@churalliya

Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Rezeki kami di tahun 2014

Kalau ingat pertengahan tahun hari tu papajib dapat naik pangkat.. Alhamdulillah, hujung tahun ni mekchu dapat peluang untuk merapatkan jurang gaji dengan papajib... Hahahaha..

Jauh dah dia tinggalkan mekchu.. tapi mekchu rilek-rilek aje.. Rezeki dia, rezeki mekchu jugak kan..

ehhh gambar ni tak de kaitan pun dengan tajuk.. 

Dulu mekchu keje private.. Masa kawin pun masih keje private.. Papajib keje gomen dah masa tu.. Duduk asing lepas kawin.. Sorang kat Jelebu, sorang kat USJ.. Jumpa time weekend aje.. Kasihan.. Susah nak carik keje kat Seremban.. Nak tinggal kat USJ kami tak setuju.. So, mohon masuk gomen.. Dan tahun 2006 mekchu mula berkhidmat dengan kerajaan..

Pun masih tak dapat pindah seremban lagi.. 2 tahun berulang dari Seremban-Putrajaya.. Berulang hari2 naik bas charted.. Masuk tahun 2008 dah dapat pindah seremban.. Rezeki bersama tengah pregnen kan abang mi masa tu...

So setelah 8 tahun setengah, tiba giliran mekchu pulak..

ni masa kat JPA hari tu untuk satu majlis

dapat carik mekchu?

dengan batch mekchu tak de gambar pulak.. ini dengan batch papajib ni.. geng2 dia lah ni.. naik segan kena panggil soh diri kat tengah gitu.. 

Dan semalam dah selamat lapor diri..



Syukur sangat sebab masih di tempat lama.. Memang itu pun doa mekchu selama ni.. Tak dapat naik pangkat cepat2 pun tak pe.. tak kisah pun.. Janji keje kat seremban.. hahahaha.. Bersifat mak-mak sangat kan.. Orang berebut nak naik pangkat, ngko main tak kisah aje...

Kalau naik pangkat tapi kena bertukar tempat keje yang jauh macam mana? Abang mi dah nak start sekolah, papajib nun kat Tampin.. memang kelam kabut jugak..

Alhamdulillah, Tuhan telah permudahkan salah satu urusan kami..

Mekchu tak pernah anggap ini rezeki sendiri, sebaliknya ini adalah rezeki anak-anak...

Dan mekchu percaya setiap orang itu telah tertulis rezeki masing-masing.. Kita sama-sama berdoa ok..


by mekchuN (^_^)

Thursday, October 23, 2014

Program CSR bersama anak2 yatim Baitul Mahabbah

CSR tu bermaksud Corporate Social Responsibility

Ok, itu kena letak kat kepala entry beserta bold supaya mekchu dan kawan2 semua ingat sampai bila-bila.. hahaha honestly dah baca banyak kali maksud dia tetap tak ingat bila ditanya..

Mula-mula nak ucap syukur Alhamdulillah sebab kerja amal yang tak seberapa ni berjalan dengan lancar.. (ngko ingat ini ruangan ucapan dapat award keeerrrrr???) Berkat usaha dan kerjasama semua opismate, semua anak2 happy dan kakak2 dan abang2 ni lagi lah berganda happy nya...

Kenapa kakak? kenapa abang? sebab dorang yang panggil kitorang cenggitu.. tak baik kan nak marah anak2 yatim.....

Rumah anak-anak yatim Baitul Mahabbah ni terletak di Seremban 2.. tak pernah sampai sana.. tetapi kami dipertemukan di Rumah Kelab SUKNS..

Kena buat program sosial. Program apa nak buat bersama anak2 yatim adalah something yang boleh stress bila pikir.. nak something yang enjoy dan terpaling penting boleh buatkan anak2 ini happy... So apa dia?

Ninnn diaaaa....

Tapi sebelum tu mekchu nak kenalkan master mind untuk program hari tu.. orangnya kurus, tapi penuh bertenaga dan penuh aura positif..

sumpah kami tak janji nak pakai satin shawl.. kalau dah 2 jiwa 1 hati tu memang tak ke mana... hahaha kannn kak piah...


Antara persediaan beberapa hari sebelum program CSR...

 alaaa.. mekchu tu menyemak je lebih.. bukan menolong sangat pun... 

 itu pun eksyen je tu... percayalah...

Mungkin tak banyak yang mekchu dapat bantu... tapi sekurang-kurangnya mekchu ada sekiranya diperlukan... mekchu ada di kala kak piah kelaparan nak pegi makan... mekchu temankan.. di kala kak piah tak muat kereta nak angkut barang2, mekchu bawak kereta lebih, di kala kak piah ketakutan ada katak melompat, mekchu tolong sama melompat kat tepi... hahahahaha...

Bukan setakat mekchu yang membantu....

wawa pun turut hadir 2 hari sebelum program...

 dan abang mi sehari sebelum program... 

Jadi eksaited lebih sebab nak meraikan anak-anak istimewa.. lain daripada program2 yang pernah buat sebelum ni...

Dan ini pulak cerita di hari kejadian (11 Oktober 2014-Sabtu)

Abang mi nak ikut, tapi mekchu tak bagi.. Mekchu kena jadi fasilitator.. so nanti tak de siapa nak jaga kan abang mi.. Kot spesis baik duduk diam tak pe.. nanti habis semua dia kacau nanti..

 terus terasa sayu hati bila tengok muka anak2 ni.. ni kat depan rumah dorang kat Seremban 2

ni dah sampai di rumah Kelab SUKNS... selamat datang adik2 akak semua... 

Dalam pukul 10 pagi kot acara pun bermula...

Bermula dengan pembahagian kumpulan.. budak2 tu dah siap-siap dibahagikan kumpulan.. jadi pagi tu hanya kumpulkan dan serahkan dorang kepada fasilitator masing2.. budak2 ni pun dah siap pakai name tag ikut warna kumpulan.. mekchu kumpulan PINK... yeyyyy..

 tengok kak sue dah siap keluarkan jari tak cukup sorang adik... hahahaha... 

1 kumpulan = 2 orang fasi. 5 hingga 6 orang adik-adik dari pelbagai peringkat umur..

Lepas dah jumpa adik2 semua, sebelum mula tugasan kami kena buat sorakan kumpulan dulu.. alahaiiii nak bersorak la pulak...

ni kak sue dan kak zana tengah berkenalan dengan adik2.. dorang panggil kami kakak.. so kami pun terpaksa la gelarkan diri kakak jugak.. nanti kecik pulak hati adik2 tu.. hahahaha... 

Tapi serius adik2 ni semua sangat sporting.. senang sangat kot nak bagi idea.. kita mintak dia bagi nama dengan buat sorakan kumpulan je, macam2 pulak idea bernas lain yang dorang bagi.. hahahaha tak terlintas dek akal..

"kita bagi nama kumpulan pink panther ok tak?"
"pink panther?" ~ muka masing2 blur dan tak puas hati
"kenapa? tak best ehhh?"
"kita bagi nama the wannababes lah kak.. the wannababes is hot to go.. H.O.T.T.O.G.O...."
~ kak sue dan kak zana tercengang (*o*)

Siap dengan sorakan dia bagi... ngko memang terbaek lah dik!!! nampak sangat kita perbezaan generasi kita.. hahaha...

tiap kali kak sue rindu, kak sue tengok video adik2 ni.. hahaha kelakar sangat....

Giliran kena present sorakan kumpulan.. hahahaha...

Tak sangka pulak menang.. memang kreatip tau adik aisyah ni.. lepas ni akak nak hafal sorakan ni.. kalau pegi mana2 akak nak tiru aje.. hahahaha..

ok kita dah menang sorakan kumpulan.. lepas ni kalau kita kalah pun tak pe dah.. hahahaha

Secara pokoknya, akarnya tiada... hahahah... ok, secara ringkasnya, nak kata ringkas pun tak jugak sebab benda ni tak ringkas sebenarnya.. benda ni rumit.. hahaha.. perkataan apa nak guna erkk...

Ok, secara umumnya, kena buat aktiviti bersama adik2 dalam kumpulan.. kena siapkan semua task.. ada check point bagi setiap task.. setiap check point tu pulak ada penjaganya.. hahaha... kalau tak siap atau salah, so tak boleh proceed next task..

Banyak jugak task yang kena buat... ada 8 kesemuanya kalau tak salah..

Mekchu memang tak tahu langsung pasal task yang kena buat.. memang sama-sama surprised.. walau pun kemana-mana bersama dengan kak piah, tapi satu task pun dia tak bocorkan tau..

tugasan pertama kena gunting2 kertas buat props.. ala yang ada misai, bibir, janggut semua tu laa.. lepas gunting kena lekat2 kat lidi tu.. 

Pada masa yang sama kena jugak lukis nama kumpulan kat atas manila kad.. yg ini mekchu pas kat adik aisyah tu aje.. setel keje.. akak just tolong sapu gam aje.. adik yang lain tukang gunting dan tampal.. hahaha

keje mekchu buat bunga kipas kat atas tu aje.. 

Sepanjang buat task ni, keje salmi dj penyakat asyik la menyakat orang... sejuk2 tangan ni nak cepat siap.. mekchu tau je la cepat cuak... choiii sangat...

"5 minit lagiiiii....."
"3 minit lagi......"
"1 minit lagi....."
Lepas tu dia lupa kot...
"2 minit 30 saat lagi..." ~ boleh pulak makin bertambah masanya.. hahahah nampak sangat nak menyakat kannn...

Memang riuh sangat la keadaan dalam rumah tu.. seronok sangat sangat...

Bukan adik-adik je yang seronok, fasilitator pun sama seronok... terlupa kejap tujuan nak raikan adik-adik.. hahaha..

group feberet memang tidak akan terlepas dari gangguan dari group sebelah... hahahaha

Antara task lain yang kena selesaikan....

 jawab soalan..

 mencari jalan..

tiup belon.,..

origami..

Part origami ni lah group mekchu tertinggal... mekchu bebal skit bab2 nak melipat ni.. hahaha nyesal aku tak belajar lipat awal2...

Task last sekali paling best.... kena selfie kat photo booth.. kak sue sukaaaa sangat ni... hahahaha

riuh sangat masa ni.. sementara nak tunggu turn selfie kat photo booth bikin sendiri.. 

yang ini bagi akak setel kan.. korang posing cun cun ok

 adik2 ni sporting pulak tu memasing pegang props yang buat awal tadi..

budak pakai baju belang tu.. haishh comel nyaaaaa....

adik-adik dah lama 'menang' dalam hati akk sue... 

lepas selfie kena transfer gambar dan print terus...

Kesian adik2 akak... toner abis lah dik.. dorang punya lah excited nak simpan sorang satu gambar.. jangan sedih tau... nanti akak print lain bagi kat adik2 semua..

ni hasil gambar selfie dari kami.. the wannababes!! cheewahhhh

dari camera opis pulak...

Alahai.. kak sue ni dah la hantu gambar... 88 keping pun tak puas tau..

Dengan itu, selesai lah kelapan-lapan tugasan yang perlu dibereskan...

melepaskan mengah sekejap.. hahahaha

dengan adik abbad yang paling comel dalam grup... 5 tahun kot umur dia.. 

Keseluruhan group mekchu dapat no.5.. hihihi.. ala, tak kisah la dapat 2nd last.. janji hamper lagi besar dari no.4.. hahahaha... tak de la, janji adik2 happy.. 

next time kita cuba jadi juara ok... 

kenangan beramai2... cepat carik mekchu... hahahaha

Menjelang tengah hari selesai lah program paling best ni.. dan tiba lah masa untuk berpisah dengan adik2... sedih je muka masing2 nak kena balik naik bas.. macam kak sue sedih nak balik sekolah asrama dulu2... nanti kalau free kak sue datang melawat adik2 yee...

Selesai segala, kena mengemas pulak.. tu yang rajin sangat tu..

dan begini lah keadaan selepas tamat program... tak tahan weii bau masing2... 

Kepuasan di tahap maksimum. tak sama dengan event yang pernah buat sebelum ni...

Semoga adik-adik akan ingat kak sue selamanya seperti mana kak sue rindukan adik-adik semua... Doa kak sue yang terbaik untuk adik-adik Baitul Mahabbah... Amin...


by mekchuN (^_^)

Tuesday, June 17, 2014

Malam Kenangan Mengusik Jiwa Papajib

Ramai yang keliru bila mekchu bagi tahu yang papajib akan bekerja di bawah satu bumbung... hahaha bahasa level tinggi beno ke yeop?

Jap sebelum tu ini lah imej terkini papajib..

bayar nazar dapat naik pangkat... macam castello.. tapi jambu... hahaha

Dah agak mesti ramai yang akan salah faham.. Selama ni dok pergi kerja ulang alik sama2... opis sebelah2 bangunan... dah tu bila kata tukar tempat kerja (di bawah satu bumbung) makin jauh pulak tempat kerja nya... Nun di Tampin sana... hahahaha... tu bukan satu bumbung ye tak.. makin tak nampak bumbung...

Gini ceritanya... selama ni papajib di bawah Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar atau nama glamer NRE sejak tahun 2010.. So bawah NRE ada banyak jabatan dan salah satu nya Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) Negeri Sembilan.. Dia jadi Pengarah kat situ sejak 3 tahun sudah.. Merasa la mekchu keluar masuk Balairong Seri bila jadi isteri kepada Pengarah ni...

So, beliau (kena guna beliau. Maklum lah dah makin besoooo pangkat) bila dinaikkan pangkat, dapat tukar ke N9.. Nak tukar balik ke N9 ni bukan kerja mudah ok... & finally rezeki beliau dapat jugak tukar ke negeri tumpah darah..

Makanya, mekchu kan memang di N9.. So akhirnya kami ditakdirkan bekerja di bawah satu pentadbiran yang sama... itu la maksud mekchu selama ni di bawah satu bumbung tu... Daaaannnnnnnnn walau pun begitu, bukan lah bermakna dapat keje sama2 di bawah bumbung yang sama... hahaha kelakar pulak memperdebatkan kisah bumbung kat sini...

N9 kan ada 7 daerah... Sebagai yang menurut perintah, maka beliau ditempatkan di Pejabat Darah dan Tanah Tampin sebagai Timbalan Pentadbir Tanah kat sana...

Mmmmm tak payah faham pun tak pe kot...

Hari terakhir beliau sebagai Pengarah JKPTG N9..

 meja dah clear.. kalau tidak penuh fail.. nak tengok muka pun kena panjangkan leher baru nampak... hahahaha

peninggalan paling bermakna... dapat renovate opis.. bilik pengarah kemain beso dan selesa.. ruang kerja staf pun makin selesa... sesuatu yang pasti akan dirindu... 

 selfie satu... 

 punch card di hari terakhir.. kemain papa dah macam KPPA punch card last pun ada gambar tau...

 kini bukan pengarah lagi... maka tolak lah troli tu sendiri ehhh....

Malam tu opis papajib ada buat Jamuan 'Malam Kenangan Mengusik Jiwa'.. perghhh nama tak nak kalah... hahaha... Buat kat Seremban Golf & Country Club (SIGC)..

Budak2 opis ada buat slide show... tunjuk gambar2 lama semua... ishhh mekchu pulak yang bergenang air mata bila tengok...

 papajib yang cover sedih (kot)

Abam mi dah 3 kali pesan macam ni kat papa...

"papa malam ni papa jangan nangis tau..." hahahaha

 ucapan terakhir dari mantan Pengarah JKPTG.. boleh tahan panjang lebar jugak ucapan beliau..

 sambil papajib berucap, budak kecik ni kemain ke hulu ke hilir bawak lip balm mama... siap tenyeh bibir.. macam2 gaya ada... 

 ada persembahan dari dorang... kenapa la korang ni sporting sangat hah? syahdu tau tak....

 kendian harus lah ada sesi karok.. dah pengarah ehh suka mengarok... budak2 bantai turun naik stage.. lantak lah, tak larat nak halang dah... 

Mekchu kalau nak jaga betul2, kena keluarkan suara sekali.. kenot.... kenot dengarkan suara aii kat depan orang ramai.. hahahaha tengok je lah yang mampu...

Video anak2 mengganggu fefeling papajib tengah karok...




Mintak-mintak lah boleh play video tu... sebab wawa comel sangat ikut karok sama... ehhhh puji anak sendiri pulak...

satu gambar family... hahaha abam mi

dengan budak2 opis JKPTG N9... emmmm baru nak kenal rapat kan... 

Korang kalau jumpa kat mana2, jangan lupa tegur ok.. akak ni biasa la, kalo kat luar memang sentiasa control ayu... hahaha

abang mi dengan acik wan dia... dah makin rapat sebab acik wan selalu datang rumah :)

ni scha.. pernah pegi bandung sekali hari tu... terus kamcing.. hahaha.. akak paling tak boleh lupa ko terkepit2 masuk bilik boss hari tu scha... hahaha dia tak perasan mekchu ada kat situ... punya lah ayu suara... 

Kalau mekchu kan, mesti dah risau kalau kena pindah opis baru... paling risau kalau tak de kawan nak pegi makan... hahahaha...

Papa, mama doakan papa sukses di tempat baru... Seminggu pertama ni tolong belikan cucur udang Tampin hari-hari tau.. sampai muak...


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...