@churalliya

Showing posts with label let go. Show all posts
Showing posts with label let go. Show all posts

Friday, May 31, 2013

Baju Kurung Rizalman untuk di let go

Teringin tak nak pakai baju dari Rizalman? Teringin tak? Ni ada berita baik..

Mekchu ada sepasang baju kurung furshia pink dari Rizalman untuk di let go..

Info mengenai baju :
1. Dibeli pada Ogos tahun lepas (bulan puasa tahun 2012). Masa tu sedang pregnen 6 bulan.
2. Baju adalah dari koleksi 20 by Rizalman yang paling hot sempena hari raya di cawangan Tesco di seluruh Malaysia masa tu..
3. Size L dan material adalah dari lycra
4. Dibeli pada harga RM250.
5. Baju labuh dan tutup montot
6. Dah tambah munge-munge jahit sendiri pada kedua belah tangan.

Ok, ini rupa baju tu bila model yang pakai..


Dan ini rupa bila perempuan mengandung pakai..


Hanya pakai sebanyak 2 kali sahaja..

Yang pertama masa berjalan raya tahun lepas...


Dan yang kedua masa Majlis Santapan Negeri pada awal tahun hari tu..


Masa dinner ni lah baru perasan yang baju ni agak besar bila dipakai.. Amek gambar pun semua kena menyorok belakang suami :) Ambil size L dengan harapan muat semasa mengandung dan muat juga selepas mengandung.. Nampaknya memang tinggal harapan..

Lama jugak pikir nak let go ke tak nak sebab sayang weiii... Dan dari simpan dalam almari lebih baik let go aje.. Kenapa mekchu nak letgo baju ni sebab besar bila dipakai... Uols tahu lah kan ibu muda ni kan kecik aje orangnya.. pangggggg!!

20 by Rizalman


Ukuran baju :

  • Bahu 15"
  • Labuh baju 27"
  • Labuh kain 38"

Kenapa warna nampak lain? sebab kita tak de camera canggih.. warna sebenar tengok kat gambar model kat atas tu..

baju yang cutting kembang di bahagian dada yang membuatkan mekchu jatuh hati.. dah tambah munga-munga kat tangan tu.. kalo tak suka dun worry mekchu boleh bukak semula.. 

kain pulak jenis bergetah.. jangan cakap tak muat ok.. ahkak yg dulu mengandung 7 bulan pun boleh muat.. 

Siapa yang beli, mekchu bagi paper bag Rizalman ni sekali.. InsyaAllah mekchu akan simpan elok2 setiap yang mekchu sayang..

Mekchu bukak harga RM150 sahaja.. Siapa yang berminat boleh terus emelkan di churalliya@gmail.com atau pm kat fb https://www.facebook.com/suraya.mazni.. Siapa cepat dia dapat..

Tak payah tunggu jadi retis baru dapat nak pakai baju Rizalman ok (^_^)

Update : Harga boleh nego.. sila emel untuk borak-borak panjang.. 

Update : SOLD OUT

by mekchuN (^_^)

Tuesday, December 11, 2012

To Let Go : Red Mini Polka Penny from ThePoplook

Saya ada sehelai penny mini polka warna merah dari The Poplook saiz S untuk di let go. Tak pernah pakai bawak keluar rumah lagi.. Baju memang baru with new tag (NWT).

Reason to let go ~ Saya ibu baru lepas bersalin dan bf baby.. Makanya ketat sikit di bahagian dada.. 

This is my first time nak ber-penny. Dan tak tahu lagi size yang fit dengan badan ni.. Kalo dulu2 baju size S muat aje.. Tidak pada kali ni.. huawaaaarghhh...


sangat cantik tau.. mini polka adalah design yang terkini dari The Poplook (TPL)

Design ni macam goreng pisang panas kat poplook tu.. Ini pun saya 'kirim' dengan one of my fren yang berjejari pantas.. Tak percaya tengok sini.. 

Measurements when laid flat (double for full circumference):

Size S
Length: 137cm
Bust: 36cm
Shoulder: 35cm
Armhole: 20cm
Waist: 28 - 34cm
Hips: 50cm 
Fits UK size: 6 - 8

 masih dalam plastik lagi.. gambar ni tanpa flash.. 

POPPY S with new tag.. ni gambar dengan flash.. merahnya sangat cantik.. 

Harga penny adalah RM69 dan hanya tambah harga postage RM6/RM9 sahaja.. 

Jika berminat, laju-laju contact saya di churalliya@gmail.com atau facebook https://www.facebook.com/suraya.mazni

*ayat jadi skema guna saya sebab nak publish jugak kat fb Thepoplook Group.. kikiki...

Update : SOLD OUT

Tuesday, December 27, 2011

GUESS Couple Watch untuk di Let Go

Entry teratas sehingga barangan terjual :)

GUESS Couple Watch ini kami beli sebagai hantaran kawin kami dulu :) Pakai tak sampai 3 tahun masing-masing dah beli jam baru.. Kiranya dah 3 tahun tersimpan gitu je dalam almari.. Jadi untuk melapangkan ruang storan, kami bercadang nak jual set jam tangan tersebut..

Sepasang jam tangan original bermuka empat segi tepat yang masih elok. Stainless steel.. Semua sama, cuma berbeza dari segi saiz dan lelaki punya ada tarikh di sebelah bawah tu (pada angka 6)..

masih dalam keadaan baik.. ehhh... saaaaangat baik :) tengok lah siapa yang simpan..

didatangkan bersama kotak guess asal yang masih tersimpan rapi.. dan jangan risau kalau tak muat jam tu sebab lebihan tali pada kedua-dua jam juga masih elok tersimpan..

penutup kotak asal yang sangat cantik..

 
sebagai hadiah, mekchu akan berikan lagi satu kotak jam guess ;p

Mekchu letakkan harga RM250 sahaja untuk kesemua barangan di atas

Harga masa beli tak ingat. Tapi dalam RM3++. Jangan risau, harga ni boleh di nego lagi. Sesiapa yang berminat sila e-melkan kepada mekchu dengan kadar segera di churalliya@gmail.com. Kita bincang2 kat sana ok.. Kalau yang dekat tu dan mahu lihat dahulu pun boleh..

Boleh lah main tukar2 jam dengan pasangan feeling macam haris dengan izzah :) #ombakrindu

Kawan-kawan mintak tolong sebar-sebar kan boleh? Siapa cepat, dia dapat.. 

Update : SOLD

Tuesday, April 5, 2011

Nokia E71 untuk di let go

Tak habis-habis asyik jual tipon je laaaa... ok, ini entry melekat sehingga dah jumpa buyer..

Norkiah Slide 6500 dah jual kat bibik... Sony Ericcson Vivaz Pro dah jual kat tyha.. tapi masih tak cukup modal nak beli BB... sekarang nak jual E71 pulak..

selama ni memang bertujuan saje dok perhangat kat korang, kata dah pakai BB.. tapi haram tak pakai pun lagi.. modal tak cukup la katakan... hahahaha...

E71 ni papa-jit yang punya sbnarnya.. lepas jual vivaz pro hari tu, dah tak de tipon (padan lah muka).. mekchu pakai lah E71 papa-jit tu sementara nak kumpul modal beli BB.. gile kentang.. hahaha...

rasanya semua dah tau function tipon E71 ni kan.. tipon yang super duper bagus.. ada 3G, WiFi, garmin, dan semua2 yang di cari-cari pun ada pada tipon tu.. kaler hitam, original set, ada kotak dan charger.. dipakai sejak Januari 2010 oleh papa-jit dan diambil alih oleh mekchu sejak sebulan yang lalu.. condition sangat tip top..

okeh, kalau ada yang minat nak memiliki E71 ni atau nak tanya-tanya dulu ke, sila e-mel mekchu at churalliya@gmail.com cepat-cepat sebelum mekchu trade in kat kedai.. kita sembang-sembang lebey kat sana ok..

komen user E71 :

Wednesday, March 2, 2011

Sony Vivaz Pro untuk di let go

(entry melekat selama 24 jam)

Telah sampai seru gamaknya.. bila laki pakai Blackberry, harus la bini dia pun pakai.. baru lah dapat faedah yang secukupnya..

Tapi tak de modal pulak nak beli henfon baru.. cane tu? kalau ada yang nak beli mekchu nye Sony Ericsson Vivaz Pro ni boleh lah buat modal.. mekchu saaaaayang sangat ngan tipon mekchu ni.. cantik lagi, tak de cacat cela pon.. tgk la pulak sape tuan nye kan.. very the berhemah gitu..

Jadi kalau ada yang berminat, boleh la e-mel mekchu di churalliya@gmail.com. kita sembang2 details kat sana..

 

tipon ni prezen dari papa-jit masa birthday mekchu ogos tahun lepas.. harga semasa beli adalah RM1,200.00 tak tipu.. resit pun ada simpan nih.. kalau dapat jual separuh harga pun jadi lah.. tak smpai setahun lagik pakai tau.. kalau tak percaya ada entry kat sini..

Spec Vivaz Pro (sepc yang biasa di tanya)
1. Original set
2. Touch screen & ada keypad jugak
3. Ada garmin (symbian 60)
4. Ada WiFi
5. Ada 3G (boleh wat video call)
6. Camera 5.1 megapixel (in HD, gmbr mmg super duper cantik)
7. 8G memory card
8. Kotak dan aksesori disediakan (sama mcm beli baru)
9. Charger pun yang ori

berani potong kuku, condition tipon ni adalah sangat baik.. semua yang diperlukan ada kat tipon ni.. kot-kot ada yang nak tya details lagi, sila lah aju kan soalan korang kat churalliya@gmail.com ok..

sekali lagi, mekchu nak jual atas sebab nan satu iaitu nak buat modal beli tipon BB..

Friday, May 14, 2010

Asyik membeli je.. kali ni nak menjual lak

1st time nak menjual brg dlm blog..

sejak dah dpt olivia plum baru last week, lily espresso dah x pandang lagi.. sayang plak tgk lily asyik terbiar je kat bawah seat keta lakiku.. try jual kat blog kot2 ada yg berminat.. kedua-dua (olivia & lily) ni sue beli online kat dunia crocs.. kalo kat kedai design cute2 mcm ni dah x jumpa dah..

shape lily ni berbentuk bulat di bhgn depan.. agak x sesuai mcm sue yg berjari kaki runcing nih.. cheeewah... bila 2nd time pakai pun sakit, itu yg terus simpan bwh seat kereta je tuh.. bukan sakit melecet, tapi sakit sbb jari tu tersepit kot.. patut beli saiz 7.. tapi dah sold out lak..

kalo dpt duit ni, ingat nak rolling buat modal beli kasut lain.. hahaha...


nama kasut : lily in espresso (crocs).. so cute..
size kasut : size 6 (advice lagi sesuai kalo kaki comel bersaiz 5 yg pakai sbb shape yg bulat di bhgn depan)
harga : RM50.00 (beli Rm100 dari dunia crocs) + kos penghantaran.. crocs bag included..
condition : tip top....
bila beli : January lepas tapi x pakai sgt... ada entry kat sini


kalau berminat, bleh terus komen kat sini atau e-mel kat miz_mazni@hotmail.com. kalau bleh sebelum 18 Mei 2010 sbb lepas tu seminggu sue tak dpt berblogging sbb nak gi jalan-jalan...

sorry gmbr semua pakai phone je.. lupa lak nak bwk camera.. nak pinjam jemah punya, dia lak ntah ke mana begosssip.. hahaha..

kalo tak puas tgk, gmbr2 kt bawah ni clear skit.. masa ni baru dpt dr dunia-crocs.. fresh from oven..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...