@churalliya

Thursday, September 13, 2012

Check up @ 34 weeks

Seawal 8 pagi dah terpacak, pukul 10.45 pagi jugak baru sampai turn.. tak pernah check-up sebelah pagi.. rupanya 2x5 je suasana nya waktu petang..

Lorong depan tu memang penuh dengan patient dr.Intan semata.. semua pun membawak perut yang besooo.. semua pun jalan dah macam penguin.. memang lah tahun Naga ni tahun menambah rakyat Malaysia kan..

Perkembangan di 34 minggu...
1. Berat mama dah jadi 60 kilo.. dan berat baby adalah 2 kilo.. legaaaa sebab at least baby dah cecah 2 kilo..
2. Buat 3D scan dan muka masih melekap kat uri.. susah nak tengok muka dia betul2.. selain tu tapak kaki masih di kepala.. samersop betul anak mama kat dalam tu yeee..
3. Kelihatan hidung agak mancung, tak macam abg mi-cah dulu yg ketara hidung mama nya.. hahahaha..
4. Uri sebahagian besar di bahagian kaki.. legaaa sebab risau kalau di bahagian leher yang banyak kes terbelit uri tu..
5. Air ketuban lebih dari mencukupi
6. Baby sangat aktif dan pesanan doktor kalau kurang gerak cepat2 gi hospital
7. Next visit kena amek darah untuk check HB lagi

Jadi, lupa kan lah nak letak gambar 3D baby kat sini.. gambar mama nye boleh?

kelihatan dah mula membengkak kan.. tang hidung tu yang lemah tu.. haishhh... 

dan gambar minggu lepas.. satu kerugian kalau tak tepek kat sini.. 

beg baby n mummy pun dah siap packing malam tadi.. lambat lagi sebenarnya, tapi perasaan cemas dan takut tu yang lebey-lebey.. 

Kali ni sumbat segala mak nenek kat dalam 1 beg tu aje.. kalo tak cukup, boleh je berulang balik rumah amek barang.. beg tu pun tinggalkan kat rumah nenek labu je..

Maka tak betul lah kata tukang urut hari tu yang kata mekchu bakal bersalin dlm minggu ni.. lagi pun berdoa banyak2 biar lah sekurang-kurang nya kandungan cecah 37 minggu ke atas.. belum puas nak pakai baju poplook lagi nih... hahahahaha..


Tuesday, September 11, 2012

Kalau salah naik lagi RM500


Dulu sebelah tangan je mendail.. sekarang duit dah semakin banyak, terus kiri kanan mendail..

Apa tidaknya, dah teka bunyi kat radio Era tu dah cecah rm27K noks.. kalau salah, naik rm500 terus.. siapa yang tak bling bling bling bijik mata nak mencuba kan.. masih bunyi yang sama.. dan masih tak de orang yang meneka bunyi yang kami nak teka tu..

Mekchu suka mencuba.. sebab kalau tak cuba kita tak tahu kan..

Kalo dapat lah kan, nak beli apa erk? kereta? mungkin tidak.. kami nak beli tanah :D


Monday, September 10, 2012

Sedikit lega

Dah boleh tarik nafas sikit (sikit je) sebab baju-baju baby dah siap di basuh.. dari hari ke hari nak basuh, tapi asyik la tangguh.. 

Berbeza masa mengandungkan mi-cah dulu.. sangat excited... tapi kali ni excited jugak.. cuma konon2 macam dah otai la.. alaaa, lambat lagi.. sempat lagi.. banyak masa lagi.. buatnya betul kata akak tukang urut tu keluar cepat, kan haruuuuuu... 



Baju dan kelengkapan baby dah setel, lepas tu blur apa lagi erk? Dulu kemain siap ada check list barang2 baby dalam format excel.. mana yang dah beli tanda rait kat tepi.. hahahaha...

Dah boleh packing masuk dalam beg.. ingat lagi dulu satu kampit pampers ibu dan satu kampit pampers anak angkut ke hulu ke hilir dalam keta tu haa.. der, pampers baby tak guna pon.. nurse dah siap2 pakaikan masa nak balik.. 

Bila ingat semula, kelakar pun ada.. 



Saturday, September 8, 2012

Kalau dah sukeeee..

Kalau dah suke tu kan.. X dpt nak kata apa dah..

Khamis pakai. Jumaat basuh. Sabtu (hari ni) pakai balik :)

Cuba teka apa kah dia? Hahahaha...


Sent from my RedBerry®

Friday, September 7, 2012

Saya bakal bersalin minggu depan?

Sekarang 33 minggu.. maknanya bakal bersalin pada minggu ke-34? nehi nehi kabi nehi.. barang2 baby blom ready.. mental pun belum ready.. baby, relek dulu ok.. kasik habis musim hari raya dulu :)

Baru balik dari berurut tadi.. mekchu tak pernah cerita pasal urut mengurut kat sini kan.. malas nak cerita sebab nanti panjang berjela-jela.. Ok, ringkasnya sejak keguguran 2 kali tahun 2007 dulu mekchu dah start jumpa dengan sorang akak ni untuk berurut dan sengkak.. Dan dia jugak yang urutkan mekchu masa dalam pantang.. Kali ni pun dah chop dia untuk urut dalam pantang nanti..

Patut setiap kali lepas kering period kena jumpa dia untuk sengkak.. tapi biasa lah, pemalas kan..

Dah pregnen pun patut sebulan sekali atau dua bulan sekali kena pegi urut.. urutan masa mengandung mmg tak sama lah.. tujuan dia nak lancarkan peredaran darah, peredaran susu dan macam2 peredaran lagi.. nak nak bila dah hujung2 ni kan, macam2 sakit sebab urat-urat semua dah mengembang..

Bila dia gosok perut comel mekchu tadi (perut mmg main usap2 aje), terus cakap kepala baby dah ready kat laluan bawah.. kat atas pulak, perut dah turun 4 jari.. memang betul lah apa dia cakap dengan apa yang mekchu rasa masa dia usap-usap tu..

Cemas... cemas...

Terus singkap balik gambar2 lama..

 sakit-sakit, terus masuk labour room.. masa ni bleh sengih sambil buat peace lagi.. 

 beberapa jam selepas tu.. sendiri mau ingat.. tak sanggup nak lalui detik ni owhhhh... 

Terlupa potong kuku.. panjang jugak laaa.. bila sakit je mmg cengkam tangan papa-jit kat tepi tu.. sakit hati pun iye jugak sebab dia boleh layan movie john travolta dengan staff nurse masa tu..

Bila dah kena cengkam dengan kuku panjang, terus dia cakap kuat2 "nurse, ada pengetip kuku tak?" ~ psyco betul laki mekchu.. nak marahkan mekchu tak sampai hati.. hahahaha.. kali ni ingat kena potong kuku :D

syukur ya Allah.. comel sangat mi-cah selepas dilahirkan.. pipi gembol, dagu tajam membolat.. siap ada buih2 air liur kat tepi bibir tu yg geram tu.. 

Mekchu doa agar kali ni dipermudahkan proses bersalin macam bersalinkan mi-cah dulu.. akak urut tadi tu ada jugak remind semula cara2 push, apa yg patut buat dan tak patut buat masa sakit bersalin.. sekarang memang lah ingat kan.. tiba masa nanti, nak baca doa apa pun blur..

Tak sabar nak check-up dengan doktor pulak minggu depan..


Thursday, September 6, 2012

I'm wearing poplook dress today

Berani kan diri untuk cuba sendiri.. sebab kebanyakan dress poplook kan ke ada getah kat pinggang.. risau jugak kalo mak buyung pakai, ke mana getah tu akan pergi.. ke atas atau ke bawah? maklum la, mak buyung mana ada pinggang.. tsk tsk..

Nak tengok ke mana letaknya getah dress tu?

 getah tu macam mengganggu pemandangan kan?

Tak pe la, kata kedekut nak beli baju mengandung lagi.. kalo dress ni bleh pakai lama.. #mmgdasar

Sambil2 je dah terbeli lagi selai dress.. kali ni yang tak de getah pulak.. tapi sedar tak bleh beli banyak sebab susah wooo kalao pakai dress nak menyusu atau mengepam nanti.. tak kuasa mak nak kena selak semua..

Hari ni ada jamuan hari raya opis.. nanti dah dpt gmbr harus update :)
tata...

Wednesday, September 5, 2012

Gantung header bikin sendiri


First time kot cuba buat header sendiri.. Sila lah komen sebab header pun bikin sendiri dalam masa tak sampai 1 jam.. tapi jgn komen sampai mak buyong kecik hati cukup.. hahaha..

Header sementara tunggu baby keluar.. Sok sok dah keluar harus tukar header gambar ber-empat khennnn... tapi kena lah tunggu mekchu selim melim dulu :)

Lepas tu plan nak tukar segala mak nenek template kat blog ni.. kasik wajah baru segala-galanyanya.. jangan risau, masih mengekalkan konsep oren kuning disitu.. hihihi.. ke ada yang nak sponser ke?

Duit nuffnang pun lebat, churp-churp pun dah bleh cash out.. Alhamdulillah.. dan terus terasa dah tiba masa nak overhaul blog ni.. 

Tuesday, September 4, 2012

Takut nak bagi tau


Begini lah keadaan koleksi pembelian online yang ada kat opis sekarang.. Semua pun nak beli online :)

Semalam berani bawak balik baju poplook aje dulu.. sbb dah ready dengan jawapan kalo kena tanya "beli apa?".. senang nak jawab "beli baju mengandung merangkap baju raya".. jawapan tu konpem boleh dimaafkan..

Banyak kali jugak bawak balik barang dalam keadaan senyap2.. tau2 aje dah ada dalam almari..

Ehhh.. takut dengan siapa ni?

Check-up @ 32 weeks

Makin ramai kawan2 yang sama-sama bawak perut dah selamat bersalin.. Alhamdulillah.. bila ingatkan dah hujung2 ni, mmg cuak la nak alami suasana dlm labour room.. Biar 1st time kan, sebab kita tatau apa yg akan jadi. Ni kalo dah tahu lepas ni doktor dtg pecahkan ketuban, lepas ni nurse dtg check bukaan, lepas ni bla bla bla.. adoiiii mengerikan..

Sekarang kena datang check-up selang 2 minggu.. nak hujung2 nanti selang seminggu lak..

Ok, fast update check-up @32 weeks..
1. Berat naik sangat mendadak dari 55.5 kilo kepada 58.5 kilo.. sila ucapkan syabasss betty.. tak sia2 makan banyak masa raya.. Total naik berat badan BARU 10 kilo..
2. Berat baby pun naik banyak dari 1.24 kilo kepada 1.7 kilo.. bagus anak mama..
3. BP ok, air kencing pun ok
4. Kedudukan terkini kepala baby belah kiri, kaki belah kanan.. uri semua belah atas
5. Masa buat 3D scan, tapak kaki ada kat kepala.. hahaha.. tapi frust sbb doktor tak print pulak gambar tu..
6. Ukuran kepala baby 33 weeks, badan dan peha 32 weeks.. hahaha tak pe, mama kecik2 pun mcm tu.. tapi tetap comel sampai besar :)
7. apa lagi erk? haaa again it's a girl (risau lak kot2 dah hujung tumbuh bebird kan..) Alhamdulillah, setiap kali scan memang jelas nampak vagina a.k.a 'munge' di situ..

Check-up kali ni kena amek enjection kancing gigi..

Jumpa member papa-jit lepas amek enjection tu.. dia pelik dan terus ingat mekchu kena kancing gigi masa tu.. hahahaha.. kantoi tak tahu prosedur la tuhhhhhh...

Der, orang pompuan nak bersalin mmg kena amek enjection kancing gigi der.. tak bermakna dia kena kancing gigi, tapi untuk mengelakkan kena kancing gigi masa bersalin nanti..

Gambar check-up tak de pulak.. achaner ni? jap carik gambar lain yg semusim dengan nya..

lebih kurang la tu.. gmbr tu masa 31 weeks.. 

Rugi kot kalo tak amek gambar banyak2 time pregnen ni kan.. dah la masa mi-cah dulu x sampai 10 keping gambar pregnen.. tsk tsk..

Doakan mekchu selamat bawak perut dan selamat melahirkan ye.. amin..

Monday, September 3, 2012

Dan raya-raya yang seterusnya

Kes dah malas nak kira hari raya keberapa sebab raya tahun ni macam carca marba skit.. kadang2 rasa seronok, kadang2 rasa sedih.. entah laaaa...

Terkadang bila rasa hati tak gembira, kita cuba gembira kan dengan cara tersendiri.. vavavava lain macam ayat pompuan ngandung ni kan..

Pagi raya ke-berapa ntah, bawak mi-cah gi makan nasi lemak stadium.. lepas tu layan kepala bawak dia naik train senawang-seremban-senawang.. seronok bila tengok anak seronok.. 

Tambang RM1 sajork.. patutnya boleh pakai tiket tu pergi-balik.. tapi ngengada nak exit dan jalan2 kat kaunter stesen seremban tu.. terus kena paw menan yoyo dengan eskrim mcdonald..



Dia ajak pegi KL.. nak je pegi.. tapi nasib masih waras.. lagi pun badan rasa macam ting tong je pagi tu.. buatnya pitam kan, tak kan nak suruh budak kecik tu yg resQ?

Petang tu gi gunting rambut sebab dah tertekan sangat dgn rambut sekarang.. tiba masa dan ketika jugak nak potong.. tak de la pendek sangat, nanti marah pulak mak bidan tak bleh ikat rambut tinggi2 masa dalam pantang nanti.. 

share kat instagram, ada yang kata macam awek korea.. huk huk huk #saranghae

Ni gambar gi carik perabot raya pulak.. tak ingat jugak kejadian di hari raya keberapa.. 


Sudahnya bawak balik bean bag sajork.. kerusi meja tak jumpa yg berkenan.. terus bean bag tu menjadi rebutan kepada 3 manusia... dan semestinya mi-cah jugak yang menang.. mencik!!!

Pas tu sehari sebelum tamatnya tempoh bercuti panjang, kami ke Bangi dan tengok lah..

 ehh itu peha mi-cah tau.. jgn ingat mekchu bleh lipat kaki buat 'samersop' macam tu.. kennot anymore.. 

ce cakap achaner kami nak berjalan jauh raya ni?  

Kat seat belakang ada nenek labu ngan bibik.. boleh je kalo nak tido belakang tu.. tp biasa lah, ketiak mama dia kan wangi...  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...