@churalliya

Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Monday, March 14, 2016

Masuk Istana Tahun 2016

Masuk je.. Bukan dapat pingat pon...

Papajib : mama dah tempah baju ke masuk istana?
Mekchu : hahhhh? mama dapat pingat ke?
Papajib : ~senyum~
Papajib : papa yang dapat...
Mekchu : hahhhh? dapat lagi? habis tu turn mama bila?

Hahahahahaha...

Begitu lah... tiap2 tahun simpan impian nak dikurniakan pingat darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan... tapi lom ada joki lagi bak kata orang noghori.. soba yo laaa...

ni lah poms yang teringiiiinnnn sangat nak dapat pingat tu... 

Gambar first lebih afdhal letak gambar sendiri...

Lepas-lepas tu biarlah gambar mekchu jugak.. hahahaha


tengah pakaikan pin tempat nak sangkut pingat nanti.. 

dengan mark adam versi pakai songkok.. hahahaha

Tahun ni kemeriahan nak bergambar tu kureng skit... sebab kawan-kawan yang selalu masuk istana sama-sama tak datang pulak.. nak bergambar dengan papajib sekeping dua dia layan la.. kalau nak lagi.. nak lagi..... memang terus jadik beron...

Kat dalam Balairong dah la duduk dengan orang yang tak kenal.. Nak main talipon line tak de coverage.. adoiiii laaa... lama jugak sementara menunggu turn papajib...

So memang tak de sekeping pun gambar dalam balairong nampaknya tahun ni.. dah la duduk asing-asing..

lepas makan... ni je lah sekeping yang ada..

nana menyanyi masa makan.. terus pegi belakang pentas jap nak jumpa juara gegar vaganza ni..

Tahun ni papajib teringin nak bergambar dalam Balairong Seri.. kat belah depan tu..

Ni sementara beratur tunggu turn.. punya lah panjang..




mekchu suruh papajib beli gambar ni sebab ada mekchu.. mana bleh nak frame gambar dia sorang-sorang kannnn..

Tahniah papajib bersama pingat kedua beliau

hari tu mekchu pakai shawl, blouse, skirt dan necklace dari Matase Sutera... sangat suka dengan design dan material kali ni... 

Ok dah.. gambar dah habis.. So cerita pun kena lah habis jugak...

Al-fatihah kepada Putera bongsu Tuanku Muhriz Tuanku Munawir iaitu Almarhum Tunku Ali Hussein Saifuddin Al-Amin yang mangkat sehari selepas itu..


by mekchuN (^_^)

Monday, July 14, 2014

Journey to the North (9th anniv) : Penang

Hari ke-4 jalan-jalan celebrate enibeseri... Sebenarnya hari last ni baru lah betul genap 9 tahun..

20052005 ~ 20052014

Tapi hari last ni macam relek2 aje itinerary nyaa... memang relek sangat lah... tak boleh beria sangat bila bawak budak.. kalau ikutkan hati macam2 tempat nak pegi kat penang tu.. ketepikan lah hati tu dulu ye...

Nah, mula kan entry dengan gambar budak kecibung baru bangun tido..

kemain happy.. gelak siap pegang perut.. macam yb lawat tapak.. hahaha

Lepas sarapan, moh rendam kolam lagi... 3 hari dok otel, 3 hari lah mandi kolam..

 pool kat gurney hotel ni memang cantik.. siap ada pasir2 walau pun kat tingkat 7.. kalau tgk gambar memang sukar la nak percaya cantik kan... hahaha 

sebab gambar2 mekchu penuh dengan kegembiraan aje... hahaha

Best pulak layan pool dia.. dah la tak de orang.. dah alang-alang dapat swimming suit ropol2 baru kan... kita lenjan la cukup2.. lepas ni konpem gantung dlm lemari punya..

gambar ni tak edit pun, memang cuaca mendung nak hujan... cantik kan view kat situ..

mendamaikan.. kalau lah mekchu pandai kuak lentang dalam kolam kan best.. ini pandai kuak lentang atas katil aje... 

Dah agak2 kecut atas bawah, terus naik bilik... siap2 dan terus check out...

 "abang, kita dah nak balik ke ni? sekejap je kan..."

 abang ni, kita tanya jawab laa... dah la rambut sikat tepi.... (^_^)

Hahahaha... kalau bercuti memang rasa sekejap kan.. cuba kalau mesyuarat, 2 jam macam 2 minggu.. choiii..

 selfie dalam keta nak pegi carik pasemboq...

Itu lah tujuan nak ke penang pun... tempat deting kat penang dah pegi hujung tahun lepas... kali ni memang nak makan pasemboq semata..

 wallaweiiiiii.... tak dapat makan yang kat padang kota punya, dapat yang ini pun tak pe... nikmatnya perut... 

jumpa dengan kawan lama.. mr.chempera.. hihihihi.. kurus sangat kot.. dia yg bawak makan pasemboq..

Mekchu punya je 2 pinggan!

perut kenyang senang hati laaa kan... ngko pakai selipar aje mekchu?? 

Cantik nya penang... dah lama tak mai sana.. serius cantik..

Nak terus balik macam awal sangat... papajib ajak singgah Queensbay Mall dulu... Kat dalam tu beli baju budak2 aje.. 

masing2 dah mula nak meragam... tak boleh la masuk shopping complex.. selain mintak menan, abang mi juga mintak cubitan mama... 

Masuk je keta terus ok.. Dia memang suka sangat naik aplhard tu.. kalo boleh mintak papa beli alphard.. altis kecik katanya...

Papa dengar tak permintaan anak tu?

Selesai semua, moh la kita balik seremban.. hadoiiii jauh nya rasa.. macam mana la korang balik raya ni nanti kan...

Maka, tamat lah sudah siri percutian sempena 9th annivasary kami.. Alhamdulillah, semoga perhubungan ini akan terus berkekalan #tilljannah... Terima kasih kawan2 yang wish... Terima kasih papa bawak kami jalan-jalan Utara.. Percutian yang pasti akan melekat di kepala..

Dah boleh sebey tempat untuk 10th annivesary kot.. Kalau tak kerana annivesary, memang susah nak korbankan masa keje papajib tu untuk pegi bercuti..

Ke mana kita nanti pa?

by mekchuN (^_^)

Wednesday, July 9, 2014

Journey to the North (9th anniv) : Kedah (U.U.M)

(Entry yang panjang berjela-jela.. maklum la, orang tengah mengenang saat berchenta katanyaa....)

Malam tu sambil makan mangga harum manis (wehhhh best sangat mangga harum manis ni) sambil papajib mengendeng kat sebelah tanya...

"ma, esok papa nak main 9 lubang boleh?"
"tak boleh!"

Apa dia ingat binik dia layan harum manis boleh manis muka izinkan pegi men golp gitu2 aje?

Emmmmm... cakap lah TAK BOLEH cemana gaya sekali pun, dia tetap dengan plan dia... mekchu syak dia dari awal lagi dah plan nak gi men golp dengan member dia.. sebab tu bawak stay kat golp resort..

Kemon la, tengah bercuti kot.... pun masih nak men golp ke? Alasan, nak temankan member konon... mekchu bukan apa, kalau nak main tu boleh (tapi kalau tak main lagi bagusssss), tapi tolong jangan merungut penat sampai menyebabkan plan yang lain terjejas... tapi papajib tak macam tu.. itu dulu, balik men golp terbongkang kat depan tibi... Itu dulu. Dulu. Sejak dah buat peraturan 'jangan penat' ni nampak dia dah banyak perubahan...

Ye la, siapa suruh carik penat kan??? Setuju? kalau setuju hempuk keyboard 3 kali.. kalau rosak gi mintak tukar kat unit IT korang...

Lepas subuh sepie papajib dah keluar menyabit. Pinjam sabit member... kalo bawak dari rumah, memang amukan sangat lah kan... ada jugak mekchu tinggalkan kat r&r kanggggg... pandai kan bermuslihat menyembunyikan niat nak men golp sebenarnya...

Maka pagi itu, seret beret lah mekchu angkut anak2 pegi sarapan.. boleh tahan jauh jugak kena jalan.. kalau kes tekan lif tingggggggggg dah sampai tak pe jugak.. ini kena menapak bawak anak memang ku hangin!!!!

budak-budak dah setel sarapan baru habis men golp... kata kejapppp... kejapppp lah sangat.... 

Abang mi dah terror bawak buggy sendiri... adik kat tepi tergelak-gelak tengok abang mi bawak buggy..

Sebagai pengganti jaga budak2, papajib kena layan anak2 mandi pool... mekchu tak kuasa nak basahkan swimming suit ropol2 kesayangan tu lagi.. hahaha...

 dengan baju golp tu masuk berendam... lantak.... 

janji budak 2 orang tu happy dapat main air.. 

Nak pujuk naik satu hal jugak tu... hahahaha kalau tak sejam berendam tak sah... selagi tak kecut laa...

Tu pun dah dekat pukul 12... balik bilik mandi, packing barang dan terus check-out... moh kita ke UUM... tak sabar....

 sebenarnya mekchu dok belakang pegang wawa... depan tu kosong.. tapi nak bergambar punya pasal, datang kejap ke depan... ikut kat celah yg abang mi diri tu je.. so jangan kecam tinggalkan wawa kat belakang sorang2.. 

 #selfie satu kat dalam kereta sponser... 

huiiii beso nya kereta.. naik kancil boleh laga lutut... naik altis boleh la kalo nak laga bahu.. naik alphard tak boleh berlaga apa-apa dah... rugi! hahahaha... 

Abang mi paling teruja... habis dia study semua button yang ada... paling dia puji pintu alphard.. hahaha mekchu pun teruja tapi tak nak tunjuk depan anak..

dah nak sampai UUM... awal kepol2 menyambut ketibaan kami... alamak, berdebar semacam pulak... 

Dah nak dekat2 sampai tu, mula lah segala kenangan mengusik jiwa tu datang satu per satu... Sejak dari pekan Changlun lagi dah terbayang macam2 kenangan... beratur amek duit kat BSN, tapak Pasar Malam Changlun, bus stand, kedai char kue teow, ishhh macam2 lah... tengok jalan pun boleh tersenyum sendiri... jalan yang menyaksikan teruna dan dara kena kejar pak guard... kahkahkah...

Memang dah aim beberapa tempat tertentu untuk bergambar.. kalau ikut hati nak je pegi semua tempat, tapi memandangkan bawak budak2 kan.. tak boleh lama2.. dorang tak paham apa pun kenangan mama, kenangan papa semua tu...

Mula-mula kena bergambar kat depan pintu masuk UUM... ini memang wajib...

 ~ pinjam qoute papajib ~
Alhamdulillah. Setelah 15 tahun kami berkenalan dan setelah genap 9 tahun kami diijabkabulkan. Hari bersejarah ini kami kembali ke titik pertemuan. Happy anniversary mama.
 Abang mi tolong amek dari dalam kereta... boleh la harap... tapi tu la, dia malas nak turun...

~ quote mekchu pulak ~
Ini benar2 nostalgia.. Disini lah tempat menimba ilmu, bertemu pakwe dan seterusnya bertemu jodoh. Alhamdulillah campur tolak dah dekat 15 tahun kenal dengan soulmate sebelah tu..


 mula kenal papajib dari matrik Kuala Nerang lagi tahun 1998 kot.. masa tu dia wakil Persatuan Perwakilan Pelajar (PPP).. ingat lagi dia tegur mekchu masa nak pancing undi... loghat nogori.. relek je dengan baju batik dia masa tu...

Lepas tu dok kirim2 belikan tiket sama2 nak balik seremban... mula2 kirim tiket, lepas tu kirim hati.. ehhhh!!

 masa masuk UUM tahun 1999 tak de apa lagi.. jual mahal lagiiiiiiiii... dia start ngorat mekchu masa dah masuk 2nd year.. adeiiii malewwww la kitewwww *blushing

tempat makan.. tak dapat nak masuk ke dalam sebab wawa dah tido.. amek gambar dari dalam kereta aje ni... 

Dulu panggil tempat ni LEGO... kat sini lah tempat makan kalau malas nak balik bilik... ada satu kedai tu nasi goreng dgn telur mata RM1... tapi jarang dapat makan kat kedai tu sebab penuh dengan lelaki aje... selalu terbayang takut kena ngorat time order nasi goreng... hahaha

 depan Dewan Muadzam Shah... kat sini lah berkumpul masa orientasi... kat sini lah jugak berkumpul masa graduation day... haaaaa, mula la nak cembeng tu... :(

kini, 2 hati telah bersatu... hahahaha papa ingat tak kita pernah photoshoot kat tepi dewan naik scooter ate?

dah tak de orang nak amek kan, terpaksa la edit gambar... guna Photo Grid aje.. 

15 tahun sudah, dewan ini lah saksi kami menerima segulung ijazah... mekchu dapat 2 class upper, bijak sikit dari papajib... hahaha dia dah la meniru report mekchu masa praktikal.. praktikal sama2, present sama2, time present dia lagi hebat.. cisssss sangat...

 mintak papajib berhenti kat tepi pokok besar ni sekejap... 

Kat sini ada rahsia.. kat salah satu pokok ni telah tertanam sebotol kaca yang mengandungi 'dream' mekchu dan kawan2 yang lain.. hahahaha tak menahan weiiii tulis wish lepas tu letak dalam botol, tanam!!!! hahahaha kelakar nyaaaa....

Patut ada code rahsia pokok yang mana... macam 2, 3, 9 contoh... 2 dari kiri, pokok yang ke 3, menapak 9 langkah ke depan pusing belakang.. itu lah pokoknya... tapi code rahsia dah lupa.. so tak ingat dah pokok mana...

Apa wish pun dah tak ingat.. panjang jugak la list mekchu...  rasanya salah satu wish mekchu nak kawin ngan papajib rasanya... hahahahaha papa, kat sini mama pecahkan rahsia.. nak cakap depan2 tak sanggup.. tak abis belajar dah tanam wish nak kawin.. gatal!!!

 ini kolej mekchu.. dari sem 1 sampai sem 6 dok Kolej Perwaja.. dalam banyak2 sem, sem 4 ke 5 yang paling kenangan.. ini lah blok nya 9F.. kat sini lah... 

Masa tu baru couple... pantang orang lain pegi deting, mesti nak keluar deting jugak.. siapa yang ada kat bilik time weekend ibarat dia tak de life gitu... time tu tak de talipon nak call, sms ni semua... nak janji pukul berapa kan susah... 

Apa yang papajib buat nak panggil mekchu? tu kat tepi dinding kaler biru tu... dia pegi swit swit mekchu dari bawah...cuba korang muncungkan bibir dan sedut.. hahaha mcm tu la dia swit mekchu.. dengar je suwitan dia memang dah tau pakwe datang nak ajak deting... hahahaha... kadang2 adik kantin tu tiru swit.. rasa nak pelempang aje main2 kan perasaan kite.. kadang tak de orang swit pun tetap nak selak langsir terjenguk2 kat bawah tu.. dah jadi habit pulak..

Kawan2 kolej, hoiiii rindunya kat korang... susah senang bersama ni... walau blok asing2, tapi tetap nak berborak... 

"korang........ nak megi tak?"
"apaaaaaaaa?'
"megiiiiiii...."
"nakkkkkkk....."

Maka berduyun2 lah menuruni tangga, cross cafe dan masuk bilik alin yang kat seberang sana... sampai2 aje... 

"mana mekdi?"
"mana pulak datangnya mekdi.. megiiiii la... meeeeegiiiiii"

HAHAHAHA itu kenangan yang paling ingat!!

ini pulak kolej papajib sampai 2nd year je.. lepas tu kena buang dok luar.. hahaha.. budak jahat memang mcm tu.. 

Kolej Mas ni penghujung sini, Kolej Perwaja penghujung satu lagi.. tapi itu bukan penghalang menemukan 2 hati.. ewaahhhh ewahhhh.... cak pong cak pong..

Dah itu aje tempat persinggahan kami.. itu pun dah tersenyum2 sendiri sepanjang jalan... rindu UUM.. rindu!!!

Tersangat banyak perubahan kat sana.. paling ketara bangunan akedemik tumbuh bagaikan cendawan.. dewan kuliah dulu2 memang masih ingat.. paling ingat masa mekchu paksa papajib temankan masuk kelas ekonomi sebab kelas tu malam.. nak balik sama2 naik moto kan... sekali bila lecturer nampak papajib terus dia jeles.. terus mekchu dapat markah D... hahahaha...

Terlalu banyak kenangan kalau nak imbau kat sini.. ini pun mekchu rasa papajib baca konpem sengih2 sampai tak nampak mata...

 ni kedai makan mak cik kari, betul2 kat simpang pintu masuk UUM... tak sangka dah berbelas tahun masih kekal kedai dia.. masih mengekalkan masakan kari... papajib teringin sangat nak makan situ... mekchu nak ajak makan kat bawah pokok.. pun win jugak tempat tu.. tapi itu la, kalau lama kat sana boleh pegi 2-2 kan... 

lauk dia simple aje.. tapi sodap!!! semua berkonsepkan kari.. paling sedap kari dengan ayam goreng.. tapi tinggal seketul aje.. abang mi yang dapat... 

Lepas makan kami ke satu lagi destinasi kenangan masa berchenta dulu... ini kalau nenek labu dapat baca blog ni, pitammmm dia ni.. aku hantar ko UUM soh belajar, bukan berchentaaaaaa.... hahahaha... jangan risau mak, anak mak dah keje pejabat dah skang... berkat doa mak..

kami di depan Menara Alor Star... menara saksi kasih kami... hahaha

Kat sini lah papajib plan nak proposed mekchu nak jadi awek...

Sebenarnya dah boleh agak dia ajak mekchu keluar sebab nak mintak couple.. mekchu ngan member dah siap buat dialog prepare kalau ajak couple nanti nak jawab apa... hahahaha... hadoi sengal btol laa.. mekchu masa tu tak suka dengan komitmen.. masa tu kalau siapa mintak couple memang terus clash!! hahaha ntah apa-apa, blom couple dah nak mintak clash..  tapi tak sama dengan papajib ni.. mekchu nampak keikhlasan dalam diri dia... papa, mama puji papa ni......

Tapi dia tak berani nak luahkan isi hati dia masa kat atas menara tu.. mekchu memang tunggu dalam debaran aje sepanjang kat sana... apakah? kenapa dia tak cakap apa2? dia tak nak amek aku jadi awek dia keeee??? tiba2 frust...

Sebenarnya dia dah siapkan dengan Plan B... pergghhhh superb najib.. memang nampak kan kesungguhan dia..

 kagum dengan pembangunan di Alor Star.. 

 kami di atas sana... 

 aaaaaaaa.......

 ini lah lelaki yang bersungguh memenangi hati mekchu tu.. kalau tak bersungguh memang tak dapat... (^_^)

Plan B?? hahahaha... akhirnya dia proposed mekchu kat kawasan rehat kat tepi hiway Jitra... tak boleh tidak, dia kena proposed jugak walau pun something yang paling susah nak buat kot? betul pa? Dan time tu mekchu malu2 sorok muka di sebalik bantal tulang yang baru beli kat Pacific.. 

Padahal dah ready dengan jawapan.. pun tetap tak nak jawab macam ni "nak kan masa untuk bagi jawapan..." hahahaha jawapan artis sangat kan... 

Kenapa perlu begitu perempuan?? saje jual mahal kan... hahaha... ehh tak lama lepas tu mekchu bagi jawapan gembira kat papajib... dan start hari tu kitorang declare couple...

Kalau ada kuiz tanya soklan "di mana kah tempat si dia melamar anda?" memang mekchu laju2 akan jawab "menara alor star". Apa kehlas jawab tempat parking kereta khennnn..... (^_^)

berkawan dan kenal dah lebih 15 tahun... Alhamdulillah dah 9 tahun hidup sebagai suami isteri... 

dan keluarga kecil kami... 

Entah la erkk, terlalu banyak kot kenangan... ada yang boleh share, ada yang tak boleh... ada yang manis, pahit, masin semua ada... standard la hidup suami isteri kan.. sedangkan lidah lagi tergigit...

Menjelang petang, kami meneruskan perjalanan ke Penang pulak.. ni mekchu yang rekues sebab teringin nak makan pasemboq...

Kat Penang kami stay kat Gurney Hotel.. memang dekat sangat la nak makan pasemboq kat padang kota..

tapi.... budak-budak pulak tido... nak angkut semua semata-mata nak puaskan anak tekak memang tak sanggup... sudahnya lepak bilik je malam tu.. tak pe la, dah penat jalan siang tadi...  

Entry yang sangat panjang tapi berbaloi... tak pernah buat entry masa berchenta sebelum ni kan.. dengan ada nya entry ni mudah2-an 10 tahun akan datang pun boleh tersenyum lagi...

Ok, biarkan mekchu sambung tesenyum mengenangkan memori masa belajar dulu...


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...