@churalliya

Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Mekchu dalam Majalah Ibu & Anak

Macam mana nak cakap ehhh?? Mekchu adalah hepi hepi hepi campur excited.. Tu baru masuk majalah, belom masuk tibi lagi.. iols level gadis majalah jew... Belom tahap tibi yang boleh dengar suara lagi... terus kantoi... hahahaha...

Ok, dulu2 siapa ingat blog ni pernah terpilih sebagai Blog Pilihan Intrend Ogos 2011.. lepas tu abam mi (dulu panggil dia mi-cah lagi) pulak terpilih untuk ruangan Si Cilik Manja Intrend Mac 2012. lepas tu dah lahir budak kecibung wawa, dia pulak enterprem kat dalam Majalah Ibu dan Anak June 2013.. Nampak sangat tumpang glamer anak kan... Ehhh kalau bukan mama dia yang up kan cerita anak kat sini, tak de la glamer dorang tu... mama dia nak menang jugaakkkkkk.... hahahahaha

Itu dulu.. Itu tak sama dengan kali ni punya cerita...sebab editor masa tu terus amek cerita dari entry blog.. kira tanpa izin la.. hahaha... ehhh editor majalah amek gambar dan cerita tanpa izin memang digalakkan... kalo orang lain tak boleh tahu!! no no kenot...

Kali ni siap kena interview ngko... Tak pernah ada pengalaman kan... so jakun la kejap... Pheewwww dia punya debor nak kena interview tak bleh cakap... hahahaha gigil.. Nasib baik lah tak keluar suara bila korang selak majalah tu.. kalo tidak, kussss semangat... hahahahaha...

Apa yang di temuramahnya? Topik pasal apa? Apa yang menariknya? Siapa ngko mekchu nak masuk majalah niiii? Hahahaha...

 antara kami ber-4, budak ni lah yang paling banyak muka kat dalam majalah... over shadow mama sangat... 

 cover page Majalah Ibu & Anak, Julai 2014

Jadi dipendekkan cerita, ini lah beberapa tips dan pengalaman mekchu handle anak-anak yang tiba2 demam masa bercuti kat Langkawi hari tu... Demam secara tiba2 tanpa hint...


bukan 1 page, tapi 2!! buawahahahahaha... 

antara info yang ada - pasal bawa stroller anak naik flight

tips nak kurangkan rasa 'pekak telinga'... 

Ada banyak lagi tips dan pengalaman kat situ... Dah, gi dapatkan yang terkini di pasaran....

Dengar nak pegi bercuti memang best kan... Best la kalo pergi berdua aje.. Bila terpikir kena bawak anak memang siap sedia lah kena kuatkan fizikal dan mental korang... Bila2 je dorang boleh menduga kesabaran dan keayuan mama dia...



by mekchuN (^_^)

Monday, October 28, 2013

Murah rezeki sejak berhijab

Alhamdulillah... syukur dikelilingi kawan-kawan yang sangat manis macam candycrush!!

Sejak berhijab ni, mekchu dapat banyak sangat prezen dari kawan2.. minggu awal2 dulu boleh dikatakan hari2 abang posmen datang hantar kat opis.. hari2 ku terasa sangat indah..

Tak kira lah pemberian itu yang terpakai, atau belum berpakai atau yang masih baru dari kedai.. semua pun masih elok cantik lagi.. dan paling penting niat tu ikhlas sebagai tanda sokongan mekchu dah berhijrah..

Nak tepuk bahu sambil cakap kemon mekchu, kemon mekchu.. kipidap mekchu.... memang tak dapat la kan.... Dengan cara terperanjat-peranjat macam ni sebenarnya lagi memainkan peranan sebenarnya.. lagi touching.. lagi senang nak menangis juga.. hahaha aii ni kan mudah cembeng orangnyaa...

Setiap pemberian kawan-kawan mekchu ada publish kat instagram.. Kat blog ni nak buat entry pulak supaya senang nak kenang nanti.. ada yang dah pakai, ada yang belum sempat nak pakai lagi.. InsyaAllah, mekchu akan pakai semua nya andai berkesempatan..


ni dari syikin ibrahim.. dulu silent reader sekarang dia dah berani bersuara :) 
**************************************************************************************

ini pulak dari zura alycia.. siap bagi sekali dengan FM dan duit raya najmi & najwa.. 
**************************************************************************************


ini dari mak tang Puteri Mona.. masa dapat ni dia dalam pantang.. pun sempat soh tok laki dia gi pos.. bukak je bungkusan terus rasa nak meleleh air mata.. 
**************************************************************************************


yang belah atas pemberian Mimie Qirana yang bersuara sedap... sejak dah pindah pejabat agama ni rekues dia nyanyi lagu sepohon kayu tak dapat2 lagi..

Yang belah bawah tu pemberian sahabat dulu kini dan selamanya, rosnizam mat a.k.a ms_onie... tudung tu special sebab dia bawak sendiri masa datang raya hari tu.. Hadiah birthday mekchu.. awwwww....
**************************************************************************************

shawl ni pulak dari kawan papajib kawan ku jua.. hahahaha.. shacip.. tergelak-gelak baca notes dia kelam kabut gi buat pos laju.. macam2 tau korang ni.. alahai, buat susah2 aje.. 
**************************************************************************************


haaa.. shawl pink dan biru ni lain pulak ceritanya.. malam tu nini D siap2 wassap bagi tau esok mekchu dapat parcel tapi bukan atas nama dia.. alaaaaa, baru nak felling ada secret admirer kannnn... gojes sangat shawl tu.. 
**************************************************************************************

Shawl hijau prezen dari owner Pritilulu.. mekchu ada beli 2-3 tudung kat kedai dia baru2 ni.. tak sangka pulak bila nak balik tu dia selitkan sekali shawl hijau ni kat dalam bag.. adoi kak, baik nya kamoo... dia kata sebagai tanda sokongan selepas berhijab.. Alhamdulillah..
**************************************************************************************


[ @ ] churalliya Dia panggil kite ranggi.. sbb tu prezenkan tudung jeans ni.. mahal kot kak tudung #pearlhaya ni. Tak pernah ada dlm koleksi lagi. Terima kasih byk2.. akk dh ceriakan hari sy. Sy doakan akk terus suksessss.. amin.. - dari senior sekolah ku kak zie..


terus declare tudung feberet walau pun korang nak kata kepala besar...

**************************************************************************************
yang ini lain.. ini bukan kategori prezen.. sebab kalau prezen ni kita macam seprise berdebar2 tatau apa isi kat dalam kan.. shawl ni mekchu memang dah siap2 order online bila tahu papajib outstation kat KB hari tu.. mekchu order, tapi papajib yang bayar.. hahaha.. harus pandai amek kesempatan lorrr...

Ternyata ramai yang sokong sejak mekchu pakai tudung ni.. tak tahu lah macam mana nak cakap. Terharu sangat.. Sangat! Ingat lagi tak masa nak mula kerja lepas cuti raya dulu tu mekchu hanya ada 5 helai tudung aje? Tuhan telah permudahkan perjalanan hamba-Nya.. Syukur..

Dari 5 helai, sekarang dah jadi hampir 50 helai.. Perlu declare DILARANG membeli sebarang jenis shawl/tudung lagi dah lepas ni... Berkuat kuasa pada tarikh entry ini dipublish :)


by mekchuN (^_^)

Monday, June 3, 2013

Jangan Malas

Bila dah 2-3 hari membawa kepada 4 hari tak update blog rasa seronok pulak.. tapi uols pun tawu kan blog ni umpama menu yang berasaskan nasi kepada mekchu..

Sehari dua tak dapat nasi boleh tahan lagi.. cuba kalau 3-4 hari tak makan nasi.. mau gigil satu badan.. haa sama lah kalau 3-4 hari tak update blog.. ni tengah gigil la ni..

Nak cerita apa pun dah tatau.. hahaha... nampak sangat janji update kan...

ada budak mandi pukul 11.30pagi akibat mama dia dah gila pada #candycrushsaga.. 

Selalu update blog time lunch kat opis.. sekarang time lunch belasah main #candycrushsaga.. haaa rasakan!!!

Kitew dah level namploh.. korang?


by mekchuN (^_^)

Friday, April 19, 2013

Sekejapan dah dapat nama 2 pemenang voucher SOGO itu

Baik lah.. ingatkan malam nanti baru dapat senarai 2 pemenang.. Tak dan nak bangun pegi toilet dah berderet komen masuk.. kikikiki..

Dan 2 yang terpantas adalah....

1. unira84@yahoo.com - yg guna id anony
2. aitotyati mat

Phewwww... selang seminit je pon.. Ni mekchu ada screen capture kot2 ada yang tak puas hati dan nak calar kereta baru aii malam ni kan... hahahaha..


Kepada aitotyati, nanti bg emel address ok..

Dan kepada sayam-sayam ku yang lain.. alahaiiiiiiii tak de rezeki laaaa... boleh nak bagi 10 orang tapi nanti dapat RM10 je sorang tak best pulak kan.. InsyaAllah kalau ada rezeki, mekchu bagi lagi ye.. no muncung2 mulut ok..

Unira & yati, sila buat entry/tag pembelian korang hasil dari voucher yang tak seberapa tu ok.. Isnin nanti mekchu pos..

Legaaaaa..... at last voucher tu boleh digunakan oleh kawan2 yang lain... Sayam korang semua ketat-ketat..


by mekchuN (^_^)

Siapa nak voucher SOGO RM50?

Voucher.. voucher.. voucher (lenggok orang jual sayo sayo sayo)


Mekchu ada voucher RM100 hasil dari shoppingan masa Sogo Member Day Sale hari tu.. sad to say.. hukk hukkk.. mekchu tak de masa nak pegi sogo sana tu nak redeem voucher.. tsk tsk :'( (itu icon air mata belah kiri meleleh)

Voucher expired 28 April 2013.. maknanya Ahad minggu depan.. So masih ada masa lagi mekchu nak pos dan korang nak pegi sogo kan..

Jadinya mekchu yang comel lagi cun ni nak hadiahkan voucher tu pada reader blog kuning oren ni sebagai tanda tak jemu2 menelek blog #sukasendiri ni..

Ok, listen.. listen.. listen...

Kepada 2 orang pengomen pertama, dia otomatik akan dapat voucher sorang RM50 (terpaksa belah 2 sebab nak kasik 2 orang. Kenapa 2 orang? aku punya suka laaaa...Itu nasib tak bagi sorang RM10.. ohh kejam!)

Kalau ada sorang je yang komen, maka dia akan dapat kesemuanya.. kalau ada 3,4,5 atau 60 orang yang komen, maka 2 orang pertama je yang akan dapat...

Oppsss opsss kejap kejap.. laju nya nak komen :)

Sebelum komen tu, korang kena lah pastikan yang korang sememangnya akan menggunakan voucher tu.. kalau tak pasti dapat pegi sogo sebelum 28 April ni, baik bagi peluang pada orang yang lebih memerlukan... bukan apa, mekchu nak pastikan yang voucher tu dipergunakan sebaiknya... tak gitu?

Ok, sila komen saya nak!!! dan tinggalkan emel korang kat ruangan komen entry ni.. sonang yo kan...

Dan kalau boleh, beli kan lah mekchu sepasang kasut kaler pink.. kahkahkah.. tak de lah aii bergurau.. ikhlas ni nak bagi voucher tu..

Isnin depan mekchu pos.. dan sabtu atau ahad tu dah bleh guna.. Selamat bershopping uols...


by mekchuN (^_^)

Friday, April 5, 2013

Kat mana nak order keperluan untuk Majlis Aqiqah

Lupa lak nak buat entry penutup.. Dah janji ngan reader, kena la tepati :D

Mekasih ye sebab masih setia melekap kat blog #ntahapaapantah ni..

Sebelum tu nak bagi tau, info2 yang bakal mekchu share nanti kebanyakkan sesuai untuk penduduk area Seremban... kalau tempat lain boleh jugak nak order tapi mungkin ada xtra charge lah.. Untung oiii jadi orang Seremban sebab ada blogger yang baik hati dan rajin macam mekchu ni.. #sangat!

Memula pasal kambing golek..

Boleh call nombor yang ada kat lori tu.. memang sedap.. tak macam makan kambing sebab tak de bau langsung.. 

kambing dah siap masak.. jadi tak de la terhegeh nak menggolek pagi tu.. ohhh pakej bersekali dengan side dishes..

Goodies untuk tetamu..

Part goodies ni memang pening kepala.. memang kena plan dan booked awal2..

mekchu order di facebook.. sebab geram dengan jar dia.. 

ada banyak pakej.. mekchu order bag yang ada mineral bom & jar..  

setiap satu item diiringi gambar wawa... kikiki..

Nak letak apa dalam jar tu kendian pikir.. sebab terlalu geram dengan jar tu so beli je dulu, yang lain2 kemudian pikir.. Last-last dapat idea nak letak biskut2 comel.. sesuai lah dengan size jar tu.. Kali ni cuba nak elak dari bagi gula2.. 

beli kat kedai biskut.. sambil isi dalam jar, sambil isi dalam mulut jugak :)

 
dan begitu lah seadanya untuk tetamu yang hadir.. mekchu suka biskut yg ada kaler2 kat atas tu.. 

Ok, mekchu order kat facebook Mamaliana Doorgift

Kendian pasal Buai Berendoi dan perhiasan pulak

Kalau google pasal buai berendoi ni memang bersepah.. cuma ngam atau tidak je dengan bajet kita.. nak yang macam anak raja pun ada.. tapi ku sadar, wawa bukan anak raja mahu pun anak retis.. hahaha

Jadi, semua pun under bajet.. dan result yang sangat memuaskan hati..

jumpa yang se-tema dan under bajet..

yang paling penting anak ngkoo nak tido dalam buai tu.. 


Mekchu order di facebook Afdayanti Abdul Hamid

Pavlova di Seremban

Majlis Aqiqah yang dibuat sempena birthday papa-jib... jadi sebagai isteri yang tak pernah rasa apa itu pavlova telah mengambil kesempatan order pavlova yang sedap di seremban.. .

Mekchu order di facebook Dessert Queen

Baju? Pasal baju pun ada reader mintak share.. Bahekkk laaahhh... sebab korang suka melekap kat sini maka mekchu buatkan..

[ @ ] churalliya Here we go.. Wearing peplum top from @azorias and matching mermaid skirt from @tiniematasesutera.. Love the peplum coz can wear in both casual n formal.. #azorias @tiniemainy #ootd

Peplum free menang share status Azorias kat facebook hari tu.. Peplum yang menjadi pilihan Hanis Zalikha tu laaa.. Ingat? Ternyata kita tak sesaiz dengan keknis.. sebab ketat bila pakai.. risau je tetas bila nak tarik napas..

Mekchu dan facebook memang tidak mungkin dipisahkan.. Seandainya terpisah, maka postponed lah majlis aqiqah hari tu.. hahahaha..

Ada ke lagi yang terlupa nak share? Kalau ada korang tinggalkan komen lah ye.. nanti mekchu update lagi..

Sebagai balasan atas penat lelah mekchu, korang kena klik LIKE/SHARE pada butang yang ada kat bawah ni boleh? Kalau tak, aii tamo share-share lagik dah.. hemppfffhhhhtt (berpeluk tubuh dan pusingkan badan ke kanan dan libaskan rambut. Lepas tu kena tumbuk ngan orang sebelah dan membalas semula sambil menarik rambut.. Ok, cukup. Drama sangat!)


by mekchuN (^_^)

Thursday, January 10, 2013

Blog mekchu tercalon untuk World Bloggers and Social Media Awards 2013

Mekchu tawu korang mesti gosok-gosok mata 2-3 kali kan bila baca tajuk tu.. sama lah kiteee..

Kurang alert pasal award ni (vavavava award ngko. Gigil pulak tangan nak menaip). Atau mungkin mekchu terlepas pandang. Tahu ni pun dari salah seorang reader yang komen pada entry sebelum ni..

Banyak betol kategori yang ada.. Boleh tengok kat sini.. http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards



Dan blog kuning oren kesayangan ni tercalon untuk kategori Favourite Lifestyle Blog bersekali dengan blog2 terheibat dipasaran macam blog haniszalikha, xiaxue, beutifulnara.. adoiii macam mana blog picisan mekchu bleh nominated ntah laaa..


Terima kasih sangat2 pada reader semua yang menyokong hobi suka-suka ni sehingga tercalon dalam award yang tersangat lah hebat ini..

"Tak kisah lah siapa pemenang dia.. Saya dah tercalon ni pun dah rasa bertuah sangat dah.." ~ ayat bajet kalau diinterview.. hewhewhew tak kuasa mak!

Kalau korang sayangkan mekchu sesekali apa salahnya tolong vote.. hahahaha.. http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards/category.php?id=17#target

@ain_azahar dan @aisahaziz dah vote.. (tiba-tiba guna id instagram korang).. kikiki..


Terharu + blushing + senyum sampai telinga...

Tuesday, June 26, 2012

Sesuatu yang membuatkan hati berbunga-bunga


Tiada apa yang boleh diucapkan...

 Dari ya alya

Selain ucapan Terima kasih, Thank you, Xie xie, Arogato gozaimasu, Gracias, Nandri, Komapsumnida, Gum xia..
 
:)

Wednesday, May 23, 2012

Saya hari ini :)

Baju ni yang paling last beli masa ngandungkan mi-cah dulu.. Dah hujung2 pun nak beli lagik. Dapat pakai 3-4 kali je lepas tu dah beranak..


Tu nak tayang cekak rambut ber munge crochet hadiah dari marinahunny. Bukan itu aje, dia siap bagi 3 helai kain batik buat pakai masa pantang dengan brooch lagik.. terharu.. sungguh terharu.. Terima kasih wahai sahabat maya..

Kalau lah ada baby girl, akan ku hiasi dari hujung rambut sampai hujung kaki dengan bunga2 pink ;)


Monday, January 23, 2012

Xong Xi Video ~ Cara nak kenalpasti handbag Coach itu asli atau tiruan

Tahu dari blog bitt.. dan sempena xong xi, mekchu nak xong xi satu video best untuk tambah knowledge semua jugak.. benda baik buat apa nak sembunyi kan..

~ Beberapa cara mudah nak kenalpasti henbeg Coach tu ori atau tidak~ Tips yang berguna terutama kalau ingin membeli secara online..



Lepas tengok, ce cepat gi belek koleksi Coach korang ok..

Copy cat dari bitt :D
1. C tu mesti symetry
2. Dalam dan luar tiada signature print in the same time...so kalau luar dalam tiada...
3.Jahitannya
4. serial number untuk handbag ;)
5. Zipper
6. cek hardware sekeliling bag **kalau beli coach tak pernah balut hardware dengan tisu paper or anything dah ory nak tutup2 buat ape kan :)
7. tag
8. dust bag

Mekchu bukan peminat Coach sebab sedih antara beg yang banyak di palsukan di pasaran.. Nanti penat2 beli yang ori orang ingat kan pelesu.. Memang beli bukan untuk menunjuk, tapi tetap sedih jugak.. hahaha.. (cakap je lah ko tak mampu)

Friday, January 20, 2012

Besan vs Biras.. apa yang korang perasan?

Hari ni dah masuk kerja balik.. Perut dan tekak dah kurang meragam.. tp agak mereng jugak mungkin kesan ubat tu belum hilang..

Ni mekchu nak buat pembetulan... hahahaha sebelum tu siapa nak gelak sila kan gelak dulu sebab mekchu semalam pun dah gelak sakan..

perasan ada sesuatu yang tak kena dengan gambar dan ayat tu? atau semua ok ok aje?
Mereka telah perasan :D
 
 

Korang dah perasan jugak? hahahahaha.. rasanya bukan sekali dua confius antara besan dan biras..

Saje je tu sebenarnya (ayat cover lorr) nak test korang memang membaca atau just tengok gambar aje.. tp ternyata reader mekchu ni semua jenis membaca.. muahh kanan, muaahhhh kiri.. ehhh ok muahh kanan sekali lagi *wink

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...