Berhajat nak bawak nenek labu tido hotel sebagai tanda penghargaan penat jaga mekchu sepanjang berpantang hari tu.. Booking hotel area PD sajork. Alhamdulillah, tercapai jugak hajat itu walau pun kami kehilangan atok jah beberapa hari sebelumnya.
Pagi tu bergerak dari Pilah dan terus amek nenek labu dan bibik. Kemudian kami ke Ancasa Resort & Spa. Dah lama booking sebenarnya, kita hanya merancang kan.. Dia yang menentukan.
Sampai je Ancasa, terus masing-masing rehat dan recharge battery..
kakak nabila (anak buah papa-jib) yg snap gambar ni ~ menjawab soalan misteri kat instagram hari tu..
Aci tak orang tanya kat instagram, mekchu jawab kat blog? kikiki...
Agak-agak dah segar sikit, terus turun bawah bawak budak-budak mandi pool..
after a while..
Masing-masing tak tukar baju pun.. Itu lah baju yang dipakai dari Pilah pagi tu.. Main sarung je baju apa yang sempat.. mekchu pinjam t-shirt papa-jib :)
Abg long mi-cah sedang sibuk turun naik gelongsor.. tak mungkin dia nak layan bergambar sama-sama ~ menjawab soalan kawan-kawan di fb pulak :)
bersama nenek labu.. happy kalau tengok parents kita happy kan..
1st time bawak wawa tido hotel dan dia sangat behave..
Naik bilik, siap2 nak pegi makan.. Kami makan kat Mimi Ikan Bakar. Dekat2 je ngan hotel..
sekarang makan dah kembali kepada konsep kunyah2 telan..
bibik, nenek labu, kakak bella, papa-jib & mi-cah..
Makan sedap sebab papa-jib belanja :)
Esoknya layan mandi laut ngan mandi pool lagi.. Gi laut mekchu tak ikut sbb tak confident nak bawak baby..
seronok mi-cah sebab ada kakak bella dia.. sikit pun tak heran mama dia terjerit2 kat tepi soh pandang camera..
teringin nak gantikan tempat kakak bella tu.. tapi......
dugong sesat terdampar dalam kolam :)
kat lobi selepas check-out..
Percutian yang lebih kepada menenangkan fikiran sebenarnya.. Syukur kerana Dia masih memberi kami ruang dan peluang..
Al-fatihah kepada atok jah..
8 comments:
wah baby najwa dah tido hotel...nasib baik baby najwa behave ek...seronok ler abg mi-cah dapat mandi manda kat pool...
al fatihah untuk atok jah.
mekchu dah kurusssssss
seronoknya,me nak bawak family ke CH ahad ni..rabu nanti baru balik Seremban....
next week nory plak check in kat sini...
dah rupa rumah kedua dah ancasa ni,,tiap2 tahun, kesini je kami berkumpul satu family...hehehe..besttt
alfatihah utk arwah
lin mcm da lame tak bercuti..kepala mcm da sarat je kepenatan ni..huhu
ya betul... kadang2 bercuti tu sbg terapi minda slps penat bekerja..
al-fatihah buat arwah
muka micah ada iras nenek labu la..baru perasan ;D
Post a Comment