@churalliya

Friday, December 14, 2012

Kembalinya Atok Jah ke rahmatullah

Hanya seminggu lebih di hospital, pada tarikh 13.12.12 (sehari selepas entry 12.12.12) kembalinya atok jah (bapa mertua) ke rahmatullah.. Al-fatihah..

Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum zuhur semalam. Semoga rohnya sentiasa ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi penciptanya.. 

Arwah yang sangat kuat bergurau.. Paling sedih bila teringat selalu minta tolong arwah letupkan tulang belakang mekchu.. Bila nampak arwah duduk tengok tv, mula lah mekchu datang duduk bawah lantai  sambil kedua tangan di belakang kepala.. abah tarik siku sambil lututnya ditulang belakang.. berderup derap bunyi tulang.. memang lega sangat.. 

 1946 ~ 2012

kenangan...

Terima kasih atas ucapan dan doa kawan-kawan semua.. Tak sangka kan, hari ini kita sihat. Esok lusa kita dah terlantar sakit.. 

Kepada-Nya dia datang dan kepada-Nya juga kita kembali..

Arwah mengidap kanser usus dan hati tahap 4 sama macam arwah abah mekchu dulu. Sakit yang ditahan sekian lama, hanya bila dah tenat baru beritahu anak-anak.. 

Kesihatan adalah kekayaan yang sebenar.. Hargailah ibu bapa seandainya mereka masih hidup..

Al-Fatihah.. 

Besar sungguh erti sebuah kehidupan buat seorang insan bernama Suraya Mazni, dia kehilangan bapa tersayang tatkala mendapat berita gembira --> hadirnya Micah. Sekali lagi dia diuji apabila kehilangan bapa mertua tatkala sedang gembira mengalu-alukan kehadiran Najwa. Sesungguhnya Dia menyayangi kamu wahai Suraya Mazni. Setiap dugaan dan apa yg Dia tentukan adalah terbaik utk setiap insan.
Bersabarlah dan tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah. ~ Rosnizam Mat



19 comments:

Fiza Rahman said...

Takziah mekchu & family. Al-fatihah utk arwah.

amirah said...

takziah mekchu..semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..

Unknown said...

Al fatihah..!
Salam takziah buat mekchu sekeluarga. Rasa nyer baru je ari tu mekchu ckp gi melawat arwah kat hospital..

puan nina said...

salam takziah untuk mekchu dan keluarga..semoga roh Atok Jah dicucuri rahmat..amin..

Zakiyah Zainon said...

takziah buat mekchu dan bapak..Moga Allah menempatkan atok jah bersama para solihin

Perjanjian hayatnya setakat ini saja, kita entah bila pula? uhukk...

Tgk muka tok jah, bayangkan muka bapak bila seusia dia nanti hehehe mesti sama kan :P

syawalsimpsons said...

al fatihah

Unknown said...

Takziah mekchu.. Kembalinya warga kg melang ke rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Cyda Acme said...

Al-Fatihah ...

Bersabar yer mekchu. Bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. AMIN.

Myalycia said...

Takziah buat mekchu dan keluarga.

sedih pulak aku bc entry ni. tetiba teringat kat arwah ayah. sbb ayah aku meninggal pun disebabkan kanser kolon tahap 4. arwah mampu bertahan 4 bulan shj selepas disahkan kanser, terus meninggalkan kami buat selamanya...

Alfatihah..

Anonymous said...

salam takziah buat mekchu n family...al-fatihah utk arwah,semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan di kalangan para solehin

nad said...

Salam takziah mekchu dan famili
Kita doa sama2 moga arwah ditempatkan di kalangan mereka yg beriman..
Alfatihah...

ayunidati said...

takziah mekchu...

yana said...

Sesungguhnya setiap kita adalah dari Dia,dan kepada Dia juga kita kembali..

mummy said...

salam takziah mekchu...alfatihah..

Anonymous said...

Salam takziah buat mekchu dan keluarga,semoga tabah menghadapi dugaan dariNya.Al-fatihah buat arwah mertua ye

-anidaothman- said...

TAKZIAH.......buat mekchu sekeluarga..

moga roh atokjah dicucUri rahmat
in sha allah

ALFATIHAH

watyz said...

takziah... sama sakitnya ngan arwah ayah saya... kanser usus..

*SiRibenMerah said...

Al-Fatihah...
Takziah mekchu..

QasehnyaRania said...

al-fatihah
dan salam takziah buat mekchu sekeluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...