@churalliya

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Wednesday, December 3, 2014

Serangan HFMD

Serius sebelum ni tak pernah nak ambil tahu pasal virus HFMD ni.. yang mekchu tahu dia serang bahagian tangan kaki dan mulut.. hahaha

Malam sabtu ngam2 start cuti sekolah abang mi mengadu macam nak demam.. biasa lah, bila suruh mandi cakap "mi ni macam nak demam lah mama..."

Mekchu malas nak layan aje bila dia mengadu mcm tu sebab itu dialog biasa kalau malas nak pegi sekolah.. Sehingga lah pada hari Ahad tu..

Tiba-tiba nampak banyak bintik merah kat lutut dia.. petang tu nampak dah tumbuh kat tangan dan kaki.. Aiiiyokkkk anak aku ni macam dah kena penyakit kaki mulut je ni..

So 1st time google simptom2 HFMD.. gugel sama2 dengan abang mi.. tunjuk gambar2 semua kat dia..

Dan memang sah laaa... terus bawak pegi klinik..

tangan, kaki dan mulut abang mi.. so scary maaaa... 

Part tangan ngan kaki tu x de apa.. tak gatal pun dia kata.. tapi tang mulut tu yang kesian tu.. mengamuk tak dapat makan minum.. kesian nya tengok.. Perut lapar, tapi tak bleh makan.. sakit kan.. kita yang kena ulser seketul ni pun sakit macam nak sepak orang... ini kan pulak penuh 1 mulut..

"tengok perut mi dah leper....." ~ terus meraung

Klinik bagi ubat sapu.. memang tak berjaya lah kan nak sapu kat ulser budak.. Kawan2 fb cadang belikan ubat spray ni..

boleh beli kat farmasi.. memang bagus sbb spray.. abang mi senang lah jugak nak jaga.. bagi aje ubat ni kat dia, nanti dia spray sendiri kat mana yang sakit sblm makan.. boleh la jugak makan sikit2.. 

Selang 2 hari lepas tu benda yang mekchu risaukan terjadi.. Wawa berjangkit... uwaargghhhh sedihnyaaaaa....

 wawa baru balik dari hospital.. tak nak pegi klinik sebab ubat dia ala-ala aje.. tu ubat dari Colombia.. 

 luluh hati mama tengok wawa lembik tak larat, tak nak makan, tak nak minum.. 

 banyak kemain ulser dalam mulut wawa.. tu yang dapat selak.. yang kat belah dalam banyak lagi.. 

kena tengok tmpt ulser.. so nanti senang nak spray kat situ.. kat lelangit pun banyak tapi tak boleh nak spray sebab dia melalak ya ampun punya kuat...

Sedikit fakta HFMD.. ini dari pengalaman mekchu sendiri..

  • Penyakit ni adalah disebabkan virus.. So tiada antibiotik untuk virus.. Kalau bakteria je ada antibiotik. Kalau mintak antibiotik kat doktor memang tak akan dapat..
  • Tempoh jangkitan amat sekejap.. dalam tempoh 2 hari akan boleh nampak kesan samada kat tangan/kaki/mulut
  • Penyakit ni akan sembuh dalam tempoh 3-6 hari bergantung pada tahap jangkitan virus
  • Bintik2 di tangan dan kaki tiada side efek.. bermaksud tidak gatal.. Kemungkinan ada beberapa bintik yang seakan-akan chicken pox sebab ada air di dalam.. 


Ini pulak sedikit tips kalau anak kena HFMD (ini pun kawan2 yang banyak bagi tips)

  • Kena pastikan anak tidak dehydrated.. kena pastikan anak2 minum walau pun sedikit.. dan monitor pampers anak supaya tidak kering/anak kencing.. Kalau pampers basah tu maksud ok lah tu
  • Kena bagi makan/minum jugak.. lagi kerap makan/minum lagi cepat anak2 boleh recover. Ini part paling susah kot.. 
  • Kalau ada adik beradik yang kena jangkitan, kalau boleh asingkan segala2 nya dari mereka.. Asing bermaksud kena tinggal asing2 kot.. Mekchu dah cuba asingkan dorang tapi tetap berjangkit..
  • Bagi anak2 minum susu/air guna syringe.. nak habiskan 4oz susu mengambil masa selama 1 jam.. masa tu memang habis tenaga melawan tenaga dia.. nak buat macam makan kan, kena jugak.. memang kena jugak bagi minum.. 
Sabtu lepas memang stress sangat jaga wawa.. nampak dia lemah sangat.. bila dia lemah otomatik omak ehh pun lemah.. asyik merengek aje.. ikut kan rasa hati nak je warded kan dia.. 

Sehingga lah papajib wassap bagi tau dia menang hadiah lumayan... 

terus kembali bersemangat.. hilang stress hari tu.. tahniah papa.. 

dan hari ni Alhamdulillah, anak-anak dah kembali sihat.. dah kembali melasak macam biasa.. 

Biar lah mereka nak melasak macam mana pun janji mereka sihat.. HFMD sila pergi jauh2 dan jangan datang lagi.. syohhh syohhhh... 


by mekchuN (^_^)

Friday, April 5, 2013

Kat mana nak order keperluan untuk Majlis Aqiqah

Lupa lak nak buat entry penutup.. Dah janji ngan reader, kena la tepati :D

Mekasih ye sebab masih setia melekap kat blog #ntahapaapantah ni..

Sebelum tu nak bagi tau, info2 yang bakal mekchu share nanti kebanyakkan sesuai untuk penduduk area Seremban... kalau tempat lain boleh jugak nak order tapi mungkin ada xtra charge lah.. Untung oiii jadi orang Seremban sebab ada blogger yang baik hati dan rajin macam mekchu ni.. #sangat!

Memula pasal kambing golek..

Boleh call nombor yang ada kat lori tu.. memang sedap.. tak macam makan kambing sebab tak de bau langsung.. 

kambing dah siap masak.. jadi tak de la terhegeh nak menggolek pagi tu.. ohhh pakej bersekali dengan side dishes..

Goodies untuk tetamu..

Part goodies ni memang pening kepala.. memang kena plan dan booked awal2..

mekchu order di facebook.. sebab geram dengan jar dia.. 

ada banyak pakej.. mekchu order bag yang ada mineral bom & jar..  

setiap satu item diiringi gambar wawa... kikiki..

Nak letak apa dalam jar tu kendian pikir.. sebab terlalu geram dengan jar tu so beli je dulu, yang lain2 kemudian pikir.. Last-last dapat idea nak letak biskut2 comel.. sesuai lah dengan size jar tu.. Kali ni cuba nak elak dari bagi gula2.. 

beli kat kedai biskut.. sambil isi dalam jar, sambil isi dalam mulut jugak :)

 
dan begitu lah seadanya untuk tetamu yang hadir.. mekchu suka biskut yg ada kaler2 kat atas tu.. 

Ok, mekchu order kat facebook Mamaliana Doorgift

Kendian pasal Buai Berendoi dan perhiasan pulak

Kalau google pasal buai berendoi ni memang bersepah.. cuma ngam atau tidak je dengan bajet kita.. nak yang macam anak raja pun ada.. tapi ku sadar, wawa bukan anak raja mahu pun anak retis.. hahaha

Jadi, semua pun under bajet.. dan result yang sangat memuaskan hati..

jumpa yang se-tema dan under bajet..

yang paling penting anak ngkoo nak tido dalam buai tu.. 


Mekchu order di facebook Afdayanti Abdul Hamid

Pavlova di Seremban

Majlis Aqiqah yang dibuat sempena birthday papa-jib... jadi sebagai isteri yang tak pernah rasa apa itu pavlova telah mengambil kesempatan order pavlova yang sedap di seremban.. .

Mekchu order di facebook Dessert Queen

Baju? Pasal baju pun ada reader mintak share.. Bahekkk laaahhh... sebab korang suka melekap kat sini maka mekchu buatkan..

[ @ ] churalliya Here we go.. Wearing peplum top from @azorias and matching mermaid skirt from @tiniematasesutera.. Love the peplum coz can wear in both casual n formal.. #azorias @tiniemainy #ootd

Peplum free menang share status Azorias kat facebook hari tu.. Peplum yang menjadi pilihan Hanis Zalikha tu laaa.. Ingat? Ternyata kita tak sesaiz dengan keknis.. sebab ketat bila pakai.. risau je tetas bila nak tarik napas..

Mekchu dan facebook memang tidak mungkin dipisahkan.. Seandainya terpisah, maka postponed lah majlis aqiqah hari tu.. hahahaha..

Ada ke lagi yang terlupa nak share? Kalau ada korang tinggalkan komen lah ye.. nanti mekchu update lagi..

Sebagai balasan atas penat lelah mekchu, korang kena klik LIKE/SHARE pada butang yang ada kat bawah ni boleh? Kalau tak, aii tamo share-share lagik dah.. hemppfffhhhhtt (berpeluk tubuh dan pusingkan badan ke kanan dan libaskan rambut. Lepas tu kena tumbuk ngan orang sebelah dan membalas semula sambil menarik rambut.. Ok, cukup. Drama sangat!)


by mekchuN (^_^)

Monday, January 21, 2013

Kami praktik kan tips ini ~ Tips Tinggalkan Anak Kali Pertama di Tadika/Sekolah

Kami tidak lah sehebat mana.. Masih punya banyak kelemahan .. Kawan-kawan semua adalah kekuatan kami dalam bab menguruskan anak ke sekolah ni..

Bila kami praktik kan tips yang diforwardkan oleh seorang rakan ni (thanks rozette), memang ianya sangat membantu.. Mekchu tak akan share tips yang tak best.. hanya yang best-best belaka dalam blog ni.. hahaha.. (ada ke tips yang tak best?)

Ya, memang agak terlambat nak share.. tak pe la, mungkin boleh digunakan untuk anak-anak yang akan masuk sekolah tahun depan..

Tip tinggalkan anak kali pertama di tadika / sekolah:

1. Bercerita tentang keseronokan bersekolah.
Seminggu sebelum sekolah dibuka, ambil masa melawat sekolah dan berkenalan dengan guru-guru mereka. Bacakan buku-buku cerita tentang keseronokan bersekolah seperti 'The first day of school by Toby Forward' dan sebagainya. Ini meningkatkan imaginasi kanak-kanak bahawa sekolah itu tempat yang seronok, ramai kawan dan banyak permainan.

2. Beritahu rutin harian si kecil.
Menerangkan kepada mereka apa yang mereka akan lakukan sepanjang hari membantu mengurangkan kebimbangan kanak-kanak. Ini kerana mereka tahu apa yang akan mereka buat. Berbanding dengan kanak-kanak yang tidak tahu apa yang mereka bakal lakukan di satu tempat yang asing bagi mereka, anak-anak ini cenderung untuk menangis & meraung-raung. Tangisan & raungan ini menunjukkan tahap kebimbangan mereka untuk ditinggalkan di tempat asing tersebut.

3. Beritahu masa spesifik kita akan kembali mengambil mereka.
Sebagai contoh, "Ibu akan ambil Aiman selepas Aiman makan petang nanti." atau "Ibu akan ambil Aina selepas Aina buat kerja-kerja mewarna tengahari nanti".

4. Konsisten dengan rutin selamat tinggal anda.
Salam, peluk dan cium si anak dengan segera. Kemudian terus lepaskan kepada guru yang bertugas. Nampak mudah, bukan? Namun, hakikatnya, ia sukar dilakukan.

Jangan menangguh walaupun sekejap, kerana ia akan memberi peluang untuk anak memanipulasikan anda dengan tangisan & 'tantrum' yang membuat anda tidak sampai hati untuk meninggalkan si kecil. Terus tinggalkan si kecil walaupun ianya sedang menangis.

Ini juga memberi mesej pada anak ini bahawa; "Walaupun aku menangis, ibu & ayah tetap tinggalkan aku..Oh! Buat apalah aku menangis..."

5. Beri sepenuhnya kepercayaan kepada guru.
Guru anak anda adalah terlatih, telah diberi kursus untuk menangani tingkah laku kanak-kanak. Berikan kepercayaan anda 100% terhadap guru. Mereka tahu tugas & tanggungjawab mereka.

6. Bayangkan anak sedang berseronok, mudah diurus & mengikut rutin di tadika / taska.

InsyaALLAH, apa yang kita bayangkan & doakan, pastinya itu yang akan berlaku. Ingat! Apabila anda tinggalkan si kecil yang sedang menangis, tangisan itu hanya sementara. Setelah anda berlalu dalam beberapa ketika, tangisan itu akan terhenti dengan sendirinya. Tetapi, selagi anda berat lepaskan sikecil dan bimbang tak tentu arah... selagi itulah tangisannya akan berterusan.

Ada juga ibu / ayah yang akan menelefon pihak sekolah sejam sekali untuk bertanyakan hal anak mereka. Perbuatan ini hanya mengganggu dan membuatkan orang tidak suka. Telefon sekali sahaja pada waktu rehat atau makan, itu sudah cukup memberi maklumat kepada kita bagaimana keadaan anak-anak kita.

7. Berikan pujian kepada si kecil setelah anda mengambilnya dari sekolah. Ingat! Pujian harus spesifik. Sebagai contoh, "Ibu kagum dengan keberanian Aiman. Macam itulah anak ibu. Berani, seronok belajar bersama kawan dan senyum-senyum pula tu..." Sebut yang baik-baik sahaja.


Anda pasti menjadi ibu & ayah yang bahagia dan tidak risau-risau lagi.

Tips nombor 4 tu sangat2 mencabar untuk dilakukan... papa-jib je yang boleh buat sebab tu dia ditugaskan untuk hantar anak pagi-pagi ke sekolah..


Selamat mencuba dan semoga berjaya :D
  
by mekchuN (^_^)

Wednesday, December 7, 2011

Tips Untuk Mendapatkan Buffered (BE) Earning daripada Nuffnang

Ok, tips ini amat berguna untuk diri sendiri dan untak kawan-kawan juga.. Bila terbaca sesuatu yang bagus, mesti lah rasa nak share kan..

Copy daripada ceeramoon adik kesayangan kak jemm. ehhh betul ke kesayangan? Hai ceera :)

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

 - Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager


Kat blog mekchu ni ada 3 iklan.. SATU : semestinya nuffnang. DUA : kotak2 yang bersusun kat atas tu daripada ChurpChurp (adik beradik kepada nuffnang jugak). dan KETIGA : iklan banner daripada blogger. Yang KETIGA tu tak boleh nak buang pulak. Sebab itu salah satu sumber pendapatan jugak tu :)

Jadi, sila lah check semula blog korang. Kat mana korang tepekkan Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle nuffnang tu.. harap2 dah sesuai tempatnya.. dan jangan lupa edit survey jugak. Kalau nak baca kesimpulan sila baca kat entry ceera ni http://c33ram00n.blogspot.com/2011/12/tips-cara-dapatkan-buffered-earning.html

Senyum :)

Sunday, October 16, 2011

Belajar pasal emas 916 (betul-betul punya)

Kesinambungan daripada entry yg mendapat kemarahan ramai tempoh hari.. dan 'semalam' yang dimaksudkan kini, tidak membawa maksud yang sama lagi :)

Tiba-tiba semalam kami berada di salah satu kedai emas yang mahsyur di seremban.. hahaha.. mashsyur lah sangat kan...

Flash back. Masa beli gelang yang hancur berderai tu harga emas RM197/gram.. kenapa la beli waktu harga tengah tinggi kan.. tak agak-agak nak survey harga emas dulu sebelum pegi tukar barang..  berlagak pandai.. main terjah je macam banyak duit..

Len kali, kalo korang nak pegi beli emas atau paling IN sekarang nak tukar barang kemas, tolong amek tahu beberapa perkara penting nih..

1. Semak harga pasaran emas semasa. Korang boleh semak di sini. Setakat hari ini harga emas adalah RM189/gram.. Dan harga dijangka mencecah RM250/gram menjelang tahun depan.. "fuhh, nasib baik dah kawin" kata papa-jit.. hahaha.. pengsan sape yg tgh cari barang kemas buat batal air semayang..

2. Sampai2 je kedai, minta amoi kedai timbang barang kemas yang nak tukar tadi tu dan culculate sendiri harga emas tersebut.

Contoh : Nak tukar gelang yang dah pecah berderai. Berat gelang 10gram. Harga emas RM189/gram. Oleh itu, harga gelang dianggarkan RM1,890. Tapi tidak bermaksud korang boleh amek gelang baru pada berat yang sama.. no no no.. mekchu pun baru belajar ni..

3. Kedai akan tolak 20 - 25% daripada harga emas tadi.
Amek balik contoh tadi.

Contoh : RM1,890 - 20% = RM378. Makanya RM378 akan ditolak daripada harga gelang yang kita nak tukar tadi. Dan harga bersih yang korang boleh claim adalah RM1,890 - RM375 = RM1,512 sahaja.. opss itu belum campur dengan harga upah tau.

4. Harga upah pulak. Selalunya bergantung kepada design sesuatu barang tu.. kalo complicated susah nak ukir, maka mahalnya harga upahnya.. Korang WAJIB kena tahu berapa banyak harga upah yang dikenakan. Selalu pelanggan tertipu di situ.. Amek contoh trade in gelang emas yang tadi tu.

Contoh lagi. Harga bersih selepas ditolak tadi RM1,512. Kalo ikutkan harga emas sekarang korang bleh amek barang berat dalam lingkungan 8gram. Tapi akan ada harga upah disitu. Selalunya kedai akan ambil dalam 7 - 10% sahaja dari nilai emas kita tu. Kalo lebih2 makanya korang kena rampas culculator dan kira semula.

Perbandingan :
Memang akan ada kerugian disitu.. Tengok sini.. Eh, baca sini...

Berat asal gelang yang kita nak trade-in tadi RM1,890 dengan berat 10g.. Dan bila beli gelang yang baru (kalau tak nak tambah duit) korang hanya boleh dapat gelang dengan berat 8g sahaja.. Itu anggaran lebih kurang kasi senang nak paham.

Kenapa begitu? Ada 2 sebab utama . Kedai akan tolak 20 - 25% tadi tu (#3) dan harga emas adalah semakin menaik dan menaik. Tiada menurun, semua menaik...

Oleh itu, kalau ada duit lebih daripada beli henbeg coach sampai 7-8 bijik lebih baik kita beli emas buat pelaburan.. Nak ulas pasal pelaburan emas kat bank tu mekchu tak pandai..

Tiba-tiba semalam..... (hahahaha baru nak sambung cerita)


Korang buat lah ayat sendiri ehhh... :)

Walau pun halusssss... tapi amat bermakna.. aaa aaa aaa aaaii sheteruu papa ;p

Tuesday, April 19, 2011

Hidden Request di facebook

Bagus jugak kena tinggal hujung2 minggu kat rumah.. boleh jugak menggodek balik setting dan edit friends kat facebook ni..

Ramai jugak friends request yang mekchu tak accept.. asal nampak macam pelik je, terus klik NOT NOW.. mekchu hanya akan terus accept kalau mmg kenal dan boleh dipercayai sahaja..

paling kena hati-hati kalo dia pakai gambar artis, gmbr katun, gambar pelik-pelik la.. pas tu nama jenis yg tak pernah dgr.. itu konpom masuk dalam list NOT NOW.. lagi satu, kalau betul2 dia ada ramai mutual friends boleh gak terima lagi.. ini jenis kurang dari 10 mutual friends.. pas tu mutual friends tu pulak datang dari friends yang macam tak de kaitan.. fuhhhh, mencabar memori sungguh nak kaitkan apakah tali persaudaraan dorang..

asalnya ada 87.. banyak yang kena delete terus... setelah di tapis, tnggal 32.. biar je dorang kena kurung dulu kat dalam tu..

korang, hati-hati taw.. sebab pernah terjadi ada mamat sorang ni dia selagi boleh nak pakai nama & gambar opismate mekchu.. kalau tgk, mmg pasti dia adalah opismate mekchu.. dan bila kita accept, dia terus kutuk, maki bertubi2.. WTF....

ce cuba lah pakai nama dan gambar yang sebenar.. paling tidak pun salah satu identiti yang orang boleh kenal kita..byk sgt kes penyamaran skang ni.. takottttt....

kawan-kawan nak add mekchu silakan...
http://www.facebook.com/suraya.mazni.. kalau dpt tinggalkan message masa add tu lagi molek :)

opss, sambil-sambil tu add lah mekchu di twitter jugak..
http://twitter.com/churalliya.. ngeeeeee..

Thursday, February 3, 2011

Doakan anak setiap hari

Luangkan sedikit masa untuk baca apa yang tertulis kat bawah ni... di forward oleh kawan lama.. hye nurul :)
Sejak kebelakangan ni, kadang2 memang sangat terasa hati dengan perangai najmi.. semakin hari semakin nakal dan tak nak dengar cakap.. lagi dia jerit & sepak2 kita.. pulak tu tangan dia cepat memukul dan menampar.. sakit di kulit dan sakit jugak di dalam..... kalau dia marah, apa yang ada kat tangan semua dia lempar....

Tapi, jangan salahkan budak tu.. memang budak tu lahir tanpa peraturan.. kita sebagai parents yang tetapkan peraturan untuk dia.. kadang2 tangan ni cepat je mencubit dan menampar dia.. bila perasaan dah menguasai, macam tu lah jadinya... 

Bila dah baca artikel ni, terus rasa insaf dan berusaha kalau boleh nak ikut setiap apa yang tertulis.. memang tak boleh terus berubah hundred percen sekali gus.. tapi sekurang-kurangnya kita mencuba kan... moga najmi lepas ni akan jadi lebih behave dan dengar kata... amin...

****** the article begin *************

"ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!"

"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap
peringkat umur mereka saja).

"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).

Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'.

Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan
alam sekeliling yang ingin diterokai.

Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?

Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.
 

  • 1. Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.

Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
 

  • 2. Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.
Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.

Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri untuk ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperoleh.

  • 3. Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan dia demikian.

Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula
. 

  • 4. Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.
Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.

Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.

  • 5. Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan kerenah anak yang menghiburkan.
Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.

Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut pada ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak
. 

  • 6. Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).
Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.
 

  • 7. Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.
Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak 'makan' dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.

Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi. 

******* the article end *******

ada benarnya kan??? sebab itu lah dalam Islam menuntut kesabaran dalam setiap insan... kalau tak sabar, memang banyak yang buruk dari baik... 

najmi, bila dah besar dan boleh baca nanti, mama harap najmi bacalah blog mama nih... print dah jadikan panduan untuk didik cucu-cucu mana pulak nanti... hahahaha... ke situ pulak dah... 
jangan lah serius-serius sangat... tau la mekchu tak pernah wat entry serius... jom tengok gambar mi-cah masa umur 7 bulan tu... comel nye anak mama..... prektis.. prektis.. ingat, selalu lah puji anak korang sebagai tanda yang kita hargai dia... errmm dah lupa la tu.. dah, gi baca balik no.1 sampai 7 tu..

Monday, January 10, 2011

Inilah inovasi yang dinanti

Satu orang, satu inovasi.. rasanya dah dapat idea terrbaek untuk cadangkan inovasi tahun ni..

Mekchu panggil ni sebagai inovasi drill dinding (IDD).. hahaha...

Dapat tau inovasi tu masa proses pertukaran tv kotak kepada tv leper berminggu-minggu yang lepas.. memandangkan rumah pun tak berapa nak lapang, so kitowang plan lekat kan kat dinding aje..

Dalam hati tu sbnarnya dah risau, habislah rumah berhabuk.. kan ke kena drill.. itu konpem berhabuk.. dah prepare fizikal mental utk capai mop semua..

sekali terkejut dan ini lah kejutan gembira namanya..


uncle Regza sedang mendrill.. terus dapat nama Regza.. sib baik bukan uncle BoMba..

korang nampak surat khabar yang dijadikan penapis habuk tu? memang cukup inovasi tanpa sebarang kos..

senang je, amek paper lama, lipatkan jadi bentuk 3 segi.. pas tu amek plaster & tampal betul2 bawah tmpt nak buat lobang tu.. bleh alih2 kat lobang seterusnya.. tak jadi masalah..

nak tau apa yg kitowang buat selama ni kalo buat kerja2 drill ni? sorang mendrill kat atas, sorang lagi kat bawah tadah pakai vakum smbil tutup mata.. hahahaha.. punya lah nak pastikan rumah tak berhabuk kan..

dan inovasi tu telah dipraktik kan baru-baru ni..


hahaha... over la pulak siap ber'kupiah'... rasa mcm nak soh bro.john drill satu rumah..

akhirnya.......... sabtu lepas kotak terakhir kitowang masa pindah 2 tahun yang lepas siap di kosongkan.. lega...

ni saje nak tayang kenangan bersama tibi kotak.. jangka hayat yg sgt panjang.. dari rumah bujang, membawa ke rumah kuarters dan seterusnya rumah seremban ni.. sekarang tibi ni ada kat rumah labu pulak..


perhatikan gambar anak beranak yg pakai baju fefel tu.. dia dah duduk kat situ hampir setahun..


dan tara... kesian kan baru nak merasa.. semorang dah tertahun pakai tibi leper kan.. kitowang baru nak merasa :( 40" cukup?

setelah adanya inovasi drill dinding (IDD) tu, sudah tiba masanya gmbar anak beranak yang tadi tu di lekatkan pada dinding..

suka bila rumah dah semakin berseri ni.. walau pun balik seminggu sekali, tak pun 2 minggu sekali, tak pun sebulan sekali.... tapi mekchu sayangggg sangat ngan rumah ni...

korang boleh cuba tips ni.. eh, tips ke? memang puas hati tau.. apsal la dari dulu tak jumpa dgn uncle Regza tu..


ok boss, untuk tahun ni saya cadangkan inovasi drill dinding (IDD).. ok tak? hahaha..

Sunday, December 5, 2010

Kegembiraan berganda

niat hati mmg nak cari syampoo & conditioner dove - intensive repair.. selama ni pakai syampoo mana-mana pun bila habis sebotol mesti tukar syampoo lain.. pantene, sunsilk, dove, loreal, head & shoulder.. nmpk je iklan baru kat tv, esok tu mesti dah gi beli..

tp sejak pakai dove packaging baru ni terasa jatuh chenta pulak..

tgh carik2 syampoo & conditioner tu sekali terjumpa pulak dgn set x-mas ni.. beli syampoo & conditoner dapat shower cream.. ini sudah bagus.. ciri2 pembeli berhemah mmg sentiasa mekar dalam diri..

cpt je buat congak kira2 untung atau rugi.. jom lihat perbezaan (harga adalah anggaran tp hampir tepat rasanya):

1. syampoo (besar) - rm16.90
2. conditioner (besar) - rm16.90
3. shower cream (kecik) - rm6.00

Jumlah kalau beli ala-carte : r
m39.80

tapi dgn set x-mas utk ketiga-tiga barang tu boleh didapati dgn harga rm29.90 sahaja!!


kegembiraan pertama adalah jimat rm9.90..

bila nak bayar, adik cashier hulur pulak 2 batang sikat dove.. mula2 ingatkan dia perli sbb rmbut mekchu mpk kusut hari tu.. bila tya, dia ckp prezen sbb beli set dove x-mas.. O.M.G...


kegembiraan kedua adalah dpt 2 batang sikat secara percuma.. kebetulan sikat kat rumah tu (prezen beli darlie) pun dah patah kena baling ngan najmi.. mulai hari ni teringin nak jadikan mengumpul sikat free sebagai hobi.. hahahahahaha...


boleh di dapati di guardian berdekatan..

korang kalau sedang mencari syampoo yg sesuai utk rmbut kering, rosak dan tak bermaya, mekchu cadangkan dove - intensive repair.. terrbaik!!

Wednesday, September 1, 2010

Tips penjagaan compact powder yang dah pecah berderai

Pakai compact powder?? ke pakai loose powder?? ke tak pakai apa-apa??

Pernah tak jadi mcm ni??
pandangan dalam


pandangan luar

Itu adalah compact powder The Body Shop.. setiap kali nak abis (bhgn tengah dah kosong, tnggal kat tepi2 je) setiap kali itu lah masalah kepecahan ni akan berlaku..

Mcm mana korang buat??
1. Buang kan aje & beli yg baru
2. Pakai smpai titisan terakhir

Jika jawab no.2 sila ke soalan berikut
Mcm mana cara penjagaan kalo nak pakai smpai habis.. sbb dia akan bersepah di merata-rata henbeg..habis melekat kat camera, wallet, dan segala mak nenek yg ada dlm henbeg tu..

Jawapan korang amat dihargai

*****

Bagi mekchu, mekchu pilih jawapan no.2..

bleh pakai lagi 2-3 bulan wooo.. kalo sape yg jwb no.1 tu lepas ni aii nak declare jadik best pren la.. nak rasa kawan ngan org kaya.. hahaha..

Cara penjagaan compact powder yang mekchu praktik kan bila pecah berderai tapi kedekut nak beli yang baru..

1. Gunakan mana-mana poket yg free kat dlm henbeg dan campak dlm tuh supaya tak ganggu brg2 lain yg ada dlm henbeg coach tu..

2. dulu masa pakai pad whisper, setiap keping pad ada plastik yg ada gam tu.. pastik tu mekchu gunakan utk simpan bedak ni.. simpan dlm tu, pas tu gam kan blk.. gam dia kuat tau.. dah agak2 nak tekoyak, tukar lain..

mekchu letak la compact tu kat dlm plastik tu.. hahaha..

Korang lak camne? jom share.. tp chop!! kena jawab soklan tu dulu ye...

Tuesday, August 17, 2010

Tips "How to make ur home lively"


Korang rasa penat tak nak update belog bulan puasa ni? nak tekan caps lock pun tak larat.. hari ni mencabar betul.. kena audit ngan SIRIM... pergghhh.. siiiiiiiikit lagi mekchu nak nanges tadi.. tetiba teringat tgh puasa.. nnti batal lak puasa.. kuatkan semangat wahai mama beranak satu!!

apa yg ko bebelkan ni wahai perempuan..

cane korang ada idea nak menulis bulan2 puasa ni erk?? kot-kot ada petua makan apa masa sahur kan.. meh la share..

dah separuh tenaga hilang nih.. sib baik balik nnti mak yg masak.. bro.john yg belikan.. ok ok ok... bila teringat makanan terus semangat tu datang...

ladies... start ur engine...

minat hias rumah dgn kos yg minima?? arrr meh sini mekchu tunjukkan tips menghias rumah.. kan nak raya x lama lagik..

3 special steps how to make ur home lively..


Step 1 : Sediakan bekas

kecik tu rm5, besar tu rm8.. beli kat kedai 2 hengget


Step 2 : Beli & rendam jeli

jeli pun beli kat kedai 2 hengget..


masa merendam.. biar sekembang yg buleh.. itu je mangkuk hayun yg mekchu ada kat umah sban tu.. paling besar dah tu


Step 3 : Masukkan jeli ke dalam bekas & hias

susun ikut cita rasa.. baik-baik kalo kat umah ada budak kecik.. lagi pulak kalo yg bertangan laju dan kuat menyepak.. bahaya kalo letak rendah


kemain tinggi melangit.. yg atas sekali tu pakai kosi pun tak tentu smpai..
mmg meleleh najmi tgk


dah la tu mekchu.. tak yah la buat tips lagi.. tips mcm ni semua org pun tau.. hahaha..

suka sbb dia kaler-kaler..

kat opis pun ada gak.. tp selalu terabai smpai kecut2 jeli tu.. oh kesian nye pohon-pohon ku itu.. tuan ko puasa.. ko pun kena la puasa jugak..

betapa tak larat nye mekchu hari ni.. boss bg tau pagi tadi budak2 cpt letih masa puasa sbb metabolisme badan dorang tinggi.. dorang aktif dan nak membesar..
adakah metabolisme mekchu masih tinggi? dan adakah mekchu masih nak membesar jugak? adakah apakah??

ok la.. masa dah time.. nak siap2 masuk miting majlis khatam al-quran.. apsal korang gelak? ini mmg benar belaka..


Wednesday, July 28, 2010

Mummytwins si silent reader


dah lama pendam.. sbb dia pun on off je.. kalau makin dilayan, makin menjadi pulak kan..

korang pernah tak dpt silent reader yg entah apa-apa?? tak tahu apa tujuan dia komen mcm tu.. nak gelak pun ada.. sbb selama ni mekchu baca komen dia mcm kelakar sgt.. rasa mcm dia cuba nak mendekati mekchu dgn cara tersendiri.. so sweet...

dia hanya kenalkan diri dgn id mummytwins.. ada anak kembar kah?? kalo betul, mmg ngko beruntung sbb bukan senang nak dpt kurniaan Tuhan itu.. tp alahai.... kenapa la ngko ni semacam tak menghargai segala keistimewaan/anugerah Tuhan tu??

mekchu bangga dan happy sbb dia rajin klik belog oren ni dan ikuti perkembangan mekchu...

dia komen mcm nih kat salah satu entry mekchu..


mekchu baca tergelak ok.. jauh sekali nak kecik hati or so eVer.. rasa mcm dia nak gurau2 manja gitu... tunjuk ngan bro,john.. dia pun gelak..

terus buat derk ngan ibukembar ini..

lepas tu, agaknya mekchu senyap je kan.. member pun hangatkan blk suasana.. dia tulis kat shoutbox mekchu masa entry najmi dpt moto baru tu..


hahaha.. betul jugak tu kan... ibukembar ni mmg teliti dan prihatin org nya.. nak buat cane.. dah mekchu ni ada darah keturunan cina.. of kos lah ada iras tokeh tu.. sbb tokeh tu kan org cina..

dan buat pertama kalinya mekchu menjawab...


lepas tu hari ni mekchu buat2 terkejut sbb ibukembar itu telah menulis dgn nada yg agak sopan santun pulak.. tak tahu lah apa angin dia..


dan mekchu malas nak percaya sgt.. bahaya percaya dgn org yg kita tak kenal kan..


ini lah risiko berblogging.. kita akan hadapi dgm mcm2 kerenah pembaca.. ada yg baik dan ada yg saje mau bikin panas... kalo tak de org mcm ibukembar tu tak meriah la pulak dunia belog ni kan.. hahahaha

kpd ibukembar, mekchu ucapkan terima kasih atas komen yg sungguh mencuit hati itu.. dan mekchu teringin sgt nak tau siapa sbnarnya mummytwin di sebalik nama.. entah2 kawan lama ke.. jiran lama ke.. nnti PM tau.. peace..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...