@churalliya

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, November 28, 2013

Ni haa... Orang kampung teringin ber smoothie

Bila dah follow instagram artis.. Semua pun nak tiru... Semua pun nak berangan...

Mana baik tu boleh la tiru kan.. yang tak baik tu tak perlu kot.. Mekchu tiru yang berbaloi untuk diri aje.. yang menjerat diri tu tok sah..

Tiba2 teringin nak ber smoothie.. orang kampung nak buat smoothie sendiri katanyaaaaa.....

Apple merah + pisang + blueberries + air soya + ice cube

leburkan semua kat dalam blender... pinjam babybullet wawa :D

siappppp....

Senang kan.. Ishhh kalau susah koseeee mak hencek nak buat..

Boleh jugak campurkan mangga, nenas, resberries, oren, strawberry, peach, apricot, kiwi.. ishhh semua buah pun boleh.. ikut la kesesuaian tekak masing2.. Kalau nak lagi sihat ada orang letak halia, green tea, madu.. Nak campur soya ke, yogurt ke.. terpulang.. nak blend gitu aje pun sodap....

Nak lgi idea boleh la google..

Cuba lah. Sesuai untuk orang yang malas nak kunyah buah.

Yeyyyy up lagi 1 resepi dalam blog ni.. kipidap mekchu.. hahaha


by mekchuN (^_^)

Monday, October 21, 2013

Penyediaan bubur anak ketika pergi bercuti

Risaukan bagaimana nak sediakan bubur anak ketika bercuti jauh? Risau tiada makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak sepanjang waktu bercuti?

Kalau korang ada perasaan tu, syabasssss... korang adalah ibu yang prihatin..

Secara jujurnya mekchu memang tak pernah terpikir nak masak bubur kat hotel.. nak angkut slow cooker naik kapal terbang.. terus pikir penyelesaian yang mudah iaitu bagi makan roti atau nasi dengan sup atau biskut.. Kenyang ke budak tu? jeng jeng jeng...

Bagi hotel yang ada sediakan menu bubur, beruntung lah.. tapi macam mana nak tahu hotel tu ada masak bubur ke tak? ada nombor chef dia tak?

Maka, meh sini mekchu share macam mana mekchu sediakan bubur wawa masa kat Bandung hari tu.. ini pun sebab ada yang minta share kan.. cehhhh perasan hebat sangat ni... ehemmmm!! walhal faridah (opismate) yang ajar satu per satu sehari sebelum ke Bandung..


Perkara yang perlu disediakan :
1. Slow cooker size kecil. Tak berat, tak ringan. Sedang2.. Nak travel sekali dengan kotak pun boleh, nak buang kotak pun boleh.
2. Beras anak secukupnya
3. Lauk. Kalau nak aeroplane dicadangkan agar gunakan ikan bilis yang digoreng dan diblend halus. Senang nak bawak. Kalau naik kereta, boleh je kalau nak bawak ayam atau ikan yang dah direbus. Letak bersama dengan ice pax.
4. Sayur. Balut cantik2 dalam paper.. Sampai je hotel sumbat masuk dalam peties dia..
5. Bawang goreng (add on)
6. Senduk/sudu

Dah.. tu aje bahan nya..

Cara sedia bubur :
1. Malam sebelum tidur basuh beras dan masuk kan ke dalam slow cooker.. Biarkan hingga ke pagi.. Pastikan air tak terlalu banyak macam kita masak bubur kat atas api tu..
2. Pagi tu mesti beras tu akan kembang. Baru masuk kan ikan bilis/ayam/sayur
3. Kacau-kacau dan siapppp....

Dah.. itu aje.. Selamat mencuba.. (kembang kempis idong perasan macam hebat sangat dah ni) hezzz hezz hezzzz...

Mekchu letak label entry ni dibawah tajuk 'resepi'.. Kesian ada 2 entry je setakat ni...

by mekchuN (^_^)

Sunday, January 27, 2013

Resepi Homemade Pizza

Setelah sekali lagi korang berjaya membeli jiwa dengan pujian berbunga-bunga, Kena la jugak mekchu buatkan resepi Homemade Pizza.. ini adalah entry resepi yang ke-2 di blog ini..e-yeyyyy....

Resepi ni akak mekchu yang ajar.. dia kata senang.. bila buat memang sah la senang nyaaa..

Bahan-bahan yang perlu ada...

Mangkuk 1 (isi pizza) : daging ayam kisar, hotdog dan udang (ayam boleh ganti dengan daging. hotdog dan udang kalo tak suka tak perlu letak)

Mangkuk 2 : red capsicum, green capsicum, bawang besar separuh dan sebiji bawang putih

Mangkuk 3 : shredded mozzarella cheese

Roti pizza dan pisau pemotong. Serta sos cili dan moayonese (tiada dalam gambar)

Bagi orang Seremban, mekchu boleh cadangkan beli mozzarella cheese dan roti pizza tu kat Pasaraya Rakan (berhadapan Giant Senawang).. Kalau nak carik kat jusco/giant/tesco pun ada rasanya..

 Hiris red capsicum, green capsicum dan bawang besar

 Tumis bawang putih dengan bahan di Mangkuk 1 tadi. Separa masak aje. 

Ada orang tak tumis pun ayam/daging semua tu.. Kalau tak tumis nanti takut tak masak betul pulak.. terpulang pada masing-masing..

Bawang putih tu pun dah naik hangus.. Ye la, orang tak pernah memasak sambil mengambil gambar.. Serius mencabar..

Kendian, gaulkan bersama bahan2 yang dah dihiris tadi.. Tolak ketepi sekejap..

Sapukan sos cili kegemaran di atas roti.. sapu rata-rata tau.. Masa ni dah boleh panaskan oven

Taburkan mozzarella cheese.. lagi banyak ditabur, lagi sodap.. sambil tu tekan-tekan sikit kasi padat..

Ambil bahan2 tadi tu. tabur kat sebelah atas nya.. pun tekan kasi padat.. Nak tabur lagi cheese pun boleh..

Dah sudah sesi tabur menabur, masukkan pizza ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit dengan api atas bawah.. ehhh gitu ke ayat orang memasak erk?

Jangan lupa panaskan oven dulu tau. Jangan terus masukkan pizza.. Dah panas dalam 5 minit, baru boleh masukkan..

Dan inilah hasil selepas 20 minit.. suka part cheese bertali-tali tu.. terasa macam hebatnya aku memasak!

tu berlakon aje tu.. dia bukannya nak makan pizza.. sibuk kutip udang aje

Masak pizza ni lagi senang dari masak kuih kodok sebenarnya.. kuih kodok kena masak seketul demi seketul masuk dalam kuali.. kena jaga pulak nak terbalik kan.. tapi pizza ni masuk aje dalam oven tu.. bila dah masak berbunyi lah ia..

Tapi nak buat macam mana kan... kuih kodok tetap di hati papa-jib..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, August 1, 2012

Resepi Cheese Sosej Roll ala canggung

Ini adalah entry resepi pertama di blog kuning oren ini.. Disebabkan pujian setinggi gunung pasal sosej yang meleleh cheese hari tu, maka mekchu buatkan resepi dia.. korang ni mmg pandai beli jiwa tau..


Tapi sebelum tu, mekchu tak de gambar utk step by step.. sebab tak sangka pulak nak buat entry resepi.. percubaan pertama ni..

BAHAN-BAHAN
1. Roti putih
2. Cheese
3. Sosej - terpulang nak guna ayam ke daging
4. 2 biji telur - asingkan putih dan kuning
5. Bread crumps - sudah tukar jadi oat
6. Pencicah - sos cili, mayonese

CARA-CARA
1. Rebus air dalam periuk dan bila dah mendidih, masukkan sosej ayam. Agak-agak sampai timbul di permukaan dah bleh angkat.

2. Potong kulit roti kat tepi2 tu.. pas tu gelek lah sikit kasi nipis dan besar supaya muat nak gulung sosej tu

3. Letakkan cheese atas roti yang telah di gelek tadi tu

4. Gulung sosej ketat-ketat. Pas tu gam kat hujung guna kuning telur

5. Celup gulungan ke dalam putih telur dan cepat2 golekkan kat atas bread crumps/oat pulak

6. Ulang langkah 5 kalau suka bread crumps/oat banyak

7. Panaskan minyak, dan goreng dalam api sederhana

Hahahahahaa... jap jap nak gelak... ayat cara-cara membuat tu tak bleh blah laaa... tak pernah2 buat entry  resepi lah katakan.. hambek ngko!! melantun-lantun je ayatnya.. tapi korang faham kot.. Kalau nak lagi faham, bleh tengok kat entry ana suzana ni.. mekchu pun refer sana sebab lengkap bergambar..

Ok, sambung..

Goreng sekejap aje tau dan kena jaga jangan bagi hangus..

Siap dihidangkan bersama sos cili dan mayonese... ohhh dap dap dap..

pinjam gambar ana suzana sebab gambar ini lah mekchu tergoda dan seterusnya berjaya goda korang pulak :)

Selamat mencuba..

Hahahahahaha... ehhhhh dia gelak lagi sebab masih tak percaya ada entry resepi pertama kat blog ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...