@churalliya

Showing posts with label emotion. Show all posts
Showing posts with label emotion. Show all posts

Monday, December 29, 2014

Dengan ini diisytihar belog membeku seketika

Bagi menghormati mangsa-mangsa banjir di negara kita...

Tuan tanah tak de mood nak update belog sebab nanti tak nak disalah ertikan tidak prihatin dengan keadaan semasa..

Mekchu memang tidak menzahirkan kesedihan di facebook atau instagram.. memang tetap up gambar anak2 macam biasa.. tapi tidak bermakna mekchu tidak prihatin.. mekchu perati kan aje perangai segelintir manusia yang #ntahapaapantah tu macam dia lah yang paling bagus.. sangat susah nak paham..


Sangat sedih... Ishhh tak dapat bayang lah kalau terkena pada keluarga sendiri..

Semoga mangsa-mangsa banjir sentiasa dilindungi dan dirahmati olehNya.. Amin..

Doa adalah pertolongan yang paling mudah.. jadi berdoalah...

Kawan-kawan, berhati2 lah kalau nak up gambar makanan atau hasil shoppingan sekarang ini.. ada yang standby aje tu nak basuh..


by mekchuN (^_^)

Tuesday, July 8, 2014

Doa buat anak-anakku

Najmi & Najwa,


Ya Allah
Lindungi anakku dalam teduh kurnia-Mu
Bimbing anakku di setiap persimpangan yang membuatnya bimbang
Beri kemuliaan budi agar membuatnya bererti
Titiskan kebesaran jiwa agar membuatnya bermakna
Sentuh hatinya dengan semangat tulus untuk berkongsi
Tanamkan keyakinan terhadap kebaikan
Penuhi tekadnya dengan kerja keras dan pantang menyerah
Teguhkan peribadinya agar tidak mudah goyah
Ya Allah..
Terima kasih untuk kurnia terindah ini
Terima kasih untuk anugerah tidak ternilai ini
~copy paste~

* Masih teringat-ingat gambar adik beradik yang ditinggalkan pencurik jahanam tu... tiap kali tengok, mesti nak cembeng sebab teringat kat abang & wawa... Semoga anak-anak kita terus berada di bawah lindungan-Nya... Amin..


by mekchuN (^_^)

Saturday, March 15, 2014

#prayforMH370

Jangan berhenti berdoa...



Dengan keizinan-Mu, kami memohon yang terbaik daripada-Mu..



Jangan sebarkan sebarang maklumat sekiranya kita sendiri belum tahu kesahihannya... Cukup sekadar berdoa yang terbaik buat mereka...


by mekchuN (^_^)

Friday, August 16, 2013

Bukan pujian, tapi sokongan

Anda perlu menyokong mekchu.. bukan menghentam mekchu..

Mekchu baru seminggu berhijab.. kalau nak diikutkan semua baju pun tak sesuai.. semua baju ketat.. semua baju pun sendat dan padat.. satu almari kena tukar.. ohh mekchu ada 3 almari.. so 3 almari kena tukar.. ko mampu ke nak sponser?

Tolong lah.. benda2 macam ni lah yang membuatkan mekchu down.. Teguran macam ni lah yang membuatkan ramai kawan2 yang nak berubah terus bertangguh.. Menegur tak salah, tapi perlu kena pada caranya.. dan saya punya sebab kenapa tak publish komen anda!

Mekchu tak mengharapkan komen yang berbentuk pujian, tetapi sokongan.

FULL STOP (.)


by mekchuN (^_^)

Monday, February 4, 2013

Trauma #backtowork

Malam tadi siap mimpi kena amek SPM sekali lagi.. tapi dalam mimpi tu macam ingat rasa-rasanya dah ambil SPM. Siap dapat result bagus lagi... Tapi kenapa pulak mimpi kena amek SPM lagi ni? Kenapa?

Punya lah trauma nak masuk keje balik.. Cuti 3 bulan.. lepas tu sambung lagi 2 minggu ok.. Oleh itu, perlu tune semula mood nak mula masuk kerja..

relaxing time.. ingatkan tak nak buat.. tapi kena jugak dengan harapan dapat mengembalikan mood kerja..

cuci kereta.. kasik wangi dan rasa tenang bila drive.. (chewahhh.. macam lah kena drive sendiri)

tampal kasut.. moga2 dengan kasut bertapak baru dapat merajinkan kaki melangkah ke pejabat..

cuci kasut.. paksa diri untuk menyatakan semua pun kasut baru sebab dah 9 bulan + 3 bulan tak pakai kasut bertumit

facial kan diri dengan harapan muka naik seri :)

iron baju banyak-banyak (x nampak semua pulak).. ini pun dengan harapan semua pun baju baru sebab dah setahun tak pakai.. 

moga dapat mengembalikan perasaan yang hilang... 

Fuhhhh.. bukan senang ok nak tune diri semula..

Esok adalah harinya.. Dah terasa macam nak report duty kat tempat baru aje walau pun hakikatnya tahun ni dah masuk tahun ke-5 mekchu di UPTM..

Harap semua paham kalau lepas ni akan jarang nampak post post yang baru ok.. ahkak dah tak boleh nak mengadap blog selalu lagik.. tsk tsk :'( ~icon meleleh air mata adalah wajib utk menunjukkan perasaan yang hiba..

106 hari dalam kenangan.. ni yang rasa macam nak berpantang lagi ni.. tetttttttt.. HAHAHA


by mekchuN (^_^)

Wednesday, October 3, 2012

Surat Najmi yang ke-2

Outstation lagik.. well...

Najmi rekues mintak papa dia tuliskan surat lagi.. tapi kali ni dia nak tengok sendiri.. tak payah letak atas lantai lagi katanya...

Dan pagi tadi....

 mengadap tu.. khusyuk.. 

dan isi kandungan surat dia yang kedua.. kali ni ayat panjang, tapi gambar sikit.. 

Tu mula lah seharian angkut surat tu ke hulu ke hilir tu nanti.. sampai lah papa dia balik..

Pagi tadi najmi tak menangis pulak.. tapi mekchu yg meleleh air hidung lebih2.. sedih la pulak.. ye la, dah nak hujung2 sangat ni kan.. dah macam2 pulak sakit yang manja2 muncul kebelakangan ni..

Malam - sesak nafas
Tengah malam - sakit perut memulasssssss
Pagi - krem kaki

Ya, saya sedang bersabar...

Sunday, August 26, 2012

Baby pls be strong...

Teringin lah nak jadi degil dan pentingkan diri sendiri. Mesti syok kan... X payah nak pikir perasaan, hati dan emosi org lain...

Contoh. Malas nak minum susu anmum sbb itu bukan utk sy. Itu utk baby.. buat apa nak minum sbb saya hanya perlu pentingkan diri shj..

Oh Tuhan, kuatkan lah hati ini..
Sent from my RedBerry®

Friday, December 16, 2011

Anak dia sorang.. boleh lah beli semua yang mewah-mewah

Panas setiap kali dengar pernyataan macam tu.. terasa macam tidak berhati perut langsung.. Walau pun bukan ditujukan pada mekchu, tapi bila terdengar terus zasssssss panassss telinga ni..

Tajuk tu antara dialog seorang Hamba Allah yang tidak dikenali.. mungkin sedang hangat bergosip dengan teman semeja dia masa tu.. kebetulan lalu kat situ dan tercuri-curi dengar..

Kenapa erk? Perasaan cemburu dan iri hati itu perlu ada dalam diri? Tak boleh ke kalau kita cuba untuk memperbaiki diri daripada bercakap bukan-bukan pasal orang.. Rezeki masing-masing kan.. Rezeki tu semua kerja Tuhan kan.. Kenapa perlu dipertikaikan?

Issshhh tak faham lah.. anak satu pun salah, anak ramai pun salah.. Jadi berapa sebenarnya jumlah anak yang paling ideal? Boleh jawab?

sebenarnya gambar kenderaan mi-cah tidak ditujukan untuk entry ni.. tapi bila terdengar tadi, terus terasa di hati dan mungkin kah ini yang dimaksudkan oleh Hamba Allah itu?

Izinkan kami menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan terhadap anugerah kami ini dengan cara kami sendiri, kemampuan kami sendiri.. Iya benar, walau pun hanya seorang..

Dia lah racun, dia lah penawar.. 

Tak perlu lah sibuk mengenai hal orang lain.. Jaga diri dan keluarga kita masing-masing adalah lebih molek.. 

Friday, December 2, 2011

Maafkan adik, abah..

1.12 - Tarikh perginya arwah abah pada tahun 2007.

Kenapa lah baru 4 tahun, tapi sebagai seorang anak dah lupa akan tarikh tersebut. Maafkan adik abah.

Alhamdulillah, malam tadi sempat sedekahkan bacaan yassin kepada arwah dan malam tadi juga mimpikan arwah...

Arwah meninggal kerana menghidap kanser hati tahap kritikal dan ketika mekchu mengandungkan mi-cah pada usia 6 minggu :'( Betapa besarnya kuasa Tuhan.. Subhanallah....


Jangan jadikan kesibukan kerja kita sebagai alasan untuk melupakan seseorang yang tersayang..

Al-fatihah...

Tuesday, November 15, 2011

Minah-Munah

Pakcik ada bagi 2 ekor anak kucing.. masa dapat tu kecik lagi.. Skang dah besar panjang dah..

Mekchu cadangkan beberapa nama untuk kucing-kucing tu pada mi-cah..

"Cumi-Ciki?" ~ tak nak
"Upin-Ipin?"~ tak nak
"Sofiyya-Fiona?" ~ tak nak, tak nak, tak nak!!!

Datang nenek labu dia dan cadangkan "Minah-Munah". Terus setuju..

Ok, fine.. nama gadis kampung jugak yang dia sukaaaa...

tengok muka nakal dia tu.. 

Mekchu sebenarnya tak galakkan dia main kucing sebab takut dia batuk.. lagi pun kitorang laki bini tak suka kucing.. takut pun iye jugak.. tapi nenek labu dah nak bela kucing, ikutkan aje..

Kemain kalo dia berborak dengan minah-munah.. paling best part kalo dia bagi makan.. siap "sabar.. sabar.. jangan rebut-rebut ok".. kadang-kadang kalo dia geram, dicampak minah-munah macam bola bowling..

Kalo minah-munah masuk rumah, dia lah yang paling laju tolong halau keluar.. sebab kalo mama-chu dia nampak, memang kena halau dengan rotan.. so sebelum minah-munah kena rotan lah jawabnya, baik dia yang halau dengan cara paling bersopan santun (konon)..

yang mana satu minah, yang mana satu munah ntah.. mi-cah je yang kenal.. 

Ada sekali tu kan, pelik tak nampak minah-munah pagi-pagi.. selalu bukak je pintu dapur tu dah mengiaw-ngiaw dah mintak makan.. tapi hari tu tak nampak pulak.. ingatkan minah-munah dah pergi membawa diri..

Sekali nenek labu tipon.. kata dah jumpa minah-munah kat dalam lemari belakang rumah.. terus tau suspek utama dalam kes ini.. hahahaha.. tidak syak lagi..

"mi, siapa yang letak minah-munah dalam almari? mi tau tak?"
"mi-cah laaaaa.. siapa lagiiiiii" ~ dengan begitu konfiden sekali..

Tepuk dahi. Nasib lah panjang lagi umur kucing tuh..

kadang-kadang je caring. selebihnya mengganas...

tetap kekalkan imej senget dia.. sempat record video masa dia bercakap-cakap dengan minah-munah tu.. so suweeetttt... tengok lah, nanti2 upload kalo rajin..

Kesian sebenarnya tengok mi-cah tu.. Berkawan dengan kucing je kat rumah.. bila teringat, memang sedih.. nak hantar sekolah macam-macam pulak yang kena pikir.. sebab tinggal kat kampung kan.. sekolah kat kampung ada, tapi siapa nak hantar dan jemput dia.. pas tu kalo pindah umah seremban, siapa pulak nak temankan nenek labu tu...

Beruntung pada kawan-kawan yang mempunyai ibu bapa yang masih sihat dan berteman di rumah.. Jangan lupa sentiasa tanyakan khabar pada mereka ok.. 

Ohh Tuhan, semoga Engkau permudahkan segalanya buat kami.. Aminnnn...

Friday, September 30, 2011

Rasa mcm nak terajang, menyepak, menghempuk, semua-semua lah..

Mula-mula tgk tak perasan sangat.. bila dah ramai yang share kat facebook barulah dpt meneliti gmbr tersebut dan terus............ mengucap panjang... 


Betapa kejamnya manusia.. sanggup dorang tu kan.. kalau tak nak anak tu, tak perlu buat dia macam tu..

ya Allah, sungguh perasaan ini tiba-tiba menjadi sayu..

Thursday, September 29, 2011

Perjalanan yang Tragis

Cerita pangkor yang masih ada hutang lagi 1entry..

Patut lah terasa berat hati nak packing barang untuk check-out.. ada kisah sedih rupanya.. tp masa tu tak tau lagi.. golek-golek kejap sebelum check-out.. masa nak datang hari tu malas nak packing ke pangkor.. lepas tu dah habis bengkel malas pulak nak packing balik.. sebab penat kot.. ye ke penat?

masa ni boleh senyum-senyum lagi.. antara yang terawal jugak berkumpul kat lobi.. 

dapat jugak bergambar dengan orang kuat ISMS MAMPU.. ini kat dalam transit ke jeti.. 

kat jeti Pangkor Island Beach Resort.. kiri, kanan, belakang adalah beg. itu aje ke beg mekchu? kagum tak?

Pukul 2.30 petang feri pun sampai, ngam-ngam mengikut jadual.. dan plan mekchu pun adalah mengikut jadual.. janji dengan driver tunggu kat lumut pukul 3 petang..

Malam tu sebenarnya mekchu kena hantar papa-jit ke KLIA.. flight dia pukul 10 malam dan kena sampai rumah paling busuk pun pukul 8 malam.. oleh itu, adalah sangat risau kalau feri terlambat walau 5 minit.. kat dalam feri (dapat feri kecik, tak de tempat keluar mcm hari tu) asyik main BBM ngan papa-jit.. dia janji nak bagi semua duit claim kat binik dia sebagai tanda kasih dan kasihan.. cecah je bontot dari pangor dah kena hantar ke KLIA.. dah la kurus pulak tu.. hahaha.. (itu memang point mintak belas kasihan) 

Ngam-ngam je feri parking kat jeti lumut, mizi datang membawakan berita buruk.. CC call bagi tahu kereta pejabat rosak kat Teluk Intan.. DENGGGGGGGGGGG.... mcm mana nak balik seremban nehhhh? mcm mana nak hantar papa-jit? mcm mana dengan ikan bilis, udang kering, sotong kering tu semua? hahahaha.. tiba2 bleh terpikir okehh...

Berita busuk (eh, buruk ke busuk) itu disambut relek-relek aje oleh fz & mizi.. hahaha.. nampak sangat lah ko ni kalut mekchu oiii... dan mereka mendapat satu idea... tingggggggggggg (efek keluar gambar mentol)

Masa makan kat hotel hari tu kitorang ada borak-borak ngan peserta dari SUK na na na na na Ganu kiteee.. dorang tak balik Ganu terus.. pegi KL naik ketapi laju dulu.. tak pasti mungkin sambung miting kat KL kot.. apa lagi, terus menumpang simpati untuk tumpang kereta pejabat dorang untuk sama-sama ke stesen ketapi laju Batu Gajah..

moncongg laaaa.. ini kat dalam keta SUK Ganu dari Lumut ke Batu Gajah.. sebaik keta beso.. muat tumpang kan kami 3 orang.. 

Sambil tu dah terbayang perjalanan yang berliku-liku perlu ditempuh untuk sampai ke pangkuan suami.. itu pun kalau sempat kejar flight dia kol 10 malam... ini bukan setakat duit claim papa-jit aje ni, kurang2 duit simpanan ASB pun kena bagi jugakkkk...

Pokcik driver SUK Ganu tu mmg sempoi.. kelakar sangat.. terhibur jugak la perjalanan kami.. nak kejar train 4.15 adalah tak sempat.. dan train seterusnya pukul 6.30 petang.. pergghhhh, air mata nak meleleh dah masa tu.. siapa nak hantar balik ni nantiiiiii....... sempat tak jumpa suami ni nantiiiii....

Mekchu kena balik rumah nenek labu dimana kalo naik teksi adalah merbahaya malam2 gitu.. Call akak mekchu, dia tak dapat hantar, adik ipar pulak hantar papa-jit ke KLIA.. abang boleh amek, tapi lambat sikit sbb keje.. terus call papa-jit kalo2 dia ada idea.. tp dia suruh mekchu pikir sendiri... tsk tsk.. bergenang air mata ni terasa semua tak menyayangi diri walau baru 3 hari ke pangkor.. tsk tsk...

Dia memang sentiasa memastikan binik dia berdikari walau di Batu Gajah sekali pon.. gajah pun tak berdikari macam tu tau pa...

Sambil tu dorang bawak gi makan ABC ngan mee rebus dekat2 situ jugak.. makan mee rebus sambil berendam air mata uols... sedih okehhh...


 
pokcik, farhan dan hafiz.. baik sangat dorang nih..

Tiba-tiba berbunyi lagu Bruno Marz (ring tone papa-jit).. suspen...

"Ma, mama nak balik cam ne nanti"
"Mama balik sendiri laaa..."
"Ye la, dengan siapa?"
"Kan tadi papa yang suruh mama pikir.. mana dah pikir dah"
"Ye la, dengan siapa?"
"Abg ngah, tapi pukul 12" ~main petik je nama abg.. dah merajuk sgt masa tu
"Mcm ni la.. kat KL Central nanti mama transit naik ERL pegi KLIA. Nanti balik dengan deqna. Papa bawak najmi sekali.."
(dalam hati, dah bape kali transit daaaa aku hari niiiii.. tp dengar nama najmi, terus sejuk hati)
"Ok" ~tanpa banyak soal dan baru lah boleh senyum..

itu dia beg merah yang paling besar antara peserta bengkel.. hahaha.. ini baru betul beg di kiri, kanan, belakang dan hadapan..


ok, kenangan dengan farhan dan kereta yang byk jasa dengan kami..

 

macam2 train yang lalu situ.. dan masih ramai rupanya yang menggunakan perkhidmatan train untuk travel.. sebab mekchu amat jarang naik train untuk jalan jauh2 ni.. naik komuter aje..

Tepat 6.30 ptg, ETS kami pun sampai... apa itu ETS? fizza ghaus kata Emosi Tak Stabil.. hahaha..

ada penyambut tapi garang.. siap kena marah sbb jalan lambat.. hahaha.. 

ye la kak, mana kitorang tau ada no seat.. kitorang tunggu kat gerabak D.. sekali seat kat gerabak A.. pas tu dapat seat menghadap belakang pulak tu.. semua lupa train ada seat macam tu.. hahaha.. apa lagi, mcm org kena tarik laa...

5 minit lepas tu mekchu pening.. nak muntah pun ada.. terus mintak akak penyambut tetamu nak tukar seat menghadap depan.. dan dia suruh kitorang ke gerabak F..dari gerabak A ke gerabak F adalah sangat jauh ok.. berjalan sambil seret beg besar dan bukak pintu gerabak teramat mecabar.. nak seat pandang depan punya pasal..

Korang pernah tak bila naik train lama-lama, pas tu boring, pas tu macam nak jalan-jalan pegi cafe dia? hahaha.. 

 
sandwich dan air milo.. tgk air milo goyang2, kepala pun ikut goyang.. 

Pening. Mabuk..

Pukul 9 malam jugak baru selamat sampai KL Central.. perjalanan masih belum tamat.. terus kami berpecah.. farhan & hafiz gi carik bas nak ke hotel.. fz & mizi carik komuter nak balik seremban dan mekchu carik ERL nak ke KLIA..

cuak ok 1st time naik ERL.. jarang kan dapat jumpa orang seremban yang naik ERL nak ke KLIA.. hahaha..

kejap-kejap tengok jam.. sempat ke tidak nak jumpa suami nih.. bermacam-macam telah di redah untuk memastikan dapat jumpa suami malam tu.


memang dah felling nak buat video clip lari2 kat KLIA masa tu.. tapi....................... kita hanya merancang kan.. papa-jit kena jugak masuk Departure Hall.. tak kan nak suruh mekchu hantar dia sampai Kuantan pulak.. ohhh noooo...

"Ma, papa kena masuk dah ni.."
"Alaaaaaa"
"Tak pe la, bukannya lama pun papa pegi"
"Ok........." ~kalo campur dengan 3 hari bengkel mekchu + 1 hari mesyuarat dia kira lama lah tu kan..

Frust.

Meckhu terlewat dalam 5 minit je... apa nak buat kan.. terus nyanyi..
~ Dinda kerja siang..... kanda kerja malam..... Jadi bila nak bertermuuuuu...... ~ hahaha sengal...

Sampai2 je nampak budak bulat dan tembam lari laju2 ke arah mekchu.. dan bila dia terkam je mekchu terus nak terhumban ke belakang...


"Mama sihat? Tak demam?" ~ macam nak menangissssss
Ohh saat itu adalah saat paling bahagia.. Walau pun hakikatnya masih belum sampai rumah pun lagi...

Perjalanan diteruskan dengan hantar atuk, nenek & deqna dan seterusnya tengah-tengah malam selamat sampai rumah nenek labu terchenta.. dan terus pitammm atas katil...

Wednesday, August 17, 2011

Kak Jem bagi nota tulis tangan

Korang dah baca kan cabaran kak jem masa kat Bali hari tu.. tak sia-sia dia ke sana sebab semua aktiviti adventure dia dah buat demi janji dia kat blogger.. paling tabik toing2 adalah part scuba diving.. eh, bungy jumping jugak.. hahaha..

Sebelum pegi hari tu kan dia singgah opis sekejap amek order.. hahaha.. Dan hari ni ole-ole Bali tu dah sampai kat opis.. di hantar oleh en.badang..

Paling tak tahan ada notes yang ditulis tangan.. senget-senget tulisan dia.. nasib baik bukan kertas A4 kosong.. senyum je mekchu baca.. kak jem, jangan risau.. semua telah diuruskan dengan jayanya..


 

Oyye, kak jem adalah kembar mekchu kat opis ni dulu.. sekarang dah terpisah sejak dia naik pangkat dan bertukar ke Jalan Duta.. tsk tsk.. hujung bulan depan dia akan ke Bali lagi.. kali ni menang Marie France Bodyline pulak.. pergghh.. bertuahnya badan.. mekchu tumpang gembira..

Ayat p/s dan p/p/s dia kat bawah tu sangat terharu.. rindu sangat dengan kak jem...

Friday, July 22, 2011

Ada tak pertemuan tanpa perpisahan?

Itu yang mekchu tak sanggup.. baik dari zaman sekolah dulu sampai lah sekarang.. kalau zaman sekolah dulu, habis je UPSR, tak sanggup nak berpisah dengan cikgu dan kawan-kawan.. bila dah keje, tak sanggup pulak nak berpisah dengan kawan-kawan dan boss untuk mula bekerja di tempat baru..

Ok, itu biasa di dengar.. tapi kesedihan yang terlampau bila berpisah dengan pembantu rumah amat jarang di dengar... ranking dia mengalahkan kesedihan berpisah dengan cikgu di sekolah dan menewaskan kesedihan berpisah dengan boss di tempat kerja.. feeling dia susah lah nak cakap.. dan kesan dia, air mata ni boleh tiba-tiba mengalir bila teringat dan mengalir lagi laju bila tengok mi-cah..

Dari umur mi-cah 3 bulan hingga lah 3 tahun.. ermmm.. bagi mekchu tempoh tu cukup lama.. tatau lah korang..

Ok, tamo felling lebih2 skang... sila tukar struktur ayat untuk mengembalikan mood ceria.. kiki baahhhh (trade mark Nera AF) kelakar ooo kalo tgk mi-cah buat... kali ni mekchu nak memorikan saat2 hantar bibik pulang ke pangkuan keluarga dia.. bercerita dalam bentuk paling happy yang boleh.. eden toraiii...

suka kemain.. sebab berdua je.. mi-cah naik keta mama-woom dia (byk btol mama dia kan)

dorang semua kat belakang.. dari jauh nampak bulat kemain budak kecik tu.. 

tuh diaaaa.. kemain posing bila nampak camera.. tak sia-sia selama 3 tahun bermajikan mekchu (:

yang 2 banak ni lain pulak keje nya.. itu kalo lah staff papa-jit nampak tu, kompen tak sanggup nak tegur..

mi-cah bosan.. mama-chu asyik2 suruh jadi good boy.. lepas tu paksa amek gambar..

tgh pujuk mak.. mak dah start rasa sedih sbnarnya.. tp dia tak nak tunjuk.. 

ok, dah sampai turn check-in.. luggage dia ngam2 hooo 15.7kilo... kemain tak sabar bibik.. siap nak overtake turn org depan..

dan budak kecik ni masih tak faham apa-apa.. main.. main.. main..

mi-cah dengan benda yang bertayar mmg taksub lain macam.. kasik lah dia apa-apa yg bertayar, mesti khusyuk dan tawaduk..

sambil tu dapat tackle awek yg muka iras-iras.. hahaha...

bibik, kak long & abg long.. abg long mmg sesuai dgn nama dia sbb dia mmg longgggg (tinggi)... hahaha...

nenek labu bersama bibik

Tuhan telah ketemukan mekchu dengan seorang pembantu yang sangat baik.. syukur ya Allah..

mereka..

gambar terakhir mi-cah dengan bibik.. tgk lah dia, tak nak langsung dengan bibik.. sampai penyet-penyet muka bibik..

kami.. 

alamak.. babak ini yang tak tahan..

bibik dah macam kembar nenek labu kat rumah tu.. ke mana nenek labu pergi, mesti bibik ada.. mmg kamcing lah dorang berdua..

dengan akak mekchu.. bibik pun panggil mama-long.. argghhh... lepas ni turn mekchu.. cemana niiii.. masa amek gambar ni pun dah air mata dah meleleh sampai basah lengan baju....

dan....

tak boleh nak explain.. nnti mekchu nangis lagi...

kenapa kami terlalu sayangkan bibik?.. kenapa bibik tak sambung bekerja dengan kami lagi? dan kenapa itu? dan kenapa ini? mekchu akan explain later-later.. now kenot bekos i'm too too saddey.. (kan ke ini entry happy.. apa kes pulak nak sedih..)

"apa la diorang tu... macam itu pun nak nangis ke?"

"ma, relek la ma.."

Elehhh... budak kecik ni taw.. mentang2 lah dia punya part sedih mama-chu dah publish sebelum ni.. boleh lah nak kerek-kerek (ada kaitan ke?)

T/hari tadi dapat call dari bibik.. dia dah selamat sampai surabaya malam tadi.. belum sempat mekchu nak cakap apa-apa dia terus tanya khabar mi-cah.. dia cakap malam tadi tak boleh tido sebab rindukan mi-cah dan terdengar-dengar suara mi-cah panggil dia.. adoiiiiii, menangis lagi mekchu ni....

Korang, thanks sangat sebab sangat memahami situasi mekchu sekarang.. sekarang, i laf you more than i laf bibik (:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...