@churalliya

Monday, September 6, 2010

Majlis Iftar bersama Kelab Potong

Keahlian Kelab Potong adalah terdiri daripada ex-student UUM batch 2000/01.. acara berbuka puasa seumpama ini telah 4 tahun diadakan.. pergghh geli mat mat mat la guna ayat skemmm mcm nih..

Majlis Iftar bersama Kelab Potong @ Taman Ekuestrian Putrajaya (4 Sept 2010 = 25 Ramadhan 1431 Masihi)


Setelah 157 komen di fesbuk, maka tertunai lah jugak acara yg bleh dikategorikan sbg acara tahunan nih.. susah okeh nak tunaikan selera gajah masing-masing.. mula2 beh kurang 32 orang jugak yg bagi nama kata nak join.. tp saat2 akhir ramai jugak yg tak dpt datang atas mcm2 sebab.. iye lah kan.. masing2 dah ada family, mcm2 hal pulak nak kena tunaikan.. tak pe, janji benda ni jalan!!!

kalo ikutkan harga mmg mahal.. RM45/person.. makanan tak byk choice sgt.. boleh laaa... yg best part kambing golek je.. nyummmeh.. yg lain2 not so so..

tp apa yg penting, dpt jumpa kawan2.. mmg majlis mcm ni baru la dpt jumpa budak2 potong nih.. kalo dorang yg area kl sana tu selalu la jumpa.. tp mcm mekchu yang belah2 selatan ni mmg susah...

apa progress family pun dah tak ter update.. soalan mcm "ko dah bape org anak??" rasa tak sesuai utk kategori kawan2 rapat mcm ni.. patutnya kita sentiasa update progress kawan2 yg pernah rapat ngan kita suatu masa dulu kan.. ? ecehhh...

kitowang mmg sgt rapat.. ramai yg kawin sesama kawan2 jugak..
1. panjang & atut - x dpt dtg sbb atut dlm pantang kat johor
2. din & emi - emi tak de sbb sarat pegnen for 2nd baby
3. bro.john & mekchu
4. adam & milah
5. ejai & erna - x dpt dtg
6. poyok & diana - x dpt dtg
7. kudin & zam
8. mizi & hajar
9. ate & pijot -pijot x dpt dtg.. pun sarat pegnen 2nd baby

hambik.. 9 couple telah selamat dijodohkan (rasa mcm ada yg tertnggal.. bro.john, pls update).. yg x de nama kat situ bertemu jodoh ngan org luar.. mekchu pun tak pernah kira selama nih okeh.. hehe.. semua tu kawan2 masa belajar.. dorang tu dah mcm family sendiri dah..

kehadiran 23 org out of 32 pun dah cukup bermakna..


smpai2 je budak kecik ni tido.. dari pagi tahan mata.. belasah meniarap kat alamanda sbb ngantuk.. tp tak mo jugak tido.. last2 kat simpang PICC tu baru tido..


makan time.. tmpt cantik.. saje booking kat luar.. lebih selesa


yg kecik ada.. yg besar ada.. yg putih ada.. yg tak berapa putih pun ada.. kami 1 Malaysia!!!

kena pesan awal2 ngan dorang ni kata nak amek gmbr.. kalo tak mesti ada yg balik dulu.. try to list down..

dari kiri (belakang) : datang bujang & ada yg masih bujang
kalai, benut, ate, azam, budi, din & fio

dari kiri (bawah) : diri ikut pasangan
milah & adam, mizi & hajar, bapak & sue, teh & takim, yeob & nurul, zam & kudin, pojie (x de lak dlm gmbr) & wife, cikong & didi

mekchu paling kagum ngan ate.. dia dtg all d way form jb utk join majlis ni.. benut dari batu pahat & yeob dari alor gajah.. next time kita wat kat melaka je la..

organizer collect duit.. sebarang cerita simpati tidak di layan


cikong & didi


zam & kudin


mizi & hajar


nurul & yeop


adam & milah


teh & takim


kalai (dtg single but not available.. binik dia mabuk)..


hajar, mekchu & zam

tgh mekchu sibuk snap gmbr budak2 tu utk kenangan & bro.john lak sibuk collect duit.. najmi membawa diri.. hahahaha.. tau dia gi mana?? pegi bergambar ngan group lain.. tgk la tu elok je dia bawak diri..

baru pasan anak sendiri dah lama posing ngan group lain..


tgk la tuh. hahaha.. terselit baik punya.. mmg genetik papa ko la..


ada lagik.. pas tu byk lak tu dpt duit raya..


finally, kat parking dah nak balik.. baru pasan gmbr kitowang tak de lagi... patut pun najmi majuk membawa diri.. hahaha..

selain dari berbuka puasa, dapat jugak gather-gather ngan kawan2 yg dah lama tak jumpa.. rindu sgt ngan dorang.. ada ramai lagi yg tak dpt jumpa.. harap2 dapat diteruskan smpai bila-bila.. dah 10 tahun rupanya habis belajar.. kalo 20-30 thn sok ada yg dah bawak cucu kot.. hehehe


Saturday, September 4, 2010

Senang sgt kalo online kan

Setiap kali abg pos laju/pos ekspress/courier/skynet dtg bilik hantar bungkusan, muka mesti cerah berseri2.. kalah org yg pakai fair & lovely.. mcm org nak masuk meminang dia pya hepi.. apa kes ayat dah mcm pantun 2 kerat lak nih??? aduusss...

ok smbung.. pas tu mesti nak teka dari siapa kan.. kasik hati berdebar-debar.. (walhal bukan hadiah pun.. mmg pakai duit sendiri).. hahahaha...

kalo dpt tu of kos akan terus bukak secara rakus nya.. tak de simpan2 bwk balik rumah baru bukak... w/pun pada hakikatnya kita tau apa isik kat dalam tu..


mekchu selalu order dari kawan2 kat fesbuk.. belog pun ada gak.. tp skang kat fesbuk lagi hangat kan.. set GAP 2pcs boy set ni dari Eida Mohd.. RM55 untuk stripe top + pant

mesti ada yg ckp mahal, tak berbaloi ke hape ke kan.. ada aku kesah??? janji mekchu puas hati.. sbb tak payah susah jalan2 cari baju.. mcm2 kena pikir... parking, tmpt, tenaga, etc..

smpai je parcel, terus koyak.. bukan nak smpul.. mekchu nak kan isi.. isi?? nom nom nom.. bila korang nak bagi isi kat mekchu nih??


kat opis.. terus MMS bro.john bg tau seluar mcm beso..

lepas je berbuka semalam, terus sarungkan kat badan najmi.. bukan senang tau nak pujuk dia soh try baju.. nak acu kan baju kat badan dia pun kemaian payah.. bila ckp nak jalan, terus dia merelakan..

tgk je la aksi2 dia nih.. seluar tu 'gedobosh' skit.. bila pakai bj cam ni, terasa dah besar anak mama ni.. sekejap je masa berlalu kan.. oohhhh...


baju ngam2, cuma seluar tu mcm askar pencen la dik oii.. teringat cerita prebet jamilah malam tadi.. hahaha

tp kalo beli online ni mmg besar risiko nya.. risau pada size & kualiti kain.. tp pandai2 korang la.. kalo boleh, kasi o,tilik betul2 gmbr tu.. kalo bleh zoom smbil pakai kanta pembesar.. kalo benda yg senang nak jumpa, tak yah la smpai nak beli online kot... beli hanya pada barang2 yg limited edition & susah nak jumpa kat tmpt kita..

kualiti kain utk bj & seluar najmi tu amat selesa.. itu lah yg kita cari..



Friday, September 3, 2010

Pokok beracunoriza

Alamak... pokok nih... pokok nih...

mcm ada je kat umah tu.. kalo tak salah ni kategori pokok keladi.. pokok keladi mmg senang yang amat nak jaga.. sbb tu ramai yg pilih untuk jadikan pokok ni sbg hiasan.. termasuk lah mekchu.. nak yang senang senang aje kan..

tapi bila baca e-mel yg telah di fwrdkan oleh bro.john (nmpk sgt kan keprihatinan seorang bapa kepada anak yg nakal lagi lasak yg suka memasukkan segala benda dlm mulut), terus rasa nak share ngan uols..

kalo rumah akak mekchu, tak mustahil ada pokok nih.. sbb rumah dia terrrlalu byk pokok.. see see..

cehhh.. nak tunjuk gmbr pokok ke nak tunjuk gmbr mekchu yg slim secara mendadak lepas pantang?? hahaha...


segala mcm jenis pokok berdaun ada kat umah akak mekchu ni.. nursery tu dah jadik tmpt kerja dia no.2.. hahaha.. gmbr raya tahun 2008.. najmi 2 bulan lebih.. slim tak aii??

ok ok dah sebelum terkeluar tajuk.. meh baca.. lepas baca harap dpt bersama-sama ini lebih prihatin.. untuk anak-anak dan org yang tersayang...


Salam,
Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumbuh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan email ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang


cop.. kenapa nama pokok tu mcm panggilan hangit je?? betul ke tak info nih??

pokok beracunoriza??? beracun + noriza?? sama gak mcm nak bg nama beracunormah=beracun + normah...

errmm.. kalo info ni tipu, maka tipu lak mekchu pada korang.. tapi tak salah kan kalo kita lebih kan sikit sifat berjaga-jaga tu??

Thursday, September 2, 2010

Relaxer, highlight & coloring

tiap kali gunting rmbut mesti nak emo.. rasa sedih 3 hari 3 malam.. tapi kali ni kekesalan tu mmg dahsyat.. kenapa la pegi gunting??

kalo elok tak pe jugak.. mekchu soh dia wat layer, sekali mcm kena gigit tikus jadinya.. bukan 1st time gunting rmbut kat DONNAKO tu.. mmg itu lah kedai yg mekchu pegi kalo nak gunting rmbut dari sekolah lagi..

tapi hari tu tokeh tu gaduh ngan binik dia kot.. pendek kemain dia gunting.. pulak tu suka2 hati main zasssss je jambul ku.. dia ingat mekchu nak wat rmbut helmet tuh.. hadoi.. terus dah tak bleh tolak ke tepi sbb pendek sgt.. mmg main sepit je la jwb nye...

bila opismate tya 'kenapa gunting rmbut.....??' terus rasa nak nagies okeh.. baik jgn tya!!!

3 hari lepas tu gi wat relaxer & highlight skit.. kasik pampered my hair.. tak mau dah sedih-sedih..

relaxer ni adik beradik rebonding.. cuma kalo rebonding tu nnti result dia rmbut tu kepet sgt.. tp kalo relaxer ni dia nmpk mcm natural gitu.. sbb rmbut mekchu ni pun bukan lah jenis kerinting maggie.. just nak kemaskan sajorkk..

tp kena tya kedai dulu dia bleh wat relaxer ke tak.. certain2 mmg wat rebonding je.. result dia sndiri mau ingat la tahap 'kekepetan' yg melampau.. tp kelemahan relaxer ni, tak tahan lama kalo rmbut tu bukan jenis lurus..

masuk nih dah 3x wat kat joseph nih.. ekceli dia ni keje kat 'The Color Shop', Jusco Seremban 2 tu.. tp dia ada bukak kedai sndiri.. kalo wat kat kedai dia murah skit.. barang2 still pakai barang yg sama mcm kat saloon..

so step2 untuk relaxer... (hampir 2 jam)
1. bubuh ubat relaxer dan biarkan selama 20 minit.. lepas tu kasik cuci


2. keringkan rmbut guna sikat mcm iron tu..

3. iron rmbut

4. bubuh neutralizer.. eh betul ke.. lepas tu cuci & keringkan..

step untuk highlight (dalam 1 jam)
1. pakai topi

2. keluar2 rmbut untuk highlight

3. bubuh ubat highlight dan biarkan selama 15 minit

step untuk coloring (1 jam - sorry gmbr dah tak de sbb phone dah kehabisan bateri.. mekchu cerita je la ye..)

1. bubuh ubat kaler.. mekchu pilih revlon medium mahagony copper blonde 7.45. tggu dalam 30 minit


2. cuci & letak kan hair treatment

3. keringkan

wah.. gile simple punya steps.. simple tak simple sgt la.. dekat 5 jam gak duduk situ.. naik kematu vontot nih tau.. dah la x byk daging..

all in all, amat berpuas hati.. rmbut dah tak yah sepit2 dah.. cuma dia pendek skit je la.. sok sok panjang la tu kan..

hasil nya?? di sebabkan phone pun dah kong maka mekchu letak gmbr nih je la ye..


isshhh malu la..


gmbr ni bleh? hahaha.. gmbr terkejut.. x de la gmbr yg elok.. nnti kalo ada mekchu tepek kan kat sini ehhh

mmg tak nmpk sgt kaler tu.. kalo kat bawah lampu & kat luar nmpk kaler dia mcm segan-segan gitu.. gile ngko nak wat yg gempak2.. saya ni yang menurut perintah.. kang kena perintah buang daerah pulak kang..

* mekchu still hutang RM20 kat joseph.. sekali tak cukup daa... kata regular customer kan.. sesapa yg berminat nak tau harga bleh e-mel mekchu ye..

Majlis Iftar di atas air

Kalo tak kerana FOC, maka tidak lah kami smpai ke sana.. bersempena Data Alliance & opismate.. terima kasih abg din..

The Legend International Water Homes, Port Dickson

Niat nak pegi nilai 3 mesti di tunaikan jugak..
by hook or by crook kena pegi jugak.. hahaha.. tetiba teringat ayat fav masa zaman study dulu..

nak cari baju raya.. nak cari baju raya.. baju yg sama ngan ipar duai ku.. bila tya kedai mana masing2 blur.. bg direction just dpn kedai langsir matahari..

ok, kedai langsir matahari mmg dah jumpa.. tp sbnarnya ada berapa bijik kedai langsir matahari di Nilai 3??.. huhuhuhu.. misi mencari baju sedondon akan bersambung sabtu nih..

kami di nilai 3

just belikan bibik baju raya & najmi nye t-shirt belang 2 lai.. lebih2 tak dapek... nak bekejar ke PD la pulokkk...

Ramadhan Berbuka Puasa Buffet Dinner at The Lagend International Water Homes Port Dickson (14 Aug - 7 Sept 2010) - RM46.00 nett

walaupun dia adalah antara hotel yg mahal kat PD, tp buffet ramadhan dia kira not bad la kan..


ramai yg sesat nak ke sana.. sib baik kitowang dah pernah pegi.. pegi je pernah, tido kat sana belum pernah lagik.. sesapa yg planning nak horneymoon tp tak mo jejauh, mmg mekchu rekemenkan hotel nih.. romantissss gilessss uolssss....

kalo nak senang carik, masuk hway s'ban-pd tu.. exit Lukut & cari Glory Beach Resort.. hotel ni betul2 kat sblah tu..

kitowang jenjalan smbil berangan-berangan dulu smntara tggu waktu berbuka..


papa, bila papa dah kaya nnti jgn lupa bwk mama tido sini tau.. 4-5 mlm pun jadik la..

tmpt makan tak de la atas air.. bilik je kat atas air.. masa pegi dulu yang international ni lom siap lagi.. terrbaik ahh ada private swimming pool.. bleh mandi b00oo je kan.. sape yg nmpk.. tp mekchu tak suka tau.. ishhh ulos nih.. bOooo boOoo pulak kat sini..

the rooms.. private pool di atas laut.. oh, romantis nya..

Tmpt terrrrramat lah cantik.. 18 star mekchu bagi.. makanan pun sodap.. facilities pun tip top.. siap ada bilik mainan budak2.. ini mmg satu keperluan mendesak...

bila nmpk je bilik menan nih, pergghhh legaaaaaa nya... tapi najmi ni tak pandai berkawan la.. habis lana, putri dia buli.. sian dorang..



tmpt makan sblah pool.. risau je najmi terjun.. dia dah siap ckp 'bukak baju ma.. nak andi.." tu kalo leka skit mmg dlm kolam la diam nye tu...


the foods.. sodap..


makan kat belah luar.. best... smbil makan, smbil dgr bunyik air terjun.. baru nak feel, tiba2 teringat anak.. "eh, mana najmi??"


sib baik la ada sukarelawan nih...


babai... kalo ada rezeki, boleh la ke sana lagi.. time tu nnti mekchu dah bergelar datin kot.. tak pun puan seri.. hahaha..

Wednesday, September 1, 2010

Tips penjagaan compact powder yang dah pecah berderai

Pakai compact powder?? ke pakai loose powder?? ke tak pakai apa-apa??

Pernah tak jadi mcm ni??
pandangan dalam


pandangan luar

Itu adalah compact powder The Body Shop.. setiap kali nak abis (bhgn tengah dah kosong, tnggal kat tepi2 je) setiap kali itu lah masalah kepecahan ni akan berlaku..

Mcm mana korang buat??
1. Buang kan aje & beli yg baru
2. Pakai smpai titisan terakhir

Jika jawab no.2 sila ke soalan berikut
Mcm mana cara penjagaan kalo nak pakai smpai habis.. sbb dia akan bersepah di merata-rata henbeg..habis melekat kat camera, wallet, dan segala mak nenek yg ada dlm henbeg tu..

Jawapan korang amat dihargai

*****

Bagi mekchu, mekchu pilih jawapan no.2..

bleh pakai lagi 2-3 bulan wooo.. kalo sape yg jwb no.1 tu lepas ni aii nak declare jadik best pren la.. nak rasa kawan ngan org kaya.. hahaha..

Cara penjagaan compact powder yang mekchu praktik kan bila pecah berderai tapi kedekut nak beli yang baru..

1. Gunakan mana-mana poket yg free kat dlm henbeg dan campak dlm tuh supaya tak ganggu brg2 lain yg ada dlm henbeg coach tu..

2. dulu masa pakai pad whisper, setiap keping pad ada plastik yg ada gam tu.. pastik tu mekchu gunakan utk simpan bedak ni.. simpan dlm tu, pas tu gam kan blk.. gam dia kuat tau.. dah agak2 nak tekoyak, tukar lain..

mekchu letak la compact tu kat dlm plastik tu.. hahaha..

Korang lak camne? jom share.. tp chop!! kena jawab soklan tu dulu ye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...