@churalliya

Wednesday, December 15, 2010

Seremban - Tiroi with Love

Hari-hari lalu bawah rail ketapi.. kalau nasib bertuah, ngam-ngam ketapi lalu atas kepala tau..

Dah lama niat nak bawak mi-cah (najmi) naik komuter.. tak pernah dapat.. dia naik ketapi pun masa kat HK ke Shenzen bulan Mei hari tu je.. smpai tertido dlm train sebab keletihan.. lagi pun masa tu dia tak dpt menikmati suasana dlm ketapi semaksimum mungkin sebab kecik lagi..

Ini adalah aktiviti kami anak beranak ahad lepas.. dah alang-alang nak balik Labu kan, apa kata papa-jit drop mama-chu & mi-cah kat komuter stesen.. papa-jit tggu kitowang kat stesen Tiroi..


Stesen Seremban ke Tiroi adalah 5 minit dan tambang RM1 sahaja.. sape yg selalu naik komuter ke seremban dia tau la kot... lagi pun mmg kena lalu stesen Tiroi kalau nak balik rumah nenek Labu..

ahad pun ahad la.. redah je beb.. punya lah ramai org.. mi-cah punya pasal daku redha..


koc wanita adalah pilihan.. lagi pun koc tu mmg terletak kat tgh2 bdn ketapi kan.. senang nak cari dan masuk..

najmi kalau org dah ramai2 cam tu, suka sangat la dia.. mula la dia tunjuk hero.. nak nak bila banyak mata yg memandang dan senyum kat dia.. lagi la dia suka.. kira najmi sebagai penglipur lara koc wanita petang itu...


bila dia dgr bunyi yg macam2 dr ketapi tu, mula la dia tya itu dan ini..

"mama, train ni kentut la mama..." kuat sangat ok.. habis semua tergelak..

tgk pemandangan, tgk pokok, tgk awan.. tiba-tiba dah smpai stesen Tiroi..


nak keluar sikit pya seksa okeh.. kaki org2 yg berdiri kat situ agaknya dah kena gam ngan gam gajah ke apa smpai tak bleh nak gerak bg laluan kepada seorang hot mama yg mengendong anak ni nak keluar... siiiikit lagi.. siiiikit lagi okeh we ols nak tersepit kat pintu komuter tu.. sib baik lah mama-chu nih expert bab cilok mencilok ni.. kalo tak, makin selim melim lah aii kena sepit ngan pintu komuter..

smpai je Tiroi, smbung naik keta balik ke rumah nenek Labu.. papa-jit dah ready tggu kitowang.. hahaha.. ini lah yg dikatakan tak de kerja carik kerja...

rasa mcm comel pulak bila gunakan nama watak papa-jit, mama-chu & mi-cah kat sini.. kalau tgh cerita pasal kami ber-3, mekchu gunakan nama 3 watak tu.. ok tak kawan-kawan?

14 comments:

MAPPIAU said...

i okey jer...hihihi..tapi mama-chu ni memang blogger tegar ah, selambe cool jer amik gamba dalam train huhuhu. tabik springgg laaa!! toing toing :P

PuRpLeLiCiOUs LoVe said...

hahaha cuwiitttt..train kentot..sakit pedot la train tue najmi..hehehehehe....

bleh2...suka baca nama2 watak tue..sangat menarik tertarik de bommmmmmmm

~~@lyci@~~ said...

ok, setuju.. arini dgn rasminya mama-chu, papa-jit & mi-cah jd watak utama hehe... adam dah pernah naik komuter, lrt, kapal.. tinggal kapal terbang jer blum lg.. tunggu bulan 7 next year.. upsssss..

shaza said...

cute tengok mi-cah naik komuter. Mesti die sorang je kanak2 kat situ kan??

kita dah lame tak naik komuter.. dulu zaman study naik komuter dari kajang ke seremban. pastu terus ke terminal 1 naik bas balik jb.. sanggup buat camtu sebab malas nak naik dari puduraya..

CaDLyNN said...

okay sgt..cute~

AKO @ retna said...

ahhaaha cool arr kowang!
betul gak kan, xde kojer, elok gak cari kojer tu hehe :p

mummysyafie said...

dulu bawak abang n wawan naik erl ke klia je. senang sebab tak perlu ikut hway.

diaorg sampai sekarang panggil erl,komuter,lrt tu thomas n friend. hahahah...

Softtouch [Hanim] said...

kerana anak snaggup yer mama-chu...train kentut ye syg..klakalah mi-cah nie..heeeee

Nini D.. said...

cun!..glamer apa nama nih...

lieza78 said...

comei..comeiii hehe.. mekchu mmg kaki dia org kena gam.. orang tengah ngendong anak pun dia xmau kasik duduk tau.. bayangkan 11 kilo berdiri ngendong anak.. dari xtido budak tu sampai tertido ... org malaysia belum ada yg berhemah 100%... tskk.tskkkk

mAmAbuDaK said...

kalu dah kena kpit pintu panggil mama penyet plak...

illafira said...

hehehe.. comel je guna nama2 tu

* nauzalurun said...

a'ah kan..ok gak idea ni..aku x penah lg bwk alesha naik tren...harus ni balik sban nanti try...eh tp mama dia pun gayat..apa kes nak bwk anak2 naik plak...huhu..

farahanna said...

stuju2....
watak2 tu mmg sesuai...

tingat zaman keje ktmb..
trenlah pengangkutanku...
smp naik muak naik tren tetiap hari...
=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...