@churalliya

Thursday, July 12, 2012

Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight

(Sticky entry for 48 hours)

Sejak kecik lagi rasanya dah kenal dengan produk Sunlight ni.. produk apa yang emak kita gunakan kat rumah, mesti kita akan ikut bila dah berumahtangga.. sebab dah percaya dengan keberkesanannya kannnn...

Setiap ibu mesti mahu kan produk yang terbaik untuk diri dan keluarga.. terbaik dari segi harga, disamping dapat menjimatkan masa dan tenaga.. sekarang semua nak cepat.. bila malam tu, itu lah masa nak luangkan dengan keluarga kan.. Kalo nak basuh pinggan pun terhegeh-hegeh, sebab susah nak hilangkan minyak atau kena basuh 2-3 kali sebab pinggan berbau sabun, memang anak-anak dah tido dulu lah jawabnya.. Kalau anak2 tido dulu ok lagi, kalau suami? ehhhhhh?

Bab pilihan produk pencuci pinggan, mekchu memang akan pilih Sunlight.. dari dulu dan selamanya.. Sebab setiap botol Sunlight mempunyai kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 biji limau. Hasilnya, kerja mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima.

Baru-baru ni, Squad Sunlight telah datang sendiri ke rumah untuk menyebarkan lagi kegembiraan yang diperoleh melalui usaha minima untuk kerja-kerja mencuci pinggan dan mencapai prestasi maksima, tanpa tanda-tanda berminyak, kesan kotoran atau bekas bersabun.

* Tumpang rumah akak mekchu sebab rumah mekchu ada sikit renovation yng mungkin tak selesa..

 Skuad Sunlight berkongsi beberapa tip bagaimana mencuci pinggan mangkuk boleh dimudahkan dengan usaha minima, prestasi maksima, hasil daripada kuasa menghilangkan minyak lebih daripada 100 limau dalam setiap botol Sunlight.

Tak perlu banyak.. hanya setitik dua sahaja sebenarnya dah cukup.. 

Squad Sunlight melawat rumah-rumah pengguna dan menunaikan permintaan setiap suri rumah – iaitu membantu mereka memudahkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk supaya mereka dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga mereka.

 Dianggarkan lebih kurang 20,000 pinggan mangkuk telah dicuci oleh Skuad Sunlight seluruh negara.

walau pun dengan sedikit sabun, tapi lebih daripada mencukupi dengan membasuh pinggan yang boleh tahan banyak sebab memang kaya dengan kuasa limau.. Di samping memelihara tangan dan bau wangiiiiii...


Nak tahu lebih lanjut?  Ada 2 berita baik bagi pengguna Sunlight dan pembaca blog mekchu :)

Yang pertama, sempena Kempen 'Ribuan Senyuman dengan kuasa 100 limau Sunlight’ ini, pihak Sunlight sedang mengadakan peraduan yang berlangsung dari Mei 1 hingga Ogos 31, 2012 seluruh negara bagi menyebarkan lagi kuasa 100 limaunya kepada rakyat Malaysia lain.

Dengan sebarang pembelian botol atau pek isian semula Sunlight di kedai-kedai runcit yang terpilih, pelanggan akan menerima penanda Sunlight yang boleh digantung di pagar rumah.

Rumah-rumah yang dilihat menggantung penanda Sunlight ini akan berpeluang memenangi bekalan setahun Sunlight.


tak teringin ke? stok setahun..

 bergambar kenangan bersama Squad Sunlight.. 

terima kasih kerana datang untuk tolong cuci pinggan mangkuk dan tunjuk cara cucian yang sebenar dengan Sunlight..

Ok. Berita baik yang kedua bagi pembaca blog kuning oren ni.. Ada Peraduan 'Detik bersama Sunlight' untuk para pembaca semua..

Peraduan 'Detik bersama Sunlight'
Tempoh peraduan: 30 Jun, 2012 - 29 Julai 2012
Hadiah berupa set CORNINGWARE® bernilai RM429.00 bakal dimenangi oleh 1 pemenang terpilih.
Langkah penyertaan:

◦Langkah pertama: Ambil gambar yang bererti ‘Detik bersama Sunlight’ kepada anda.
Contohnya: Gambar makan bersama keluarga, gambar membasuh pinggan bersama anak anda, dan sebagainya. Gunakan kreativiti anda. 

◦Langkah kedua: Muat-naik gambar tersebut ke Facebook wall anda, dengan caption ‘Detik Saya bersama Sunlight'. 

◦Langkah ketiga: ‘Tag’ Suraya Mazni Mekchu sebagai cara memaklumkannya mengenai gambar tersebut selewat-lewatnya pada pukul 11.59 malam pada 29 Julai.

Contoh gambar 'Detik bersama Sunlight'

*Gambar sekadar contoh sahaja.. korang konpem boleh hasilkan yang terbaik dari ini...

Terma dan Syarat Peraduan 'Detik bersama Sunlight'
1.Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, penduduk tetap atau yang bermastautin di Malaysia.
2.Peserta peraduan hanya boleh menyertakan SATU gambar sahaja.
3.Privasi gambar tersebut hendaklah diletakkan pada ‘public’ supaya pihak Sunlight dapat melihatnya bagi penghakiman.
4.Hadiah akan dihantar kepada pemenang sebulan selepas tarikh pengumuman pemenang.
5.Sunlight berhak menukar hadiah yang ditawarkan sekiranya kehabisan stok. Walaubagaimanapun, nilai hadiah yang ditawarkan akan bernilai RM429.00 atau lebih.
6.Keputusan dari pihak Sunlight dan blogger adalah muktamad.


Hadiah : CORNINGWARE
6-piece set
•1L Covered Casserole
•1.5L Covered Casserole
•3L Covered Casserole
Harga: RM429.00

Pemenang bertuah akan diumumkan di blog ini diantara 6 - 12 Ogos.. Tepek gambar kat facebook je dah bleh dapat hadiah.. Tak perlu LIKE pon.. Penilaian berdasarkan gambar yang terbaik dan kreatif :)

Good luck semua..

5 comments:

Bitt (doubleIS) said...

hhahahhaha bagus nih! hahahahaha tak tahu sempat ke tidak...korek2 gambo lama ado..tapi dalam external pulak...huhuhu i nak yg stok setahun tu! hahahaha

Bitt (doubleIS) said...

pastu nak tanya lagi...pinggan yg derang dtg basuh tu kalau kotor teramat tak pe khennnn..hahahhahahaa piuk beso pon derang boleh khennnn ;)

SURIA AMANDA said...

wah mekchu x lama lagi jadi fofuler la kan...bestnya...

NeenaAnuar said...

I memang pengguna tegar Sunlight! kat kg MIL guna axion paste yg kasar tuh.. tangan ku jenis alah pada sabun yg jenis sebegitu.. lalu ngan slumber jerk I ckp kat my MIL that kalau nak I cuci pinggan.. beli lah sunlight.. insyallah rajin menantu hantuu mak nie dok basuh pinggan kat dapur! hahaha....

btw... hadiah dia tuh tak menahan lerr.. uhuhu..

Ako Retna said...

alamaakkk jarang pakai sunlight...
erkk kena bertukar la ye lepas ni.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...