@churalliya

Thursday, September 15, 2011

Lagenda Cinta Teragung - Love Fantaghiro

Konpem ramai masih tergilak kan cerita Cave From The Golden Rose ni kan.. ingat Fanthagiro dan Tarabas? eh, Romualdo muncul dulu, baru Tarabas..

Menjadi faberet mekchu masa sekolah rendah dulu.. sekitar tahun 1991 - 1996. Tak tahu lah korang dah lahir belum masa tu.. hahaha.. nampak sangat dah kertu ko tu mekchu...

Satu-satunya cerita zaman budak-budak yang masih segar diingatan. Cerita fairy tales.. Masa kita kecik2 kan selalu berangan nak jadi princess, jumpa dengan prince hensem.. pas tu berimaginasi pulak ada ahli sihir baik dan yang jahat.. selalu princess jadi taruhan dan nanti datanglah prince selamatkan.. ehem ehem.. Add-on kat cerita ni sebab view dia cantik-cantik, pas tu semua kat dalam hutan tu boleh bercakap.. pokok, haiwan, batu.. sukaaaanyaaaaa... lagi bertambah suka sbb baju Fantaghiro kaler oren *wink


Ada jugak cuba download movie, tapi jumpa dalam bahasa Italy tanpa subtittle :((

Baru-baru ni tak sangka (mmg tak sangka sangat) keluar balik cerita ni. Setiap Ahad, jam 10 malam @TV9.. pernah ada movie ni kat dalam Dunhill Double. Tapi masa tu tak sempat nak tengok pon..

Walaupun itu adalah waktu travelling hour kami (dari rumah seremban ke rumah nenek labu), dan waktu kecederaan jugak nak iron baju keje, tapi akan tetap pastikan pukul 10 malam tu dah siap segalanya..

Jangan lupa tengok cerita ni tau.. korang memang akan dibawa terbang ke alam faily tales.. tapi kena pastikan anak-anak dah tido lah.. baru habis 1 episod.. sempat lagi kalau nak follow naik kuda sama-sama jumpa dengan tarabas.. walau pun dia jahat, tapi dia ensem kan...

~ Love, mekchughiro ~

21 comments:

-anidaothman- said...

aah memang taknafi cite ni best....
FANTAGIRO ni SEGAKK sangat ^_^

Sheherazade said...

love them!!!!! cian romualdo kena shir fanthagiro selamat kan

kerana cinta,tarabas jd baik...oh i like tarabas

InaAchik said...

sgt2 suka citer ni. pernah curik2 merangkak kut bawah pagar asrama semata mata nak gi tgk citer kat umah makcik jual kopok. beli kopok singgit tapi menempel kemain lama smp cite ni abes. pastu igt lagi, bila citer ni jer, penuh bebudak asrama beratur beli kopok kat umah makcik tu. seb baik x kantoi ngan warden.

Cyda Acme said...

betul3 mama pon ske tgk citer nih ... best tul skang nih dah ader balik kat tv9.

mana gambo tarabascintahatiku? walaupon dia jahat tp dia sgt hensem ^_^ kuikuikuikui

dwatyKNY said...

sayala peminat no 1.... hahahahaha... tak nak lepaskan wlau 1 episod pun... tapi ahad ni nak gi baraya... kalau balik lewat tak dapat la tengok... huhuhu

SYANI said...

Terlepas episod minggu lepas. Stop takat mana ye hari tu?

Aiza Haris said...

huhh ensommmm laaa mamat tu.... sume pakat2 kata best ni... ishkkk nak tgk jugakk laa

Mimy Hamid said...

aku rindu si hensem ramouldo dan tarabas...owhhhhh cant wait watak diorg nak kuar...thanks tv9

Xana Razak said...

suke jugak...smp ada abang mase kat sekolah dulu kitorg gelar dia tarabas sebab dia putih pucat n hensem cam tarabas...

NM02 said...

tak pernah layan citer ni

tapi mamat tu ensem giler

mcm nak gugur gigi saye

hehehe

ch@ said...

yeye kita layan-kita layan. tapi dulu2 tgk darjah 6, mana la paham. tau nama tarabas je. internet pun tak kenal kot2 nak google.

boleh ulang nostalgia ni. thanks mekchu. ahad eh.

CaDLyNN said...

lin suke gile cite ni...
wah..sudah tuka name nampaknye...mekchughiro :p

rinkume_zi said...

laaa.. tak pasan pulak ada kat tv9. tq mekchu. saya mmg tertunggu2 bila la nak siar balik citer ni. teringat kenangan zaman kecik2 dulu. hehehee....

eB said...

eB x suker ending dier sbb hero dh x berlakon, dok tunjuk muker ms siri2 lamer jerk hu3

Myalycia said...

haha.. mekchu giro xtahan tu ;)

[leily.laily] said...

hahaha, mekchughiro tu.. =)
igt2 lupe cite tu, yg pasti kegilaan ramai hero die tu..
tarabas!!!

therosputih said...

dan2 kau mekchughiro...aih, ni yang jeles nih...

Anis Azalea said...

tarabas tu hensem giler babas...cuma bila muka dia start burok tu tak bestla...
oh ini cerita yang diperkatakan setiap hari kat sekolah..hahah..selalu bergasak dengan arwah bapak rebut nak tgk tv

Hamba kerdil said...

cuba la download kat www.stagevu.com.. :)

NeenaAnuar said...

oh hero nya memang super duper hensem lagi macho!

Bitt (double IS) said...

ya betul!!!! tarabus ni dulu sangat hensemmm...sampai termimpi2 uu...akakakkaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...