@churalliya

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

Kereta baru kami

Ehemmmmmmmmmmmm... ok tak cukup panjang.. sekali lagik! EheeemmmmmMmmmMmmmmmmmMmmmmmM....

Mekchu tau korang memang suka kan entry menunjuk-nunjuk macam ni.. mesti ramai yang tak sabar nak tunggu kemunculan kereta baru yang dah 4-5 tahun cakap tapi tak muncul-muncul tu..

Hahahaha.... propa sangat!!

Ni nak menunjuk kereta baru la ni... Ninnnnnnnnnnn dia..


Ya, betul lah.. itu lah kereta baru mekchu.. Kenari dah lama terbang ke kuala pilah.. nenek jah yang guna sekarang..

Tapi bukan mekchu yang bawak keta ni.. papajib yang bawak.. pengarah bawak turbo pegi keje.. apa ada hal dia tu...

Kalo nak tau, banyak sungguh jasa kancil tu pada kami.. terutama zaman belajar kat UUM dulu.. Zaman belajar dulu siapa ada kancil dah heibat sangat dah tu.. dengan kancil ni lah papajib berjaya tekel mekchu.. hahaha pilihan hati memang lelaki yang ada aset je masa tu.. hahahaha dasar sangat!!.. dengan kereta ni jugak mekchu belajar bawak keta.. dan sang kancil ni lah yang mengangkut barang2 bila abis belajar dulu..

Tapi bila naik balik sekarang terasa macam hohoiiiii sempit okehhhh... sana sikit boleh tak? dulu segala-galanya selesa belaka..

Nak tengok gambar kenangan kami bersama kancil ni tak? kikiki.. bukan selalu mekchu tepek gambar kami zaman kurus dulu.. ok, papajib yg kurus.. mekchu menten..
 
 kat depan istana lama.. otw nak balik UUM lepas cuti semester.. ni masa sem 3 dah kot.. tahun 2000 kalo tak salah..

ni pulak deting kat penang naik kancil.. hahaha..

hahahaha (gelak dulu).. ni deting kat bukit tinggi naik kancil.. kemain heibat sang kancil itu.. bukan kami berdua masa ni.. tapi 5 orang!! masa ni kancil siap memotong kereta waja masa naik bukit :)

Setelah 10-15 tahun berlalu, kini sang kancil putih tu telah 'dilahirkan' semula..

reborn of lil bro.. 

ni first time naik turbo pegi keje.. pussss pussss bunyi nyaaa... 

Kelakar tau.. mekchu mula2 naik keta ni duduk belakang.. biasa lah ada boss kecik nak dok depan.. mekchu tak paham dari mana bunyik pussss pusss angin turbo tu keluar.. puas tuduh bunyi tu keluar dari mulut papajib.. memang ingat dia yang buatkan bunyi tu guna mulut.. hahahaha..

Sekali bila dah duduk sebelah baru lah percaya bunyi pusss tu memang datang dari pedal minyak.. hahahaha.. bila lepas kan minyak baru keluar bunyik misteri itu..

kasih sayang perlu dibahagi sama rata.. 2-2 pun kena basuh.. 

Baru dapat sekali je bawak keta ni.. itu pun bawak dalam 2 km aje.. takut nak bawak kalo sorang2.. takut ada mat rempit hon tinnn tinnn tinnnn ajak racing... hahahaha..

Nak bawak pergi keje risau pulak bunyik dia bakal mengganggu ketenangan dan kesunyian parking basement tu.. ishh macam2 lak dipikirkan pompuan ni.. sebenarnya risau kalau rosak di tengah jalan..

tak pasti lil bro ni merajuk ke apa.. nak manja2 ngan papajib letew...

abam mi bagi tau tayar dah lembik sambil tunjuk cara nak tengok angin dalam tayar...

Ya, begitu lah entry mengenai kereta baru kami.. Orang lain makin lama makin BESAR dan menjalar-jalar keretanya.. Yang kami pulak makin lama makin mengecik keretanya.... Korang tak de kannnn...

Kami seadanya.

by mekchuN (^_^)

Friday, November 23, 2012

Terbangnya seekor Kenari

Kenari biru yang amat disayangi.. Kenari biru yang genap 10 tahun umur nya dan hidup bersama seorang tuan yang somel.. huhuhu.. Kenari biru yang diperolehi menggunakan duit hasil titik peluh sendiri (ehhh ada pinjam duit emak sikit utk downpayment, tapi dah habis bayar ok)

Genap 10 tahun (Okt 2002 - Okt 2012) maka terbanglah ia bersama air mata.. uwaaaaaa sedih sangat nehhh...

Ura-ura papa-jit kata nak berikan kenari pada atok & nenek pilah (mertua) dah lama tawu.. ingatkan rancangan tu tak jadi, sekali menjadi pulak.. Raya Haji lepas, gugurnya air mata kerana seekor kenari...

Banyak kenangan, banyak suka duka dengan kenari tu.. itu sebab emosi lebeyyy..

 kelabu ~ sekelabunya hati ini.. echewahhh.. .

memories.. 


mesin rumput dalam kereta.. kereta ngko ado?


suatu waktu ketika rim bewarna pink :)

3 bulan sekali baru hantar untuk mandi.. sangat senang nak jaga... 

Kenapa sayang sangat dengan kenari tu?

Apsal la syahdu sangat.. bukan bagi kat orang lain pon.. kat atok ngan nenek pilah jugak.. kalo rindu-rinduan balik pilah, amek kunci kereta dan pegi lah merempit..

Sekarang mekchu tak de kereta dah.. huhuhu.. kasihannnnn... tak tawu lah kalo papa-jit nak belikan kereta baru untuk binik dia ni kannnnnnn... #bertuahbadan..

Sunday, November 6, 2011

Kali ni lebih berhati-hati

Papa-jit membebel kereta kotor.. konon dah tahap boleh main tulis-tulis kat badan keta dia.. apa lah sangat kekotoran yang melekat itu.. pada mekchu kereta dia masih indah dipandangan berbanding kereta mekchu yang relek2 aje 3 bulan tak cuci..

Petang sebelum raya aidiladha nak gi hantar cuci.. masa ni mekchu tak teringat apa-apa langsung sehingga lah di kejutkan dengan ayat dari mi-cah.

"Hati-hati papa.. nanti hilang lagi kereta tuuuuu" ~dia becakap memang mcm orang tua.

Dan terus teringat kejadian kehilangan kereta di malam raya hari tu.. sangat scary. dahsyat betul memori budak-budak ni kan...


Kali ini kami lebih berhati-hati dan berwaspada.. memantau dgn penuh perasaan dari tingkat 1 bangunan KFC, kuala pilah.. (tak kuasa pulak nak tunggu kat bawah tu.. layan potato wedges lagi sodap)

dorang pakai baju orang utan.. eh, mekchu pun sama jugak. kaler merah, saiz S.. haha perlu ke bg tahu saiz nih?? kata baru balik sarawak kannn..

Tapi papa-jit 5 minit je kat dalam kfc tu.. risau betul dia nak pisah lama-lama dengan kereta dia.. sebab itu pentingnya pengalaman dalam diri kita ni. pengalaman dan pengorbanan lebih mendewasakan.. motip tetiba pengorbanan ni?

Sebab nak carik link nak sampaikan ucapan :)

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua.. insyaAllah, tahun ni kami akan menunaikan ibadah qurban.. dan selamat bercuti juga buat semua...

Tuesday, October 18, 2011

Macam-macam Altis

Dapat call dari Toyota Service. nak cakap dengan papa-jit.. Tapi sebagai pembantu peribadi merangkap bendahari rumah, terus tanya apakah sebabnya.. dan bermula dengan "tak pe, saya boleh sampaikan pesanan..."

"cheque tow truck en.najib dah lama ready ni.. boleh datang ke toyota untuk ambil"
"kalau saya pergi ambil cheque tu boleh kan.. en.najib tak de dekat-dekat sini"
~sebenarnya nak kelentong cakap papa-jit kat obersi, tapi macam ober sangat la pulak~
"kejap ye saya semak... bla bla bla... ok boleh.. puan boleh datang ambil cheque"
"tengkiu" ~senyum-senyum sambil bbm papa-jit

"papa, org toyota suruh datang amek cheque hari ni jugak"
"ok, nnti petang papa gi amek" ~dia kat kl nun
"tak boleh pa, dia kata tadi kena cepat sbb cheque tu dah lama sangat" ~ cubaan putar belit
"mama gi lah amek"
"kira duit mama lah tu kan? buat modal beli emas" ~hahaha... itu sebenarnya

terus bbm itu dibiarkan tanpa reply..

Terus terkenang kembali saat-saat susah senang bersama altis...

dapat masa tgh sarat ngandung (April 2008).. tembun sangat mekchu masa tu.. konon2 ajak pegi makan, sekali bawak gi amek keta baru daa.. seprise!! hahaha.... mekchu kan suka seprise.. dia bagi mekchu bawak dulu.. nak masukkan kunci pun terkial-kial.. penghargaan kepada ibu mengandung..

Semuanya bermula disini...

1. Raya tahun 2009 - dilanggar kambing. Copy paste dari entry i know what u did last raya lepas.. 

"Raya ketiga, keta lakiku di langgar oleh kambing lak.. ulangan, kereta di langgar oleh kambing hokey!!! mmg dahsyat kambing tu.. masing2 dlm keta dah cuak.. najmi yg tgh nangis pun leh benti kejap sbb panic.. bila toleh, relek je kambing tu bangun blk.. kalo tak, kambing panggang la kitowang mlm tu..

sib baik semua x apa2.. kambing pun ok.. cuma keta la kemek skit.. ni kira 1st time altis 'dinodai'.. huhuhu.."



2. Mac 2010 - dilanggar mamat hindia

Pun copy paste dari entry lama... Dulu-dulu lakiku merujuk kepada papa-jit..

"Kena senggol ngan mamat hindia lak.. naik moto 2 org.. janji nak byr.. kita tggu dan lihat janji hindia.. Lakiku pya kusut tok sah nak ckp la.. kena geselan halussssssssss pun dia dah susah hati.. ini kan pulak bumper kemek habis plus lampu pecah.. woo hoo.. sib baik bukan sue yg bwk.. dah byk kali lakiku soh bwk keta dia gi keje, dia bwk kenari gi putrajaya... tapi selagi parking problem parking kat sini tak settel, selagi itu lah tak rela nak bwk keta dia tu, buatnya kena gesel ngan keta org, fuiiiiii tak tau cane nak bina ayat menjawab.."


3. Mac 2010 jugak - kena langgar dengan mamat motor sengal nak mamposss..

yang ini memang tragis.. semalam tu rumah kami kena pecah masuk.. dan paginya side mirror hilang fungsinya.. dah la mekchu pulak yg drive masa tu.. kena langgar dengan mamat motor.. dia langgar kat traffic light.. memang tak boleh nak buat apa la kecuali bertukarrrrr menjadi otromen gi sepak mamat tu.. hanginnnn sangat...di samping gigilllll ketakutan takut kena marah...

4. June 2010 - Kejadian pegi naik altiss, balik naik loriss.. ohhh ini memang tragis...

mekchu gaya mcm tak sabar nak naik lori... hahaha.. driver lori tu muka jambu beb.. dah la pakai bj merah jambu.. mmg insurans tu dah sekalikan dlm pakej kot.. korang, tukarlah kepada tokio marine..

 hahaha.. ready to take off to seremban.. mahal gile gmbr ni.. tak penah ada dlm koleksi lagi..

5. Belum habis lagi... masih ada lagi kejadian suka duka kami bersama altis ini... Jan 2011 - Hole-in-one, hole-in-tyre :)



Sedutan dari entry lama.

"Keadaan motor tu nampak teruk.. tapi kalau ikutkan altis lagi teruk sebab sebenarnya motor tu yang langgar altis.. mamat tu mabuk keluar simpang.. terus meluru masuk ke tengah.. papa-jit sedang elok lak tu dlm 70-80km/j.. mmg ngam2 dia keluar je papa-jit sampai.. mamat tu langgar kat sebelah pintu/side mirror belah kiri, melambung depan mata.. terjatuh dia kat tepi.. motor tu terseret ke depan.. sebaik tak seret mamat mabuk tu sekali.."


Dan... (adaaaa lagiiiiiii) yang terakhir (memang mengharapkan kejadian yang terakhir.. lepas ni yang baik-baik saja)

7. Ogos 2011 - Altis hilang di malam raya. Ini memang panik.. dan janji kami tidak akan ulangi semula..

"Lu kalau nak pinjam gua punya kereta, lu bagi tau la der.. jangan main bawak lari senyap-senyap je der.. bikin gua panasssss.. gua tengok lu kecik besar kecik besar je der.. malam raya tu... malam raya...." 

Masa untuk bertafakur sebentar.. 

Kalau tak de entry ni, tak perasan sebenarnya bukan main banyak kenangan suka-duka yang kami dah lalui.. Update sikit-sikit, lama-lama dapat gak publish..

Sila kategorikan sebagai entry paling rajin setakat ini.. papa, renung-renungkan sambil beramal.. hahaha.. beramal bermaksud sila belikan mekchu kereta baru.. ehhh ada kaitan tak keta mekchu dalam cerita ni?

Atlis kami masih ada altis :) 

Monday, September 5, 2011

Kami kehilangan kereta di malam raya

Bersambung dari entry tragis pada malam raya lepas..

Pukul 10.30 malam kami balik rumah.. tunggu call dari polis aje.. kami balik masa tu dengan perasaan separuh lega sebenarnya.. lebih kurang 10.15 malam gitu ketika masih di balai polis, kami terima panggilan dari owner car wash tu.. tak sempat ringging.. baru keluar lampu dah terus jawab.. dia cakap kereta dah jumpa.. anak dia si pencuri yang mental tu sebenarnya dah bawak lari altis ke rumah abang dia kat Pantai Dalam..

Semasa di car wash lagi, owner tu tak berhenti call anak sulung dia yang tinggal kat Pantai Dalam tu.. sebab katanya anak dia si pencuri tu memang dah lama nak ke rumah abang dia tu tapi dorang tak kasi.. itu agaknya anak dia ni aim je altis tu.. nampak pulak minyak full tank.. duit syiling pun penuh sampai melimpah.. mmg sedang elok lah kan nak 'curi sekejap' ke Pantai Dalam..

Selagi belum tengok kereta depan mata, selagi itulah hati ini tidak akan tenang walau pun di mulut kata dah jumpa..

Dalam pukul 12 tgh malam gitu, abang dia yang tinggal kat Pantai Dalam tu drive sendiri altis ke balai polis tempat kami buat report tu.. GPS, kunci rumah dan 5 pasang kasut kami (termasuk lah kasut raya) masih berada di tempatnya.. cuma duit syiling je yang kekurangan.. buat bayar duit tol lah tu..

Kereta pun tak de apa-apa.. alhamdulillah, masih seperti kali terakhir kami tinggalkan di car wash.. dan pukul 1 pagi, altis telah selamat berada di laman rumah.. 

"Lu kalau nak pinjam gua punya kereta, lu bagi tau la der.. jangan main bawak lari senyap-senyap je der.. bikin gua panasssss.. gua tengok lu kecik besar kecik besar je der.. malam raya tu... malam raya...."

Dan lepas ini memang akan serik main tinggalkan kereta kat mana-mana car wash lagi.. kalau org ramai, bawak lah balik rumah dan cuci lah sendiri.. kalau tak larat nak cuci, biarkan lah dia kepam kat situ.. bukan kah itu lebih baik?

Terima kasih sekali lagi kepada semua kawan-kawan yang komen di facebook, yang beri kata-kata semangat dan juga doa kalian kepada kami.. ramai jugak yang terus call bertanyakan khabar.. malam tu dapat banyak sangat message hari raya.. ye la, nama pun malam raya kan.. tapi 1 pun mekchu tak balas sebab hati tengah risau.. maaf ye kawan-kawan..

Sangat bertuah kerana memiliki rakan-rakan yang mengambil berat mengenai kami di kala kesusahan...

Satu jam terduduk di car wash pada malam raya adalah pengalaman paling teruk bagi kami.. dan kehilangan kereta selama 4 jam adalah pengalaman paling pahit bagi kami... Semoga dapat bersama-sama menjadikan pengalaman ini sebagai pengajaran..

Tuesday, August 30, 2011

Dugaan kami di malam raya

Lepas balik dari jasko, hantar altis kat car wash.. esok kan nak raya.. car wash tu dekat-dekat kampung aje.. sekali ramai lah pulak.. so, tinggalkan kejap dan janji pukul 7 malam datang balik..

Pukul 7 kami datang sana kereta tu belum cuci pun lagi.. memang banyak pun kereta tengah Q.. janji pukul 8.30 malam pulak.. ok, fine.. masa tu dalam hati ada sedikit rasa macam tak sedap hati.. rasa macam ada yang tak kena.. tapi tak tahu apa..

Berbuka macam biasa kat rumah nenek labu.. dan terasa happy sangat sebab hari terakhir berpuasa kami dapat berkumpul ramai-ramai buat pertama kali untuk ramadhan kali ni.. lepas berbuka main bunga api, mercun.. macam korang jugak la.. lawan-lawan dengan kampung sebelah sape lagik power...

Nak dekat kol 9 papa-jit ajak gi amek kereta.. kitorang naik kenari.. mi-cah ikut sama.. bila sampai je kat simpang car wash tu (bersebelahan dengan caltex) dada tu dah berdebar sikit sebab tak nampak altis kat situ.. hanya ada wira merah dengan BLM putih.. tapi masih tak nak fikir yang bukan-bukan..

Papa-jit turun kenari, terus terjah tokeh car wash tanya mana kereta.. sepasang suami isteri india.. si isteri cakap kereta ada.. asyik ulang kata kereta ada.. sampai kena tempik lah dengan papa-jit sebab katanya ada, tapi tak nampak bayang.. sambil ada lagi sebuah kereta merc baru sampai.. turun-turun je kereta, owner merc tu bagi tau altis dah laju ke depan.. tak sempat kejar..

Memang sah altis kena curi.. ya, sesuatu yang paling mekchu takuti kini benar-benar terjadi.. kereta hilang di car wash..

Malam raya, kereta kami di curi.. malam raya okeh... papa-jit dah mencangkung kat situ dan mekchu tangan dah gigil pegang tipon.. cari phone book tak jumpa.. lutut ni lemah sangat.. kedua-dua mencangkung kat situ.. ada jugak orang2 kampung kat situ yang call minta bantuan.. mekchu nak call polis pun tak ingat nombor.. siap tanya acik kat situ bape nombor polis..lepas tu blur tatau nak call siapa lagi sebab semua nombor dalam tipon mekchu tu nombor lama kawan-kawan.. masa tu kan, tatau nak cakap la.. rasa menyesal sbb tak update nombor kawan-kawan..

Dah call polis, terus call abg ipar pulak.. hanya dia je yang boleh harap dalam keadaan cemas dan panik macam tu.. mintak tolong dia datang car wash dan bawakkan tipon papa-jit.. selalu nak call sape2 memang tya papa-jit.. bila tipon dia dah tertinggal kat rumah, itu yang blur..

Sekejap lepas tu datang kereta peronda polis.. kira 2% dah lega sebab sekurang-kurangnya aduan mekchu dah disebarkan.. harapan masa tu polis buat road block kat semua simpang yang menghala ke KL..

Menurut owner car wash tu, yang larikan kereta tu adalah anak dia sendiri.. macam dah tak betul sangat la.. mak dia mintak tlg alihkan kereta ke tepi tapi dia terus reverse dan bawak laju2 keluar simpang terus ke arah nilai.. masa tu jugak ada member kat kampung ni nampak.. kira betul2 depan mata.. suspek macam lain terus member kitorang tu kejar dgn merc tadi tu tapi mamat tu laju sangat..

Altis tu baru baru lepas eksiden.. jangan terjadi yang bukan-bukan pada altis tu lagi..

Kami terus buat report di balai polis pasal kehilangan kereta.. terasa hari raya kami dah habis setakat malam itu.. tak de semangat nak terus beraya lagi.. pengumuman pun tak sempat dengar.. takbir raya pun belum sempat dengar..

Dalam pukul 11 malam, kami pun balik rumah dulu sehingga ada call dari pihak polis.. masa papa-jit singgah belikan mi-cah air kotak, mekchu terdengar takbir raya di radio.. masa tu laju je air mata ni mengalir.. terus rasa sadih sangat... ketika orang lain sibuk bertakbir bersama-sama di rumah, kami hanya mendengarnya di radio.. kali ni hati ini sangat sayu bila mendengarkan takbir.. dan hati itu sangat berterima kasih kerana sekali lagi kami dipilih untuk menerima ujian dari-Nya..

Bersambung....

(ada ke orang buat entry pagi-pagi raya?)

Thursday, August 4, 2011

3 kali Khamis baru siap

Rindu nak naik altis.. Rindu nak tengok dragon ball Z dalam altis... Rindu spek mata hitam esprit yang tertinggal dalam altis.. fuhhh, nasib baik tak hilang..

Korang nak tau, total bill repair altis tu lagik 60 hengget nak 9riban.. ya ampunnn.. naib baik lah claim insurance..lama pun tak kisah laa... hasil dia serupa baru beb!! oyye, hantar bengkel sebab papa-jit eksiden langgar moto hari tu.. eh, bukan dia yang langgar, tapi moto tu yang langgar dia..

Sekali lagi, cobaan nak update dari BB semalam tapi masih menemui jalan buntuT.. hahaha.. geram ahhh.. camera dah setting image paling kecik.. small (640x480) pun tak maun gak..

Mekchu agak la kan.. main agak-agak je la sebab dah kehilangan arah sebenarnya.. agaknya selama ni mewah upload gambar besar2 bagak, mungkin space dia dah penuh dan tak boleh nak attach gambar lagi.. space apa?  ntah.. space cop gaban kot!!

Logik tak?

Friday, July 15, 2011

"Papa langgar orang"

Dapat call macam tu, terasa diri tu ringan je.. macam dah pengsan ke apa.. sempat capai phone, baju melayu surau najmi, tudung, sempat jugak capai brooch nak pakai ngan tudung nanti..

Akak ngan abg ipar mekchu dah smpai masjid masa tu.. ye la, dah nak masuk magrib.. malam tu sebenarnya ada majlis bacaan yassin dan tahlil arwah abah kat masjid.. dah nak masuk bulan puasa ni dan kami sedekahkan bacaan yassin bersama-sama orang kampung..

Tgh2 siap mandi, terus dapat call dari papa-jit dan terus menggeletar satu badan.. "ma, papa langgar orang maaaa....." apa dia cakap lepas tu mekchu tak tak dengar... singgah masjid, ajak akak mekchu ikut sekali takut kalau ada apa-apa.. sebenarnya mekchu takut mekchu yang pengsan..

Bila nak sampai tu, bertembung pulak dengan ambulance.. lagi lah menggeletar.. sampai2 je tgk org ramai dah berkerumun, keta papa-jit kat tengah2.. ada motor tersepit kat bawah keta.. terus parking kat tepi.. wal hal, kemain jauh lagi tu.. konon2 parking cepat, cepat lah boleh jumpa papa-jit..

Smpai je dia sambut mi-cah dulu.. ok, fine disitu.. pas tu terus salam dan rasa nak menangis...


Keadaan motor tu nampak teruk.. tapi kalau ikutkan altis lagi teruk sebab sebenarnya motor tu yang langgar altis.. mamat tu mabuk keluar simpang.. terus meluru masuk ke tengah.. papa-jit sedang elok lak tu dlm 70-80km/j.. mmg ngam2 dia keluar je papa-jit sampai.. mamat tu langgar kat sebelah pintu/side mirror belah kiri, melambung depan mata.. terjatuh dia kat tepi.. motor tu terseret ke depan.. sebaik tak seret mamat mabuk tu sekali..

"pengsan kejap mamat tu.. tp masa ambulance sampai, dia dah sedar dah.." ~ papa-jit

dah smpai ke tengah cuba nak mengelak mamat tu yg datang meluru dari simpang.. tapi eksiden jugak.. nasib baik x de keta datang dari arah depan..

serabai sungguh dia.. bersama motor yang mmg barai.. sebelum eksiden pun motor tu dah mmg tak selamat..

apa taknya, break pun tak de.. yang bawak pulak mabuk.. cane tu?

nasib baik akak mekchu ada.. boleh tlg tgk2 kan mi-cah..

kejadian ni betul2 kat simpang Planter's Heaven, jalan Labu-Nilai tu.. mamat mabuk tu keluar dari simpang tu la.. depan tu sikit simpang masuk nilai..

Majikan mamat tu datang tak lama lepas tu.. siap bagi soalan mcm nak salahkan papa-jit.. saje la tu nak claim apa2 yg boleh claim.. sorry okeh, pekerja ngko tu yang mabuk, motor pun tak de break.. itu road tax konpem lah tak de tu.. insurance apa tah lagi.. 

Pas tu bg ayat kesian "dia sebatang kara je kat sini tu.. tak dak sapa sedara mara lain yang tinggal".. soooooooooooooo???? tgk kitowang x de respon cpt2 mntak diri, kata nak lawat mamat tu kat spital.. rasanya mamat tu bukan orang sini dan bukan melayu.. badan pun penuh tattooo.. sbb kat situ kawasan ramai pekerja asing.. ramai gile mamat2 bangla datang tgk.. itu kalo salah sikit tu, mau papa-jit kena rumble tu..

Kes tow truck pun satu hal.. berlumba2 nak tarik.. pas tu siap cakap nombor insurance tokyo marine kitowang tu salah.. nombor dia tu betul.. nasib tak hangin.. dah bape kali pulak altis tu naik tow truck tokyo marine.. lagi mau tipu..

baru calar sikit langgar ranting kayu papa-jit dah risau sambil gosok-gosok kepala.. ini pulak bila dah roboh bumper macam ni.. lagik la dia risauuuu... claim insurance lorrr.. NCD dah 55% tu.. nak buat cane kan..

malam tu lepas tow truck datang angkat keta, kitowang terus gi balai polis, nilai buat report... 

najmi yang memerhati dari kejauhan.. teruja betul dia tengok lori angkat keta papa dia sendiri.. selalu tgk atas jalan je..

kali ke-2 naik tow truck lepas rosak kat KL hari tu.. ala, yg pegi naik altis, balik naik lorris tu la.. 

acik polis yang amek keterangan.. mula2 kemain kerek.. lepas tya papa-jit keje apa, terus lembut nada suara.. kenapa harus macam tu erkk??

alhamdulillah, semua selamat.. cuma pengalaman yang baru bagi kami la.. insyaAllah terhapus dosa-dosa kecil kami.. semoga lepas kami akan sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-Nya..

Abah, maafkan adik sebab tak dapat sama-sama sedekahkan bacaan yassin malam tadi.. tapi adik tetap tak lupa untuk sedekah al-fatihah kepada abah.. semoga abah sentisa tenang di sana..

Tuesday, July 12, 2011

Cancel Swift, Cancel Jazz juga

Kalau ada yang ingat antara wish list mekchu yang tak tertunai adalah nak tukar kereta.. banyak benda yang kena pikir kalau tukar kereta ni kan.. kalau ikutkan hati, memang nak tukar je.. tapi iman tu masih kuat.. cheewahh.. bukan iman mekchu, tapi iman papa-jit.. hahaha..

Dan kalau perasan sekarang asyik post pasal Vios je kat wall facebook.. bila tgk iklan VIOS ni kat tibi, malam tu terus termimpi-mimpi.. pas tu dia merasuk jugak kat adik ipar.. dia pun mimpi yang sama jugak.. hahaha..


Kalau korang ada terbaca pasal kereta impian mekchu (tak de impian sangat, tapi teringin la nak menjadi tuan kepadanya)  mekchu teringin nak pakai Swift atau Jazz.. kannnnnnnnnnnn....... 2-2 tu elok je kalo pompuan pakai.. tapi smpai lah sekarang impian tu mmg tertulis atas kertas aje (#sentaphatimaknak)

Lepas tu impian sudah tukar sebab lama sangat tak tertunai.. ok, kalu Swift ngan Jazz tu mahal, apa kata belikan Alza je (tapi Alza yang dah siap bikin la..hahaha)

Tapi semua-semua pun cancel lah papa.. bila dah nampak Vios G Limited & Vios TRD Sportivo ni..

papa kan dah ada altis.. beli kan lah mama vios.. pehlissssss... kata kembar (dan dan declare kembar)

ehh... nanti ada Toyota Roadshow.. sape2 yang berminat boleh lah take note tarikh-tarikh penting ni.. 
 

itu yang nak marah.. selalu orang2 kat seremban ni diabaikan.. apa ingat kitowang negeri yang paling dekat ngan KL makanya kitowang boleh diabaikan? mencik taw.. terpaksa lah pegi Bahau :)

Harga Vios baru antara RM72K - RM92K.. maklumat lanjut boleh baca di sini.. 

 maroon tu Vios G Limited.. sape tak jatuh chenta dah siap dgn 'skirt labuh'..

putih tu Vios TRD Sportivo.. sape yang suka racing sesuai lah ni.. dah siap sport rim bagai.. 

Personally, kalau pakai kereta macam ni otomatik terasa selamat dari ancaman orang yang bawak laju2 kat luar sana.. tension kan dengan mereka yang bawak macam seth tan.. tunggu lah mekchu ada ada Vios baru nnti..  hahaha.. #adahatikonon

Wednesday, April 27, 2011

Kenapa mekchu masih menggunakan kenari

Kenari itu adalah kereta pertama mekchu.. di beli dengan duit gaji pertama pada tahun 2002.. korek duit ASB dan pinjam duit mak untuk down payment.. umur kenari sekarang telah hampir mencecah 10 tahun, tak pernah tukar kereta.. susah nak jumpa orang yg setia macam mekchu ni kan.. tak berpaling tadah.. hahaha...

Isu nak tukar kereta mmg satu isu yg on dan off.. bila teringat, mula la topik tu yg menjadi bahan bualan laki bini..selalunya kitowang akan bukak topik ni bila kenari rosak.. tp smpai situ je la.. tak de tindakan susulan..

Kenapa mekchu masih menggunakan kenari?

1. Sebab kenari tu dah 2 tahun lebih habis bayar.. tak yah pikir nak bayar duit tiap2 bulan lagi.. setahun sekali je bayar road tax & insuran.. itu pun murah je.. dalam RM300 je setahun..

2. Kenari tak kuat gunakan minyak (jalan pun tak jauh).. sebulan hanya isi 2x je.. sekali isi adalah dalam RM50.. so, sebulan peruntukan hanya RM100 je.. itu pun kadang2 papa-jit yg full kan tank dia... sukeeeee :)

3. Nak kata dia meragam, tak jugak.. sebab rosak pun benda2 kecik je.. itu pun jarang sangat la dia rosak.. sbb jarang2 pakai kot.. spare part pun senang je nak dapat..

4. Kenari sangat senang di bawa.. tinggi dan ringan.. walau pun kecik, tp itu lah kereta yang menjadi pilihan kalo nak ke pasar beli sayur, ikan, ayam.. celah2 pun boleh parking.. sap sap soi siap..

5. Belum naik 44 lagi.. perancangan nya bila dah naik 44 sok baru nak tukar keta.. pas tu naik 48 nak option pencen.. hahaha.. dgn harapan masa tu papa-jit dah dpt JUSA.. ho ho...

6. Sekarang kena bayar bibik RM600 sebulan.. kalo tukar keta baru, bayar bibik + keta dah jadi RM1,200.. apa ko nak shopping kan untuk bulan tu..

7. Kalo ujung minggu nak jalan-jalan jauh, konpem tak pakai kenari.. kenari kecik dan panas... tak menjadi pilihan.. jadi, jimat milliage.. bila jimat milliage, duit dpt dijimatkan ke arah hantar servis...


8. Kenari adalah kereta yg teramat fleksibel.. macam2 boleh angkut termasuklah mesin rumput nenek labu ni ha.. mesin rumput ni boleh dikatakan tiap2 bulan kena hantar repair.. macam2 yg rosaknya.. ko ingat bila dah pakai swift nnti, mekchu rela mesin rumput ni di angkat sebegitu rupa? altis tu ha tak rela.. bonet sikit punya besar gedabak pun tak mau bawak kan mesin rumput.. kenari tu jugak lah yg berjasa..

9. Nak beli keta baru, mahal pulak nak kena bayar installment.. nak angkat 2nd hand, geli pulak nak pakai lebihan orang.. hahaha...

10. Senang nak cam kenari ni..badan biru, kasut (rim) putih.. macam budak pegi sekolah kan..Gmbar kenari terkini tak de.. gmbr masa baru tukar rim dulu ada laa..

hahaha... amacam kenari dgn rim pink? tergoda tak...? seksi tak? 

dah lama mencari rim 'enkei' 14".. bila jumpa, kaler pink la pulak.. tak lama lepas tu, papa-jit di semburnya kaler putih dan itulah kalernya sampai lah sekarang.. dia yg tak sanggup nak pakai rim pink tu (masa tu dia ketiadaan kereta).. mekchu ok je..

Kesimpulannya, pakai lah selagi DIA boleh menyumbangkan jasa dan selagi KAU tak kaya-kaya.. dah kaya sok baru tukar keta ok. kalo ternampak org lain bawak keta beso-beso, telan je air liur tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...