Ok, itu biasa di dengar.. tapi kesedihan yang terlampau bila berpisah dengan pembantu rumah amat jarang di dengar... ranking dia mengalahkan kesedihan berpisah dengan cikgu di sekolah dan menewaskan kesedihan berpisah dengan boss di tempat kerja.. feeling dia susah lah nak cakap.. dan kesan dia, air mata ni boleh tiba-tiba mengalir bila teringat dan mengalir lagi laju bila tengok mi-cah..
Dari umur mi-cah 3 bulan hingga lah 3 tahun.. ermmm.. bagi mekchu tempoh tu cukup lama.. tatau lah korang..
Ok, tamo felling lebih2 skang... sila tukar struktur ayat untuk mengembalikan mood ceria.. kiki baahhhh (trade mark Nera AF) kelakar ooo kalo tgk mi-cah buat... kali ni mekchu nak memorikan saat2 hantar bibik pulang ke pangkuan keluarga dia.. bercerita dalam bentuk paling happy yang boleh.. eden toraiii...
suka kemain.. sebab berdua je.. mi-cah naik keta mama-woom dia (byk btol mama dia kan)
dorang semua kat belakang.. dari jauh nampak bulat kemain budak kecik tu..
tuh diaaaa.. kemain posing bila nampak camera.. tak sia-sia selama 3 tahun bermajikan mekchu (:
yang 2 banak ni lain pulak keje nya.. itu kalo lah staff papa-jit nampak tu, kompen tak sanggup nak tegur..
mi-cah bosan.. mama-chu asyik2 suruh jadi good boy.. lepas tu paksa amek gambar..
tgh pujuk mak.. mak dah start rasa sedih sbnarnya.. tp dia tak nak tunjuk..
ok, dah sampai turn check-in.. luggage dia ngam2 hooo 15.7kilo... kemain tak sabar bibik.. siap nak overtake turn org depan..
dan budak kecik ni masih tak faham apa-apa.. main.. main.. main..
mi-cah dengan benda yang bertayar mmg taksub lain macam.. kasik lah dia apa-apa yg bertayar, mesti khusyuk dan tawaduk..
sambil tu dapat tackle awek yg muka iras-iras.. hahaha...
bibik, kak long & abg long.. abg long mmg sesuai dgn nama dia sbb dia mmg longgggg (tinggi)... hahaha...
nenek labu bersama bibik
Tuhan telah ketemukan mekchu dengan seorang pembantu yang sangat baik.. syukur ya Allah..
mereka..
gambar terakhir mi-cah dengan bibik.. tgk lah dia, tak nak langsung dengan bibik.. sampai penyet-penyet muka bibik..
kami..
alamak.. babak ini yang tak tahan..
bibik dah macam kembar nenek labu kat rumah tu.. ke mana nenek labu pergi, mesti bibik ada.. mmg kamcing lah dorang berdua..
dengan akak mekchu.. bibik pun panggil mama-long.. argghhh... lepas ni turn mekchu.. cemana niiii.. masa amek gambar ni pun dah air mata dah meleleh sampai basah lengan baju....
dan....
tak boleh nak explain.. nnti mekchu nangis lagi...
kenapa kami terlalu sayangkan bibik?.. kenapa bibik tak sambung bekerja dengan kami lagi? dan kenapa itu? dan kenapa ini? mekchu akan explain later-later.. now kenot bekos i'm too too saddey.. (kan ke ini entry happy.. apa kes pulak nak sedih..)
"apa la diorang tu... macam itu pun nak nangis ke?"
"ma, relek la ma.."
T/hari tadi dapat call dari bibik.. dia dah selamat sampai surabaya malam tadi.. belum sempat mekchu nak cakap apa-apa dia terus tanya khabar mi-cah.. dia cakap malam tadi tak boleh tido sebab rindukan mi-cah dan terdengar-dengar suara mi-cah panggil dia.. adoiiiiii, menangis lagi mekchu ni....
Korang, thanks sangat sebab sangat memahami situasi mekchu sekarang.. sekarang, i laf you more than i laf bibik (:































































