percik, ayam golek, nasi ayam, nasi briyani, gulai kawah, sup tulang dan pelbagai hidangan lain akan disediakan. Untuk pelanggan menikmati menu tempatan ini mulai 23hb Julai 2010, kami menyediakan hidangan pakej seperti set ayam percik, set nasi briyani, set kari nyonya kepala ikan dan mee kari.

Konsep macam-macam ada dengan kualiti makanan dan khidmat yang cekap dan cepat adalah keutamaan direstoran kami bagi memenuhi pelbagai selera, citarasa dan kepuasan pelanggan.

Sempena menjelang Ramadhan, 2 jenis pilihan hidangan dapat dinikmati,
  • Set Buffet (menu tempatan dan tradisional) - di ruang bersantai
  • Set Menu "Chinese Seafood" - di ruang makan dalam
Sila lah ke Restoran Sri Aden untu menjamu selera

Buffet Ramadhan
  • Dewasa - RM35 nett
  • Kanak-kanak - RM18 nett

Itu dorang yang kata, bukan mekchu yg kata tau.. nmpk gaya restoran ni tak de lagi apa2 website/blog untuk rujukan... baru operasi 3 mggu lah katakan.. nak buat duit poket pun bleh jugak nih.. dpt sponser makan bulan puasa ni pun layan gak..

kawasan sgt luas.. bleh main kejar-kejar bagai..
kat pintu masuk.. najmi paksa mama dia kejar.. terpaksa la mama yg over... itu mmg biasa


kena buli lagik.. mana la mama ko tak kurus.. ajak la papa ko tu ha.. dia byk isi..


Menu kami malam tu...

MENU (SET 2) - RM 22 per pax
1. Kerapu Steam Soicy Sauce
2. Prawn Fritter
3. Tomyam Chicken
4. Kerabu Mango
5. Siew Fatt Choy with Black Mushroom and Tofu
6. Chicken Salted Egg
7. Fruit Set
8. Fruit Juices (1 Jug)


garden, decoration mmg cantik.. tp malas nak amek gmbr sbb camera tak canggih.. mencik!!


dan yg paling mekchu suka dia punya suasana..

mmg recommended by mekchu okeh..

Restoran Sri Aden
513, Persiaran Warisan Puteri 3
bandar Warisan Puteri
71770 Seremban, N.Sembilan
06-7610024/012-2251718 (call for reservation)

15 comments:

eiNa said...

tgk menu dengan gambaq pun dah meleleh ayaq liyuq.. dahla sy penggemaq tomyam tegar!

alemak..ckp kedah plak ngn org nogori ni..paham ko?

apsal jauh ek? kalau kt KL kan best

~~@lyci@~~ said...

adeh, mekchu nya presentation makanan lg best dr alycia huhu.. sabo2.. pose ..

sejak pindah putrajaya, dah jarang sgt turun somban huhu..

Kie-yu said...

woh
buleh cube ni :D
thnx review ~

mekchu said...

eina : awat x paham nya.. 5 thn dok utara nun.. buka nnti ayaq apa tatau.. hehehe.. nak buka kat puncak jalil pun tuan rumah blk pilah.. cane tuh??

alycia : sama la.. sejak pindah sban sue dah jarang ke ptrjy.. eh, rabu dpn sue cuti.. ada kat nre tuh

AKO @ retna said...

uishh nampak menarik arrr... menu pun cam best jer...

ermm dah lama x balik seremban nih... sape nak di ajak ni ek??/ *garu dagu*

btw erkk bandar warisan puteri kat aner ek???

*ha nampak benor mmg x slalu balik ni kan... huhu

mekchu said...

kie yu : nnti try..

ako : anak omak ni kan.. mmg dah x ingat kg.. warisan puteri kat area sikamat.. jgn nak gi jelebu, masuk kiri sblum smpai kilang koko.. hahaha.. ajak lah mekchu..

Iyiana said...

Lor.. dekat dengan umah parents yana rupanya..

JIVEBUMZ said...

haah la dekat ngn umah yana la.. bleh la pegi nanti kan..

perghh terliur tengok tom yam tu! dapnyeee

mekchu said...

moh moh kito poe.. nnti nak gi sana roger dulu.. tom yam dia mmg terrrrrrrbaik.. siap tapaw tu makna nye mmg sedap sgt la tuh

rozana said...

susahnya nk carik kt srmbn ek
halal chinese food..
kt kltn bnyk tau mek chu..
pastu price mmg okay sgt2..
aritu pg ngan student..
dlm 40pax..abis dlm 600++
kire2 satu meja dlm 70 jek..(6-7pax) mknn terlebey2..sampe pn bwk blk makan sahur pulak..

p/s camne mak najmi x slim..ya Allah najmi aktifnya nya!!

JMY said...

sedap ek, k, nnti nak serbu gak, insyaallah...tk 4 the info

NeenaAnuar said...

cantik lah tempat nie! leh singgah nanti kalau ke sana! :D

mekchu said...

mokna : kat sban ni tmpt makan yg best mmg limited.. dah susah2 sgt, mapley jugak...... aduuhhhh

JMY : serrrrr serrrrr serrrbu

neena : harus roger mekchu kalo ada kat sban tau

CikLilyPutih said...

nampak cam sedap je.. mesti kene cube nie lah

RESTORAN SRI ADEN said...

thanx coz sudi mempromosikan restoran kami...kami amat hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...