@churalliya

Thursday, July 11, 2013

Abam mi besar nanti nak jadi apa?

Dulu dia jawab nak bawak lori sampah...

Sekarang dah tukar impian.. dia nak bawak bulldozer pulak..

dia dari kecik memang terlalu taksub dengan lori sampah dan bulldozer..

sebab tu masa birthday dia yang 3 tahun ramai yang prezenkan bulldozer.. banyak dah koleksi kat rumah tu.. 

Ada bulldozer 2 tangan la, yang 1 tangan la... ntah mama pun tak perasan jenis2 bulldozer ni.. yang mama tahu bulldozer ni kerja dia angkat tanah..

Ketaksuban abam mi dengan kenderaan berat ni memang lain macam.. dari kecik lagi suka sangat kalo nampak lori sampah kat jalan.. siap suruh papa bentikan keta tepi lori sampah sebab nak tengok macam mana lori tu angkat sampah.. dah la mama kat dalam keta tahan napas bau busyuk..

Elok la tu kan.. sekurang2 nya dia mementingkan teknologi berbanding bau.. hahaha..

Sekarang pulak pantang nampak bulldozer.. tambahan pulak kat rumah nenek labu memang banyak bulldozer 1 tangan, 2 tangan, steamroll parking sebab nak buat kerja tambah hiway kepada 4 lane.. so, hari2 pegi balik sekolah memang kepala akan toleh kat bulldozer sampai lah hilang dari pandangan..

Kalo petang2 dia ajak papajib naik moto nak tengok bulldozer buat keje tatau lah ntah berapa kali..

 balik dari sekolah, ini lah keje dia.. bulldozer korek tanah.. 

 ini game faveret abam mi kat jasko.. pernah sekali game bulldozer ni rosak.. kemain mengamuk halilintar dia.. 

kemana pergi pantang lah nampak kenderaan korek tanah ni... lain macam lah taksub dia... 

Kalo kat rumah tu tatau dah berapa banyak menan bulldozer.. dah boleh bukak car boot sale..

sebahagian dari koleksi.. itu baru 5 bijik.. ada banyak lagi dalam bilik bibik.. 

baju pun semua yang ada gambar bulldozer..

Pernah dialong ni terkeluar dari dia..

"mama, mi dah besar nanti mama hantar mi kerja kat tapak pembinaan ye.. lepas tu petang nanti mama amek mi tau..." hahahaha sebab dia tahu yang bulldozer tu tak boleh bawak balik rumah..

Bukan setakat bulldozer, semua jenis kenderaan berat yang pelik2 ni dia suka.. Ok, gambar2 kat bawah ni abam mi yang ajar mekchu nama2 kenderaan tu..

 ni bulldozer 1 tangan panjang.. tayar pun panjang jugak..

 ini bulldozer 2 tangan pendek

 ini forklift.. perfectly masa dia sebut forklift.. terkagum kejap.. mama pun tak sure nama kenderaan ni.. 

ini pulak steamroll 2 tayar.. 

Terus mekchu terfikir steamroll jalan guna tayar yang mana?

Keek main game bulldozer.. game feberet dia.. mama pun suka sebab lepas tu mama kenyang makan gula2..



Itu lah abam mi.. mama harap cita2 dah besar nanti nak bawak bulldozer hanya mainan semata.. mama doakan abam mi dapat kerja dalam ekon ye.. sebab abam mi tu tido malam kalo tak bukak ekon pun boleh mengamuk sakan.. ini kan pulak nak kerja bawak bulldozer dalam cuaca panas..

Tapi andai itu rezeki dia, mama doakan yang terbaik..

Bila buat entry ni terasa rindu pulak dengan abam mi.. walau hari2 jumpa tapi tetap rindu nak bercerita 10 ekor sang kancil dan 10 ekor pak belang, dan bergurau dengan dia.. sejak dia ada adik nampak dia dah pandai berdikari.. terasa macam dia dah besar sangat..

Rindu.. Rindu.. Rindu..


by mekchuN (^_^)

20 comments:

InaAchik said...

tetiba tergelak baca entry ni. abam mi so cute!

watyz said...

alahai anak... mmg budak2 suka la bulldozer ni. eh kite pon pggl bulldozer jugak tau. hahaha

mama_onie said...

Sebak, sebak, sebak....
Walau apa jua minat mereka, apa jua hobi mereka kita pasti doakan yang terbaik untuk mereka.

Abam Mi yang penting jadi anak yang berguna untuk kedua ibu bapa dan keluarga (dan negara!)

MaMa CyDa said...

Xpe mekchu... sok dh besar dia nak jadik civil engineer tuh... hr2 dok kat site leh belek bulldozer ehehehehe

Biler dh ada adik, dh pandai berdikari dan akan lebih rapat dgn si ayah. Gitulah jadik kat Adli n Arif. Selalu mama diketepikan. Alasannya Mama perempuan, geng jeklah ngan adik aimy... huhhhhh sedeh

Anonymous said...

kite pon rindu dia... sobbss.. sobbss... dia pun dah nak membujang..

_cik.ila_

Azura Aziz said...

hahaha... alahai, samalah lori buldozer abam mi tu dgn adam.. siap ada topi ala2 kontraktor tu lg.. okeh2, pasni aku buat entry sama camni ekkk ;)

*azni* said...

anak sy dua beradik tu pun obses dgn dozer n kenderaan berat camni..mmg lumrah budak laki kot..

tp abam mi maintain comel dgn rambut camtu..hehe..

nabila zaremi said...

tetiba teringat cita2 saya kecik2 dulu..kecik2 dulu saya nak jd konduktor bas yg jual tiket dlm bas tu..SEBAB UTAMA adalah boleh berdiri dekat tangga..kahkahkah

syawalsimpsons said...

ohhh abam mi...mama windu tu

Nad MamaZN said...

Mama jgm risau
Abam mi jadik kontraktor yang kaya raya 1 hari nanti
Yang ada bulldozer sendrik..
Mana tau kan? ;)

Suliana said...

haha. comel je abam mi. tak semestinya keje bawa bulldozer je kak, may be dia minat nak jadi engineer ke. hehehe

Mama Vogue said...

mak mak memang suka touching bila tengok anak dah membesar kan..!
Lagi2 kalau bijak mcm abam mi ni, rasa nak tepuk2 bahu sendiri sambil ucap syabas..!! haha..

Mamavogue ni bila anak dah pandai berckp pun rasa bangga lain macam! hahahaha

aLyNnZ said...

danish pun taksub dgn lori sampah..tp taksub bukan sebb suke tap sebab takottt..maybe sbb pernah buang bantal busyuk dia kt lori sampah sampai ke sudah anti lori sampah..hihi

amirah said...

abam ahmad pun ada lori sampah mcm abam mi..!! hehehe..mekchu, ahmad pun sama obses betul dgn lori sampah. masa dia kecik obses dgn bas pastu dgn lori sampah. pantang nmpk lori sampah mesti berkejar2an nk tgk.jerit eksaited giler. smp babah pun kena jadik lori sampah angkut dia dgn adik. tp skrng ni dia obses lego. itu jela zikir dia hari2..

Softtouch [Hanim] said...

so sweet n3 ni utk abam mi.....

Hai mek chu...berjumpe diblog kembali...ewahhhh...hehehe

Mcm anak buah saya dulu ms dia kecik dia suka jgk bulldozer tp dia sebut backhoe...tp nasib kesukaan dia ms kecik je bika dh bsar ni umur 19 xnmpak plak dia bwk backhoe tu heee....

.::WaNiE::. said...

hahhaha

takpelah semoga dia dpt keje yg berkaitan dgn site.

engineer ke

arkitek ke

site manager ke

hehehehehe dont worry mekchu !

Amanda Suria said...

Terus rindu jugak jat Dania....

therosputih said...

rindu jugak kat abam mi...

Mimy Hamid said...

abg mi so cute n bijak...takpe mama jadi tokey lori pun ok pe...kontraktor

QasehnyaRania said...

ke main dialog abam mi ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...