@churalliya

Tuesday, April 5, 2011

Asal Usul nama mi-cah, mama-chu & papa-jit

Ketiga-tiga nama tu najmi yang bagi sebenarnya.. dan nama-nama tu hanyalah bagi tujuan komersial di blog ini sahaja.. tak de kaitan dengan nama bagi yang hidup atau mati (cenggitu ke ayat dalam drama erk?)

Kalau perasan dulu mekchu gunakan nama bro.john untuk papa-jit dan hanyalah sue untuk mama-chu.. tapi sejak najmi dah boleh 'think out of the box' (bak kata yana) jadi rasa macam comel pulak kalo gunakan nama mi-cah, mama-chu & papa-jit tu bila menulis kat blog ni.. ada entry lama kat sini..

Al-kisah nya cenggini.. ce cite.. ce cite... ye la, nak cite la ni...

Sedang mengajar anak menyebut nama sendiri, nama omak dan nama apak dia.. risau la kan kalo keluar dan orang tanya nama mama siapa? buatnya dia jawab nama mama eva longoria.. sadiss weii.... mesti dapat pandangan serong punyalah..

Ok, macam mana bleh dapat nama mi-cah tu?
Nama najmi ialah Najmi Syahputra.. mmg nama tu agak panjang bagi dia dan susah dia nak sebut satu per satu.. mekchu ajar dia Najmi (sahaja) dan dia dapat sebut mi je.. lepas tu pandai2 pulak dia olah perkataan tu dan tambah cah untuk pangkal perkataan Syahputra.. maka terjadi lah mi-cah di situ..

Asal usul nama mama-chu pulak
Nama mekchu Suraya Mazni.. ajar dia sebut sue sahaja.. dan bila dia sebut sue jadi lah chu.. dan mungkin dia rasa tak sedap dengan nama tu dan dia pandai2 pulak tambah mama kat depan dan jadi lah mama-chu.. dalam hati macam tau je nama blog mama ko ni pun ada kaitan dengan chu jugak (churalliya).. hak hak..

Next, asal usul nama papa-jit..
Nama laki mekchu Najib.. yes, aii lah datin seri wanna be okehhh... ajar najmi sebut najib dan dia dapat sebut jit sahaja.. disebabkan dia dah tambah perkataan mama untuk mekchu, maka secara otomatik dia tambah perkataan papa untuk papa-jit...

maka, terhasil lah mi-cah, mama-chu & papa-jit..
kami bertiga setahun yang lalu... 

Jadi mulai hari itu, secara rasminya mekchu terus guna ketiga-tiga nama komersial tersebut untuk penulisan entry kalau melibatkan ketiga-tiga watak utama itu dalam blog kuning oren ni.. mmg lah tak baik kan kalo kita dah bagi nama elok-elok pada anak, pas tu kita panggil dengan nama lain.. tapi cayo lah cakap den ni.. bagi tujuan penulisan blog sahaja.. tapi kadang2 terguna jugak nama-nama tu bagi merapatkan lagi hubungan kami... sesekali tu teringin jugak nak tukar angin kan..

Kalau korang ada terjumpa ngan mi-cah ni, ce cuba lah tanya dia nama dia apa? :)

Kalau nak dapat kan idea nama glamer pun boleh jumpa ngan mi-cah ni... nanti dia akan olah sendiri mengikut kefahaman dia.. kitowang se-family semua dah ada nama pemberian mi-cah ni..

21 comments:

Unknown said...

ooo itu yer asal usulnya..masa memula baca blog mekchu mcm pelik je..nape anak panggil mama-chu..mcm panggilan pada mak sedara je kan

comel je budak kecit tu :D

.::WaNiE::. said...

nama mmg sangat glamer okk kak :P

Fiza Rahman said...

Owh...gitu citernya. Klo mcm tu aunty pon nak jumpa mi-cah lah...nak minta nick name gak...hehehehe...

mekchu...akhirnya i jumpa gak durian pancake, bukan kan MV tapi kat IKEA...memang sedap giler.

-anidaothman- said...

nama yg simple dan semPoii...

pandailaa MI-CAH nieh..

syawalsimpsons said...

best je asal usul nama 2..hehehheheh

Mek Rose said...

oooOOOooo bulat..eheheh

baju mi cah samela ngan rafiq..kaler oren..brand anakku..huhuhu

ratusiput said...

comei sume2 nama tu.senang nk igt..pandai mi-cah bg nama :)

edane said...

hehheheh dul2u ingt cina tau.. huhu cam eysraf lah nak susu katanya chu chu! hehhee

Unknown said...

hehe..tu la...
budak2 suka sebut 1 suku kata jek ngan dailek pelat..
tp ttp chumel...

TUNGKU MODEN / BANTAL PANAS
SET TILAM SEJUK
Tommee Tippee: Closer to Nature PP 9oz - BPA FREE
TUNGKU BAYI

rinkume_zi said...

comey jer mi-cah dlm gambar paspot tu. pandai je duk diam2 ambik gambar yer. ;-)

CaDLyNN said...

mi-chah tiut miut

Farra Dhelina said...

comel lah micah ni!..sesuai dgn nick name dia ni hehe

~ana~ said...

kiut la nama2 ni..comel je bila sebut..:)

♥MAMASYAZA♥ said...

mmg cute arrr sumer nama2 tu, tapi kalo budak kecik yg sebut, lagiklah comelll..sooo nice

Eliss said...

oh gitu kesahnya..baru ku tahu..

illafira said...

comel je nama2 yg mi-cah bagi tue

mummysyafie said...

ni mesti gambar nak wat pasport..

tapi nama mi-cah tu kiut la.

Mimy Hamid said...

oooo nama micah is paling kiut ngan muka nya...i like...

Najwa.H said...

OoOoo..ni semua idea mi-cah la yer... hehe

NeenaAnuar said...

hehe.. memang cute lah semua nama2 tu.. sama cute ngan korang bertiga! :D

QasehnyaRania said...

hahaha....paham dah....:)
bijak mi-cah ni..bahagianya bila dah da anak...mekchu tolong doakan utk su juga yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...