@churalliya

Thursday, March 28, 2013

Training Fluke Network

Training pertama yang dihadiri untuk tahun ni..

Tahun lepas bulan Januari je dah cukup 7 hari kursus/training.. 5 hari training 1NS*Net kat JB dan 2 hari Bengkel ISMS kat MAMPU.. lepas tu terus mengandung.. hahahaha..

Tahun ni lambat sikit nak panas.. nak masuk April baru 2 hari kursus/training.. tak pe, dok kat UPTM ni memang tak risau lah pasal tak cukup kursus 7 hari tu..

Ini 1st day training fluke.. otw nak makan nasi lemak power.. ehhh tak pe kan bg tau makan nasi lemak kat sini.. hahaha...

muka ada sinyummm lepas dapat makan nasi lemak dengan teh tarik.. 

Berhazab jugak nak carik tempat training nya.. GPS dah masuk ayor.. sebab tu asyik bawak kitorang pusing2 keliling.. kahkahkah.. perut dah lapar balik okehh..

Sampai je terus tekun belajar sampai tak sedar tiba2 cikgu paksa kitorang pegi makan.. hahahaha..

 nasi ayam hainan cawangan bukit bintang terrrbaekkkkk....

Petang tu wassap2 dengan papajib tanya dia nak amek kat mana.. dia soh tunggu kat mapley.. tiba-tiba muka si manis 7 behlassss tu jadi macam ni..


Suka tau biarkan perempuan shantek ni tunggu sorang2 kat mapley.. Choiii sangat.. tak shuke! Cepat lah sampai wahai suami @bapakgonjolong...  ~copy dari Instagram @churalliya

pehhhlisssss sangat.. nak suap roti canai pun segan2 tau.. orang sebelah asyik pandang2 je.. hahahahaha dushh!!

2nd day training lagi tekun dari yang sebelum..

 dia tu cikgu kami.. yang belah atas tu optiview dan yang cikgu pegang tu cableIQ..  kedua-dua adalah produk Fluke Network

sekarang tiba masa godek sendiri

perempuan ni gaya je lebey... dia hebat sebenarnya tapi kalau ramai2 dia jadi malu.. hahahaha...

Optiview Fuke Network ni sangat bagus.. korang suruh lah boss korang beli jugak.. Senang nak tahu tahap kesihatan network korang..

Dan 2nd day takmo tunggu kat mapley lagi.. nanti kena mengorat lagi.. hahahaha..

baik tunggu kat bilik papajib aje.. tak de makanan pun tak ape.. 

Sekian.. Sedar tak sedar dah setahun lebih mekchu tak pegi training.. kena kuarantin kat opis membesarkan perut :D


by mekchuN (^_^)

2 comments:

syawalsimpsons said...

chaiyok2 kumpul kursus 7 hari

yana said...

Kelantan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...