@churalliya

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

Update : Kat mana nak tengok cerita Adam dan Hawa secara online

Ini khas kepada pelanggan yang tak de Astro Mustika HD.. macam mekchu hewhewhew... bukan kedekut, tapi berjimat.. hahahaha..

Memang satu kerugian kalau tak layan cerita yang tengah hot skang Adam dan Hawa. Sebab nanti kalau orang bercerita pasal AdamMukhriz dan AinHawani, korang tak tau punca.. hihihihi..

Cerita memang romentik + sedey gitu.. kalo tengok mesti terus nak apply jadi cikgu tadika :)

Macam mekchu memang tak suka membaca.. novel Laskar Pelangi yang papa-jit belikan memang bertanda dari Bab 1 sampai lah sekarang.. dah 3 tahun kot.. jadi, lupa kan lah kalo nak membaca novel ni.. macam tengok berita jugak la.. suka orang bacakan berita kat tv tu dari selak surat khabar selai demi selai.. tak kuasa mak..

Kat youtube ada episode 1 sampai 4 aje.. lepas tu ringankan mulut bertanya kat twitter @ain_azahar sebab orang dalam pantang konpem rajin melayan kan..

Kalau korang nak tengok cerita Adam dan Hawa lakonan hero pojaan malaya Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa tu, korang boleh like fan page Aisya Sofea kat facebook.. Nanti setiap kali ada episode baru, dia akan publish kat situ..

Atau boleh tengok terus kat http://www.dailymotion.com/. Search AdamdanHawa..

kes terserempak dengan Am masa tengah shooting kat KLIA awal tahun lalu.. 

"Bolehkah rasa cinta menghilangkan rasa benci?"

Mekchu dah senyum, dah gelak, dah menangis..

Update dari kawan-kawan :
http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode
http://www.onlinedrama.net/
http://www.ceritamaster.com
http://mymedia.my

Selamat menonton dan selamat berangan :)


Thursday, June 28, 2012

Tonton Teater lagi

Pernah dengar pasal teater randai? tahu maksud randai? tak pe, nanti gugel sendiri lah ye...

Sabtu lepas gi tengok Teater Randai "Kaba Kasih Menanti" kat Auditorium Kompleks JKKN, N9.. lakonan kak eliz sebagai melur.. ehem ehem watak heroin gitu...

Bleh bawak budak, itu yang rasa nak pegi tu.. Oh ye, kak eliz adalah akak papa-jit merangkap akak ipar mekchu. Kalau pernah baca dulu-dulu kami pegi tengok teater lakonan kakak nabila kan.. kali ini nak tengok emak dia pulak :)

keluar kejap hantar mi-cah gi toilet..

kepala papa ehh hilang sikit.. sekali tu aje dia amek kan.. nak soh kali ke-2 kim salam!!

Kat dalam pulak sebelum start..

 alo lo lo lo... lebar nya dia... ada gambar lagi lebar sbnarnya.. tp awal2 dah delete :)

rayyan yang pandai mengikut apa org buat..

Jalan cerita simple dan memang senang nak paham.. suka scene percintaan bujang dengan melur.. scene kak eliz mengada-ngada manja dapat selendang memang terbaek.. dah pengarah soh buat macam umur 20-an.. terpaksa lah manja lebih.. hahaha..

Untungnya kak eliz ni pandai menari.. memang pakej lah nak jadi heroin dalam teater.. 

Mi-cah heboh sangat nak tunggu mama-wom (read mama-long) dia keluar.. kejap2 dia tya mana satu mama-wom.. Sanggup tu bersengkang mata tahan dari tido.. seharian asyik main aje.. 

Bila dah nampak mama-wom dia keluar, baru puas hati dia dan terus mintak susu... Sebab kalo mntk susu awal, awal lah dia tido... Siap2 bawak bantal sebagai alas.. dah agak mesti lena punya.. 


Baru nak sedih2 sebab bujang dah jumpa dengan emak kandung sendiri, tiba2 hilang fokus (sbb sibuk update fb) dan terus THE END...

Kitorang tunggu jugak nak bergambar ngan kak eliz (mcm lah kat rumah tak jumpa kannnn), tapi ramai kemain pulak kat atas pentas tu.. tak larat nak tunggu, amek2 gmbr kejap (asal ado) dan terus balik..

 nani dengan nabila..

 pelakon dan tenaga produksi..

 kerusi dah kosong sebab semua dah balik.. tinggal kitorang aje.. 

tak dpt amek gmbr dgn heroin, dgn kita2 pun boleh lah..


Pagi esoknya, mi-cah terus carik mama-wom dia dan kiss-kiss kat pipi.. alahai, suweeett nya... agaknya sebagai ucapan tahniah lah tu kot..

Nabila pulak baru habis shooting drama 'Anak Bertuah' 13 episode.. Julai ni keluar kat TV2.. tak sabar nak tunggu.. Antara lakonan teater nabila yang sempat kitorang tengok dulu Tun Mahathir 2 dan Amuk Anak Zapin... 

Agak-agaknya bila pulak turn mekchu nak berlakon teater atau keluar tv pulak erk? hahaha.. #perahshannn...

Friday, June 15, 2012

Movie Premiere - Madagascar 3

Terlewat sampai.. tengok wayang sambil baring lah jawab nya sebab free seating...


Tapi yang untungnya duduk depan bila dpt buat peace masa dorang amek gambar.. ngeh ngeh ngeh.. ngko ado gambar peace dlm wayang? hahaha tetap nak sedapkan hati...

Ternyata mi-cah sgt enjoy dan sikit pun tak ajak balik..

Terima kasih TM N9 kerana memberi peluang kami tengok Madagascar 3 ni..

Dan paling penting terima kasih pada boss yang sudi berikan tiket..

Wednesday, January 4, 2012

Teater kedua lakonan Nabila

Update : Teater keempat lakonan Nabila

Minggu lepas sempat tengok Teater Amuk Anak Zapin. Teater ni macam assignment la kepada students Kak Eliz.. pementasan pun hanya 2 hari bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.. sebab tu mungkin korang tak pernah dengar pun nama teater tu..

Disebabkan kakak nabila terlibat secara langsung dalam teater tu, maka sudah pastinya kami datang untuk memberikan sokongan yang berpadu-padu.. Walaupun ini bukan teater pertama baginya, tapi kami tetap teruja.. Yang pertama masa dia berlakon dalam Teater Muzikal Tun Mahathir (MTM) musim ke-2 awal tahun lepas. Dan yang pasti paling teruja adalah papa-jit.. sebab masa MTM hari tu dia tinggal rumah jaga mi-cah.. Kali ni baru dapat tengok anak buah sendiri kat atas pentas..

baru sampai.. dengan mi-cah yang asyik-asyik nak senget.. 

dengan kakak nabila kat belakang stage.. bukan main dia siap bermekap dan berkebaya nyonya

sempat kat depan banner besar dengan para pelakon dan tenaga pengajar.. 

Teater menggambarkan penyatuan orang melayu dalam mendapatkan kembali hak kedaulatan bumi Melaka yang lama tercalar oleh kerakusan penjajah dan penjarah bangsa Portugis. Titah Paduka Raja Johor yang dibawa Dato Laksmana mengundang rasa serba salah Pak Madun untuk turut sama ke medan peperangan yang tidak pernah berkesudahan. Ketaatannya ke bawah duli membuatkan beliau serba salah tetapi harus ‘akur’ ibarat kata pepatah Melayu;

“Di belakang ia menendang kita,

Bila di depan ia mengeting kita

Jika di tengah ia berpusing ligat pula.’

Kelana, Jelatang dan Wan Jamal turut bersama anak-anak Johor bersatu ke medan perang menawan kembali kota bertuah. Akur pada semangat untuk berjuang, Kelana rela berpisah dengan Wan Rabitah isteri yang baru dikahwininya. Semuanya kerana ketaatan terhadap nilai bangsa, persaudaraan dan tanda hormat kepada mereka yang bergelar ketua. Namun akur bukan bermakna menurut semata, menurut bukan bererti tunduk melulu. Ikutlah resam padi semakin tunduk semakin berisi.


Sumber : myseni.net
tuh dia budak baju merah dah keluar..satu-satunya watak budak kecik :)

Suka tengok kakak nabila berzapin kat atas tu.. heibat... memang heibat.. Kecik-kecik dah pandai.. kalo mekchu, jangan kata berzapin, nak angkat muka pandang audience pun belum tentu berani..

turut dibintangi oleh Zaidi Omar sebagai Pak Madun-penggiat tarian zapin di kampung (tak ingat nama)

kali ni watak kakak nabila lebih menyerlah. dialog jugak lebih banyak.. memek muka jugak bertambah mantap :)


tu semua tu setudents la tu.. yang gerak tari keras-keras tu dari students perakaunan, akauntan... hahahaha.. kalo students dari seni drama cantik je liuk lentok dia.. 

ok, dengan kak eliz orang kuat di sebalik pembikinan teater.. 

clap clap untuk Pengarah Gerak sbb kerja kuat anda selama ini.. 

Lepas habis teater tu, lepak sekejap dan terus ajak papa-jit amek gambar kat tempat wajib ini.. Kalau lah UUM dekat macam UM, nak jugak bawak mi-cah amek gambar macam ni..

 cuba carik mi-cah.. hihihi.. 

dan yang terakhir bersama atok jah & nenek jah.. 

Malam tu malam sambutan tahun baru.. kami sambut atas katil sajork.. Tahun ni kami tidak meletakkan sebarang impian dan harapan yang tinggi-tinggi.. Tetapi tidak bermakna kami tiada niat mengejar impian.. Kami masih disini dan sentiasa memperbaiki diri :)

Ok, berbalik kepada Kakak Nabila. Mak ngah bangga sangat dengan Bella.. Sekarang siap dah ada nama baru~Bella Zulkifli.. kehlasssssssss....

Wednesday, December 14, 2011

Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah

Penangan Ombak Rindu.. terus mintak jam suami =))

Dengggggggg mata merah, hidung merah... takut nak pandang camera..

Tak nak cakap banyak, tapi nak pesan.... korang yang belum tengok, mesti tengok.. Nak review ke? tak payah la ehh sebab ramai blogger yang dah review.. neenagonjeng pun dah review panjang lebar kat sini..


Cuma satu je mekchu nak pesan kepada yang belum tengok.. Yang dah tengok pun kena perhatikan semula. Sila perhatikan larian Mail (watak Bront Palarae) masa sama-sama kejar Izzah kat kampung.. (scene selepas Haris mengamuk marahkan Izzah tu) Hahahahahahahahahahahahahahahaha.... boleh pulak mata ni terfokus kat Mail tu.. dan air mata yang baru nak gugur terus kering semula :)

Two thumbs up untuk Ombak Rindu.. Saya calonkan abang Aaron Aziz untuk artis paling fofular tahun ni..

Friday, December 9, 2011

Semua-semua pun bercerita pasal OMBAK RINDU

Sejujur-jujurnya mekchu tak tahu menahu langsung pasal Ombak Rindu ni.. tau-tau je kawan2 dah buat entry kat blog review pasal Ombak Rindu.. Ramai yang tulis katanya tak sebest novel.

Oh ye pasal novel. Mekchu ni bukan penggemar novel.  Bab 1 Laskar Pelangi pun tak abis-abis lagi... hahaha.. Pas tu kat facebook penuh dengan posting dialong, gambar, video clip. Ini memang dah semacam punya penangan..

Bila hari-hari pun baca status pasal Ombak Rindu ni, tak bleh tahannnnn.... Tambahan pulak bila artis pun tweet kata Ombak Rindu best, terdetik lah dalam hati tu nak tengok..

Dan sekarang papa-jit baru habis bengkel di Penang.. hari tu ada gurau2 kata nak tengok Ombak Rindu.. hahaha macam tak percaya dia nak tengok Ombak Rindu.. tapi tak mustahil dia akan tengok sementara tunggu flight kat Penang tu.. Hari tu filem Libas pun dia bleh layan sorang-sorang.. 

 
 

Selagi tak tengok sendiri, selagi itu lah tak boleh nak komen kan.. Harap-harap dapat lah tengok wayang to-geder-geder..

Kalau tengok cerita sedih kan, nanti mesti kejap-kejap dia jenguk buat muka comel dan check mata mekchu kot2 ada air mata.. hahaha benci kalo cam tu sebab memang otomatik dari mood sedih akan jadi terbahak-bahak tergelak...

Thursday, September 15, 2011

Lagenda Cinta Teragung - Love Fantaghiro

Konpem ramai masih tergilak kan cerita Cave From The Golden Rose ni kan.. ingat Fanthagiro dan Tarabas? eh, Romualdo muncul dulu, baru Tarabas..

Menjadi faberet mekchu masa sekolah rendah dulu.. sekitar tahun 1991 - 1996. Tak tahu lah korang dah lahir belum masa tu.. hahaha.. nampak sangat dah kertu ko tu mekchu...

Satu-satunya cerita zaman budak-budak yang masih segar diingatan. Cerita fairy tales.. Masa kita kecik2 kan selalu berangan nak jadi princess, jumpa dengan prince hensem.. pas tu berimaginasi pulak ada ahli sihir baik dan yang jahat.. selalu princess jadi taruhan dan nanti datanglah prince selamatkan.. ehem ehem.. Add-on kat cerita ni sebab view dia cantik-cantik, pas tu semua kat dalam hutan tu boleh bercakap.. pokok, haiwan, batu.. sukaaaanyaaaaa... lagi bertambah suka sbb baju Fantaghiro kaler oren *wink


Ada jugak cuba download movie, tapi jumpa dalam bahasa Italy tanpa subtittle :((

Baru-baru ni tak sangka (mmg tak sangka sangat) keluar balik cerita ni. Setiap Ahad, jam 10 malam @TV9.. pernah ada movie ni kat dalam Dunhill Double. Tapi masa tu tak sempat nak tengok pon..

Walaupun itu adalah waktu travelling hour kami (dari rumah seremban ke rumah nenek labu), dan waktu kecederaan jugak nak iron baju keje, tapi akan tetap pastikan pukul 10 malam tu dah siap segalanya..

Jangan lupa tengok cerita ni tau.. korang memang akan dibawa terbang ke alam faily tales.. tapi kena pastikan anak-anak dah tido lah.. baru habis 1 episod.. sempat lagi kalau nak follow naik kuda sama-sama jumpa dengan tarabas.. walau pun dia jahat, tapi dia ensem kan...

~ Love, mekchughiro ~

Tuesday, May 17, 2011

Jauh nye tengok wayang

Misi ke midvalley adalah... nak cari kasut.. Nak cari kasut (baca dgn nada nak cari kayu labu labi).. Sudahnya x jumpa yg 'berkenaan' di hati. Crocs purple yg hilang tu jugak yang menjadi pojaan..
Tp puas hati sbb dpt tgk Fast & Furious 5.. Jauh pun jauh la.. Tukar angin.. Sesekali nak feeling berdeting deting.. Ngeeeee..

Sent from my Red Lovers :)

Thursday, April 14, 2011

Lagenda Budak Setan 2

Kesinambungan dari LBS 1 dulu.. ala.. filem yg korang menangis bagai nak rak bila tgk tu la... sedih kan cerita dia tu..

Tatau pulak ada LBS 2.. tau pun dari fesbuk abg.Z.. kemain ensem lak abg.Z dlm gmbr nih.. nampak muda seploh tahun... hak hak... semua gambar mmg curik dengan izin dari fesbuk dia..

 
 marisa muhzir, abg.Z, bront palarae & maya karin..

 

alhamdulillah, rezeki abg.Z dapat peluang berlakon filem... tak de la asyik roda-roda kuala lumpur aje... hehehe... walau pun watak kecik, tetap rezeki kan..


tak sure LBS2 ni  mmg sambung betul2 dari LBS versi farid kamil & lisa surihani tu atau tak.. watak apa yang dia bawak pun tak tahu... tak sempat nak borak lagi.. apa pun, sue doakan abg.Z suksessss.... patut la dah jarang balik kampung :) all the best biras ku..

Wednesday, February 23, 2011

Tak Tau pun Desperate Housewife season 7th dah start

Malam tadi adalah 2nd episode untuk season 7 tau.. minggu lepas dah start rupanya... termiss... cemana plak boleh ketinggalan kali nih... mencik..

Desperate Housewife adalah my favourite tv series ever!!!!
apa yang menarik untuk season baru nih? tuh dia penampilan Vaneesa William sebagai Reenee Perry..

mekchu pun bukan suka tengok tv sangat.. setakat ni tak de pun cerita yang edicted nak tengok (sejak habis cerita adamaya)..

tapi tidak dengan Desperate Housewife ni.. penangan dia lain macam sangat.. setiap episod kalau boleh tak nak miss.. penuh misteri, drama, suspen, keriangan, dan macam2 perasaan lain yang menjadikan mekchu bertambah desperate nak tengok.. cayo lah cakap den... cerita lain kalau tak dapat tengok, tak kecik hati sangat... tapi jangan cerita nih.. pelezzzzz..

tapi korang mesti ada cerita feberet tersendiri kan.. CSI ke, House ke, Ghost Whisperer ke, Blogger Boy ke.. apa lagi erk? master chef ke..

kepada peminat DH ni, jangan lupa setiap Selasa, jam 10.30 malam kat 8tv... tengok tengok tengok...

Tuesday, February 1, 2011

Anak Z Kool berlakon Teater Tun Mahathir 2

Excited sangat nak tengok kakak nabila atas pentas teater.. walau pun watak dia tak besar mana, tapi tetap teruja.. umur dia baru berusia 8 tahun tau...

Teater MTM2 dah melabuhkan tirai 30 Januari lepas... nak wat review pun dah tak de orang nak baca... hahaha.. tapi mana lah tau kot2 ada musim ke-3 kan...

Disebabkan kakak nabila, maka kitowang sanggup pi turun kl (eh, turun ke naik?) nak tgk.. kalau abg.Z ngan k.eliz yang belakon, kitowang tak de la segagah tu nak gi tengok... hehehehe... dah biasa tgk dalam tibi...

Lepas balik dari Aquaria (entry belum ada), terus hantar nabila kat Istana Budaya... dia kat sana, kitowang balik rumah rehat-rehat.. masing2 kalau dah dapat rehat, memang lupa diri... lambat smpai Istana Budaya malam tu...

Duduk asing2.. k.eliz sorang2 belah kiri sana.. mekchu, deqna & erry belah kanan tengah... nenek jah, atok jah, wan & mak ngah belah depan sikit... sampai2 je adegan belon murah dah nak habis... frust!! tapi tak pe, sebelum tu kat rumah nabila dah lakonkan aksi belon murah dia tu.. so cute!

Break 15 minit.. kitowang amek keputusan tak nak gi mana2 walau pun ke toilet... sebabnya........ nak tengok Hans Isac.. hahaha.. seat kitowang sama level ngan dia.. dia lalu betul2 depan kitowang nak gi toilet.. so, nak masuk nanti konpem dia lalu situ jugak kan... penantian satu penyiksaan... ehh, KSN ngan isteri pun ada..

 
break time..

Honestly, teater ni memang best sangat.. mekchu cakap cam tu bukan sebab mekchu jarang tengok teater.. tapi memang best.. walau pun masing2 penat, tapi sesaat pun tak lelapkan mata.. punya lah nak bayangkan bila nak kelip mata pun rasa rugi...

Apa yang menarik pasal MTM2 ni adalah merupakan teater biografi bagi seorang tokoh yang masih hidup. Ini kerana kesemua teater jenis ini yang pernah dipentaskan adalah dikalangan tokoh yang telah tiada termasuklah Allahyarham Tuanku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Dr.Ismail dan Allahyarham Tun Abdul Razak. Jadi, kenapa bila tokoh tu dah tiada baru nak buat teater kan.. Jadi, tokoh tu pun boleh lah tengok..

Antara lain adalah sebagai teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan selepas ianya dipentaskan pada musim pertama lalu atas permintaan yang hebat.. tahniah.. tahniah..

sempat curik sekeping untuk kenangan...

Mekchu menangis.. siap leleh2 air mata tau... memang tak boleh tahan perasaan sedih sangat dah... dari scene perlucutan jawatan Anuwar Ibrahim sampaikan perletakan jawatan Tun masa persidangan Umno 2003 tuh.. perghhh....

Patut lah k.eliz kata Tun menangis masa tgk teater nih.. apa tak nya, rakyat dia yg tengok pun dah tersedu-sedu, macam mana lah dengan tuan punya diri kan... Musim kedua ni Tun sekeluarga sempat datang untuk menyaksikan teater ni.. musim pertama dulu Tun sakit... rugi lah tak tengok malam yang sama-sama ngan Tun hari tu..

Ni kat luar lepas habis.. sambil-sambil tunggu kakak nabila tukar baju..

 

dan bila baca buku Teater Tun Mahathir 2, falsafah Tun yang ini memang terkesan di hati...


Seronok bila dengar k.eliz cerita pasal nabila... dia boleh menangis kat atas pentas masa malam Tun Mahathir datang tu.. menangis betul2 menangis tu.. sampai dalam kereta nak balik pun dia menangis lagi...

"mcm mana Bella boleh menangis tadi"
"Bella bayangkan mama mati kena tembak...."
"hahaha.... dah la tu, jangan la menangis lagi"
"Bella sedih la mama... Bella tak kenal pun sape Tun Mahathir tu... tapi Bella salam ngan dia"

hahaha.. kelakar pulak bila dengar... kecik2 dah pandai dapatkan emosi.. pas tu k.eliz cerita lagi, kalau nak suruh dia menangis, nanti dia pegi la kat tepi tingkap.. bayangkan mama dia mati kena tembak pas tu meleleh la air mata dia...

memang ke nasi tumpahnya kuah itu...
najmi & kakak nabila.. gaya menten...

ehh.. papa-jit tak ikut malam tu.. dia kat rumah jaga mi-cah.. seronok beronok-ronok jugak sesekali tinggalkan suami kat rumah menjaga anak ni kan... i laf yu lah papa....

Thursday, January 27, 2011

Teater Muzikal Tun Mahathir 2 (MTM2)

Pementasan semula MTM2 ini menjadikan ia sebagai teater pertama di negara ini yang dipentaskan semula dalam tempoh yang singkat iaitu hanya tiga bulan selepas ianya dipentaskan dari 24 September 2010 hingga 9 Oktober 2010 yang lalu. (sumber : murai dot com)


Tapi musim yang kedua ni di Panggung Sari Istana Budaya bermula pada 21 Januari 2011 hingga 30 Januari 2011. Details ada kat sini..

Excited nak gi tengok Ahad nih - 30 Januari 2011 (last day) sebab anak saudara mekchu berlakon.. kakak nabila tu la.. walau pun dia bukan pelakon utama dan penglibatan dia mungkin sangat kecil, tapi tetap excited nak tengok...

So, sape2 yang dah tengok MTM1 atau MTM2 ni boleh lah review kat sini.. kesian mekchu, pernah sekali je tengok teater ni tau.. itu pun masa abg.Z berlakon cerita ujang dan milah dulu2 zaman sebelum kawin.. hahahaha...

Ada something yang sengal antara perbualan mekchu & kak jemah pasal MTM2 nih... dalam 2-3 hari lepas ada tanya dia pasal pengalaman dia tengok MTM musim pertama dulu.. berbual pasal pelakon dan semua2 laa..

"boleh ke zizan tu berlakon jadi Tun Mahathir?" tanya mekchu yang kepelikan sambil2 surfing lagi kat internet
"boleh..." jawab jemah dgn begitu yakin sekali
"tak kalakar ke?" sambung mekchu lagi sambil mengaitkan pelakon utama itu dengan teater yang sangat mendapat sambutan itu..
"ok je dia berlakon" jawab jemah lagi

sekali bila gugel balik hari ni dan terus tergelak bila tgk gambar nih..


sekali zizan nin la... mekchu terbayang zizan raja lawak.... hahahahaha.. sengal sengal...

sesape yang ada plan nak tengok ahad ni sila roger okeh...

Friday, January 21, 2011

Cerita asal kepada cerita komplikated itu..

Hari tu plan mmg dah superb..... kol 6 ada facial, smpai je jasko mekchu terus berdesup gi beli tiket wayang dulu.. nnti lepas facial boleh terus deting ngan bro.john tgk wayang.. tak yah buang2 masa.. sambil mekchu facial, smbil tu bro.john pegi pukul 100 bijik bola...

cerita yang sesuai ngan masa time tu adalah Gulliver's Travels.. mmg tak kisah cerita apa sekali pun, janji dapat raba-raba kat dalam wayang.. HAHAHAHA....

Siap pesan ngan org facial, soh cepat skit sbb ada appointment lain nak kena setel... tgh2 lalok akibat pakai mask, dpt pulak mis kol dan diikuti bunyik msg.. 2-2 mekchu tak layan, sbb takut efek muka kedut kalo becakap tgh pakai mask...

habis je facial tgk mis kol dari bro.john dan diikuti msg yang tak seronok di dengar tu lah... adoii yaii.... tak pe, tak pe... tak panik pon...

ni sejurus lepas dapat ckp ngan bro.john bagi mengesahkan kejadian... sempat lagi amek gambar kat port feberet ni...



bukan takat amek2 gmbr, boleh pulak terjebak beli set promosi nih... 
Placenta-O facial+ Skin Active Sebum Gel + Cellnique Thermos = RM250.. 

berbaloi pulak bila compare ngan harga bukan promosi... adoiii cane nih?? terlupa kejap dgn kisah laki yg tertinggal kunci kereta dalam bonet itu...

at last......


kalo letak air kosong dalam thermos tu mesti rasa mcm air milo ais tabur dia punya sedap kan....

ok, sambung balik....

aktiviti deting ngan bro.john nampaknya terpaksa di tunda (tunda tau pa... bukan cancel terus) atas sebab2 yang tak dpt dielakkan itu...tapi tiket tu cane????????? rugi la pulak kalo burn cam tu je...

nak dekat 5 minit kat dpn wayang tu pikir stategi nak jual tiket.. tak kan nak tanya sorang2 kot.. pikir punya pikir dan kaki tu laju je potong Q terus ke depan... sekali, boleh rupanya kalo jual balik.... itu lah, selagi kita tak cuba, selagi tu kita tatau kan... dapat atau tak dapat itu belakang kira, sekurang-kurangnya kita mencuba!!



dan sebagai bukti...
 

bila bro.john tanya cane mekchu berjaya jual balik tiket wayang tu, dan ini jawapan mekchu...

"mama wat tiger show je kat atas tu tadi...." hahahahahaha...


gambar kat atas tu dalam keta erry otw ke rumah nenek labu...

gambar kat bawah ni pulak dalam kenari otw ke rumah seremban...


finally, the complicated stories ends... hahaha.. 


jadi, cerita sedih itu adalah terpaksa batalkan plan tgk wayang... sekian.... *cembeng
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...