@churalliya

Friday, September 28, 2012

Check-up @36 weeks.. Good and bad

Ya, telah masuk bulan yang ke 9.. jeng jeng jeng.. semakin mendebarkan..

Dan semalam check-up untuk 36 minggu.. Pertama kali check-up tanpa papa-jit.. Sayu... tapi nak pikir sayu macam mengada sangat lah pulak..  Masa mi-cah dulu pandai je  pegi sorang-sorang..

Perkembangan @36 weeks of pregnancy..
1. Berat mekchu naik 0.5 kilo sahaja.. dari 60kg kepada 60.5kg.. ~ bad
2. Berat baby naik 0.25kilo.. dari 2.0kg kepada 2.25kg ~ good
3. Air ketuban semua cukup.. dalam 9.1 (tak tahu pulak dalam ukuran liter atau cm) ~ good
4. Gender baby XX (girl) ~ good
5. HB adalah teruk.. bertambah rendah dari pertama kali amek dulu.. daripada 9.9 kepada 9.6 ~ too bad!!

Doktor bagi tau, HB perlu naik sekurang-kurangnya hingga 10.6 kalau nak bersalin normal. Kalau tidak? Kalau tidak takut jadi banyak kehilangan darah... takuittttt!!! Gigil2 tangan dengar semalam.. tak tau nak share dengan siapa.. Tak sampai sebulan nak beranak dah ni...

Doktor tengok balik rekod mi-cah dulu.. Elok cantik bacaan semua 12 ke atas.. mekchu syak ni semua faktor umur...

Dapat Iberet Folic dengan Vitamin C.. haaaa telan lah hari2.. Harap dalam tempoh 2 minggu ni naik lah HB supaya tidak timbul masalah tak boleh bersalin normal... alahai, risaunyaaaa.....

Lepas tu tanya dengan kawan2 kat fb... Alhamdulillah, ramai yang membantu dengan memberikan cadangan dan pengalaman masing2.. boleh dijadikan panduan jugak kepada ibu mengandung yang mempunyai masalah yang sama..

Suraya Mazni Mekchu UPDATE : Kerang + bayam + belimbing besi + delima + habbatus sauda + jambu batu + shaklee + terlur masin + hati lembu + limpa + sangobian (ubat farmasi) + kurma + buppa gump + ikan bilis goreng + DOA.. InsyaAllah.. Terima kasih semua....

Mulai hari ni nak kurangkan minum nescafe.. ehh bukan kurang.. dah kena STOP minum nescafe/teh tarik/milo/soya.. huk huk huk.. dah la dalam pantang nanti pun tak bleh minum.. pengorbanannnnnnn.....

Alaaa.. sedih la pulak.. tengok gambar jom!!!

 yeyyy.. dapat jugak gambar 3D ni.. suka sebab hidung baby adalah mancung dan tajam gitu... ehhh yang korang pegi carik gambar mekchu tu kenapa? sentap ahhh... 

yeee... mekchu hidung buah jambu.. dan baby ikut hidung papa dia..

 dalam toilet pun sempat.... 

sakit oiiii amek darah kali ni.. 

Lepas dah habis bayar dan amek ubat, mekchu rekues mintak nak visit Labour Room.. saje nak berikan gambaran awal.. Walhal dulu kat situ je pun beranak nyaaa...

Bila tunggu kat depan Labour Room ni kan, terus naik bulu roma.. ohhhh kat sini dulu tengah tak tentu arah tahan contraction...


Lepas masuk dalam, terus ohhhhh macam tu... ohhhh macam ni... ohhhh kat sini...

Ingat-ingat lupa.. ye la, ko dah sakit memang pejam mata je masa tu.. mana nak ingat kedudukan bilik semua.. rugi sebab papa-jit tak de semalam.. tapi tak risau lah, dia konpem ingat punya..

Ada 5 bilik semuanya untuk Labour Rooms.. bilik OT kat tingkat bawah.. lepas tu mintak nurse tu bawak lawat nursery baby dan wad.. seronok dan tak sabar...

Berdoa dapat bersalin normal dan semuanya dipermudahkan oleh-Nya... InsyaAllah.. Amin... Tolong doakan saya juga ye kawan-kawan...



16 comments:

Unknown said...

Insya Allah, mama ngan baby sehat.
Dipermudahkan Allah dalam segala hal :)

Lynn Huraiza said...

sekejap jer masa berlalu kan...last lynn jumpa doc hr tu pun hb x cantik...10.9 jer...huhuhu...

ibuhebat said...

meh la cuba vitalea shaklee.. bagus utk naikkan hb ;) atau pun amik esp terus... prepare utk bfeed skali.. esp pun boleh bantu naikkan hb.

nad said...

insya-Allah mekchu..
moga dipermudahkan segalanya....

SURIA AMANDA said...

sebulan jer lagi kan? ke dah dekat dah?gud luck mekchu

shuhadah Zainol said...

semoga semua baik2 saja... tak sabar nak tgk mekchu junior..:)

amaniammar said...

sis...
cer try mkn hati,kerang,pedal utk tmbah hb..
x pn cer try ty nenek labu pe panduan org lama

mudahan kandungan ini sihat n sis jg bb dipermudhkan urusan tau..

(x sabar nk nengok NAJWA kedunia ni..)

Aini said...

bestnye.. nk dpt baby girl...

amirah said...

mancungnya hidung babyyyy...waa..moga semuanya normal ye mekchu. dlm buku ada bg petua naikkan hb. lupa plak. tp buat sambal belacan..gerenti naik punya. jgn risau, sempat lg nak naikkan hb

Nazirah Azeman said...

lawaatan ke labor room

mikamusz said...

insya Allah, semua selamat. ikan bilis tu terbaik. makanan rutin aku masa darin dlm perut. dia beri tenaga pada anak untuk menujah dgn lebih cargas untuk tlg mama dia. all the best.

mikamusz said...

insya Allah, semua selamat. ikan bilis tu terbaik. makanan rutin aku masa darin dlm perut. dia beri tenaga pada anak untuk menujah dgn lebih cargas untuk tlg mama dia. all the best.

Unknown said...

kak sue..kurma tu pun bgus tau..mnggu lpas mak bgi kurma 1 kotak..bgn pgi2 perut kosong Uda mkn sbijik..tgh ari sbjik,ptg sbjik mlm sbijik...alhamdulillah..sblum nie HB Uda kurang atau ckup2 10 je..skrang dh naik jd 11.9 yg latest..

-adah matadam- said...

salam,

kalo nak hb naik cepat, makan iberet folic asid 500.Ada jual kat farmasi.insyallah naik =)
saya makan iberet tu, x smpai seminggu hb dari 9.2 naik jadi 10.6 ...syukur

QasehnyaRania said...

mudah2an dipermudahkan..;)

Bitt (doubeIS) said...

alahai mekchu dah nak dekat dah..

semoga dipermudahkannya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...