@churalliya

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Friday, November 7, 2014

9 Lakes Garden Restaurant, Senawang

Ini lah tempat sambutan bithday wawa baru-baru ni... Mekchu dah janji nak review kan...



Nine Lake Garden Restaurant Negeri Sembilan telah ditubuhkan dan dibuka sekitar bulan Mei 2014 dan dimiliki oleh 100% Bumiputera, Melayu dan Beragama Islam. Pemilik restaurant ini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman di dalam bidang katering.

Nine Lake Garden Restaurant menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Annual Dinner, Wedding Garden, Barbeque Garden dan sebagainya. Restaurant ini juga menyediakan kapasiti sehingga 1000 orang.

Restaurant ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian "Main Hall" dan "Garden Side".

9 Lakes Garden Restaurant provide :
  • Ala Carte
  • Western
  • Chinese Cuisine
  • Corporate Dining
  • Annual Garden Dine
  • Private Events
  • Product Launching
  • Wedding Garden
  • Anniversary Wedding
  • Barbeque Garden
  • Birthday Celebration
  • Family Day

Macam birthday wawa hari tu kami memilih menu Hi-tea sebab nya tengok menu pun dah rasa berat.. dan lagi sesuai kot untuk family kami yang tak kuat makan sangat ni.. 

kami pilih Hi-tea menu 2 full pakej.. siap mintak customize beberapa item jugak :)

Disebabkan pakej minimum 30 orang dan kami hanya lah separuh dari itu, so management bagi kami flat rate untuk semua.. Maksudnya tiada charge separuh harga untuk kanak-kanak..

Semua perbualan adalah melalui wassap aje.. Senang kan.. 

appetizer, dessert & beverages di side table
sandwich, cucur badak, tepung talam, buah dan nescafe tarik... 

main dish di hidang atas meja..
nasi goreng cina, kue teow goreng, ayam goreng sos limau, sotong goreng tepung, sayur campur, asir sirap

Adoii sedapnyaaa... dah la tengah lapar ni.. Makanan memang terlebih cukup.. Siap mintak adik tu tapaw kat dalam polestrin lagi bawak balik rumah... 

Kami guna hanya separuh dari Main Hall... jadi ada banyak lagi ruang lapang kat situ.. Kebetulan masa tu tak de orang lain kat situ.. So 9 Lakes Restaurant tu kami yang punyaaaaaa..... buwahahahahaha... 




Mekchu amek hidangan untuk 15 orang termasuk kanak-kanak.. 
Dan harga per head di kira RM28 untuk menu Hi-tea 2.. 
So total RM420.
Belon kira lain.. hihihi

Ok sangat kot untuk tempat, makanan dan layanan yang super amazing.. 

budak2 lepas makan pun selesa nak bergosip.. tu sebelah luar ruangan untuk garden..

Next time nak buat kat garden pulak lah... 

Tempat privacy, parking senang, makanan sedap, layanan superb, deco cantik....... mmm nak apa lagi??? 

Ooooo nak discount? Ok kalau berminat nak gunakan perkhidmatan 9 Lakes Garden Restaurant ni boleh lah contact mekchu.. Mekchu ada special voucher nak bagi.. Cepat ehhh sebab Expiry date sampai 31/12/2014 ni aje... 

Sila hubungi :

Nine Lakes Garden Restaurant
No. 4198 Desajaya 1, Taman Tasik Jaya
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Contact 9 Lakes Garden Restaurant :
013-399 9928
017-639 0628
017-354 0094

Waktu Operasi :
11.00 pagi - 3.00 petang
6.00 petang - 12.00 t/malam
MONDAY CLOSE

9 Lakes Resraurant in Media Sosial :
Facebook : 9Lakes Garden Restaurant Negeri Sembilan
Instagram : 9lakesgardenrestaurant
E-mel : 9lakesrestaurant@gmail.com
Google Map : 2.719871, 101.999495



by mekchuN (^_^)

Friday, October 24, 2014

Wawa dah 2 tahun

Celebrate birthday wawa baru-baru ni..

Semua pun last minute.. macam biasa, mama ngko ni memang suka berdebar.. hahaha..

Nak belanja muka birthday girl ni je dulu.. Full entry kendian..

adik wa!!!

Sekejap je dah 2 tahun.. rasa macam baru semalam menerankan wawa.. hahahaha..

Celebrate birthday wawa kat 9 Lakes Restaurant.. best!!!!


Nanti mekchu nak share info pasal 9 Lakes Restaurant ni.. Sangat rekemen untuk celebrate party sebab sangat privacy..

Kat seremban limited kot tempat2 yang macam ni.. So orang-orang Seremban, nanti mekchu share info ok..


by mekchuN (^_^)

Friday, June 21, 2013

Masak kuah durian kat opis..

Mekchu ke yang masak? Betul ke mekchu yang masak tu? A big question kannnnn..

see.... sebelum dan selepas..

Korang boleh ke masak2 kat opis?? Boleh?? Opis korang kan santekkkkkk...

Ok, kalau tak percaya meh tengok keek..



Niat nak sedekah kat kawan2 opis.. kebetulan hari ni ada buat makan2 sempena nak sambut puasa.. nak belanja masing2 chicken chop tak mampu.. kebetulan durian tengah banyak kat rumah nenek labu tu.. isshhh banyak pulak kebetulan nyaa... dapat la opismate rasa buah durian sorang sikit pagi tadi.. lebih tu baru buat masak kuah durian..

Tak perlu bayar, ini ikhlas.. Cukup lah sekadar doakan nenek labu dikurniakan kesihatan yang baik, dapat jaga abam mi dan wawa buat sementara waktu ni..

Aminnnn.....

by mekchuN (^_^)

Thursday, February 21, 2013

Peplum Jacket dan Cinderela Skirt

Bila dah sakit pinggang kat opis, teringin betul nak baring sambil seluk kaki dalam selimut.. Indahnya waktu berpantang kan...

Bila sedar tak de selimut dan katil nak baring, terus mencari idea untuk hilangkan rasa sakit pinggang dan sakit kepala jugak - akibat tak lunch..

Ninnnn diaaaaa...
shopping online... yeyyyyy itu lah pengubat segala penyakit..

Klik punya klik sekali TERjumpa peplum jacket dari Azorias ni.. terus teringat ada voucher RM25 yang belum guna.. kira setuju lah tu kan..

Lepas tu skirt cinderela ni memang mintak tinie Matase Sutera yang tolong jahitkan..thanks dear.. nice color n nice cutting...

Kebetulan 'mereka' sampai sekali.. sebelum mengepam, sempat lagi 'menerai'.. hahaha..

Bukan tak nak keluar lunch, tapi memang waktu lunch tu perut kenyang.. Tapi dia akan berombak kencang bila tiba waktu petang.. Masa tu lah akan rasa sedihhhhhh sangat kalau akak jual kuih tak datang :(

Kalau dah sampai gigil2 badan kelaparan, sebelum balik tu memang kena singgah makan roti telur + bawang + cili pekena dengan coconut shake ni dulu.. Kedai makan feveret kat mapley bawah opis ni aje..


Baru lah muka ada sinyummmmm...

Ini lah akibat kalau tak ajak pompuan ni keluar lunch.. dia akan lebihkan shopping online dari turun kantin carik makanan... hahahaha tiba2 macam nak hint papa-jib suruh hari2 lunch sama-sama..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 13, 2013

Sekejap kurus, sekejap gemok

Nasib paksa kak jem naik opis tadi.. Kalau tak paksa mungkin lagi 2 tahun baru nak jumpa.. tsk tsk :(

Kak jem adalah kembar mekchu kat opis sepanjang 2 tahun lepas.. tapi....... semenjak hari ituuuu......... mekchu dah tak de kawan nak makan kat kantin.... hahaha mula lah nak buat cerita sedeyyy..

 ini adalah dari camera mekchu..

dan ini dari camera iphone 4esssssssssss kak jem... ngeriiiii tengok muka sendiri... 

Tersalah teknik tarik napas.. dengggggggg...

Sambung cerita.. dan sekarang papa-jib lah yang selalu jadi mangsa untuk teman gi makan.. kalau tak nak makan pun tak pe, tapi pleaseeeee teman kan (*_^) ---> gambar kenyit mata

dan hari ni pakai baju kaler sama..

Apsal ayat melantun-lantun ni? arghhhh mood update blog masih belum IN lagi..

Ok lah, bai..


by mekchuN (^_^)

Sunday, January 27, 2013

Resepi Homemade Pizza

Setelah sekali lagi korang berjaya membeli jiwa dengan pujian berbunga-bunga, Kena la jugak mekchu buatkan resepi Homemade Pizza.. ini adalah entry resepi yang ke-2 di blog ini..e-yeyyyy....

Resepi ni akak mekchu yang ajar.. dia kata senang.. bila buat memang sah la senang nyaaa..

Bahan-bahan yang perlu ada...

Mangkuk 1 (isi pizza) : daging ayam kisar, hotdog dan udang (ayam boleh ganti dengan daging. hotdog dan udang kalo tak suka tak perlu letak)

Mangkuk 2 : red capsicum, green capsicum, bawang besar separuh dan sebiji bawang putih

Mangkuk 3 : shredded mozzarella cheese

Roti pizza dan pisau pemotong. Serta sos cili dan moayonese (tiada dalam gambar)

Bagi orang Seremban, mekchu boleh cadangkan beli mozzarella cheese dan roti pizza tu kat Pasaraya Rakan (berhadapan Giant Senawang).. Kalau nak carik kat jusco/giant/tesco pun ada rasanya..

 Hiris red capsicum, green capsicum dan bawang besar

 Tumis bawang putih dengan bahan di Mangkuk 1 tadi. Separa masak aje. 

Ada orang tak tumis pun ayam/daging semua tu.. Kalau tak tumis nanti takut tak masak betul pulak.. terpulang pada masing-masing..

Bawang putih tu pun dah naik hangus.. Ye la, orang tak pernah memasak sambil mengambil gambar.. Serius mencabar..

Kendian, gaulkan bersama bahan2 yang dah dihiris tadi.. Tolak ketepi sekejap..

Sapukan sos cili kegemaran di atas roti.. sapu rata-rata tau.. Masa ni dah boleh panaskan oven

Taburkan mozzarella cheese.. lagi banyak ditabur, lagi sodap.. sambil tu tekan-tekan sikit kasi padat..

Ambil bahan2 tadi tu. tabur kat sebelah atas nya.. pun tekan kasi padat.. Nak tabur lagi cheese pun boleh..

Dah sudah sesi tabur menabur, masukkan pizza ke dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit dengan api atas bawah.. ehhh gitu ke ayat orang memasak erk?

Jangan lupa panaskan oven dulu tau. Jangan terus masukkan pizza.. Dah panas dalam 5 minit, baru boleh masukkan..

Dan inilah hasil selepas 20 minit.. suka part cheese bertali-tali tu.. terasa macam hebatnya aku memasak!

tu berlakon aje tu.. dia bukannya nak makan pizza.. sibuk kutip udang aje

Masak pizza ni lagi senang dari masak kuih kodok sebenarnya.. kuih kodok kena masak seketul demi seketul masuk dalam kuali.. kena jaga pulak nak terbalik kan.. tapi pizza ni masuk aje dalam oven tu.. bila dah masak berbunyi lah ia..

Tapi nak buat macam mana kan... kuih kodok tetap di hati papa-jib..


by mekchuN (^_^)

Friday, December 7, 2012

Menu pertama yang ingin diterkam

Korang tawu kan mekchu ni bukan nya pemakan orangnya.. Tak rugi kalo bawak dia keluar makan, memang tak makan banyak.. Jadi, sila lah belanja dia ok :)

5 hari sebelum bersalin last dapat makan.. dan 2 hari lepas pantang dah kembali dapat makan.. sbnarnya dalam pantang lagi dah siap2 order.. kemain gatal tekak ni nak makan..

 italian rainbow cake (IRC)..

double indulgance (DIC).. opss tu dah kena jilat dengan mi-cah sikit..

Mekchu suka sebab ianya slice dan rasanya sedap.. tak manis.. dan fresh baking..

DIC tu dah selamat.. IRC tu simpan dulu.. harap2 bibik tak makan.. hahaha..

Order dengan member kat seremban ni.. sape2 area seremban boleh la kot kalau nak merasa..

Monday, October 8, 2012

Burger Bakar di Nilai

Pengaruh rakan alam maya lagik..

Memang selama ni bila nampak je orang post gambar beger bakar, cepat-cepat scroll down sebab takut kempunan.. asyik2 kat rawang, asyik2 kat sg.buloh.. semua pun mmg sukarrrrrrrrr...

Tiba status Lieza (binik boss) update kata beger bakar kat Nilai.. itu sudah baik..

Maka, berlaku lah sesi pencarian lokasi.. nasib mmg biasa kat area sana tu kan.. dan dapatlah mak buyong merasa nak makan beger bakar nih..


Kebetulan lepas amek papa-jit kat KLIA (kebetulan lah sangat..), terus ajak singgah kat MMA Santai Corner ni.. tak tahu pulak ada banyak kedai makan kat situ..


 

Tak reti nak order.. nasib adik tu tolong..

Lepas tu baru dapat tahu kat Senawang pun ada.. tapi tak pe lah, dah dapat tau rasa dia macam mana cukup lah.. nak repeat pun tunggu dah habis pantang sok..

Dan kepada orang2 Nilai, Bangi dan yang berdekatan, ini ada peta yang tak semenggah dari saya :)

 MMA Santai Corner yang ada kereta kaler kuning tergantung tu.. 

Malas nak lukis details.. asal ada giant, tesco kat situ rasanya korang tau kot ;p

Tuesday, October 2, 2012

Indah di mata, sedap di tekak...


Italian Rainbow Cake..

Bukan nak makan banyak sangat pon.. dapat tahu ada jual satu slice macam ni cepat-cepat pegi rembat..

Dulu susah nak cari, sekarang semua di hujung jari.. Terima kasih sahabat :)

Update : Pembuat kek tidak mahu namanya dipaparkan di sini atas sebab2 tertentu.. harap maklum ye kawan-kawan..

Wednesday, July 11, 2012

2 biji untuk menjadi gebu

Sarapan mekchu sebelum pegi kerja pagi tadi..


2 bijik telur ayam kampung (kata tinggal kat kampung khannn), letak kicap manis dengan lada sulah.. perghhhh... 

Harap2 baby keluar nanti segebu abang dia :D

Tuesday, July 10, 2012

Igauan demi igauan

Lepas balik dari cameron sambut enibeseri Mei hari tu, pantang dengar siapa yang nak pegi cameron.. mesti laju je nak kirim keledek madu dengan jagung madu..

Masuk ni dah 2 kali kirim pada orang :D dan alhamdulillah dapat. Kiranya tiap2 bulan dapat merasa..

Pertama hari tu nampak one of my big boss kat opis ni check in kat Brinchang.. laju je tya boleh kirim tak.. tak malew kirim ngan boss.. tapi kalau dah teringin tu apa cara sekali pun sanggup..sbb tahu dia boss yang sgt sporting..

Kali kedua ni pulak dengan salah sorang kawan lama.. tak sangka dia sms tanya nak kirim keledek dgn jagung madu tak.. aduhhh, kecik tapak tangan, sebidang kain jakel mekchu tadahkan.. tp masa tu blom pikir macam mana nak pass lagi.. janji dah kirim dulu kannn...

Terima kasih pada Ieta Hamdan.. terharu sbb dia ingatkan mak buyong ni.. nasib lah ko kat putrajaya aje.. dan kebetulan tak lama lepas tu papa-jit ada pegi sana.. terus mintak tolong dia yang amek kan.. setel!!

begitu lah rupa mereka yang sentiasa menjadi igauan.. 

Kukus, grill, panggang...
Kukus, grill, panggang...
REBUS!!! hahahaha...

dan hari ni dah selamat ngap... 

Rasa dia kan...... tak sama tau macam keledek biasa.. bila kemanisan, kelemakan dan kelembutan itu bergabung.. ohhhhh tiada kata yang boleh diucapkan.. tapi bila nak buang kulit tu mcm potong stim sikit lah..

Mula2 memang takut nak makan sebab takut angin.. tapi alhamdulillah, selamat tanpa kesan sampingan..  yang penting sebelum tu kena pastikan perut tak kosong..

Dan sekarang yang menjadi igauan seterusnya....

 kuih sepang bersantan.. balik pilah baru bleh dapat nih..

Tekak ni nak melantak sesado.. Adoiiiyainyapon..

Monday, July 9, 2012

Blog pompuan kena ada entry masak-masak

Bila tengok review blog bitt kat dalam Apa Kata Wanita (AKW) baru-baru ni, terus tersentap sendiri.. bukan sentap sebab jeles blog dia masuk tv, tapi sentap sebab dalam segmen Blog Pilihan tu review lebih kurang macam ni "tidak sah blog seorang wanita kalau tidak share resepi masakan".. perghhh #makandalam..

Terus minggu tu masak nasi lemak.. dengan tujuan supaya AKW terjah blog mekchu jugak.. hahaha berangan kan percuma..Blog neenanuar pun dah pernah masuk AKW.. lepas ni harap2 turn mekchu pulak..

Dan ini lah masakan nasi lemak pertama mekchu.. my 1st ever nasi lemak in the house :)

semua tu masak sendiri tau termasuk lah kacang goreng tu.. 

Masa nak masak kacang goreng tu kan, tiba2 blur dan terpikir nak letak minyak ke tak payah erk.. siiiikit lagi nak call emak kat rumah.. hahaha..

tapi sambal masin sikit :(

Nasi tu kena gelak ngan papa-jit.. hahaha.. tak pernah2 kan bini dia present nasi tinggi bangunan macam tu.. nak masuk blog katanyaaaa...

Ok, kira dah lengkap lah blog ni sebab dah ada entry masak-masak.. yeyyyy... walau pun menu nasi lemak yg level pejam mata je kat kawan-kawan yang lain :D

Tuesday, July 3, 2012

Dessert Musang King di malam dinner

Minggu lepas di Kediaman Rasmi Menteri Besar N9.. memang stok simpan cerita seminggu baru publish.. ibu mengandung mana lah yang larat update blog sehari sampai 3-4 kali kan...

Suatu petang minggu lepas (kes terlupa hari apa.. tp yg pasti masa tu mekchu sedang kelemasan akibat odit ISMS)

"Ma.. nak gi dinner rumah MB tak malam ni?"
"Tak nak laaaa.... tak de baju cantik.. semua dah ketat"
"Ok.. papa nak call Pej MB bg tahu papa sorang je dtg"
"Ohhhh papa pegi ke... tak bg tau pon" ~ dah mula serba salah nak ikut
"Iye laaa... semua ketua jabatan kena datang"
"Errrr... errrrr...."

Tingggggg... tiba2 teringat deqna (adik ipar) yang hi-tea kat rumah MB sebelum tu.. katanya MB sediakan dessert musang king... ohhhh la la..

"Cepat lah.... nnti lambat nak confirm kehadiran.. dah pukul 4 nih" ~ dia membebel dari padang golf
"Najmi?" ~ sempat selitkan cerita sedih di situ

Tiba2 perbualan BBM terhenti di situ.. ternyata 2-2 berat hati nak balik lambat sbb kesian kan anak..

"Mama call najmi kejap.. nnti mama bbm balik" ~ rasa serba salah kalau balik lambat semata-mata untuk dinner.. Lepas eksplen ngan mi-cah balik lambat sebab ada mesyuarat malam semua, terus bbm papa-jit..

"Ok, i follow u....."
"Kita balik rumah seremban aje lah.. ada baju tak kat sana?"
"Adaaaa....... kot......."

Dalam hati redha.. Tapi confident ada selai dua baju lama yang cutting besar..

Pukul 8 malam dah siap2.. antara yang awal jugak sampai.. masuk2 je dah nampak MB ngan datin seri kat muka pintu sambut tetamu.. erkkk erkkk.. cemas..

Follow je la montot papa-jit.. legaaa sangat bila dah dpt tmpt duduk.. tak lama lepas tu nampak kelibat az.. best pren kalo ada event macam ni.. caya lah.. ada geng!!!

 az, len kali jgn lupa roger awal2 ok... ada geng baru best..

Rasanya meja kitorang je yang muda2.. yang lain2 semua otaimer.. Lepas je dpt green light boleh makan, laju berdesup kami berdua.. tau2 je atas meja dah penuh.. Makanan yg super duper sodap malam tu.. 


 saat ditunggu2 dan sebab kenapa mekchu datang malam tu.. musang king power... terbaekkk...

Tapi berani makan 2 ulas je.. takut pulak panas.. janji dapat rasa je pon.. bukan nak melantak sgt..

Lepas dgr ucapan dari MB sekejap (sekejap je, tp rasa lama lah sgt sbb mata dah tahap gorilla tahan mengantuk), terus mintak diri mahu pulang buat taik mata... 

Terima kasih MB dan isteri yang sudi menjemput kami.. 

* Selebet je rasa bila pakai kasut tak de tumit ngan baju kurung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...