@churalliya

Showing posts with label duty. Show all posts
Showing posts with label duty. Show all posts

Tuesday, January 5, 2010

Pingat Pertamaku

tak percaya?? gosok la mata anda selaju yg mungkin.. kerana ini adalah kenyataan.. bukan rekaan atau copy paste dr google.. hahahahaha.. berbaloi sungguh segala titik peluh yg mengalir!!!

walaupun x dpt tiket melancong ke Europe atau pun ke langkawi, cenderahati nih amat bernilai harganya...

daripada Yang Di-Pertuan Besar N.Sembilan sempena Pertabalan Tuanku yang lalu.. nnti baju istiadat tu dah berseri lah ada aksesori.. bila lah nak pakai lagi erkk??

ada 3 kategori pingat nih.. gold utk kaum kerabat, silver utk pegawai gred 41 dan ke atas dan bronze utk pegawai sokongan.. so, sue dpt yg pertengahan.. okey lah tu!!

utk lelaki dan perempuan pun berbeza design nye.. dan of course lah yg ferempuan pya lebih santek, siap ada bulu2 lagik.. kalo lelaki pya simple je, sesuai lah dgn life dorang...

lepas ni nk 'cuba' dptkan selempang pulak.. wahhh.... tittle mak datin dah semakin hampir nmpk nya... hahahaha...


close up..

Saturday, December 12, 2009

kalaulah sue bergelar mak datin....

berat mata memandang, berat lagi badan kami yg bertugas... hahaha...

5 hari non-stop dari 7.00 pg smpailah 12.00 pg.. termasuklah weekend yg sepatutnya diluangkan bersama family terchenta.. fenat.. fenat.. fenat.. anak ntah ke mana.. lakiku ntah ke mana.. daku berkorban hapa saja..

semua tu ekteli cerita dah basi.. dah jumpa anak, dah jumpa lakiku dah pon.. hahahaha...

N9 menjadi tuan rumah bg program tahunan isteri wakil-wakil rakyat thn 2009. so, ramailah yg 'bertuah' terpilih utk bertugas.. isteri wakil2 rakyat ni of course lah kebanyakannya mak2 datin.. mcm2 ragam dan mcm2 perangai yg dpt tgk.. ada yg very humble dan ada jugak yg berlagak tak tentu arah..


1st day : kat hotel.. ready to KLIA nak jemput kontijen..


SABATI team during the rehearsal


1st dinner drpd 3 dinner


dgn rakan2 yg 'senasib'


2nd day during the operning ceremony


hari yg paling penat.. lepak2 dulu smbil tggu dorang berbowling.. 4 game = 4 jam kena tggu..


3rd day : badminton continued.. with Dato' Dayang Moriah.. terus jd idola.. sgt terror main badminton


the game

sempat tu berangan..... kalo lah lakiku jadi 'somebody' satu hari nanti, mesti sue pun kena jd mcm mak2 datin ni jugak erk? acara sukan apa yg sesuwei? bakat congkak mmg ada dlm diri, tapi malangnya acara tu tak dipertandingkan pulak?? ermm.. kena start pikir dr skang nih..

lagi, kena cekap berpoco-poco.. nnti kalo dinner kena pnggil poco-poco atas pentas senang.. bleh siap buat poco-poco cha-cha lagik.. awww.. verangan...

buat kontijen Sarawak a.k.a SABATI, dorang mmg vouge d vas.. majoriti yg main badminton telah mendapat tittle sebagai nenek.. ada yg ada 7 cucu, tapi hebat di gelanggang.. dasyat..

4th day : Tun Dr Siti Hasmah pun turut melapangkan masa


suami saya pun najib jugak.. tapi dia x lah sehensem Dato' Seri.. hahaha..


Datin Seri' Rosmah and the team utk final badminton Piala 1 Malaysia


winner for the 2nd Piala - Seri Perpatih.. not bad.. nenek boleh!!

beruntung menjaga Sabati, cuma yg penat sbb tak de masa nak rest. makan telan, makan telan je.. antara kontijen yg sporting dan layan LO dorang nih dgn mesra sekali.. ada ke kontojen lain yg ajak LO dorang amek gmbr sama2?? ada ke kontijen yg bagi henbeg LV kat LO dorang?? hahahaha... tapi, Sabati lah kontijen yg paaaaaling lmbt blk... nasib.. nasib..

lagi satu pengalaman baru yg telah berjaya dikecapi sejak kerja kat state..


5th day : last pic sebelum hantar kontijen ke MidValley & seterusnya ke KLIA utk naik belon.. kami lah the LO's (aton, jemah & me) with the YDP Dato' Senator Empiang Jabu..

Tuesday, November 3, 2009

27 oct '09 : Majlis Santapan Diraja

kali ni kena karang sendiri sbb dlm portal NS x de lak cerita psl santapan nih.. nih yg malas mengarang ayat nih...

benda ni dah seminggu berlalu.. tak ingat sgt apa dah jadi.. maklum la, mak kan tak suka makan kismis....

apa yg sue ingat, kitowang semua mmg rasa x sabar nak kasik habis majlis nih.. rasa mcm nak celebrate kat mapley je mlm tu tau.. kitowang yg terlibat kat penghujung jln ni dah rasa mcm nih, mcm mana la perasaan dorang yg terlibat dr awal thn hari tu erkk.. harus gi bercuti kat pangkor laut ni..


dah ready nak 'menguruskan' tetamu


posing jap, tak ramai lagik yg sampai..



mlm tu pakai bj hitam tu lagik.. kenapa? sbb arahan la.. dr 2 hari punya amatan, masalah problem mesti akan jadik lagik masa mlm santapan ni.. mmg dah dpt rasa dah.. kami yg 'usherer' ni hanya jlnkan tugas dlm dewan banquet tu je.. kalo dah number seat bertindan mmg haru.. lagik haru kalo kedudukan tetamu kehormat tidak di susun mengikut seniority.. yg panglima tentera duduk kat belakang, si polan ni pulak yg dpt duduk dpn tuanku.. mmg haru.. sape nak jawab tu? sue nyorok belakang pintu je..


majlis santapan bermula..


habuan telinga

di sebabkan byk kerusi yg kosong mlm tu, maka kitowang diarahkan untuk memenuhkan kerusi atau dgn kata lain nya dpt bersantap dgn tuanku mlm tu.. makanan?? ya ampun...... kembang tekak... makan sambil tidur.. dlm hati "bila la nak habis ni.. " selang 5 minit tgk menu..


lobster salad with mango lime vinaigrette and mizuna salad


seared scallops with herbs and garlic tossed angel hair pasta (rambut si pari-pari?)


half way makan.. perut dah tak boleh terima lagik..


veloute of carrots with chive cream


calamansi lemon grass sherbet with pomelo (rasanya terrrrrrrsangat masammmmm)


jap.. amek gmbr dulu.. ntah bila lagik dpt mkn kat sini... ngan kapten amin & kapten yus


slow cooked wagyu tenderloin premium grade 8 with beef jus creamy potato gratin, green asparagus, carrots and eringi (kemain panjang nama.. lebih 18 patah perkataan..)


mille feuille of chocolate and strawberry vanilla bean mousse and mocca ice cream (mmg lalu makan ice cream dia je)


leicester cheddar
camemberi
stilton
accompanied with apple and pear chutney
caramelized nuts, raisins and crisp water crackers (makan kismis sebijik..)


sib baik ada air2 nih mengubat tekak ku yg mengembang


acara kemuncak masa pertunjukan bunga api... petanda nak bg tau org kg yg Tuanku dah selamat ditabalkan menjadi Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan..

tak boleh nak balik terus.. kena tggu semua org2 kenamaan dan VVVIP balik dulu.. last2 kol 2pagi gak smpai rumah dan beradu dgn nyenyak nya......


ngan teammate


ok.. last.. last!!


overall mmg berterima kasih sgt la kpd yg memilih tuan hamba utk bertugas sepanjang majlis ni.. mula2 mmg mcm menyumpah seranah.. dan tetiba realized semua ni adalah satu pengalaman yg sgt 'indah' dan susah nak dpt.. mungkinkah akan berulang???

Friday, October 30, 2009

26 oct '09 : Majlis Istiadat Pertabalan


Pertabalan Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir, 61, sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, berlangsung dengan penuh adat istiadat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada 26 Oktober 2009.

Istiadat pertabalan ini, mencatat sejarah tersendiri di Negeri Sembilan dalam tempoh 42 tahun selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, yang menaiki takhta pada April 1967.

Tuanku Muhriz, sebelum ini menyandang gelaran Tunku Besar Seri Menanti yang merupakan gelaran tertinggi dalam kedudukan Putera Yang Empat dalam tempoh 47 tahun, dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Al-Marhum Tuanku Ja'afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, pada 27 Disember 2008.

Istiadat bermula dengan peraturan menghadap Tuanku oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Mohd Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Sungai Ujong Datuk MubarakDohak.

Datuk Bentara Kanan Ibrahim Ujang kemudian hadir ke hadapan singgahsana baginda dan memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat dan kemudian menyeru Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak bagi memulakan tradisi seru menyeru yang dibuat turun-temurun sebelum ini.

"Hai, Bentara Kanan, serukanlah sabda Kami Undang Yang Empat kepada sekalian rakyat tua muda, kaya miskin, hina dina, dalam Alam Negeri Sembilan ini - Adapun pada hari ini kami mentabalkan Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan untuk menggantikan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya, Al-Marhum Tuanku Ja'afar yang telah mangkat.

"Dan Tuanku Muhriz ini telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dimakamkan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya pada hari Isnin, 29 Disember, tahun masihi 2008, serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat mengadap dan menjunjung Duli,"seru Mubarak.

Selepas seruan Mubarak itu, Datuk Bentara Kanan menyambut dengan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.

"Hai, tuan-tuan sekalian, tuan muda, kaya miskin, hina dina, adalah Undang Yang Empat dengan Adat Istiadatnya mentabalkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," seru Datuk Bentara.

Sebaik sahaja selesai upacara itu, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan Daulat sebelum Datuk Bentara Kanan dan kemudian melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.

Istiadat diteruskan dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan beserta tembakan meriam 32 das dari bateri istiadat, Rejiman Askar Melayu DiRaja yang duduk di kawasan luar istana.

Dengan selesainya adat istiadat itu, Tuanku Muhriz rasmilah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Tuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah.

Istiadat pertabalan turut disaksikan oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud, Pengiran Muda Makhota Brunei serta Pengiran Isteri, Pemangku Raja Kelantan dan Pemangku Raja Pahang serta Tengku Puan Pahang, Dato’-Dato’ Undang Yang Empat serta Tok Puan dan Tunku Besar Tampin serta Tunku Isteri, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, dan Sabah serta Toh Puan, Raja-Raja Muda serta Raja Puan Besar dan Raja Puan Muda, wakil-wakil Raja-Raja Melayu dan Yang Amat Mulia Putera-Putera Yang Empat.

Turut hadir pada Perdana Menteri , Dato’ Seri Utama Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Besar Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan serta isteri Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim serta isteri, Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Abu Mansor, Speaker Dewan Undangan Negeri Dato’ Razak Mansor, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Wakil-wakil Raky at serta Ahli-ahli Parlimen dan Ketua-ketua Jabatan.
Sementara itu, Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya menyeru supaya semua pihak dan pemimpin yang telah dipilih oleh masyarakat mereka memulakan kerjasama untuk kepentingan rakyat dan negeri ini.

Perpaduan merupakan elemen terpenting kepada kestabilan dan kemakmuran negara, titah baginda.

"Dengan kekuatan ini, Beta menyeru kepada semua agar bergerak seiring ke hadapan untuk meningkatkan lagi kemakmuran negeri dan negara," titah baginda.

Baginda turut mengajak tetamu mengimbas kenangan baginda semasa kecil ketika menyaksikan perkembangan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Tuanku Munawir serta nenda baginda, Almarhum Tuanku Muhamad.

Baginda menegaskan, nenda-nenda baginda yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan telah memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negeri ini malahan nenda baginda, Tuanku Muhamad sentiasa mengalakkan rakyat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris.

Tuanku Muhamad turut menubuhkan sebuah sekolah perempuan di Seri Menanti 100 tahun dahulu yang sebenarnya merupakan satu tindakan yang berani serta inovatif pada masa itu kerana ketika itu, sekolah seperti ini hanya terbuka untuk golongan elit.

Pada peringkat kebangsaan, Tuanku Muhamad bersama dengan Raja-raja Melayu telah menyokong penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Rejimen Askar Melayu Diraja, titah baginda.

Istiadat pertabalan hari ini ia mendapat liputan daripada 34 wakil media termasuk disiarkan secara langsung oleh telivisyen tempatan.

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)



berlatar belakang kan istana




close up skit muka-muka pancaragam sekolah


dlm dewan banquet tgh tggu masa kena layan mcm2 karenah manusia.. adoiiii..


with kakak2 tentera.. mmg geng ngan tentera je skang nih..


semua port dlm dewan.. kat luar tu panas terik..



masa ni kelakar gile.. dok sibuk melopong tgk kejelitaan jelitawan kaum kerabat istana smpai lupa tgh pegang camera, tp tak snap pon.. dah last2 baru tersedar dr mimpi.. 2 keping je dpt.. wahahaha..



dah.. jom gi makan bawah pokok..

Thursday, October 29, 2009

25 oct '09 : Majlis Istiadat Bersiram

Istiadat bersiram ini merupakan salah satu daripada tiga acara penting sebelum berlangsungnya Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Besar. Acara pertama ialah Istiadat Pelantikan dan Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud yang berlangsungnya di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti.

Istiadat bersiram yang bermula jam 10.35 pagi, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada sejauh kira-kira 500 meter dengan disusuli empat das tembakan meriam.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam di Panca Persada untuk penyempurnaan Istiadat Bersiram oleh orang Empat Istana dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda sebanyak tujuh kali.

Sebaik sahaja selesai pusingan ketujuh, Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram.

Tuanku Muhriz kemudiannya mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau berkenaan dan Datuk Seri Amar Diraja kemudiannya menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani.

Acara seterusnya diserikan lagi dengan persembahan pencal silat, tarian piring dan cak lempong lagu "Raja Bersiram'.

Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani kemudiannya bersemayam semula diatas Takhta Rencana dan dihela menuju ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli buat kedua kalinya empat das tembakan meriam.

Istiadat bersiram diakhiri dengan majlis santapan tengahari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti..

(sumber : Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan)

dan bermula lah tugas sue sebagai Penyambut Tetamu dan dapat bersantap bersama Tuanku di dalam dewan tersebut... mak vangga........


sejurus lepas subuh dah gerak gi istana.. pegi opis pun tak pernah awal mcm tu tau..


yg kuning itulah Takhta Rencana okey.....


dan kat belakang itulah Panca Persada


with sir capo yg akan menerima adik ipar beberapa jam je lagi..


with farihah kat belakang pentas.. ni kes frust cari toilet x jumpa..


berselendang bagai..


suraya mazni melaporkan dari istana besar seri menanti... wahhhh....


panca persada yg telah siap sepenuhnya


Tuanku yg dihela dari istana


kalaulah ada dslr.. boleh jual gmbr nih...


istiadat bersiram sedang dilakukan


tak tunggu smpai abis kat tmpt bersiram, sbb kena duty dlm dewan lak




with the team


saje nak tunjuk lambang tu.. apa ke nama dia erkk.. again, bukan nak tunjuk jam baru tau.. haha..

perkara yg tak boleh lupa hari tu masa tgh bawak keris tetamu ke kaunter pendaftaran utk diikat, kiri kanan pegang keris.. sekali bunyik tembakan meriam punyalah kuat.. mmg dah nak tercampak keris tu dibuatnya.. org semua pandang lak tu.. malu nya mak... sib baik cepat cover.. kalo tak, ada jugak yg cedera kena tikaman pg tu.. hahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...