@churalliya

Wednesday, June 13, 2012

Shopping dengan voucher sangat wallaweiii

Suka sebab berpeluang berlagak maca orang kaya.. walau pun sebenarnya kayap kan... Siapa tak suka bila nampak je yang menarik, terus campak masuk dalam bakul.. tak yah keluar duit sesengggg pungg....

Kalau lah detik itu boleh dilakukan berulang-ulang-ulang-ulang kali kan best....

pompuan yang selalu berangan nak jadi kaya tengah kira kepingan voucher.. hahaha entah berapa kali kira ntah.. 

lebar kan mekchu... dah nampak kembang semangkuk.. lepas tu pinggan, lepas tu besen dan lepas tu arghhhhh tidakkkkk...

nin diaaaaaaa.... mak shukeeee..

Hasil tabungan mekchu 3 keping aje.. papa-jit yang sumbangkan 5 keping.. so, total dia darab lah sendiri..

Ok, itu adalah treats point dari credit card Visa Petronas Gold Maybank kami.. berbaloi-baloi bukan? 9500 points bleh redeem RM50 sogo voucher.. opsss bukan nak promote CC kat sini tau..

Lepas dah puas buat kipas muka, terus turun tingkat 4 dan 2 jam jugak mekchu kat level tu sahaja.. semua pelosok survey dan bila dah penuh bakul dan tak larat nak angkat, baru call papa-jit (sbnarnya nak suruh dia top-up kan jugak). Mekchu tak suka kalau tgh pilih2 barang ada orang ikut sama.. Kalau dgn papa-jit ni senang, mmg dia dah faham sangat. Dia pegi lah mana2 dulu.. main game ke, baca paper sambil cap teh dulu ke.. karang dah setel mesti bini dia call punya..

8 keping voucher selamat di tingkat 4 dan siap kena swipe credit card lagi.. bijak tak panggil suami dulu sebelum bayar?

Itu belum tingkat-tingkat seterusnya... Sogo kan sekarang tengah ada Summer Sale.. kira sale jenis yang berbaloi jugak laaa..

Itu baru hasil di tingkat 4.. ohh dia lah banker merangkap buldozer ku.. hewhewhew... 

Yang kagum nya, mekchu siiiiikit pun tak penat.. rasanya stamina sama macam lee chong wei hari tu :)

Tapi kami tak cakap dengan nenek labu yang kami pegi beli barang2 baby.. orang tua2 ni nanti dia bising sebab awal lagi kan.. kitorang bawak masuk barang2 kat dlm rumah secara rahasia.. hahahaha..

serius segar bugar bila tgk baju kaler pink.. banyak kali jugak cuba istigfar jangan ikutkan nafsu.. itu aje yang pink dan lain2 tu masih mengekalkan kaler putih..

Dah nekad tak nak beli baju baby lagi.. mi-cah punya dulu pun elok lagi.. lepas ni tunggu hadiah dari kawan2 aje.. hahahaha tak senonoh..

Dan baju raya mi-cah pun dah siap beli.. cuma baju melayu dia je yang belom.. mekchu tahun ni tak dpt nak melaram sangat nampaknya.. sedddihhhh..

Mekchu punya kepuasan shopping semalam terbawak-bawak sampai atas katil.. punya lah payah nak tido sebab asyik terngiang-ngiang lagu SO-GO.. hahahaha demmit!!
 

Thursday, June 7, 2012

Check-up @ 20 weeks

Dah lama tak update live..

Menggeletis tak sabar nak jumpa baby. 5 minggu x jumpa. Ini tempoh yg paling lama kot.. Lepas ni nak mntk selang 3 minggu aje ngan dokter.. Tak bleh tahan dowh tunggu lama2...

Harap2 hari ni dah nampak clear burger atau hotdog. Will update soon :)
Sent from my RedBerry®

Wednesday, June 6, 2012

Our 7th Anniv - Ipoh Ipoh Mali...

Sehari je kat cameron.. ehh kalo ikutkan tak sampai pun 24 jam kami kat sana..

Lepas tengok rama-rama pemalas tak nak terbang tu, pukul 4 mcm tu kami dah gerak turun ke Ipoh.. pergi balik ikut Simpang Pulai.. bukak2 je mata tiba2 dah sampai Ipoh.. mak sukeee sebab tak perlu susah payah tahan mabuk..

Plan nak stay kat Herritage, tapi tak de swimming pool.. terus ke Impiana.. penuh pulak dengan tournament hoki.. last2 stay kat Syuen jek... janji bleh golek2 sudaaa...

Datang Ipoh tanpa sebarang perancangan aktiviti.. terjah je apa yang teragak.. dan malam tu kami keluar makan kat Ipoh Parade sajork.. dekat je kan dengan Syuen tu.. tp ahkak tetap mengah menapak...

Tiba2 dah siang.. misi utama nak carik mee rebus best in town.. tp sebelum tu layan mi-cah mandi pool dulu. memang tak bawak baju berenang dia sbb tak plan pun.. suruh pakai spenda je, tapi dia malu.. dah suruh contohi papa tapi tetap malu.. hahaha..

mewah pagi tu hanya kami bertiga sahaja.. 

 

Mekchu ada jugak hilangkan kempunan nak mandi pool.. tapi masuk 5 minit je kot.. sejuk yang amat.. tak kuasa nak gunakan lelemak utk panaskan badan... sayang lemak oiiiii...

sudahnya makan jajan sambil selak2 paper carik gossip...

Agak2 mi-cah dah puas, ajak dia sambung mandi kat dlm bilik pulak.. tak sabar dah nak makan mee rebus :)

 
 


Letak je status kat fb tanya kat mana mee rebus yang sedap kat Ipoh dan sekejapan ramai yang reply kata mee rebus ramli..best sangat ada kawan2 yg sentiasa alert macam korang..

Ingatkan jauh la.. rupanya 1km je kot dari hotel.. papago katanyaaaaaa...

dan mee rebus itu telah selamat melalui tekak dan seterusnya masuk ke dalam perut.. 

Legaaaaa dah dapat apa yang teringin.. habis je makan terus balik seremban.. ohh masih jauh rasanya Ipoh-Seremban walau highway lurus.. ternyata mengandung kali ni tak suka berjalan jauh..

#beruntunglahsuami

Dan begitu lah seadanya cerita ulang tahun ke-7 perkahwinan kami..

Thursday, May 31, 2012

Our 7th Anniv - Best ke Cameron sekarang ni?

Kami memang plan nak berjalan bermula pada hari ke-2.. kira dengan jari berapa banyak tempat nak pegi dan terus plan nak bangun pukul berapa.. hihihi..

1. Ladang Teh Cameron Valley
Lepas b/fast, terus ke Ladang Teh Cameron Valley. Tapi kitorang panggil Ladang Teh Bharat.. ajak papa-jit pegi kat Sg.Palas tu tapi macam kena pusing balik jauh lah pulak.. mabuk semalam pun belum hilang lagi.. Lagi pun banyak kenangan tempat ni.. ecehhh tak bleh la nak gebang kat sini kannnn.. 

Good morning cameron :)

me at 17 weeks.. bam bam tapi edisi boleh dimaafkan lagi kot

happy 7 anniv my darrrling.. 7 tahun 1 hari :)

tengok mi-cah kalau dengan papa dia.. kemain lentok..

Lepas tu anak bujang dah tak keruan.. nak pegi ladang teh katanya, nak tengok lori.. dan mama dia lah jadi peneman sebab papa-jit dah order teh tarik se-chawan :) Maka berjalan beriringan sambil berpimpin tangan lah anak beranak itu..

captured by mi-cah.. sebenarnya dah turun 3-4 anak tangga.. tp licin la pulak.. mak ngeriiiii... 

Dapat lah petik selai daun teh kat tepi tu.. nak petik lagi tapi mi-cah marah.. dia kata tak baik petik2 daun.. baekkkkkkkk!!!

Tonggek jugak la montot bila nak mendaki balik.. mi-cah ajak lumba lari.. tak dapek den nak nolong.. kami kat situ sekejap je.. tak smpai 30 minit kot..

Last captured sebelum balik.. 

Sebenarnya ada kedai baru bukak kat situ2 jugak.. so, singgah lagi nak tengok apa yang best (walau pun tahu asas daya penarik adalah teh tarik). Cuma kat situ dia adds-on ada kedai2 cenderahati..

bestnya kalau dpt turun bawah tu.. 
 
sampai kena paksa kalau bergambar dengan mekchu.. kuat tu sbnarnya pegang tangan dia tak nak kasi dia lari..

Habis lah edisi ke ladang teh..

2. Sekitar pekan Tanah Rata
Papa-jit ajak singgah kat Mardi sebab dia kata masa kecik2 dulu rombongan sekolah pernah bawak pegi situ.. layan.... lagi pun masih awal lagi sebelum check-out..  Tapi Mardi tutup lah pulak hari Isnin.. adoiiiiiiyainyapun.. masa tu terrrrnampak sungai cameron yang mengalirkan air sungai bewarna oren.. oren okeh bukan kuning.. dan terus erkkkkkkkk!!!!!

Alang2 tu, singgah lah kat mana ntah ni.. nampak ada minah indon sibuk bergambar kat situ sebenarnya.. ingatkan ada lah yang menarik kat situ.. rupanya buah-buahan gergasi ni sajork.. hahaha.. 

kena letak jugak gambar ni sebab papa-jit nampak begitu kurus sekali.. ehemmmmm...

Panas okeh kat situ.. mekchu duduk je kat bawah pokok.. tak kuasa nak peluhkan ketiak.. Lepas tu balik hotel, relek2 kejap dan terus check-out..

3. Strawberry Farm, Brinchang
Kami punya pit-stop memang mengikut lokasi. Makna dia, singgah apa yang jumpa dulu sepanjang perjalanan nak turun. Maka, jumpa strawberry farm ni dulu sebelum jumpa tmpt makan.. Ahkak redha walau pun perut dah lapoooo...

aura baby girl katanya.. harusnya ada munge-munge.. kikikiki... 

sorang sibuk dgn rose.. sorang taksub dgan cactus.. bagus.. 

Mula-mula memang nak gi petik sendiri strawberry.. tapi disebabkan 3-3 pun tak suka strawberry, maka hasrat itu terbatal dgn sendiri.. petik memang seronok, lepas tu siapa nak makan? Bawak turun nanti konpem dah mashemmmmm... baik biarkan strawberry tu memerah kat situ dan bagi orang yang lebih memerlukan untuk petik dan makan..

kalau tak percaya tengok tu.. mekchu pilih yang paaaaaling kecik utk rasa.. lepas tu errrkkkkkk... cannot go anymore.. 

just makan ice-cream strawberry sebagai syarat dah sampai cameron... itu pun satu cawan share bertiga.. pun tak abis.. 

Jadi, memang seulas strawberry pun kami tak bawak balik.. ada beli jagung madu dengan keledek madu je bawak balik.. itu memang terbaekkk sebab manis sangat.. len kali nak kirim jagung/keledek/kentang madu kalo sape2 gi cameron.. Boleh?


4. Makan kat Food Court Brinchang
Dan tiba lah masa makan.. yaaribbbaaaa...

Cop!! Ini bukan mekchu yang melayan tau.. ini anak bujang sorang tu punya keje.. atau mungkin jugak kena paksa amek kan gambar. kalau tidak kena tembak.. hahaha.. tu nampak mekchu sibuk pilih lauk kat belakang tu.. 

Lepas makan, baru ada senyum.. Jom kita teruskan misi...

5. Cactus Valley
Nak masuk cactus valley, sila bayar RM4.. ehhh bukan dulu free aje ke? Dan mula lah kami mengira anak tangga.. ohhhhh semua2 pun bertangga.. semput...

 yessss.. ada pun gambar kami bertiga.. mntak tolong pekerja situ amek kan.. lepas tu habis bertanah camera.. hehehe..

 disebabkan semua2 pun kena panjat tangga dan mekchu adalah feremfuan fragile, maka ngko duduk diam2 kat situ.. 

 pemandangan dari atas... sangat tercemar.. semua pun nak digondolkan.. kesian pokok, kesian cengkerik, kesian anak2 kecil..

 bawak datang sini suruh dia tengok cactus.. tapi dozer bawak tanah juga yang dia kagum kan.. haisshhhh... 

mi-cah panggil ini cactus awan nano.. hahahahaha... 

Lepas tu, pegi kat seberang cactus ni pulak.. yang ada banyak2 bunga tu lah..

 mama ngan papa jadi perantin.. puas pujuk mi-cah suruh snap kan.. 

 dengan papa je dia lentok.. nak lentok je dengan papa.. 

Alahai, tengok gambar je lah ye.. tak yah caption dah.. cepat sikit siap entry :)

 
 
 
  
bila mama-chu berbunga... 
 
 
 dia pun nak berbunga jugekkkk.. sampai ke dalam keta tak nak tanggal.. 

Kat situ dah banyak improvement sekarang.. bleh drive thru kalau nak tengok strawberry.. kitorang nak jugak cuba sebab sesuai dangat lah tu drive thru utk pompuan mok mok ni kan.. tapi bila tengok jalan mancanak tingginya, terus cancel.. tak confident lah pulak sebab pikir takut kereta rosak.. hahaha.. 

Ok, next please... 

6. Butterfly Farm
Yang ini memang mekchu mengaku mekchu yang beria nak pegi.. suka tengok rama2.. dengan harapan banyak lagi rama2 yang tinggal..

Tapi, agak hampa sebab dah tak banyak pun yang masih tinggal dan tempat tu pun dah makin kecik..

 bila dekat2, takut lah pulak.. 

nampak kan yg hitam2 melekat kat dinding tu.. yang terbang2 tak banyak pun.. 
 
cubaan menghalau rama2 suruh dia terbang.. tp pemalas wooo rama2 kat situ.. 

sudahnya papa-jit yang terbang... 

rekues by mi-cah nak letak rama2 atas tangan.. tapi masing2 geli.. hahaha.. tangkap rama2 pakai kayu dan letak atas cap jek.. 

Lepas tu dah tak tahu nak pegi mana lagi.. lagi pun cuaca asyik hujan je.. pukul 3 lebih macam tu dah setel semua dan start gerak turun bawah.. Kami memang tidak bercadang nak bermalam lagi kat cameron.. separuh hari pun dah bleh cover tempat2 wajib sebab dekat2 je pon..

Petang tu terus turun bawah dan bermalam kat Ipoh pulak.. plastik muntah dah stand by takut mi-cah mabuk lagi.. tak pun takut mama dia yang mabuk.. tapi elok je turun sebab 2-2 kat belakang fengsannnnn...

Mengah membaca? mekchu lagi mengah menaip.. hahaha.. 5 hari punya draf baru bleh siap publish.. Jadi, sebagai balasan, lagi 5 hari baru ada update baru...

Fuhhhhh siap!!!! #lappeluh

Tuesday, May 29, 2012

Premium Beautiful : Promosi Hari Ibu

(sticky entry for 48 hours)

Walau pun Hari Ibu dah lama berlalu, tapi selagi tak habis Mei selagi itulah sambutan Hari Ibu kan.. Setiap hari pun kalau boleh nak anggap Hari Ibu..

"Ibu... Ibu.. engkau lah ratu hati ku...." ~ tapi mekchu panggil emak :)

Bersempena bulan yang best ni, PB ada buat special offer tau..



Tawaran untuk pakaian dalam Premium Beautiful... memang harga murah dah ni....

Klik di SINI untuk mengetahui tentang pakaian dalam Premium Beautiful...
Jika sebelum ni harga biasa adalah dari RM 2366.00 - RM 2800.00
TAPI KINI HANYA

RM 1700 ++ hingga RM 1900 ++

(Jimat lebih RM 600++)

Anda juga bakal mendapat FREE Natural Wash (Pencuci Premium Beautiful)
+ 
Cenderahati Ekslusif dari Alycia...
Haaaaa... best takkkk... bukan senang taw nak dapat harga murah macam ni untuk 1 set Premium Beautiful...

Haaaaa... best takkkk... bukan senang taw nak dapat harga murah macam ni untuk 1 set Premium Beautiful...
Tawaran sah sehingga dari 13 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012...
Disebabkan permintaan menggalakkan, dilanjutkan sehingga  31 Mei 2012...
cepat-cepat... grab it now !!


Macam dah nampak simbol RM je kat mata tu.. ye lah kan JIMAT RM600.. siapa yang tak nak..

Ok, untuk maklumat lanjut pasal PB ni sila klik entry dari Alycia nih.. http://myalycia.blogspot.com/2012/03/pakaian-dalam-premium-beautiful.html

Korang nampak mekchu kurus kan (ini kes sblum mengandung).. Tapi nak pecah rahasia sebenarnya mekchu juga adalah pengguna PB.. uhuk uhuk.. terbatuk lah pulak.. tak percaya boleh baca kat sini..   http://myalycia.blogspot.com/2011/08/pb-panas-panas-promosi-raya.html

Haaaaa... jangan sangka orang kurus tak perlu ber PB okeh.. untuk sihat, apa salahnya kan..

Untuk info terkini pasal promosi PB, korang boleh LIKE page Alycia Premium Beautiful nih..  https://www.facebook.com/AlyciaPremiumBeautiful



Call / SMS Alycia : 019-6238010
kalau malu atau shegan bole emel : deqya2000@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...