@churalliya

Showing posts with label belog. Show all posts
Showing posts with label belog. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Tumpang tuah wawa lagi.. Kami dalam majalah Ibu & Anak

Apa la nasib blog ni.. Kata kesayangan, tapi kena tinggal macam tu aje..

Sayang kan blog sawang-sawang kan..

Fine..

Banyak sangat kot benda nak cerita, nak gebang, nak share, nak show off kat sini.. tapi ku pendam kan saje hasrat itu.. bila tak dapat luah kat blog, kena luah kat dalam hati.. tu pasal tiba2 jerawat naik sebab terlalu banyak menerima luahan rasa dari dalam.. hahahaha..

Jerawat pun tau pressure.. Jerawat pun tau nak stress..

Hahahaha.. abaikan..

Nak terus mengumpul kenangan..

Ada cebisan cerita mekchu dan wawa kat dalam Majalah Ibu & Anak keluaran Mac 2015.. Share pasal insurans di awal kandungan..

memang saje kelabu kan.. gambar entry lepas je pun.. hahahaha punya lah lama tak update kan.. 

Ada pernah blog kan dulu pasal insuran di awal kandungan ni.. Tapi mekchu tak nak la cakap insuran apa kan.. sebab setiap insurans tu tak sama polisi dan tawaran dia.. Yang penting patuh syariah.


Pegi la dapatkan Majalah Ibu & Anak cover budak comel rambut perang ni..

Harap-harap lepas ni boleh la masuk kan budak comel mata sepet pulak sebagai cover.. hahahaha (^_^)..

Faham, mata sepet susah nak carik market.. (*_*)



by mekchuN (^_^)

Monday, December 29, 2014

Dengan ini diisytihar belog membeku seketika

Bagi menghormati mangsa-mangsa banjir di negara kita...

Tuan tanah tak de mood nak update belog sebab nanti tak nak disalah ertikan tidak prihatin dengan keadaan semasa..

Mekchu memang tidak menzahirkan kesedihan di facebook atau instagram.. memang tetap up gambar anak2 macam biasa.. tapi tidak bermakna mekchu tidak prihatin.. mekchu perati kan aje perangai segelintir manusia yang #ntahapaapantah tu macam dia lah yang paling bagus.. sangat susah nak paham..


Sangat sedih... Ishhh tak dapat bayang lah kalau terkena pada keluarga sendiri..

Semoga mangsa-mangsa banjir sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya.. Amin..

Doa adalah pertolongan yang paling mudah.. jadi berdoalah...

Kawan-kawan, berhati2 lah kalau nak up gambar makanan atau hasil shoppingan sekarang ini.. ada yang standby aje tu nak basuh..


by mekchuN (^_^)

Monday, October 20, 2014

Nuffnang tak tipu kita kan

Haaaa.. sekali berlambak kempen yang tengah running kat blog..



Ini error ke apa ehhh?

Korang punya serupa tak?

So....... tak boleh malas-malas lagi la ni?



by mekchuN (^_^)

Monday, June 16, 2014

Mekchu dalam Majalah Ibu & Anak

Macam mana nak cakap ehhh?? Mekchu adalah hepi hepi hepi campur excited.. Tu baru masuk majalah, belom masuk tibi lagi.. iols level gadis majalah jew... Belom tahap tibi yang boleh dengar suara lagi... terus kantoi... hahahaha...

Ok, dulu2 siapa ingat blog ni pernah terpilih sebagai Blog Pilihan Intrend Ogos 2011.. lepas tu abam mi (dulu panggil dia mi-cah lagi) pulak terpilih untuk ruangan Si Cilik Manja Intrend Mac 2012. lepas tu dah lahir budak kecibung wawa, dia pulak enterprem kat dalam Majalah Ibu dan Anak June 2013.. Nampak sangat tumpang glamer anak kan... Ehhh kalau bukan mama dia yang up kan cerita anak kat sini, tak de la glamer dorang tu... mama dia nak menang jugaakkkkkk.... hahahahaha

Itu dulu.. Itu tak sama dengan kali ni punya cerita...sebab editor masa tu terus amek cerita dari entry blog.. kira tanpa izin la.. hahaha... ehhh editor majalah amek gambar dan cerita tanpa izin memang digalakkan... kalo orang lain tak boleh tahu!! no no kenot...

Kali ni siap kena interview ngko... Tak pernah ada pengalaman kan... so jakun la kejap... Pheewwww dia punya debor nak kena interview tak bleh cakap... hahahaha gigil.. Nasib baik lah tak keluar suara bila korang selak majalah tu.. kalo tidak, kussss semangat... hahahahaha...

Apa yang di temuramahnya? Topik pasal apa? Apa yang menariknya? Siapa ngko mekchu nak masuk majalah niiii? Hahahaha...

 antara kami ber-4, budak ni lah yang paling banyak muka kat dalam majalah... over shadow mama sangat... 

 cover page Majalah Ibu & Anak, Julai 2014

Jadi dipendekkan cerita, ini lah beberapa tips dan pengalaman mekchu handle anak-anak yang tiba2 demam masa bercuti kat Langkawi hari tu... Demam secara tiba2 tanpa hint...


bukan 1 page, tapi 2!! buawahahahahaha... 

antara info yang ada - pasal bawa stroller anak naik flight

tips nak kurangkan rasa 'pekak telinga'... 

Ada banyak lagi tips dan pengalaman kat situ... Dah, gi dapatkan yang terkini di pasaran....

Dengar nak pegi bercuti memang best kan... Best la kalo pergi berdua aje.. Bila terpikir kena bawak anak memang siap sedia lah kena kuatkan fizikal dan mental korang... Bila2 je dorang boleh menduga kesabaran dan keayuan mama dia...



by mekchuN (^_^)

Tuesday, November 5, 2013

Update begini pun buleh


Janji ada update kan.....

Salam Maal Hijrah untuk kesayangan semua..

Friday, January 18, 2013

View komen di blog mekchu

Kalau perasan entry baru-baru ni mekchu guna komen nuffnangX.. maksudnya sesiapa yang nak tinggalkan komen akan nampak nuffnangX conversation macam ni..


Suka ke idok cara macam tu? Ke lebih suka cara yang lama ni?


Kalau tanya mekchu, honestly suka cara lama sebab :

1. Boleh tahu berapa banyak komen yang kawan-kawan dah tinggalkan. Kalau guna nuffnangX conversation tu komen akan sentiasa nampak 0..

guna cara biasa boleh nampak komen ada 3.. 

2. Suka cara lama sebab senang nak masuk blog kawan-kawan yang dah tinggalkan komen.. terus klik pada nama korang je dan tinggggggg! blog korang akan terpapar.. kalo nuffnangX conversation tu, bila klik pada nama korang dia akan ke profile korang di nuffnangX. Kalo korang dah register nuffnangX akan nampaklah, kalau blom register maka nan hado apa-apa..

nampak gitu aje bagi yang belum register nuffnangX

Tapi ada baiknya kalau guna komen nuffnangX tu iaitu boleh terus reply daripada komen kawan-kawan.. tapi bila mekchu reply, tak de pon yang reply balik.. makanya mekchu ubah lah semula pada cara lama..

Dan kalau yang dah komen tapi tak nampak, itu bukan bermakna mekchu tak publish.. mekchu baca setiap satu.. itu semua konflik antara cara lama dan cara baru.. ahhh susah pulak nak eksplen kat sini..

NuffnangX ni best sebenarnya.. cuma tak best kalau guna untuk komen kat blog tu aje.. yang lain2 mmg superb.. Itu bisa diatur..

Korang nanti install lah nuffnangX kat smart phone masing-masing.. lepas register follow blog mekchu. Nanti boleh terus baca blog kuning oren sambil baring-baring :) find churalliya.blogspot.com dan follow.. ngeee..



Ok, sekali lagi nak tanya.... korang suka tinggalkan komen cara lama atau cara nuffnangX conversation tu?

  by mekchuN (^_^)

Thursday, January 10, 2013

Blog mekchu tercalon untuk World Bloggers and Social Media Awards 2013

Mekchu tawu korang mesti gosok-gosok mata 2-3 kali kan bila baca tajuk tu.. sama lah kiteee..

Kurang alert pasal award ni (vavavava award ngko. Gigil pulak tangan nak menaip). Atau mungkin mekchu terlepas pandang. Tahu ni pun dari salah seorang reader yang komen pada entry sebelum ni..

Banyak betol kategori yang ada.. Boleh tengok kat sini.. http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards



Dan blog kuning oren kesayangan ni tercalon untuk kategori Favourite Lifestyle Blog bersekali dengan blog2 terheibat dipasaran macam blog haniszalikha, xiaxue, beutifulnara.. adoiii macam mana blog picisan mekchu bleh nominated ntah laaa..


Terima kasih sangat2 pada reader semua yang menyokong hobi suka-suka ni sehingga tercalon dalam award yang tersangat lah hebat ini..

"Tak kisah lah siapa pemenang dia.. Saya dah tercalon ni pun dah rasa bertuah sangat dah.." ~ ayat bajet kalau diinterview.. hewhewhew tak kuasa mak!

Kalau korang sayangkan mekchu sesekali apa salahnya tolong vote.. hahahaha.. http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards/category.php?id=17#target

@ain_azahar dan @aisahaziz dah vote.. (tiba-tiba guna id instagram korang).. kikiki..


Terharu + blushing + senyum sampai telinga...

Wednesday, September 5, 2012

Gantung header bikin sendiri


First time kot cuba buat header sendiri.. Sila lah komen sebab header pun bikin sendiri dalam masa tak sampai 1 jam.. tapi jgn komen sampai mak buyong kecik hati cukup.. hahaha..

Header sementara tunggu baby keluar.. Sok sok dah keluar harus tukar header gambar ber-empat khennnn... tapi kena lah tunggu mekchu selim melim dulu :)

Lepas tu plan nak tukar segala mak nenek template kat blog ni.. kasik wajah baru segala-galanyanya.. jangan risau, masih mengekalkan konsep oren kuning disitu.. hihihi.. ke ada yang nak sponser ke?

Duit nuffnang pun lebat, churp-churp pun dah bleh cash out.. Alhamdulillah.. dan terus terasa dah tiba masa nak overhaul blog ni.. 

Tuesday, August 14, 2012

Dah berjaya share gmbr instagram ke wall fb sendiri

Yeyyyy... berpeluh ahkak godek setting instagram ngan account kat tab (free) tuu.. Tab (free) tu dapat lebih kurang Mei lepas.. maknanya dah lebih 3 bulan.. dari awal lagi memang bila share je gmbr dari instagram, dia akan pegi kat wall fb papa-jit..

Ok fine, walau pun dia yg dapatkan tab tu, tapi dia kan dah 'beli' tab tu dari mekchu.. tu sebab macam malas nak bersungguh sangat..

Tapi agak pelik kot lelaki beckham tu layan instagram.. hahahaha.. 

instagram kat wall papa-jit dah ada 10 gambar.. semua tu gambar testing sebenarnya.. bukan nya dia yang share, semua tu binik dia punya kerja.. 

Memang malas nak check setting.. sebabnya tab tu time keje papa-jit angkut gi opis.. bila balik je keje budak k-pop tu pulak konker main game sampai abis batteri.. ate nya, bila la ahkak nak godek? (alasan)

Bila dah bersungguh tu ada jugak tengok setting.. abis lah semua akaun papa-jit kat dalam tab tu mekchu hapuskan.. hahaha.. ala, kalo tak bg tau kat sini, konpem dia pun tatau pon.. ngeeeee... Tapi masih macam tu jugak..

Mekchu biasa lah, dah cuba 2-3 kali tak menjadi terus tanya kat status fb.. ehh kira belum putus asa apa.. cuma nak jalan pintas.. hahaha... kat fb tu konpem akan dapat penyelesaian.. dan memang betul.. Illa yg tlg kasik setel problem ni.. ehh, sbnarnya husband dia.. alo lo lo.. sporting sangat tau..

dan tadaaaaaa... dah ada album 'instagram' kat wall sendiri.. baru share 1 gmbr dulu.. baru lah betul.. #makloike :)

Rupanya kena uninstall instagram tu dulu, pas tu tukar balik sharing setting dia.. haishhhhh awat lah tak terpikir.. ni asyik menggodek benda lain..

Cuba lah dari dulu ngko bersungguh, tak de la makan bulan baru nak setel..

Ehh jom follow mekchu.. kalau nak follow dari web, guna link ni  http://statigr.am/churalliya Kalau nak follow dari instagram pulak, follow mekchu @churalliya (^_^)


Heboh nak betulkan sharing setting dan suruh follow ni bukan apa, lepas ni update kat sana aje, dah tak yah update blog lagi.. hehehehe.. boleh?

Thursday, February 23, 2012

Mi-cah masuk InTrend lagi

65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan InTrend



Paparan khas Blog Pilihan InTrend kini melangkah ke tahun ketiga, meraikan para penggiat media sosial baru. Dan selepas melepasi beberapa fasa saringan dan pemurnian, sidang redaksi berbesar hati memperkenalkan 65 Blog Pilihan InTrend untuk tahun 2012. Sudi-sudikan! ~ InTrend Mac 2012


Ada beberapa kategori. Antaranya Fesyenista, Hijabista, Santapan, Usahawan, Si Cilik Manja, Mahligai Cinta dan Anugerah Khas Juri InTrend. Dan mi-cah terpilih untuk Si Cilik Manja.


Bukan main ko ye anak.. over shadow mama sendiri.. itu pun nasib ada jugak gambar mama dia sikit.. gambar papa-jit dia lagi kesian.. nampak tang mata je.. hahahaha..

Bila tunjuk InTrend pada mi-cah semalam, tersipu-sipu malu.. nyampahhhh!!!

Bila tunjuk kat nenek labu pulak senyum meleret dia.. dia ingatkan mi-cah yang pakai baju merah tu aje.. tak perasan budak yang buat mulut koyak tu pun cucu dia.. Dia cakap "ingatkan anak jepun mana tadi.." sekali mi-cah dengar terus jawab "bukan anak jepun la nek, anak orang Inggeris..." hahahahaha kelakar ok..

Terima kasih yang tak terhingga kepada sidang redaksi InTrend kerana telah memilih blog picisan mekchu ini dan seterusnya memilih putera kami untuk menghiasi kategori Si Cilik Manja. Lepas ni pilih la emak dia pulak yeee... hehehehehe..

Terima kasih jugak kepada zura (siap buat entry) dan ida iereen yang telah maklumkan lebih awal pasal benda ni.. Pantas betul dorang.. paling tak tahan bila baca komen dari Nad@MamaZakwan ni kat entry zura..

hahahaha... nak kena gigit gigit cuping telinga ni taw.. 

Terima kasih papa kerana sungguh-sungguh untuk dapatkan InTrend ni.. 2 hari jugak mencari kat seremban ni.. Kedai yang ke-8 baru jumpa.. dia dah sentap turun naik kereta dalam hujan renyai-renyai.. Dah sampai tahap "lepas ni tak payah la masuk majalah lagi" hahahahahahaha marah sangat la tu.. tapi suka kan sebenarnya......

Bila dah masuk majalah gini, tak boleh lah nak malas-malas update blog lagi kan.. Pertama bulan Ogos lepas di segmen Pena Siber dan ini kali ke-2.. Alhamdulillah syukur... Siapa yang tak melonjak gembira kalau hobi secara suka-suka macam ni dihargai..

Lepas ni mekchu lantik mi-cah untuk sama-sama update blog.. tak kira!! sape suruh comel sangat.. hahahahaha.. bayangkan anak orang Inggeris tu update blog sambil menangis...

Wednesday, February 15, 2012

Korang ni kannnnnn...

#sentaphatimaknak

Tak sangka pulak ramai yang jawab betul.. hahahaha.. tipu!! Tak sangka pulak bila buat entry ala-ala macam tu ramai yang terus teka mekchu pegnen.. siap dah wish congrates tu yang paling menyentap.. hahaha rasa macam nak gigit-gigit cuping telinga kecilmu je tau..

Kemalasan mekchu semakin menjadi-jadi mungkin disebabkan berdebar nak siapkan dokumen untuk audit dalam ISMS awal bulan April nanti.. atau mungkin berdebar nak pegi Sarawak awal bulan depan.. atau memang dah dasar pemalas yang memang tak dapek nak nolong..

Atau mungkin betul jugak apa yang korang cakapkan tu.. (lagik mau buat ayat penutup yang mendebarkan). Apa-apa pun mekchu tetap sayammmm korang ketat-ketat..

Rasanya dah tahu kenapa malas melampau-lampau sekarang

Rasa-rasanya dah tahu sebabnya..
Rasa-rasa je lah..

Korang nak tahu?
Tapi rasa-rasa aje.. tak tahu betul ke tidak..
Rasa-rasa je tau..
Rasa-rasa..

Tata...

Thursday, February 9, 2012

Kenapa dah malas nak update blog?

Kenapa ekk dah malas nak update blog?

Tiada sebab utama kenapa sekarang ni dah malas nak update blog.. walau pun tiap2 hari bukak blog.. rasa macam bosan kot bila hari2 pun cerita pasal makan apa, pakai apa, shopping apa, training apa, holiday kat mana.. konon2 nak berehat sementara untuk mencari kelainan, tapi tak tahu apa.. hahahaha..

Ingatkan tak de yang perasan dan tak de yang hairan.. rupanya ada jugak yang marah sebab dah malas upadate blog.. katanya dah tiada bahan bacaan.. katanya juga penulisan mekchu bagus.. cisss.. jangan nak tuduh2 mekchu sama macam Arini Eva taw... mencik!!

Tambahan pulak Red Berry mekchu dah jahanam nih.. tekan-tekan tak keluar apa.. lagi lah payah nak jadi blogger on the go.. bleh jawab call aje..

Tolong buat derma kilat 'Tabung Talipon Mekchu' boleh?

Saturday, January 7, 2012

Sedang mencari selendang

Sedang mencari selendang plain tapi glamer yang buat pakai kat bahu membawa lilit ke pinggang.. Tahu tak kalau online kat mana boleh dapat? Habis dah google segala macam selendang, tapi hampa!!

Kalau tak dapat bayangkan, sini mekchu pinjam gambar datin seri :)

 yang hujung sebelah satu lagi boleh lalukan kat pinggang dan terus sangkut kat tangan..

Nak pakainya lambat lagi, tapi memandangkan mekchu dah kesuntukan masa nak mencari dan survey kat kedai.. tadi dah pegi 2-3 kedai tudung (D'Haja, Pearl Haya, etc) tapi semua pun jenis selendang lilitan hana tajima..

Sepanjang-panjang minggu depan mekchu ada training kat Johor.. (ke Johor Premium Outlet (JPO) ada jual selendang mak datin erk?) kikikiki... balik je dari johor terus nak pakai.. celah mana nak carik kat kedai melainkan secara online..

Selendang ni amat penting.. tanpa dia maka tidak bermakna lah senyuman leretku selama ini.. ecehhhhh...

Mintak tolong ye kawan2 share kan link.. nak kaler light pink atau light yellow atau putih.. kalau ada yang boleh sewakan lagi terrrrbaekkkk...

Terima kasih. Thank you, Xie xie, Arogato gozaimasu, Gracias, Nandri, Komapsumnida, Gum xia, Makasih yaaaaaaa semuaaaaaa.....

Tuesday, January 3, 2012

Top 10 Entry sepanjang saya berblogging

Saje-saje untuk kenangan sendiri :)

  May 2009 - Dis 2011 ~ sempat captured sebelum masuk 2012

1. Arwah Wawa meninggal pada usia 3 bulan di Taska

2. Mari kenali mekchu : Bab 4 : Suamiku

3. Lagenda Budak Setan 2

4. Dugaan kami di malam raya

5. Update kisah arwah wawa

6. Mari Kenali Mekchu : Bab 10 - Produk Penjagaan Mukaku

7. Kami kehilangan kereta di malam raya

8. Contest @Mekchu

9. Blog Mekchu dalam segmen Pena Siber : InTrend Ogos 2011

10. Mi-cah didokong oleh Perdana Menteri

Banyak kisah suka duka dalam blog ni.. cukup buatkan mekchu tersenyum simpul sendiri bila baca balik semua entry.. dalam hati ehhh pandai jugak aku ni menulis.. hahahhaha #pitammmmm

Terima kasih semua.. korang semua adalah backbone mekchu selama ni untuk terus menulis.. menulis ke? bukan menaip?

*sambil menaip sambil ragu-ragu sebenarnya.. bagaimana, kenapa dan mengapa entry Suamiku boleh berada di kedudukan ke-2. Mungkinkah dia lebih popular dalam diam? ohh tidak..

Korang, buatlah jugak review Top 10 entry ni.. pas tu ce cuba baca balik.. mesti senyum-senyum..

Wednesday, December 7, 2011

Tips Untuk Mendapatkan Buffered (BE) Earning daripada Nuffnang

Ok, tips ini amat berguna untuk diri sendiri dan untak kawan-kawan juga.. Bila terbaca sesuatu yang bagus, mesti lah rasa nak share kan..

Copy daripada ceeramoon adik kesayangan kak jemm. ehhh betul ke kesayangan? Hai ceera :)

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

 - Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager


Kat blog mekchu ni ada 3 iklan.. SATU : semestinya nuffnang. DUA : kotak2 yang bersusun kat atas tu daripada ChurpChurp (adik beradik kepada nuffnang jugak). dan KETIGA : iklan banner daripada blogger. Yang KETIGA tu tak boleh nak buang pulak. Sebab itu salah satu sumber pendapatan jugak tu :)

Jadi, sila lah check semula blog korang. Kat mana korang tepekkan Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle nuffnang tu.. harap2 dah sesuai tempatnya.. dan jangan lupa edit survey jugak. Kalau nak baca kesimpulan sila baca kat entry ceera ni http://c33ram00n.blogspot.com/2011/12/tips-cara-dapatkan-buffered-earning.html

Senyum :)

Sunday, November 27, 2011

Button Share

Baru tambah button share facebook kat blog ni dalam minggu lepas..

Dan button itu membuatkan mekchu tersenyum :)

 entry Surayu yang ayu menang lucky draw masa Karnival ICT :)

 entry mi-cah yang puasa susu dan mekchu yang muat pakai baju poney mi-cah :) itu apa kes sendiri punya entry, sendiri like?

dan entry suka tengok diri sendiri bila pakai baju sutera pink :)

Terima kasih kepada yang sudi share.. Ketiga-tiga entry tu terus jadi top 3 my glam entry.. muahh muahh muahhh...

Walaupun angka dia kecik, itu pun dah cukup membuatkan hati ber-munge-munge riang.. tak de lah sehaibat mana pun.. tapi lega sebab mekchu tahu masih ada yang menyukai blog ini.. 

Salam Maal Hijrah buat semua dan selamat datang tahun 1433Hijrah.. lepas ni bila nak raya nanti kena ingat kita dah masuk 1433H.. kalau boleh jangan google bila nak tulis kat raya nanti.. hahahaha macam berpengalaman aje..

Harap semua dapatlah berhijrah ke arah yang lebih baik kan.. korang bila masuk je opis jangan malas-malas lagi tau.. mekchu lambat lagi kot masuk opis..

Menyanyi lah.. la la la la... la la la la...

Wednesday, November 16, 2011

Cast Your Votes

Saje nak share dengan kawan-kawan...


Tau kan Nuffnang ada buat Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Senarai finalist dah keluar dan korang dah boleh mula vote SEKARANG sehingga sebelum jam 11.59pm, 27 November 2011.

Ini adalah awards untuk blogger seluruh Asia Pacific. Dan of kos lah yang jadi final itu bukan calang-calang blogger.. memang mereka yang sangat femes de ames dan talentent..

Ada 12 kategori..
3 blogger pujaan mekchu Beautifulnara, Hanis Zalikha dan Xia Xue telah tercalon.. dah vote untuk dorang pun.. yang lain-lain tu sumpah tak pernah baca pun.. Asia-Pacific katanyaaaaaa...

Mekchu dah letakkan Voting Poll kat side bar blog.. Korang nak vote dari situ pun boleh..


Ehhh lupa, boleh vote setiap 2 jam tau.. Vote sampai lebam sebelum 27 November 2011..

Tata...

Saturday, September 10, 2011

Test author baru

lalalalalalalalala.............. (gambar tiada kaitan)

Test update blog dari author baru.. sebab picasa web album tu dah nak penuh.. sok-sok dah tak boleh tepek gambar lagi, koranggggg jugak yang sedeyyy.. tapi masih di peringkat cobaan ni..

Monday, August 22, 2011

Cemas bila blog kesayangan tak boleh view

Ya Alya dah komen kat facebook..
Emy Nini D siap buat entry..
Yana Sejuta Wajah hantar message kat tipon..

Semua bagi tau bila bukak je blog ni, keluar page warning!! tiada lagi warna kuning dan oren..

Ini tidak boleh jadi.. terus tanya kawan-kawan kat facebook.. dan memang ramai yang reply kata ada malware..

Kebetulan weekend balik rumah seremban sambil tak bawak laptop.. haaaa, amek obat.. terasa macam nak pegi cycber cafe.. HETCHU!!.. cuba buat apa yang patut dari BB yang tak berapa nak canggih ni aje.. tapi menemui jalan buntu.. nak laptop jugakkkkkkk....

Malam hari tu mekchu ada tambah coding baru kat blog.. gigih stay-up sampai 2 pagi ngkoo google coding.. dan hasilnya korang dapat tengok ni..

copy dari blog nini D

soclose2213 tu member lama mekchu.. dah lama letak link dia kat blog kuning oren ni.. nak tak nak, terpaksa removekan dulu.. nanti dah ok, mekchu masukkan balik.. sambil remove jugak coding baru hari tu.. 

"ana, baru nak baca cerita dheia dah pandai pegang-pegang barang. jangan risau, nanti su tepek kan balik link tu ok"

Kepada korang semua, terima kasih sebanyak-banyak air ikan muntah gambang sebab sentiasa caring dengan mekchu.. macam ni lah best kan.. sentiasa amek berat rumah jiran bila jiran tu pergi New York.. ehhh.. tiba-tiba..

Kalau dah boleh view sila lah komen disini.. nak tau jugak kot-kot ada yang dapat malware tu lagi.. kena ada domain sendiri jugak ni (membantu ke?)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...