@churalliya

Wednesday, December 18, 2013

Penyakit mata

Dah nak masuk 2 minggu... kegatalan pada mata masih tak nampak tanda2 nak elok..

Bila elok sikit, dah malas makan ubat.. Gatal sikit, garu nya kemain hebat.. tu la pasal...

ini 2 minggu lepas... 

pegi klinik doktor bagi ubat makan tahan gatal, ubat titik kat mata dan titik kat hidung jugak.. 

Doktor, saya tak sakit hidung tapi sakit mata.. kenapa bagi ubat titik kat hidung.. hahaha degil pulak tu.. Doktor kata mata mekchu elergi.. ada saluran antara hidung dan mata tu kena jangkitan.. sebenarnya pelik sebab kena titik ubat kat hidung.. errkkkkk...

Gatal kat pangkal mata dan hujung mata.. sedap kalo digaru...

Elok sekejap, hari ni teruk semula..

jangan risau.. tidak berjangkit melalui skrin... 

Merah kan.. merah dan bengkak pulak tu... hari tu belah kiri teruk.. hari ni kanan pulak..

Sama la dengan masalah kak jem yang sakit mata.. cuma jenis virus kami je berlainan.. dia viruspadu, mekchu viruspasu.. hahaha.. kebetulan sangat ni sama2 berpenyakit mata.. semua la tu nak eratkan siratulrahim kami..

ditemani papajib yang demam.. kulit muka merah macam kena bakar.. ehh memang terbakar pun men golp ahad lepas.. kan panas.... terus demam.. haaa tu lerrrrrrrrrr... degil nak jugak men golp.. tak best pun men golp tu.. kan dah demam.. kulit pun dah hitam.. sekarang siapa yang susah? ehhh termembebel pulak.. 


Harap cepat lah baik mata ni.. kalo tak elok jugak nak kena carik cemata pelesu tak de power jugak macam kak jem nih.. untuk elak habuk masuk mata.. 

Ehhh mekchu rasa tak nak carik cemata tu la, mekchu nak pakai goggle terus.. (sempat google nak confirm ejaan goggle) memang selamat.. korang pun mesti nak cadangkan bendalah tu kannn... aii tahu sangat perangai yuuu ok...


by mekchuN (^_^)

6 comments:

Nurzakiah Hanum said...

take care

syawalsimpsons said...

macam teruk tu sakit matanya...jenis tak berjangkit tak po la kan...

Bitt (double IS) said...

sian la mekchu...pedih ke? kalau allergic memang cenggitu...mcm saya juga la tpi kena kat telinga...doktor kasi ubat hidung, mata jugak....

Lynn Hamzah said...

alahai...lynn kena sakit mata lagi seminggu adik nak kawen mac hari tu...memang seksa...sabar yer mek chu...

amirah said...

sure gatalll sesangat tu..fuhh dah terasa dah kegatalan tu sebab kalau dpt garu memang best

QasehnyaRania said...

semoga cepat baik ye mekhu. xda tips atau petua la nk share

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...