@churalliya

Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, December 9, 2014

D'Savoy, A Famosa Water World, Safari dan Family

Ke A Famosa lagi ke kita?

A ahhh.. aduhhhhh tetiap tahun pun ke sini.. tapi untuk agenda yang berbeda lah..

Tahun 2012 gathering dengan family labu...

Tahun 2013 paling hebat.. sambut enibeseri ke 8.. ingat lagi gambar dengan pelampung a famosa sempena 8 tahun nikah, lepas tu tak campur family day UPTM dan family day SUKNS. Boleh pulak semua buat kat sana jugak..

Dan tahun 2014 kami tak muak2 ke sana lagi.. Sebab kalau cakap muak memang kena tinggal rumah lah jawabnya..

Mmmmm... bleh lantik jadi ejen A Famosa nampak gaya.. nak nak papajib skang dah jadi members kat sana.. dapat 5 tiket masuk water world + safari + apartment.. rugi pulak kalau tak pegi.. serius kerugian..

nahhh gambar dengan handbag kiri kanan... ni tengah kebulur sangat ni.. singgah makan kat Tampin kejap.. lagi pun nak amek voucher tertinggal kat opis papajib.. 

Mula-mula plan terus nak masuk Safari.. masa tu dah 4,30 petang.. bajet dapat masuk kejap pun jadik laa.. Sekali orang jaga tu tak bagi masuk.. tutup pukul 5.00 petang.. So, patah balik dan terus check-in aje..

bergambar aje dekat parking lot ni.. di sisi abang sado kiteeeee.....

D'Savoy Apartment 3 bilik.. setiap bilik ada 2 katil queen.. sangat selesa.. 

Malam keluar makan dengan FIL..




Lepas kenyang, singgah cow boy town kejap.. Sampai2 je terus dengar countdown.. 5..4..3..2..1.. pommmm pommm pommmMMMMM (bunyi bunga api). Kami tengok dari dalam kereta aje laaa...

Balik bilik terus tido la.. apa lagi...

Siang tu lepas sarapan nasi lemak kat bilik terus check-out dan ke water world..

wajah2 keriangan dapat mandi water park dalam cuaca mendung.. tak panas langsung.. orang pun tak ramai.. sukatik kitorang nak buat aksi macam mana pun kat dalam tu.. 






nenek jah tak nak join mandi.. rehat2 aje kat dalam cabana.. 

Lepas tu terus tak de gambar lagi dah.. henfon dah simpan sebab nak naik slide orang besar.. yeyyy..

"papa, mama nak naik slide ngan big ice cream aje.. itu aje... lepas tu mama gi salin baju"

Ooooooo ada hati nak naik Big ice cream yeeeee....

Kena naik 4 orang 1 pelampung tu.. berat antara 35-80 kilo aje yang dibenarkan... maka mekchu, papajib, deqna ngan nabila naik dulu.. kak eliz tolong dukung wawa.. herry muatan terlebih pulak.. hahaha.. plan lepas ni nak naik lagi temankan kak eliz pulak..

"kak eliz, tak pe.... lepas ni su nak naik 2 kali..........." ~sambil melambai2 ala model kat kak eliz..

Nak mendaki sambil bawak pelampung ingat dah paling mencabar dah.. Dia tatau cabaran nak masuk dalam big ice cream tu lagi... Seriusssssssssssssssss... mekchu tak akan naik lagik dah.. Cukup lah sekali tu aje... Tobat!!!!!

Dia punya menjunam kat dalam tu ya ampunnnnn... kecuttt perut weiii... berpusing yang tak tahu ke mana arah.. sayuuuuupppppppp aje rasa... mula2 dengar masing2 jerit.. sampai kat dalam tu senyap! tak dengar suara sesiapa dah.. masing2 katup mata dan redha je apa yang bakal terjadi..

Kepala mekchu siap terhantuk kat dalam tu.. entah masa bila tak tau.. Kuat weiiiii.... terus terasa macam kancing gigi ngko!! sampai bawah terus menangis.. menangis sakit dan menangis kesyukuran sebab dah sampai bawah... hahahahaha kelakar pulak rasa..

Lepas je hajat naik big ice cream dengan slide yang 4 orang lagi satu tu, so setel dah keinginan mekchu.. terus bawak wawa mandi dan tukar baju terus.. wawa pun baru sihat je tu..

lepak dalam cabana tunggu yang lain setel.. uishhh menunggu dorang habis mandi lagi penat kot.. 

Setel kat water world, kami terus ke safari.. adehhh penat.

Pukul 4.30 petang, selepas cuaca hujan..

 terus naik truk safari ni.. truk yang tunggu kitorang.. masa 1st time datang dulu dekat 2 jam gak beratur.. 

Nak tau siapa kat belakang kitorang tu? Ariel zafril ngan wawa zainal nok... mula2 tak perasan pun sebab dorang yang naik dulu.. bila truck dah jalan tengah tengok binatang apa ntah masa tu.. mekchu toleh belakang.. sekali terpukau.. waaaahhhhh lentik nya bulu mata mamat ni... terus perasan airel zafril.. toleh kanan pulak nampak wawa zainal..

Mmmmmm lepas tu keje mekchu asyik toleh belakang aje la.. hahahaha.. tengok bulu mata ariel zafril, tengok handbag wawa zainal, tengok anak dia, bibik dia... hahahaha kepochi dalam diam..



Ingat nak amek gambar dengan dorang.. tapi semua laju je jalan nak tengok gajah buat show.. tak pe la, dorang tu budak2 lagi.. manusia biasa je sebenarnya kan.. hahaha len macam tak ayat nak pujuk hati?

Nahhh tengok gajah berlakon...


Masa gajah nak sembur air tu kitorang dah siap2 bukak payung.. hahaha tau sangat dah tektik kamu wahai gajah..


 muka keterujaan papajib.. hahaha.. takut sebenarnya tu.. 

Setel gajah, giliran monyet pulak.. show burung, koboi letup2 tangki semua dah terlepas.. mana yang sempat aje la sementara masih bukak petang tu..

Mulanya adik pemandu boat tak nak bawak kitorang dah.. ye la, dah petang sangat.. entah apa kak eliz cakap terus adik tu start enjin sampan.. eh kapal..

 pengalaman pertama untuk wawa.. kesian dia takut

 kami di pulau monyet :)

 abang mi tak puas hati kenapa dia takut nak bagi monyet makan.. hahaha sekurang2 nya abang berani mencuba..

mama pun sama.. berani mencuba sampai cenggitu sekali ghoman ehhh.. hahahaha.. 

3 tempat tu aje kami layan kat safari.. semua nya mengejar masa.. nak jalan semua memang tak larat sangat dah..

Last sekali dari kami.. semua pun dengan gaya kaki tersendiri.. hahahaha.. 

Penat.. penat.. time berjalan tak penat.. time dah sampai rumah tu hadoiiii...

Terima kasih papa untuk percutian singkat ini.. ehhhh asyik singkat aje.. bila nak panjang-panjang papa? Orang tua-tua kata alang-alang penat (^_^)


by mekchuN (^_^)

Thursday, November 14, 2013

Family Day UPTM 2013

Asal opis mekchu buat family day aje, mesti papajib ada hal.. Asal papajib ada hal aje, mesti opis mekchu buat family day...

Dari tahun 2009 sampai 2013, hanya tahun 2010 sahaja yg dia dapat join.. 3 tahun tau pegi berdua je dengan abam mi.. Kempunan opismate tak dapat nak tengok papajib live, selalu dlm blog aje (^_^).. Choiii sangat nak kempunan-kempunan kennnn... hahaha..

Dorang semua nak jumpa wawa sebenarnya (jelmaan papajib jugak tu).. tapi tak dapat la nak bawak dak kecibung tu sebab tak de siapa nak tolong jagakan nanti.. Nenek labu tak nak ikut.. Mula2 baek punya dah pancing kata nanti nak bawak pegi makan asam pedas melaka.. dia dah setuju dah.. Tapi bila bagi tau ada sukan ni semua, terus cancel nak follow... tak suka bersosial katanya... hahaha...

Tahun ni buat kat A Famosa Resort.. 5 minggu awal dah booked date dengan papajib tu haa... Setakat hari tu schedule dia free lagi dengan sebarang outstation.. cuma mekchu risaukan dia gi men golp aje.. hari sabtu gitu feberet dia la tu nak men golp.. Sekali tiba harinya, dia kena pegi outstation pulak.. makanya 2-2 papajib dapat bedal.. Outstation sambil bergolop.. Untung laaaaaaaaa.....

Alaaaaa, pegi berdua dengan abam mi pun tak pe... Mama kan supermama...

Tepat 8.30 pagi dah sampai A Famosa.. Legaaaa dapat sampai tepat pada masanya... Elok je parking kereta, mekchu terlobangkan plat number depan keta papajib.. Apa tak nya, mamat yg jaga parking tu suruh ke depan.. depan.. depan.. tak perasan pulak kat depan tu ada tunggul kayu pokok kecik2 tu.. Bila dah langgar tunggul kayu toleh belakang tengok mamat tu dah blah... hantu betul!!!!!

Kow team baeeeek dengan abam mi kata rahsia jgn bagi tau papa... Sekali itu lah perkara pertama yang dia cakap bila jumpa papa dia... hampeh!! Sangat kuat bodek papa dia ni..

Lepas b/fast, mula dah dengan game untuk budak2.. Budak2 lain semua eksaited nak join.. yang abam mi jugak melekap celah ketiak mama malu nak join.. Sampai la game last, pun dia tetap kat celah ketiak lagi.. Tapi nak last2 tu ada gak dia ajak gi tengok dari dekat... Agaknya kalo ada lagi 5 game, baru anak haku ni berani join kot...

Papajib siap pesan "mama kalau berjaya pujuk najmi masuk game, memang hebat...." see, papa dia pun dah boleh agak apa yang bakal berlaku..

budak lambat nak panas... sekali dah panas susah nak sejuk.. 

Ada banyak game, gambar pun banyak.. Mekchu copy yang ada muka sendiri aje lah ye...

Ni game isi air dalam gelung getah dengan cawan bocor.. Pas tu kena transfer kat dalam botol seberang sana.. Siapa melimpah dulu dia menang...




Yang ini pulak masuk gegelung rotan dari hujung sini membawa ke hujung sana dan kembali semula ke hujung sini... haaaa punya lah panjang nak eksplen kan...


Time ni abam mi dah mula panas... Siap dia pulak kata "mama, masuk lah sukan lagi ma.... mi nak sokong mama.."

Semua ada 5 kumpulan.. Siap2 pakai baju ikut kaler. Merah, kuning, hijau, biru & pepel..


Kes tertukar anak ni.. mekchu dengan anak kak jem.. kak jem dengan anak hazry.. abam mi? tiada siapa yg mahu sbb garang sangat... hahahaha... 

penonton setia di situ... 

Banyak lagi game lain... tapi tak de gambar mekchu, so sonang lah kojo den...


susah kemain nak bergambar.. tak nak langsung pandang camera... 

Tak pernah kecewa lagi setiap kali kalau ada sukaneka ni.. memang best..

keseluruhan, team merah dapat no.2.. jimat sebulan tak payah beli minyak... Hadiah semua berupa barang2 dapur.. Konpem memang akan guna.. 

yang ini amek goodies bag untuk budak2 dan cenderahati... tengok si luqman gebu baek punya tonggeng kat situ.. hahahaha

Tak sempat nak berkenalan dengan family masing2.. sekejap sangat.. lepas habis je penyampaian hadiah, budak2 ni dah tak sabar nak terjun kolam.. Dari awal sampai dah sibuk bila nak mandi... bila nak mandi... bila nak mandi.... Yang lain2 elok je pegi lunch lepas penyampaian hadiah, yang kami (mekchu, kek jem & rapiah) melayan anak main gelongsor air..

dapat bagi abam mi mandi dalam sejam je macam tu... 

Lepas tu kena siap2 dah.. Pujuk abam mi yang baru nak panas tu naik dan terus tukar baju.. Petang tu abam mi ada mini konvo dia (next entry)

Bayangkan ibu muda ni mengangkut 5kilo minyak masak, 5 kilo bag baju dan sekaki payung yang panjang ke hulu ke hilir kat dalam tu... Itu belum campur menghala ke kereta yang parking depan tunggul kayu lagi.. Kiri kanan bahu dah nak tercabut ni... sambil anak kat sebelah tak berhenti berleter "mama jahat... mama jahat... mama jahat......." adehhhhhh rasa nak terus buat2 pengsan kat situ sebab nak mengharapkan bantuan orang ramai tolong angkat minyak masak punya pasal...

Sampai je kat kereta, terasa tangan dah panjang sampai boleh cecah lutut!!


by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 22, 2013

Meraikan Selamat Hari Kita

Dari HK membawa ke Singapore.. seterusnya Cameron dan tahun ni kat Melaka aje.. mungkin tahun depan sekadar Ulu Bendul? my ohh my.. ~ copy paste dari entry lepas

Tak mustahil tu..

Tahun ni kami ke A Famosa.. Bawak nenek labu dan bibik sekali..

otw.. abam mi soh bagi adik wawa kat bibik sebab dia nak dok ngan mama.. 

Abam mi sekarang ni sibuk nak buat rambut pacak.. tp tak boleh memacak sebab rambut dia panjang.. sudahnya buat rambut belah tepi pas tu buatkan sikit jambul.. itu papa dia punya tugas..

Hahahaha.. dah pandai nak melaram budak kecik tu.. kemain marah kalau terusik rambut dia..

Lebih kurang 45 minit je kot dah sampai.. boleh kira dengan jari bilangan kereta yang parking kat sana.. itu petanda baik boleh konker swimming pool.. 

1st time guna baby carrier dan saya suka.. saya suka..

tak ade gambar nenek labu.. ada ini aje kat pintu masuk.. papa nampak comel la kendong 3 bag macam tu.. patut ada 4 bag.. mana lagi satu bag? haaa tungguuu mekchu cerita.. 

Kat dalam tu memang tak de orang.. memang puas mandi.. tapi cuaca terlalu panas.. perit.. mekchu kan sayangkan kulit..

Tapi kalo tak berendam rugi la pulak kan.. turun mandi sekejap hilangkan gian aje.. naik gelongsor pun sekali dua.. nak naik ngan papajib tapi abam mi dengki.. dia tak bagi.. jeles letew..

dah perasan putih sangat la tu nak berjemur macam mat saleh!

king of the pool yang naik gelongsor pun nak pakai cemata.. 

kami sewa cabana betul2 depan pool ni.. cabana no.20 :)

Abam mi lah yang paling suka.. yang kedua suka papajib dia..

 Bersama angka 8 untuk 8 tahun yg indah bersamamu.. Selamat Hari Kita @bapakgonjolong ~ copy paste dari IG

Lepas masing2 dah hitam, dah separa rentung baru ingat nak balik.. nenek labu dah bising dia tak sabar nak check-in otel katanya.. ehhh tak amek pulak gambar bibik berendam.. kemain bibik merenung masa depan sambil menyelam..

Bila dah sampai bilik..................... jeng jeng jeng.. nak mandikan anak-anak.. jeng jeng jeng........................ baru perasan bag baju kami tak de.. sah sah tertinggal kat rumah ni.. tak pernah la pulak tertinggal bag.. geledah baju-baju kat dalam bag yang bawak kat water park dan selamat ada baju spare budak2.. cuma kami berdua ni aje yang memang tak de baju..

Sedih pun iye jugak sebab nak dekat berejam jugak mekchu packing baju malam tu.. baik punya planning kita nak pakai baju apa, budak2 nak pakaikan baju apa.. sekali semua nya tinggal.. 

Memang mendapat la gi celebrate annivesary pakai baju yang sama sampai ke malam.. sudahnya carik baju kat pekan Tampin.. hahahaha...

Dan untuk tahun ke-8, malam tu kami deting berduaan kat pekan Tampin.. anak2 tido kat bilik.. hahahaha... kelakar la pulak bila teringat..

kecibung wawa yang menten tak banyak ragam.. banyak kali pesan dengan wawa jangan muntah.. kalo muntah mama pakaikan pampers aje..

haaaaa.. kan mama dah kata jangan berendam lama sangat... nampak dah gelap macam papa.. abam mi sangat kasanova bila rambut belah tepi..

bersama baju baru dan cucur udang alor gajah.. baju memang tak de pilihan.. ku sebat yang paling mahal kat dalam al-ikhsan tu..

Ok, ni ada gambar pre-annivesary (declare sendiri)


Ternyata mekchu tak sesuai untuk ber-penny.. nampak diri yang macam sedang mengandung 5 bulan!! Bila tengok orang lain pakai elok aje.. atau mungkin ada angin sedang bertiup dalam kain tu menyebabkan kembang semacam.. hahaha ayat penyedap hati..

Dan ni pulak dari keek & IG/FB papajib.. (pengaruh bini paksa soh register instagram dan keek.. hahaha)



[ @ ] bapakgonjolong Terima kasih sayang yang sentiasa berada di sisi selama 8 tahun... selamat ulang tahun... semoga kekal ke akhir hayat... amin.


Walau gambar dengan kain lampin, mama tetap tersentuh.. Api yang membara sehangat cinta yang sentiasa mekar.. hahaha lebih2 pulak..

Ok sudah... Begitu lah seadanya kami.. jarang sekali nak berjalan jauh sikit dari Seremban kalau tidak kerana tarikh-tarikh istimewa..


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...