@churalliya

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Serangan HFMD

Serius sebelum ni tak pernah nak ambil tahu pasal virus HFMD ni.. yang mekchu tahu dia serang bahagian tangan kaki dan mulut.. hahaha

Malam sabtu ngam2 start cuti sekolah abang mi mengadu macam nak demam.. biasa lah, bila suruh mandi cakap "mi ni macam nak demam lah mama..."

Mekchu malas nak layan aje bila dia mengadu mcm tu sebab itu dialog biasa kalau malas nak pegi sekolah.. Sehingga lah pada hari Ahad tu..

Tiba-tiba nampak banyak bintik merah kat lutut dia.. petang tu nampak dah tumbuh kat tangan dan kaki.. Aiiiyokkkk anak aku ni macam dah kena penyakit kaki mulut je ni..

So 1st time google simptom2 HFMD.. gugel sama2 dengan abang mi.. tunjuk gambar2 semua kat dia..

Dan memang sah laaa... terus bawak pegi klinik..

tangan, kaki dan mulut abang mi.. so scary maaaa... 

Part tangan ngan kaki tu x de apa.. tak gatal pun dia kata.. tapi tang mulut tu yang kesian tu.. mengamuk tak dapat makan minum.. kesian nya tengok.. Perut lapar, tapi tak bleh makan.. sakit kan.. kita yang kena ulser seketul ni pun sakit macam nak sepak orang... ini kan pulak penuh 1 mulut..

"tengok perut mi dah leper....." ~ terus meraung

Klinik bagi ubat sapu.. memang tak berjaya lah kan nak sapu kat ulser budak.. Kawan2 fb cadang belikan ubat spray ni..

boleh beli kat farmasi.. memang bagus sbb spray.. abang mi senang lah jugak nak jaga.. bagi aje ubat ni kat dia, nanti dia spray sendiri kat mana yang sakit sblm makan.. boleh la jugak makan sikit2.. 

Selang 2 hari lepas tu benda yang mekchu risaukan terjadi.. Wawa berjangkit... uwaargghhhh sedihnyaaaaa....

 wawa baru balik dari hospital.. tak nak pegi klinik sebab ubat dia ala-ala aje.. tu ubat dari Colombia.. 

 luluh hati mama tengok wawa lembik tak larat, tak nak makan, tak nak minum.. 

 banyak kemain ulser dalam mulut wawa.. tu yang dapat selak.. yang kat belah dalam banyak lagi.. 

kena tengok tmpt ulser.. so nanti senang nak spray kat situ.. kat lelangit pun banyak tapi tak boleh nak spray sebab dia melalak ya ampun punya kuat...

Sedikit fakta HFMD.. ini dari pengalaman mekchu sendiri..

  • Penyakit ni adalah disebabkan virus.. So tiada antibiotik untuk virus.. Kalau bakteria je ada antibiotik. Kalau mintak antibiotik kat doktor memang tak akan dapat..
  • Tempoh jangkitan amat sekejap.. dalam tempoh 2 hari akan boleh nampak kesan samada kat tangan/kaki/mulut
  • Penyakit ni akan sembuh dalam tempoh 3-6 hari bergantung pada tahap jangkitan virus
  • Bintik2 di tangan dan kaki tiada side efek.. bermaksud tidak gatal.. Kemungkinan ada beberapa bintik yang seakan-akan chicken pox sebab ada air di dalam.. 


Ini pulak sedikit tips kalau anak kena HFMD (ini pun kawan2 yang banyak bagi tips)

  • Kena pastikan anak tidak dehydrated.. kena pastikan anak2 minum walau pun sedikit.. dan monitor pampers anak supaya tidak kering/anak kencing.. Kalau pampers basah tu maksud ok lah tu
  • Kena bagi makan/minum jugak.. lagi kerap makan/minum lagi cepat anak2 boleh recover. Ini part paling susah kot.. 
  • Kalau ada adik beradik yang kena jangkitan, kalau boleh asingkan segala2 nya dari mereka.. Asing bermaksud kena tinggal asing2 kot.. Mekchu dah cuba asingkan dorang tapi tetap berjangkit..
  • Bagi anak2 minum susu/air guna syringe.. nak habiskan 4oz susu mengambil masa selama 1 jam.. masa tu memang habis tenaga melawan tenaga dia.. nak buat macam makan kan, kena jugak.. memang kena jugak bagi minum.. 
Sabtu lepas memang stress sangat jaga wawa.. nampak dia lemah sangat.. bila dia lemah otomatik omak ehh pun lemah.. asyik merengek aje.. ikut kan rasa hati nak je warded kan dia.. 

Sehingga lah papajib wassap bagi tau dia menang hadiah lumayan... 

terus kembali bersemangat.. hilang stress hari tu.. tahniah papa.. 

dan hari ni Alhamdulillah, anak-anak dah kembali sihat.. dah kembali melasak macam biasa.. 

Biar lah mereka nak melasak macam mana pun janji mereka sihat.. HFMD sila pergi jauh2 dan jangan datang lagi.. syohhh syohhhh... 


by mekchuN (^_^)

Wednesday, December 18, 2013

Penyakit mata

Dah nak masuk 2 minggu... kegatalan pada mata masih tak nampak tanda2 nak elok..

Bila elok sikit, dah malas makan ubat.. Gatal sikit, garu nya kemain hebat.. tu la pasal...

ini 2 minggu lepas... 

pegi klinik doktor bagi ubat makan tahan gatal, ubat titik kat mata dan titik kat hidung jugak.. 

Doktor, saya tak sakit hidung tapi sakit mata.. kenapa bagi ubat titik kat hidung.. hahaha degil pulak tu.. Doktor kata mata mekchu elergi.. ada saluran antara hidung dan mata tu kena jangkitan.. sebenarnya pelik sebab kena titik ubat kat hidung.. errkkkkk...

Gatal kat pangkal mata dan hujung mata.. sedap kalo digaru...

Elok sekejap, hari ni teruk semula..

jangan risau.. tidak berjangkit melalui skrin... 

Merah kan.. merah dan bengkak pulak tu... hari tu belah kiri teruk.. hari ni kanan pulak..

Sama la dengan masalah kak jem yang sakit mata.. cuma jenis virus kami je berlainan.. dia viruspadu, mekchu viruspasu.. hahaha.. kebetulan sangat ni sama2 berpenyakit mata.. semua la tu nak eratkan siratulrahim kami..

ditemani papajib yang demam.. kulit muka merah macam kena bakar.. ehh memang terbakar pun men golp ahad lepas.. kan panas.... terus demam.. haaa tu lerrrrrrrrrr... degil nak jugak men golp.. tak best pun men golp tu.. kan dah demam.. kulit pun dah hitam.. sekarang siapa yang susah? ehhh termembebel pulak.. 


Harap cepat lah baik mata ni.. kalo tak elok jugak nak kena carik cemata pelesu tak de power jugak macam kak jem nih.. untuk elak habuk masuk mata.. 

Ehhh mekchu rasa tak nak carik cemata tu la, mekchu nak pakai goggle terus.. (sempat google nak confirm ejaan goggle) memang selamat.. korang pun mesti nak cadangkan bendalah tu kannn... aii tahu sangat perangai yuuu ok...


by mekchuN (^_^)

Friday, December 6, 2013

Update Kecibung Wawa 13 bulan

Sekejap je kan...

Baru-baru ni follow up wawa dengan Doktor Syed kat KPJ Seremban.. Patut 13 bulan tak de apa pun kan.. tapi dah buat appoinment nak cucuk vaksin pneumococcal... ye, mekchu dah pikir banyak kali pasal benda ni.. Harap tiada isu kenapa mekchu memvaksin kan anak...

Punya la lama menunggu... Sampai KPJ pukul 3.30 petang macam tu, jam 5.30 petang baru sampai turn.. Ramai pulak hari tu.. Rupa-rupanya wawa patient paling last.. Terbaekkkk!!!!

 budak kecik ni dah melasak.. mama dah tak larat nak melayan dia.. 

bila mama & papa dah penat, abang boleh la harap.. sikit2 dan ikut mood jugak.. 

Lama sangat kot menunggu.. macam2 hal dah dibuatnya budak2 tu.. mak budak buat hal jugak, nasib tak de siapa yang amek kan gambar..




Macam-macam yang nak ditanya dengan doktor sebenarnya.. tapi bila sampai masa, semua pun tak ingat.. len kali nak kena amek note la..

 timbang wawa dan berat dia 8 kilo.. doktor tulis 7.98 kilo tapi mekchu tetap nak cakap 8 kilo.. pedulik.. halussss je kannnn... sesuai la dengan saiz mama ngko ni.. 

doktor syed tengah ekspen pasal vaksin pneumococcal.. segala kandungan, no.siri, expiry date, etc kat papajib... 

Kami suka doktor ni sebab kalo ada kandungan tak halal dalam ubat dia akan bagi tahu tak halal.. vaksin yang tak perlu amek pun dia akan bagi tahu tak perlu..

Mula-mula dulu dia ada bagi tahu vaksin rotavirus tu ada kandungan tak halal..siap tunjuk dalam buku.. kami dah ambil untuk wawa masa wawa masih dengan chienese doctor di Colombia.. Doktor cina kan, apa dia kisah nak eksplen segala mak nenek kandungan yang ada dalam tu... Benda dah lepas kot, korang yang dah tahu jangan buat ehhhh....

Vaksin pneumococcal ni doktor sangat suggest sebab wawa dah 2 kali warded sebab lung infection tu.. lepas warded 1st time hari tu dia dah soh amek dah.. tapi mekchu ibu yang keliru dan konpius dan serba salah lagi masa tu.. Sampai lah warded sekali lagi awal bulan 10 hari tu dah terus nekad nak amek jugak vaksin ni...

Sepatutnya vaksin ni kena amek 2-3 kali jugak.. Yang last masa umur anak 13 bulan. Memandangkan umur wawa dah setahun, so amek masa umur dia 13 bulan ni aje.. Sekali tu aje la...

mula2 dia relek aje.. masuk je jarum terus melalak... tapi kejap tu aje laaaa... 

Ok, perkembangan wawa pada umur 13 bulan..

1. Gigi nan hado... belum tumbuh lagi wookkk... kekadang risau, kekadang tak risau... risau sebab semua baby dragon yang lain dah nak penuh giginya.. tak risau sebab doktor dah eksplen tumbuhnya gigi bukan lah satu-satunya nak tengok perkembangan anak tu bagus ke idok.. banyak faktor lain yang lebih penting.. "Susu mama tak cukup kalsium kot...." Ok, ayat papajib tu yang mekchu risau... sentiasa terngiang-ngiang di telinga sampai sekarang...

2. Belum jalan lagi.. takat diri lepas-lepas tangan aje... Memanjat memang hebat.. Yang ini tak risau sebab abam mi dulu pun lambat jalan...

3. Cakap dah terror... dulu semua pun dia panggil abangggggggg... sekarang pandai dah mamm-ma.... pap-pa... nek.... paling mangsa mammm-ma dia lah kan.... kalo nangis memang sebut mamm-ma aje.. perkataan pertama bangun dari tido dan perkataan terakhir sebelum nak tido...

4. Leter... sangat leter... semua pun dia nak tegur.. Suka cakap kat talipon dengan bahasa dia.. Berlainan dengan abam yg sangat anti sosial masa kecik.. Wawa jumpa sesiapa mesti nak tegur.. tapi kena tengok mood jugak laaa...

5. Dah campur susu kambing karihome sejak 3 minggu lepas... Alhamdulillah berjaya fully bf wawa sehingga umur dia setahun setengah (setengah tu sebenarnya 3 minggu aje) Susu badan masih minum lagi.. Bila malam masih tak celik mata bangun buat susu lagi.. ngekkkk aje, ku terus sumbat... Papa, betapa bertuah nya papa anak dah setahun tapi tak pernah bangun buat susu... (tiba2 nak selit statement tu.. tak paham2 belanja bini pandora?)


6. Baju ada 2-3 helai je yang dah sendat.. yang lain2 masih boleh pakai.. Ada 2 faktor di situ.. samada wawa memang saiz genit atau mama sangat berhemah sebab beli baju stok besar2 je semua..

muat memang la muat.. tapi tu la, tang perut tak bleh nak katup dah.. hahaha.. musim hujan kan dik, baju pun banyak tak kering.. pakai je la baju awak masa dalam pantang ni ye...

7. Paling suka dengar lagu cupcake.. Cupcake bukan chocolate cake tau.. (hahahaha siap bagi resepi dalam lagu tuuu.. ehh korang pernah dengar ke lagu chocolate cake tu? -nanti google) Ni lagu cupcake kat Ceria 611 tu.. cupcake cupcake cupcake.. ooo nom nom nom nom cupcake, nom nom nom nom nom nommmmm... bila dengar je mula la menggedik joget2... Bila mama nyanyi dia joget2 jugak, tapi bila papa nyanyi dia buat muka pelik.. suara berhalkum nyanyi lagu ni tak best kan dik? hahahahaha...

8. Apa lagi erkkk? Bab makan? Makan nasi lembik.. Tak de gigi lagi kannn... Kadang2 bila malas tu suap je nasi kita makan tu.. Wawa ni tak padan kecik.. Semua dia bedal.. kita makan nasi dia pun nak. Kita makan mee pun dia nak.. Makan biskut dia nak.. siap berbunyi tu bila gigit biskut..

Errr.. ok dah kot.. Setakat ni dulu ok cerita pasal kecibung wawa.. ehhhh dah lama tak cerita pasal abam mi kan.. Tak pe, nanti bukak sekolah konpem banyak cerita pasal dia dan sekolah baru.. Konpem..


Tata..

by mekchuN (^_^)

Monday, October 14, 2013

Alhamdulillah kecibung wawa dah boleh balik beraya

Kalau kira hari bersamaan 8 hari.. Tapi dalam bill kira 7 hari..

Alhamdulillah, semalam wawa dah discharge.. kami dah boleh balik beraya... yeyyy...


Terima kasih di atas doa kawan-kawan semua.. Semoga wawa terus dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa... Amin...

Selamat menyambut Hari Raya Qurban untuk semua yang beragama Islam.. 8 hari di hospital adalah pengorbanan tanpa had mama untuk Najwa Syahira... sayang sangat sangat dengan kecibung mama yang sorang ni...


by mekchuN (^_^)

Friday, October 11, 2013

Berkampung di KPJ

Masuk di dah hari ke-6, malam ke-7.. Dan hari ni baru boleh connect wifi hospital.. itu pun kena guna USB teethering.. tak boleh connect direct dari laptop.. kena pulak guna fon sbg modem.. apa kes ntah laaa...

Makan tido, tido makan aje lah kijenyaaaaa....

Alhamdulillah, kecibung wawa dah semakin sihat.. dah nampak ketara bezanya dari hari pertama dia warded dulu.. masa tu nampak betul lemah, lesu tak bermaya langsung.. sejak kelmarin dah semakin baik.. dan semakin kuat jugak..

Pantang nampak nurse masuk bilik, tak tentu arah nak lari sorokkan muka dulu.. Dia paling marah bila kena amek neb.. mama dia dah ada teknik kunci.. hahaha teknik tak bagi dia lepaskan diri masa amek neb.. Dulu boleh bagi sendiri, tapi kali ni memang kena minta bantuan nurse..

Macam baru je warded awal bulan 5 hari tu kan.. tak sangka pulak si kecibung ni fragile sampai macam ni.. Sekali dah kena lung infection ni, memang akan senang kena lagi.. ehhhhh tak nak la cakap macam tu.. kata2 tu kan satu doa..

Day 1




Day 2



Day 3



Day 4




Day 5

Day 6



Nampak wawa dah semakin noty kan... suka bebenor buat muka busyuk dia..

Day 7? 8? 9? ohhhhhh nonono... jangan la lama sangat.. Dah tak larat dok terperuk dalam bilik ni.. nak balik raya haji oiiiii....

Gambar semua copy URL dari instagram aje.. malas pulak nak copy caption dia sekali.. korang pun dah baca kat sana kan... @churalliya

Tapi perasan tak dalam pada sibuk jaga anak kat spital, tiba2 ada pulak nampak gambar main volleyball kan... Semangat nak bantu kawan2 untuk dapat naib johan.. ehhhh terbagi tahu dulu pulak... Yang itu nanti mekchu cerita lain...

Sekarang nak fokus bagi wawa dapat keluar paling cepat esok. Paling lambat lusa... Kemon dikkkkkk....


by mekchuN (^_^)

Sunday, October 6, 2013

Akhirnya wawa warded jua

Kan last entry cerita pasal wawa demam. Ada bg tau yg doktor bg tempoh 2 hari kena monitor demam, cara pernafasan dan cirit/muntah..

Selepas 2 hari tanda2 tu ada. Tapi tak berapa kritikal. Demam kejap panas kejap tak. Bernafas mmg laju. Cirit dah ada sikit2 dan muntah tiap kali lepas makan ubat...

Hati tu dah mula tak tentu arah.. kalau bawak wawa g hospital mmg confirm warded (berdasarkan apa yg doktor dh explain). Kalau tak bawak itu anak. Anugerah Tuhan yg kita kena jaga elok2.. tp kalau warded mcm mana nak uruskan segalanya dgn sendiri?

Mata dah bengkak menangis tengok wawa batuk makin teruk. Menangis sbb papajib tiada di saat paling memerlukan.. call akak mekchu mntk tlg dia hantarkan di hospital.

Kes yg sama mcm bulan 5 hari tu. Ada infection kat paru2.. Virus yg abam mi bawak dari sekolah dia ni memang powerful... yg merana dak kecibung wawa..

Tak tahu lah berapa lama kat ward.. cuti tinggal 6 hari.. oooemmjiii... punya lah catu cuti konon nak guna hujung tahun.. akhirnya guna kat hospital..

Doakan wawa cepat sembuh dan mekchu tabah lalui semua ni.. papajib tgh usaha nak tukar flight..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...