@churalliya

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Cheese Sosej Roll ala canggung

Ini adalah entry resepi pertama di blog kuning oren ini.. Disebabkan pujian setinggi gunung pasal sosej yang meleleh cheese hari tu, maka mekchu buatkan resepi dia.. korang ni mmg pandai beli jiwa tau..


Tapi sebelum tu, mekchu tak de gambar utk step by step.. sebab tak sangka pulak nak buat entry resepi.. percubaan pertama ni..

BAHAN-BAHAN
1. Roti putih
2. Cheese
3. Sosej - terpulang nak guna ayam ke daging
4. 2 biji telur - asingkan putih dan kuning
5. Bread crumps - sudah tukar jadi oat
6. Pencicah - sos cili, mayonese

CARA-CARA
1. Rebus air dalam periuk dan bila dah mendidih, masukkan sosej ayam. Agak-agak sampai timbul di permukaan dah bleh angkat.

2. Potong kulit roti kat tepi2 tu.. pas tu gelek lah sikit kasi nipis dan besar supaya muat nak gulung sosej tu

3. Letakkan cheese atas roti yang telah di gelek tadi tu

4. Gulung sosej ketat-ketat. Pas tu gam kat hujung guna kuning telur

5. Celup gulungan ke dalam putih telur dan cepat2 golekkan kat atas bread crumps/oat pulak

6. Ulang langkah 5 kalau suka bread crumps/oat banyak

7. Panaskan minyak, dan goreng dalam api sederhana

Hahahahahaa... jap jap nak gelak... ayat cara-cara membuat tu tak bleh blah laaa... tak pernah2 buat entry  resepi lah katakan.. hambek ngko!! melantun-lantun je ayatnya.. tapi korang faham kot.. Kalau nak lagi faham, bleh tengok kat entry ana suzana ni.. mekchu pun refer sana sebab lengkap bergambar..

Ok, sambung..

Goreng sekejap aje tau dan kena jaga jangan bagi hangus..

Siap dihidangkan bersama sos cili dan mayonese... ohhh dap dap dap..

pinjam gambar ana suzana sebab gambar ini lah mekchu tergoda dan seterusnya berjaya goda korang pulak :)

Selamat mencuba..

Hahahahahaha... ehhhhh dia gelak lagi sebab masih tak percaya ada entry resepi pertama kat blog ni..

15 comments:

mamavogue said...

tak menahan name resepi 'ala canggung' tuh..hihi
nak try lah nnt. sesekali guna oat macam best jer.

Ya ALya said...

Ya pun amik dr blog ana ni gak la..cuma ya tak letak cheese pun...mmg sedap pun...

SURIA AMANDA said...

senang jer rupanya...hurm....harus buat ni...

Nad @ MamaZN said...

yeay, suke2!
tq mekchu! :)

Nazirah Azeman said...

terus lapar nih hehehehehe

mamyharraz said...

tq mek-chu bg resepi nih.
tgk lelehan cheese sosej mekchu buat hati ni meronta2 nak buat jugak :")

-cinta soFiaSafiya- said...

kena cuba nih..sebab ALA CANGGUNG hihih

oklaa tuh ada gak idea masak-masak..heheheh
nak buat jugaklaa...thanks sis..

MaMa CyDa said...

wahhh baca resepi pun dh terliur. Okeh reserved tuk lps pantang. Skang takleh nk buat. Takkan nk merengek2 kat MIL swuh buatkan kot huhuhuhu

Bitt (double IS) said...

clap clap clap! syabas! mekchu! simple jek nampak sedap!

i perasan di fb,dengan terujanya terus klik link u hokehhhh!!!

Nini D.. said...

mekasih mekchu...terliur jap rasanya..harus kene buat nih!!

syawalsimpsons said...

meleleh la chesse nyer..adoi

SYANI said...

Resepi ni anak saya memang suka sangat..

eda_ej said...

tengok siang2 memang boleh meleleh air liyor.. sslluuurrrppppp.. hehhehe..

CaDLyNN said...

aduh..mmg ala canggung sungguh...tq mekchu..ni syg mekchu ketat2 ni..ekekeke

Mimy Hamid said...

nak buat nak buat..tak sangka boleh gantikan dengan oat..terbaik la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...