@churalliya

Showing posts with label singapore. Show all posts
Showing posts with label singapore. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Tra La La Year End Holidays

Penutup.. kira last untuk tahun 2014.

Papajib ajak pegi JB.. Dia dan masuk Singapore sekali.. Stay kat JB.. masuk Singapore kejap je semata-mata bawak bini nak shopping kat Orchard Road...

Berani kata tak nak ikut? Lu tolak, lu rugi beb!!

 pagi2 dah siap nak bertolak menaiki kereta seponser.. 

berenti kat petronas mitc.. jumpa dengan tokeh petronas untuk perancangan ke singapura.. 

kalau boleh semua pun nak angkut bila bercuti.. hahaha.. masa ni wawa tido.. belum apa2 dah tido budak kecibung tu..

Otw tu harus lah singgah JPO kan.. dah siapa suruh buat shopping complex best2 kat tepi hiway...

menjadi kesalahan kalau orang luar Johor datang Johor tak singgah sini.. haippppp sangat.. 

Memang sale gegile ahhhh habaq hang.. semua kedai pun nak masuk.. nak beli..

Korang selalu tak ada perasaan macam ni... bila pegi mana2 nak jugak beli something yg konon2 boleh buat kenangan.. tak kisah la apa.. sependa pun boleh.. bila lipat sependa tu nanti ingat la "oooooo ni beli masa pegi london hari tu..." Padahal kat pasar malam pun bersepah kannnnnn.....

Sampai JB dah magrib.. dah gelap gelita dah..

Kami stay di KSL Resort.. Hotel paling tinggi kat JB tu.. Kami dok apartment 2 bilik. Memang selesa yang amat lah kan.. tapi mekchu tak suka lif dia. Pening.. Kalo sorang2 konpem sesat..

view malam dari tingkat 35. sayupppppppp je rasa.. 

Mekchu kalau jalan jauh2 bawak anak mula lah badan ni mudah meragam.. hahaha bukan anak je yang tau meragam ok.. Setel mandikan budak2, terus berendam dalam bath tab.. rendam sampai merah2 kulit macam udang kena bakar.. Lepas tu terus ok dan boleh keluar makan..

Balik dari makan semua pengsan.......

Pagi esoknya....

pagi2 dah tercegat depan rumah mertua faiz.. faiz orang JB, member sama belajar dulu.. so orang yang paling sesuai nak bawak kami masuk singapore sama2.. 

 selfie dulu sementara tunggu faiz ngan din.. 2-2 tu kawan papajib dan kawan mekchu jugak.. jadi tak bleh nak marah dorang lambat sebab memang dah kenal peangai masing2 dari belajar dulu kan.. hahahaha.. 

ni pulak selfie masa jem kat woodlands.. 

Masa customs check pun selfie jugak.. tapi org kastam singapore tu tuduh mekchu amek gambar dia.. choyyyyyy sangat. Bukan ensem pun nak amek gambar ko.. Siap kena tunjuk fon tau, dia nak tengok memang betul tak de gambar dia.. Malew sangat kite dia buat macam tu..

Ehhh lupa nak bagi tau.. mekchu pakai tudung neelopak tu.. jenis basic kaler coral.. must have item kot.. sesuai kalo nak pakai utk travel mcm ni..

Faiz ngan Din drop kan kitorang kat blakang Wisma Atria.. dorang nak pegi carik helmet katanya.. amboii sgt carik helmet sampai singapore.. Maka hanya kami ber-4 di sekitar Orchard Road sepanjang hari tu..

Ada banyak masa.. boleh carik barang selow2.. tak perlu gelojoh.. tapi ko nak carik apa kat situ mekchu? Entah laa ekkkk...

Dan ini adalah gambar pertama kami di Orchard Road hari tu..

besar2 pokok krismas kat sana.. 

Abang mi dah start meragam tu sebenarnya.. dalam hati "alamak..... musnah la harapan nak shopping... belum apa-apa budak dah start meragam...."  

  manjang tak de mood nak amek gambar... tengok adik tu.. always ready.. 

sibuk nak tolak stroller... bila soh posing kemain lak tu silang kaki...

Bila tanya nak pegi mana dulu, mekchu jawab 'Tangs'... hahahaha..

Sebenarnya tak tahu nak mula dari mana.. nak masuk semua shopping complex kat situ memang tak logik sangat la... so ikut pengalaman masa tahun 2011 dulu dapat beli henbag Elle murah kat Tangs..

Masuk je Tangs dah tak meriah dah.. terus keluar balik masuk Lucky Plaza.. papajib beli Oakley kat situ.. sambil2 tu  dapat lah paw papajib sebijik Ray Ban.. yeyyyy.. padahal harga sama je kot kat Malaysia..

Lepas tu carik jeans.. ehhh mekchu dah lama tau tak pakai Levis.. sebab mcm nampak buruk je pakai jeans.. apsal ntah..

 sementara tunggu papajib try test seluar.. tu dia nampak kaki aje.. hahaha...

Yang ini murah kot.. kalau beli 2 lai dapat 50% diskaun.. So terpaksa la mekchu amek selai.. Terpaksa! apa yang papajib beli mekchu pun nak jugak.. hahaha..

Lepas tu kat Paragon pulak.. best tau Paragon ni..




Di dalam Paragon sampai lah senja..

Keluar je Paragon dah penuh dengan orang kat luar-luar tu.. Lagi 2-3 hari nak krismas masa tu..

Lepak-lepak kejap kat luar.. sambil amek gambar, sambil isi perut.. sambil berfikir nak paw apaaaaa lah lagi ekkkkkk....







Tiba-tiba rasa malas nak menaip lagi..  Tengok gambar aje lah..





Malam tu faiz ngan din datang semula jemput kitorang kat Orchad Road tu..

 suka lah abang mi dapat jumpa geng dia semula.. 

 kecibung wawa yang tak banyak ragam.. memang senang nak bawak jalan.. 


 bersila lah ngko atas jalan tu... kaki dah lenguh sangat masa ni.. 

 tu dia din ngan faiz.. tengkiu korang bawak kitorang jalan2 JB n Singapore.. panjang umur kitorang datang lagik :)


Esok nya melayan Dinosour Theme Park kat otel aje,,

cantik theme park kat KSL ni.. tapi ada 1 gambar ni aje.. mekchu sibuk berenang tak de sape nak amek gambar.. 

Lepas berendam, balik apartment kemas2 dan terus check-out.. itinerary paling standard bila bawak budak bercuti.. Wajib kena ada pool.. Suka lah dorang..

gambar sebelum check-out.. gayat tu sebenarnya.. dia memang main cermin aje.. sayuppppp je rasa.. 

ok gambar last.. 

Mekchu beli apa? Mekchu tak beli.. mekchu tunjuk, papajib yang beli.. hahaha..

Thanks papa for this speacial treats.. Mama happy sangat sebab kereta penuh dengan barang mama..

Tak rugi aihhh menambung untuk minik.. (^_^)


by mekchuN (^_^)

Monday, May 30, 2011

Singapore Itinerary

Yeyyyy.... akhirnya keluar jugak entry yang dinanti ramai ni.. (bersengkang mata mak ko nak..)

Kami ke Singapore adalah selama 3H2M di bawah travel pakej.. kalo kat seremban ni mekchu amek Proxima Travel & Tours.. pegi-balik drive sendiri dan kedua-dua malam stay di The Zon Regency Hotel, JB.. hotel tu tersangat lah strategik sebab dekat dengan stulang.. kedai makan banyak sangat kat area hotel tu.. dan dekat jugak nak masuk singapore..

bilik cantik.. sesuai sangat kalo setakat nak balik mandi & tido kan..

itinerary adalah request daripada kami sendiri... kalo ikutkan memang travel ejen ada sediakan city tour lawat esplande, singapore flyer, merlion park, geylang, semua2 tu.. tp tujuan utama kami adalah nak ke USS dan shopping sahaja.. sbb tu dia jadi percutian yang agak pendek dan sendat tapi happy... haaa, punyalah susah nak luahkan perasaan tu kannn...

Bila dah di customize semua, jadi lah macam yang tertayang part by part macam hari tu.. terima kasih sebab sentiasa follow mekchu dan bg semangat soh update.. tanpa korang, siapalah mekchu (sempat)..

kalo ikut itinerary kami hari tu, kos seorang hanyalah RM485 sahaja.. murah kan.. semua orang boleh pergi.. tak payah nak tunggu turn dapat duit kutu pun boleh pegi..

Apa yang dapat untuk RM485 tu?
1. Tiket masuk USS (harga tiket je dah RM170 untuk dewasa. kanak2 umur 6 tahun ke atas tak pasti pulak berapa.. ahakssss)
2. 2 nights stay at The Zon Regency Hotel, JB (included b/fast)
3. Transport ke USS pergi dan balik (pegi pukul 9 pagi tunggu kat lobi, balik up to 10 malam.. tp kitowang dapat bertahan sampai 8 malam je.. melecet... hahahaha)

Tatau lah ok ke tak.. tp itu lah pakej yang kami amek masa kat sana hari tu.. tidak termasuk transport untuk 2nd day dan makan minum tau.. transport 2nd day tu kami cari sendiri.. kalo ikutkan dalam RM500 untuk sewa transport sehari siap ngan driver nak bawak kita jalan2 (upon request nak bawak gi mana). Nanti sewa transport tu bahagi lah dengan umat manusia yang join trip kan.. kalo 5 orang, kena lah tambah sorang seratus.. gitu....

Untuk makan dan minum, memang tak jadi masalah.. tapi mahal sikit la kan.. bila simpan duit nak beli henbeg tu, jangan lupa simpan untuk duit makan sekali.. hahaha.. mana la tau excited pikir henbeg, henbeg, henbeg kan, sekali duit makan terlupa.. x de tenaga pulak nak shopping..

Itu je lah kot itinerary yang mekchu boleh share.. simple dimple je pon.. kitowang pun plan last minute jugak.. kalo proper, mesti boleh dapat yang lebih baik..

Jadi harap explanation tadi dapat menjawab kepada soalan kawan-kawan hari tu (felling rancangan bersama mekchu gitu....)


 
 

dan soalan-soalan tambahan dari kawan-kawan..

Jawapan kepada bitt: baaaaanyak sangat.. soklan tu jugak yang mekchu dok tertanya2 dulu tapi tak de sape nak tolong jawabkan.. kali ni biar mekchu yg jawabkan.. hehehe.. bitt jgn risau tau.. setiap satu theme tu mmg akan ada menan untuk budak.. mak dgn bapak budak pun boleh join sekali..


Jawapan kepada mummysyafie (nor) : kat sana ada disediakan rental stroller.. yg kecik ada, besar ada.. kalo malas nak bawak, boleh je sewa USS punya.. nak masuk mainan kat dalam tu mmg tak boleh bawak la stroller ni.. kena parking kat luar.. mmg banyak tempat parking stroller.. mebbe 'susah' kat situ kena dokong budak sambil beratur kot.. atau pun 'susah' dalam erti kata lain, pintu keluar yang jauh dari tempat parking stroller.. kena 'menjemput' stroller.. hehehe.. nor, tak de apa la yang susah.. kalo tak bawak lagi susah kot..


Jawapan kepada yana : a ahh.. 2-2 malam tido kat JB sebabnya harga hotel kalo stay kat JB ngan singapore jauh berbeza.. lagi pun hotel yang akak tido tu dekat sangat ngan Woodland (pintu keluar masuk SIN-JB)..  sewa keta org JB ngan sewa keta org singapore rasanya yang singapore lagi mahal :) itu pendapat akak ko yang berlagak pandai ni aje la.. hahahaha... yana boleh survey dulu kot..


Jawapan kepada bitt (eh, banyaknya soalan dari dia.. hahaha) : game yang basah2 ada la satu dua je kot.. tak perlu sampai nak bawak rain coat.. hehehe.. kelakar la bitt ni.. tapi kalo bawak budak harussss bawak kan baju spare dia.. kot2 la dia nak berenang air dinosour tu kan..

Itu lah serba sedikit info yang mekchu boleh share.. kot2 ada soalan yang belum terjawab, sila kan tanya.. 

Kalo nak review balik entry lepas ada kat sini (kat belah tepi kanan tu pun dah buat link)
Kalau dah pegi nanti jangan lupa tag mekchu :)

Saturday, May 28, 2011

us @ Orchard Road

Sepanjang 2nd day adalah di Orchard Road semata-mata... plan asal konon-konon nak spend separuh hari je kat situ, lepas lunch nak jalan-jalan kat tempat lain pulak.. tp disebabkan kat sana tengah summer sale, maka dari pagi sampai petang lah kami berada kat sana tu..

Orchard Road adalah sorrrrrrrga membeli belah.. harus tuju tempat tu dulu sebelum perkataan 'tak sempat' muncul..

 transport kami pada hari kedua.. tak sama dengan dengan 1st day dan kali ni adalah MPV. tak naik transit lagi maka tak perlu turun naik imegresen dan kastam.. duduk je dalam keta.. nnti org imegresen tu panggil nama (base pada passport) nanti masing2 angkat la tangan.. mi-cah sukeeeee sangat.. xicted gile tunggu org tu panggil nama dia..

amacam anak2 semua... best tak? (itu belum sampai lagi tu...)

Ok, mood mi-cah hari kedua agak kelaut sikit.. mebbe rasa penat berenang air dinosour tak hilang lagi.. jadi, dia adalah meragam sekepuk hari tu... serius tak tenang nak shopping.. mekchu cadangkan korang pegilah orchard rd ni dulu, baru masuk USS.. jadi semua masih full energy lagi..

salah satu cara nak bagi dia diam buat sementara waktu, bagi main camera... asalkan dia senyap sekejap pun jadi lahh.. mama-chu nak membeli dan membelah..

dah dapat camera sibuk suruh mama posing... x de hal punyaaaa...

Dress-up hari kedua ntahapaapantah sebab pakai selipar.. rasa comot momot je.. tu kaki ada lebam la pulak.. ntah apa punca tak tau.. hahaha.. papa-jit geleng kepala je.. sakit2 pun bila dapat shopping, hidup nyawa...

another shoot by mi-cah... mama-chu seronok membeli barang anak....

 kalau t-shirt gap budak tu selalu dlm RM59, kat sana dapat la dalam RM45 (itu contoh)..

nak kata barang-barang kat sana murah tak de la sangat... murah siiiikit la dari mesia.. tapi yang mekchu suka dia punya design yang sangat cantik, terpesona dan updated.. berbeza sangat design yang sampai kat mesia.. kadang2 tu terpikir jugak adakah ada badan yang mengawal berang2 kat mesia ni.. bila sampai barang baru, dia sapu dulu.... adakah??

tak sangka jugak, negara moden mcm ni tapi masih kurang menyediakan kemudahan sepatutnya.. nasib baik mi-cah mempunyai seorang papa yang gagah #TDDMKA

 2nd day cuaca hujan rintik-rintik.. nasib baik agenda kami dalam bangunan aje..

 satu-satunya gambar kami beramai-ramai.. itu pun tak cukup korum..

tengah tunggu kereta nak pegi lunch.. sempat sekeping untuk kenangan...

driver bawak makan kat Geylang Serai.. jauh jugak dari Orchard Rd tu.. terasa masa tu cepat je berlalu..

baru perasan gambar makan satu pun tak de.. memang kalo time makan, kena cepat2 suap mi-cah ni.. mood dia nak makan akan datang sekejap aje... jadi kalo time tu ko nak snappo bagai, memang dia akan marah.. tapi jangan risau, kedai makan kat sana teramat banyak pilihan dan senang nak cari yang halal.. 

hahahaha.. kelakar pulak tengok gambar mi-cah ni...

kami ke Geylang Serai memang untuk makan semata-mata.. tak sempat jalan-jalan pun... 

"nak pegi mana lagi" tanya driver
"kita pegi Orchard Road balik ye" jawab papa-jit

sesungguhnya jawapan itu membuatkan mekchu tersenyum.... yeaaaahhh kita sambung shopping... 

memang dalam hati tu teringin nak city tour macam pegi Merlion Park, Esplanade, Singapore Flyer semua tu tapi kitowang tak de banyak masa dan shopping adalah lagi penting.. hahahaha.. mmg dasar....

memang pandang dari dalam keta je la.. mebbe next time bleh wat trip khas untuk city tour dan sesungguhnya kena tunggu mi-cah ni besarrrrrr dulu..

bugis junction pun main pandu lalu je... 

 yang penting dah sampai Orchard Rd kembali untuk meneruskan misi... kita ada misiiiiiiiii... hahahaha... 

semua tau kan, kat sana kena lalu tunnel kalo nak melintas..

dun u ever2 melintas jalan.. nanti kena saman.. bayangkan kiri & kanan jalan penuh dgn shopping complex.. kalo sekejap nak beli barang kat sebelah kiri, sekejap nak beli barang kat sebelah kanan memang tak dapek den nak nolong...


 sorga bagi ku.... sorrrrrgaaaaaaa.....

kami cari kedai levis $200 dapat 2 pasang.. pas tu dapat voucher $80 kalau kita pakai levis sedia ada.. tapi ntah mana ntah kedai nyaaaaa.. jumpa kedai yg kecik je.. 

 kami hanya sempat masuk Wisma Atria, takashimaya, TANGS, Lucky Plaza & last sekali Paragon ni... 

Kat Wisma Atria beli baju2 mi-cah.. Takashimaya beli apa tak ingat.. TANGS beli henbeg #1 dan henbeg #2, Lucky Plaza beli souviners dan levis papa-jit dan Paragon beli henbeg #3..

tayang papar bag aje.. barang2 dalam tu biarlah rahsia.. hahahaha.. rahsia lah sangat kan... 

malam tu, kami pun bergerak balik.. brg2 main sumbat dalam bonet keta.. itu lah untungnya bawak keta :) sesungguhnya percutian yang ringkas dan sendat ini memberi memori dan kenangan yang tersendiri.. 

Ok, mekchu start draf itinerary sepanjang kami kat sana.. ingat2 lupa pulak dah... cane ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...