@churalliya

Friday, May 31, 2013

Baju Kurung Rizalman untuk di let go

Teringin tak nak pakai baju dari Rizalman? Teringin tak? Ni ada berita baik..

Mekchu ada sepasang baju kurung furshia pink dari Rizalman untuk di let go..

Info mengenai baju :
1. Dibeli pada Ogos tahun lepas (bulan puasa tahun 2012). Masa tu sedang pregnen 6 bulan.
2. Baju adalah dari koleksi 20 by Rizalman yang paling hot sempena hari raya di cawangan Tesco di seluruh Malaysia masa tu..
3. Size L dan material adalah dari lycra
4. Dibeli pada harga RM250.
5. Baju labuh dan tutup montot
6. Dah tambah munge-munge jahit sendiri pada kedua belah tangan.

Ok, ini rupa baju tu bila model yang pakai..


Dan ini rupa bila perempuan mengandung pakai..


Hanya pakai sebanyak 2 kali sahaja..

Yang pertama masa berjalan raya tahun lepas...


Dan yang kedua masa Majlis Santapan Negeri pada awal tahun hari tu..


Masa dinner ni lah baru perasan yang baju ni agak besar bila dipakai.. Amek gambar pun semua kena menyorok belakang suami :) Ambil size L dengan harapan muat semasa mengandung dan muat juga selepas mengandung.. Nampaknya memang tinggal harapan..

Lama jugak pikir nak let go ke tak nak sebab sayang weiii... Dan dari simpan dalam almari lebih baik let go aje.. Kenapa mekchu nak letgo baju ni sebab besar bila dipakai... Uols tahu lah kan ibu muda ni kan kecik aje orangnya.. pangggggg!!

20 by Rizalman


Ukuran baju :

  • Bahu 15"
  • Labuh baju 27"
  • Labuh kain 38"

Kenapa warna nampak lain? sebab kita tak de camera canggih.. warna sebenar tengok kat gambar model kat atas tu..

baju yang cutting kembang di bahagian dada yang membuatkan mekchu jatuh hati.. dah tambah munga-munga kat tangan tu.. kalo tak suka dun worry mekchu boleh bukak semula.. 

kain pulak jenis bergetah.. jangan cakap tak muat ok.. ahkak yg dulu mengandung 7 bulan pun boleh muat.. 

Siapa yang beli, mekchu bagi paper bag Rizalman ni sekali.. InsyaAllah mekchu akan simpan elok2 setiap yang mekchu sayang..

Mekchu bukak harga RM150 sahaja.. Siapa yang berminat boleh terus emelkan di churalliya@gmail.com atau pm kat fb https://www.facebook.com/suraya.mazni.. Siapa cepat dia dapat..

Tak payah tunggu jadi retis baru dapat nak pakai baju Rizalman ok (^_^)

Update : Harga boleh nego.. sila emel untuk borak-borak panjang.. 

Update : SOLD OUT

by mekchuN (^_^)

6 comments:

syawalsimpsons said...

jahat la mekchu ni..kena bincang sama itu abg tecik kat umah tu haa..kakakka

amirah said...

tantekkk..tp ngak bisa size L..sebab ibu muda ni besar orang nya..muhahaha

Lynn Huraiza said...

erm...sayangnya nak let go...tp dari tak pakai better jual jer kat org...

mama_onie said...

Cantek... Rizalman saiz L saya tidak muat!

nad said...

saya tak muat!
L nye cutting kecik kan?
nape mekchu tak alter jek baju tu?

QasehnyaRania said...

la nape nk let go pulak mekchu ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...