@churalliya

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Wednesday, December 5, 2012

Minum air ibu kunyit

Kali ni tak boleh terlepas.. Tak ingat guna skill apa masa pantangkan mi-cah dulu sampaikan boleh terlepas dari kena minum air ibu kunyit ni.. 

Tak mo bebel banyak.. tengok ibu kunyit ni pun dah ngeri.. 

ingatkan kecik.. sekali tengok mengucap sendiri.. nenek labu lah tu yang belikan.. 

Sebenarnya ada 3 ketul.. 1 ketul dah selamat dijadikan air..

tak de la banyak mana, tapi 3 teguk jugak lah kena telan.. nasib campur dengan madu lebah.. ada rasa manis sikit.. 

Kena hadap selama 3 hari berturut bila dah penghujung pantang.. cun-cun habis minum pada hari ke-44..

Rasa dia? ya ampunnnn.. sekali teguk, sekali weeekkkkkkk, 2 kali teguk air suam.. hahaha.. tapi rasa dia tidak lah seteruk pati ikan haruan.. eeee-yakssss...

Kebaikan dia adalah untuk mengembalikan seri pada wajah, kecutkan rahim dan lancarkan peredaran darah.. tak tahu lah sejauh mana ia berkesan pada mekchu.. 

Dah habis minum tadi.. lega sangat. Siap kena puji dengan nenek labu lagi.. hahahaha.. 

Thursday, February 10, 2011

Petua Kalau Anak Demam

Tak pasti kalau ada yang dah buat pasal petua nih.. tapi kali ni version mekchu pulak.. layan ;p

Baru-baru ni mi-cah demam sejak balik dari Tiara mandi-mandi hari tu (splash-splash bunyi nye).. lama berendam & mandi beria sangat.. turun naik gelongsor.. esok nya terus demam..
Mi-cah ni jarang demam.. kesan susu badan selama setahun agaknya.. setiap kali demam, kelam kelibut lah laki-bini tuh.... terus upload kat fesbuk dan tak sangka dapat banyak reply dari kawan-kawan yang prihatin bagi petua.. so, nak share ngan kawan2 & untuk reference mekchu jugak...

 
 
 
 
 
 
 
 

So, boleh lah cuba ye... atau ada petua lain yang korang nak share :) sangat di alu-alukan... sila-sila tambah nasik....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...