@churalliya

Showing posts with label baby solid food. Show all posts
Showing posts with label baby solid food. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Penyediaan bubur anak ketika pergi bercuti

Risaukan bagaimana nak sediakan bubur anak ketika bercuti jauh? Risau tiada makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak sepanjang waktu bercuti?

Kalau korang ada perasaan tu, syabasssss... korang adalah ibu yang prihatin..

Secara jujurnya mekchu memang tak pernah terpikir nak masak bubur kat hotel.. nak angkut slow cooker naik kapal terbang.. terus pikir penyelesaian yang mudah iaitu bagi makan roti atau nasi dengan sup atau biskut.. Kenyang ke budak tu? jeng jeng jeng...

Bagi hotel yang ada sediakan menu bubur, beruntung lah.. tapi macam mana nak tahu hotel tu ada masak bubur ke tak? ada nombor chef dia tak?

Maka, meh sini mekchu share macam mana mekchu sediakan bubur wawa masa kat Bandung hari tu.. ini pun sebab ada yang minta share kan.. cehhhh perasan hebat sangat ni... ehemmmm!! walhal faridah (opismate) yang ajar satu per satu sehari sebelum ke Bandung..


Perkara yang perlu disediakan :
1. Slow cooker size kecil. Tak berat, tak ringan. Sedang2.. Nak travel sekali dengan kotak pun boleh, nak buang kotak pun boleh.
2. Beras anak secukupnya
3. Lauk. Kalau nak aeroplane dicadangkan agar gunakan ikan bilis yang digoreng dan diblend halus. Senang nak bawak. Kalau naik kereta, boleh je kalau nak bawak ayam atau ikan yang dah direbus. Letak bersama dengan ice pax.
4. Sayur. Balut cantik2 dalam paper.. Sampai je hotel sumbat masuk dalam peties dia..
5. Bawang goreng (add on)
6. Senduk/sudu

Dah.. tu aje bahan nya..

Cara sedia bubur :
1. Malam sebelum tidur basuh beras dan masuk kan ke dalam slow cooker.. Biarkan hingga ke pagi.. Pastikan air tak terlalu banyak macam kita masak bubur kat atas api tu..
2. Pagi tu mesti beras tu akan kembang. Baru masuk kan ikan bilis/ayam/sayur
3. Kacau-kacau dan siapppp....

Dah.. itu aje.. Selamat mencuba.. (kembang kempis idong perasan macam hebat sangat dah ni) hezzz hezz hezzzz...

Mekchu letak label entry ni dibawah tajuk 'resepi'.. Kesian ada 2 entry je setakat ni...

by mekchuN (^_^)

Friday, June 28, 2013

Solid Food untuk Wawa

Dah lama teringin nak buat entry solid food wawa.. Tapi kalu setakat teringin dalam hati je memang tak ke mana la jawabnya... Kataaaa dah beli Baby Bullet sejak umur wawa 6 bulan dalam perut kennnnnn.. 6 bulan di luar perut baru boleh guna.. harus lah ada kenangan dengan baby bullet ni..

Wawa start makan umur 6 bulan 2 minggu.. sebab masa genap2 umur dia 6 bulan hari tu dia demam ngan batuk teruk sampai masuk hospital tu.. seminggu lepas keluar baru berani nak bagi dia makan.. bagi member cool down dulu lepas discharge..

Kemain study pasal babybullet sebelum nak guna tu.. study macam mana nak guna, macam mana nak store, menu apa benda yang baby boleh makan, yang allergic dan sebagainya.. macam ibu muda beranak satu pun ada..

Hahahaha.. dulu masa najmi tak de pulak beria sampai macam ni..

Ok disebabkan wawa makan dah nak masuk 3 bulan dah, maka mekchu amek gambar2 yg ada kat IG aje lah ye.. banyak bebenor gambarnya kalo nak tepek semua.. itu la, len kali jangan suka kumpul cerita.. sama lah kalau macam kerja kat opis tu.. jangan suka longgok longgok.. ehhhh terbatuk pulak...

wawa tengah pilih menu.. jangan pilih yang susah2 tau.. 

Ok, antara menu permulaan wawa adalah apricot, carrot dan kentang.. tak campur.. bagi satu satu..

Dia tak nak makan ok... terjelir jelir lidah dia.. siap buat gaya geli2 macam tu.. hahaha dik ko memang buat mama kecik hati..

tu dah siap2 carrot dengan kentang putih.. kemain mama dia ikut step sebijik macam dalam buku..

Sudahnya semua tu buang aje.. Wawa tak nak makan kalau 1 menu aje.. Bila dah campur 2-3 jenis baru dia nak makan.. Tapi dik, dalam buku menyatakan bahawa baby yang baru belajar makan perlu diberi makan dengan 1 jenis menu selama 4 hari berturut.. hahahaha tak de makna mama ngko ni nak patuh pada perntayaan dalam buku tu.. dari anak aku tak nak makan, lebih baik cari solution kasi dia nak makan...

Part membeli lauk wawa yang paling best... pegi je kat bahagian market tu terus tak tentu arah.. mekchu selalu beli kat jasko S2.. tengok kat bahagian organic tu.. geram2...


Cara menyediakan menu.. antara kukus-grill-panggang.. mekchu pilih KUKUS!!

berguna jugak kukus Tupperware merah tu.. kukus tu comel aje.. letak 2 bijik pau dah penuh.. 

Disebabkan ianya terlalu comel, sebab tu mekchu terbeli.. tak sangka berguna jugak bila nak kukus makanan anak.. Letak dalam kuali, tambah air dan biarkan aje dalam 6-7 minit.. Dah lembut (cucuk dgn garfu) maka dah boleh la blend guna baby bullet :)

Selalu masak untuk 2 kali makan.. tengah hari dan petang.. Terus letak kat dalam bekas comel baby bullet tu jugak.. senang nak angkut pegi mana2..

Antara menu yang dah cuba pada wawa...

brocolli + kentang + carrot

kacang peas + labu

green zucchini + white potato + baby carrot

yang ini terlebih bahan... labu + baby carrot + brocolli + keledek.. mama x sabar nak wawa cepat besar... hahaa

Tu antara menu wawa waktu hari Sabtu & Ahad.. Kalau hari biasa nenek labu bagi makan bubur nasi campur la dengan labu ke, carrot ke, kentang ke.. So masa weekend tak nak senak kan perut wawa lagi.. Kira yang light light aje.. Mekchu bagi wawa makan sayur-sayuran tu aje.. Ye ke light? Tanpa nasi kira light la tu kan...

Keek wawa makan..



Wawa ni pemakan jugak orangnya.. tak padan halusss.. tapi isi pejal.. sedap kena peluk.. pipi dia kan keras, tak macam pipi abam mi lembut macam donut dari baby sampai sekarang.. beza sungguh kepejalan pipi dorang tu..


Selalu buat makanan dia sampai ke petang.. sekali makan habis 1 bekas babybullet tu.. kadang-kadang tak cukup.. kena masak lagi petang tu..

Mekchu tak pernah lagi buat stok banyak2 yang simpan dalam peti ais macam yang ibu2 sekarang ni buat.. memang hari2 akan masak yang baru untuk wawa.. rasa tak sampai hati pulak nak bagi anak makan makanan yang simpan dalam peti ais.. hahaha kalau mekchu pun memang kureng skit kalo makan makanan dah simpan dalam peti ais ni.. walau pun dah dipanaskan, tapi memang dapat trace..

Mama wawa ni tak sesibuk ibu2 diluar sana.. Selagi mama ada, selagi nenek labu larat kami akan masak hari2.. InsyaAllah...


Dalam banyak-banyak menu tu, perasan yang wawa alergic pada carrot.. tak sangka sayuran pun boleh menyebabkan alergic.. Bila wawa makan, nanti akan tumbuh ruam kat area dahi dia.. pas tu mula tido tak tenang.. mata pejam, tapi tangan tu asyik nak menggaru aje.. Sudahnya kena bedung macam baby.. rugi la dik kalo tak makan carrot... mekchu bagi jugak dia makan carrot tapi dalam kuantiti yang sikit la..

Lagi satu dia tak bleh makan kacang peas.. nanti yakyak keras.. hahaha.. itu lah menu yang paling sedap kot.. tak pe laaa...

Kalo nak berjalan skang dah tak bleh lenggang kanggung lagi dah.. abam mi dah tak yah bawak susu, wawa pulak guna susu gantung.. senang nya nak berjalan.. sejak wawa dah makan, kena lah bawak bekal makan dia.. nasib lah baby bullet tu comey.. senang nak angkut..

rasa macam nak tumbuk laptop bila tengok gambar bibik ni!!!!!

Mekchu tak pandai kendong guna kain.. bagi wawa makan dalam walker aje.. atau dalam rocker dia.. dah pandai berjalan sok, kena la prektis semula teknik bagi makan dalam keadaan super pantas...

Lepas ni dah boleh bagi makan ayam ngan ikan bilis.. eeerrmmm dap dap dap..

Yang pelik kat sini kan, dulu2 masa zaman najmi baby dulu tak de pulak kita kaum2 ibu ni concern sangat dengan pemakanan anak ni kan.. cukup je umur 6 bulan, semua dah dibelasahnya... najmi dulu 6 bulan dah bagi dia makan ayam campur bubur nasi campur sayur semua.. ke korang yang ada anak masa tahun 2008 dah start memuree? ooo mekchu la yang ketinggalan ni.. hahaha.. Nasib lah abam mi tak de apa2.. elok je tembam nyaa..

Tapi sekarang ni minda aiii dah semakin terbuka gitu.. baru tahu pasal puree, boleh simpan2 makanan baby macam ebm jugak.. dan paling kesian baru tahu penyesuaian umur baby dengan makanan yang dia boleh makan..

Betapa pentingnya dunia sosial sekarang ni kan.. Rasanya banyak yang baik dari yang buruk.. Terpulang la macam mana kita mencorak kan nyaa.. hahaha ayat ending tak bleh blah!!!


by mekchuN (^_^)

Wednesday, September 19, 2012

Baby Bullet ni sangat awesome lalu terbeli

Cari promo lain, ter jatuh hati dengan promo lain.. dugaan betul kalo dah ketagih shopping online nih..

[63% OFF] RM138 for Baby Bullet - 16-Piece Baby Food Blender worth RM369 from Muchmax Marketing

Layan youtube kejap, google2 kejap, tanya2 dengan kawan2 kejap, lalu terus nekad nak beli.. pedulik!!!!!



Hari ni promo expired.. sesiapa yang berminat, sempat lagi nak beli voucher.. Ada lagi 7 jam kot.. Register dulu kat sini http://www.milkadeal.com/r/1544

Kalau tak tahu apa itu Baby Bullet, jom kita layan youtube...


Lepas tu buat2 terperanjat dengan pembelian yang tunggu Q aje nak sampai di pangkuan..


Voucher yang dah expired (barang yang dah sampai) berlambak-lambak.. Kalau rajin mekchu review satu-satu barang yang beli kat Milkadeal ni..

Ok, berbalik kepada Baby Bullet ni.. sangat cute kan.. walau pun lambat lagi, tapi mekchu tersangat excited.. nekad nak bagi yang organik-organik belaka.. InsyaAllah..

Bila nak guna nanti, konpem carik yang promo tak jumpa.. masa tu mula la menyesal dan rasa kedekut kalo nak beli pada harga asal.. kalau tak pakai pun boleh je nak let go kat kawan-kawan.. kan kan kan.. hihihihi..

Papa, tolong jangan geleng-geleng kepala okehhh..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...