Mintak-mintak cerita kat USS habis kat Part III nih.. letih mak nak oiiii...
Ok, lepas anak dinosour kaler merah menetas, dia di bidankan oleh bapak dinosour.. hahaha... merepek.. terus mandikan anak dinosour kat toilet yang berdekatan.. mandi kat sinki yo.. kat dalam toilet dia bukannya ada kepala paip pon..
Waktu tu kami masih di
The Lost World.. satu game pun tak main kat situ sbb dah petang dan mi-cah dah kepenatan berenang.. maka, mood dia agak menjadi-jadi jugak.. walhal kat situ lah banyak game yang best-best.. tak pe.. tak pe... anak lagi penting..
Ok, kita jalan lagi.. kali ni ke
Ancient Egypt pulak.. kita tengok apa yang ada kat sana.. makin petang orang makin ramai.. badan pun makin penat.. kaki pun makin melecet.. OMG!
mekchu tinggal ngan mi-cah kat situ, papa-jit masuk dalam main
Revenge of the Mummy.. keluar2 je muka dia pucat.. hahahaha... naik darkness indoor roller coaster.. kelakar pulak..
kemarahan mi-cah untuk bergambar makin terasa menjelang petang... tgk la tu, selagi boleh nak terbang lepaskan diri..
duduk kat batu panas tu, susukan mi-cah dan terus lena.. papa-jit pun tak sempat habis main lagi masa tu.. legaa selega-leganya bila mi-cah dah tido....
Ini lah masa untuk berjimba... yaaribbbaaa... tapi kalo nak masuk main game sorang2 tak best la pulak kan.. nak main berdua sape pulak nak jaga mi-cah.. sudahnya kitowang amek gambar je..
Di
Sci-Fi City..
kelas ko
mak nani.. bantal busuk mi-cah dah sampai singapore...
u snap gambar i, i snap gambar u.. gituuuuu.......
itu adalah Battlestar Galactica.. dia ada 2 laluan biru dan merah yang akan jalan serentak.. laluan biru tu CYCLON dan merah tu HUMAN.. yang merah kot siap twist tonggang terbalik.. tengok pun dah kecut perut.. rasanya kalo bagi VIP access pun TAK AKAN naik.. janji!!
kena komplen suruh buat muka elok2...
ok, smile :)
apa? uols kata seluar mekchu santik ni santik? hahahaha... tu seluar sambar dan bayar tu noks.. dah ready kalo kena kutuk ngan papa-jit pakai seluar macam tu.. tak sangka dia pun kata mekchu santik, santik pakai seluar tu.. nnti mekchu wat review pasal seluar tu okehhh..
Tatau pulak kat USS tu ada tema New York semua bagai.. member ada pesan, kalo pandai cari angle mmg nampak real macam kat NY..
Tak kreatip la nak cari angle2 semua tu.. kaki dah melecet sangat masa tu.. dalam otak nak carik selipar je..
banyak jugak attractions yang ada kat New York tu.. papa-jit ok je tapi mekchu dah penat... nak carik kerusi dan rehatkan kaki..
ohh.. sakitnya kaki ku...
charlie chaplin kan? ermmm ada pulak dia kat tepi tu.. tak ramai orang boleh la kitowang layan.. kalau nak kena beratur panjang, tak kuasa mak..
kat sana nnti korang mmg tak akan boring.. nnti ada je attractions lain macam ada orang nyanyi2, buat magic, etc.. kedai makan pun jangan risau.. bersepah.. tapi kena tengok tanda halal lah ye.. macam restoran grill, pizza dia tak de tanda halal..
ermm.. kejap je dia tido.. potong arrr..
yang ini sumpah mekchu pun tak kenal sape dia.. dia panggil mekchu 'gorjes' haruslah bergambar bersama.. tapi papa-jit kata dia pondan.. hahahahaha...
org depan2 tu elok je si hulk (eh, ini watak apa erk?) ni buat gaya biasa.. sampai kat mekchu dia suruh cekik dia.. tp masalahnya tangan dia tu besar sangat.. tahap geli sampai tak bleh bukak mata...
mi-cah buat2 jual mahal.. dia suka tu sebenarnya.. hahaha... eh, tiba2 dah pakai selipar kan.. tak pasal2 mempunyai selipar berharga $19.90..
Lambat lagi nak tunggu kol 8 malam.. kitowang dah habis seround... disebabkan tatau nak wat apa lagi, dan mi-cah pun dah recharge energy, bawak dia main game yang awal2 tadi beratur panjang tu..
ye la, tak logik wooo
45 minutes from here.. pas tu naik nya 3 minit je.. so, petang tu dah jadi
5 minutes from here.. sukaaaaaaaaaa.....
Patah balik ke
Ancient Egypt yang mi-cah tido tadi sbb kat sana byk menan budak..
ini konon-konon branden fraser la ni.. tapi tinggi betul...
salah satu game yang kami amat puas hati.. tak yah beratur langsung.. tips, kalau nak main, pegi lah selepas jam 6 ke atas..
Treasure Hunters.. seronok sangat menyakat mi-cah ngan abg aiman ni.. pesan ngan dia suruh bawak elok2.. jgn masuk dalam air.. beria dia pegang stering tu.. sekali dia nampak badak air, ular, semua terus melompat nak duduk ngan mekchu..
masuk balik kat The Lost World nak main Dino-Soarin.. kali ni mekchu kena naik sbb abg aiman tak de pulak org tengokkan.. lepas tu turun asyik sendawa angin je.. mekchu memang tak boleh naik menan yang berpusing cam ni.. loya tekak mak..
ni lagi satu menan berpusing Accelerator.. ini lagi maha dahsyat... laju kemain sampai tahap nak carik mana papa-jit pun tak nampak.. yang ini sorry morry lah mekchu nak naik kan..
lepas tu habiskan masa keluar masuk kedai souviner kat sana tu.. makin lama makin bertambah plastik barang2.. makin penuh stroller mi-cah kena sangkut dengan macam2 barang... hahahaha... nasib baik lah janji ngan uncle driver kol 8 malam.. kalau tidak standard dia akan amek pukul 10 malam taw.. badan terlalu penat.. nak jalan pun tak larat..
hari pun dah gelap dan di akhiri dengan gaya ntahapaapantah dari papa-jit tu..
sampai je hotel mekchu yang lena dulu.. makan malam order kat hotel aje.. sakit kepala sampai tahap makanan depan mata pun tak larat nak makan.. maka entry USS melabuhkan tirainya.. akan bersambung dengan entry kat Orchard Road pulak.. yang ini mekchu sukeeeee :)