@churalliya

Friday, October 11, 2013

Berkampung di KPJ

Masuk di dah hari ke-6, malam ke-7.. Dan hari ni baru boleh connect wifi hospital.. itu pun kena guna USB teethering.. tak boleh connect direct dari laptop.. kena pulak guna fon sbg modem.. apa kes ntah laaa...

Makan tido, tido makan aje lah kijenyaaaaa....

Alhamdulillah, kecibung wawa dah semakin sihat.. dah nampak ketara bezanya dari hari pertama dia warded dulu.. masa tu nampak betul lemah, lesu tak bermaya langsung.. sejak kelmarin dah semakin baik.. dan semakin kuat jugak..

Pantang nampak nurse masuk bilik, tak tentu arah nak lari sorokkan muka dulu.. Dia paling marah bila kena amek neb.. mama dia dah ada teknik kunci.. hahaha teknik tak bagi dia lepaskan diri masa amek neb.. Dulu boleh bagi sendiri, tapi kali ni memang kena minta bantuan nurse..

Macam baru je warded awal bulan 5 hari tu kan.. tak sangka pulak si kecibung ni fragile sampai macam ni.. Sekali dah kena lung infection ni, memang akan senang kena lagi.. ehhhhh tak nak la cakap macam tu.. kata2 tu kan satu doa..

Day 1




Day 2



Day 3



Day 4




Day 5

Day 6



Nampak wawa dah semakin noty kan... suka bebenor buat muka busyuk dia..

Day 7? 8? 9? ohhhhhh nonono... jangan la lama sangat.. Dah tak larat dok terperuk dalam bilik ni.. nak balik raya haji oiiiii....

Gambar semua copy URL dari instagram aje.. malas pulak nak copy caption dia sekali.. korang pun dah baca kat sana kan... @churalliya

Tapi perasan tak dalam pada sibuk jaga anak kat spital, tiba2 ada pulak nampak gambar main volleyball kan... Semangat nak bantu kawan2 untuk dapat naib johan.. ehhhh terbagi tahu dulu pulak... Yang itu nanti mekchu cerita lain...

Sekarang nak fokus bagi wawa dapat keluar paling cepat esok. Paling lambat lusa... Kemon dikkkkkk....


by mekchuN (^_^)

Tuesday, October 8, 2013

Bandung Day 4 : Aria Jeans, Pasar Baru (repeat) & Kartika Sari

Harap ni entry last pasal Bandung.. (rasanya draf hari tu panjang sikit ayat intro.. ntah mana peginyaa terdelete kot.. bila edit guna talipon gini laa.. lintang pukang.. iols kan kat hospital lagi)

Pagi hari ke-4 sambung mempacking barang2 kecik yg tertinggal.. Selagi tak abis mandi pagi, selagi tu lah akan ada barang yg tak abis packing... alamak, kantoi la pulak gi b/fast tak mandi...

Lepas b/fast papajib, abam mi & azuan pegi satu kedai jeans ni.. Aria Jeans. Semalam pergi kedai ni tapi dah tutup.. So pak supir tunjuk aje tempatnya.. Dekat je ngan hotel.. Dorang menapak je ke kedai pagi tu.. Dia bukan kedai sebenarnya, tapi dorang panggil factory..

Mekchu dan wawa tak ikut.. nak sambung packing.. Tapi sebelum tu, layan amek gambar dengan kecibung wawa ni dulu..

jumpsuit dan kasut dari Anakecil.. sebab comel lalu terus pakai.. nasib lah kulit wawa ni tak alergic apa2.. risau jugak..

Wawa tido aje, terus mekchu sambung packing..

Tengah memijak2 sambil melompat2 atas bag (nak kasi betul2 compress sbb tak lepas nak zip) dapat wassap gambar ni..




Papajib suruh pilih nak kaler apa.. papajib amek kaler kuning dan royal blue.. Terus setuju nak kaler itu jugak.. Royal blue mekchu dah ada.. tapi itu jegging. Kan ketat........ yang ini nanti boleh la tempah loose sikit.. Lepas tu mekchu add on kaler pink jugak :)

suka sebab mekchu punya terlebih satu.. kain jeans lembut..

Papajib dah mula menggila carik seluar blocking ni.. chop bukan mekchu yg pengaruh ok.. dia terpengaruh dengan sendiri.. seluar bunga2 mekchu pun dia nak terai sarung... teringin la tew nak ada seluar bunga2.. Senang nak bawak gi men golp.. tapi yang jual seluar blocking ni cutting bawah dia kecik.. takut bila jalan mengepit je nanti.. hahahaha... tu yang beli kain dan boleh tempah sendiri tu.. 

Sebenarnya, kat situ pun boleh siap tempah.. Orang tu kata petang tu dah boleh datang ambil.. tapi flight kitorang petang tu.. memang tak sempat.. Kalau tau, hari 1st hari tu dah datang sini.. So, korang kalau berminat nak cari kain jeans blocking sila masukkan Aria Jeans ni di hari pertama/kedua ke dalam itinerary bandung korang nanti...

Bila dah balik seremban, dah tatau nak tempah kat mana.. Kedai otai repair jeans kat bazar yg selalu kami pergi tu tak amek tempahan jeans rupanya.. kawan2 seremban, tau tak kat mana nak tempah jeans selain Victor?

Harga? papajib ada bagi tau harga dia tapi mekchu lupa.. murah rasanya sebab kalo mahal tak hingin papajib tu membeli..

ini rupa depan kedai tu.. kalau berminat boleh amek alamat seperti di atas..

Lepas je dorang balik bilik, kena selesaikan masalah nak sumbat kain seluar tu pulak..

Setel semua, turun lah kami ke lobi dengan bag yang dah beranak pinak. Siap dapat anak angkat lagi (kotak)

abam mi pun pakai t-shirt dari Anakecil jugak.. sejak kawan dengan adam, dah pandai pakai cap terbalik :)

Masa pak supir masukkan bag2 kami dalam kereta kan, masa ni mekchu berdoa aje supaya muat.. supaya pak supir tak perlu patah semula gi tukar kereta yang lebih besar.. supaya kami tak tertinggal flight.. 2-3 kali jugak dia keluar masuk kan bag.. akhirnya muat.... pfttttt... memang pandai betul dia susun..

sedih pulak tengok azuan yg macam kelemasan dikelilingi bag.. nmpak hujung kepala aje kat belakang tu....

Keluar je hotel, kami ke Pasar Baru semula.. Scha ada hajat yang tak dapat hari tu... hahaha alasan jual nama orang.. mekchu pun sama.. lupa nak membeli beberapa keperluan..

Kami ke kedai Sir Cinta tu aje. yang kat parking lot yang mekchu ada cerita tu.. tak masuk kat dalam pon sebab kalo dah masuk dalam tu panjang ceritanya nanti... takut tak sempat nak kejar flight..

wawa baru bangun tido..

kan dah kata.. jgn risau kedai2 kat sana memang tak kedekut kerusi.. senang nak lepaskan lelah..

Apa persamaan kami dalam gambar di atas? Ya betul, 3-3 pun pakai baju baru.. ehemmmmmmmm........

Pasar Baru dan Rumah Mode adalah 2 destinasi yang kerap akan minta di-repeat.. Jadi bersiap sedialah.. Kalau boleh jangan ada perangai me-repeat ni. Kalau boleh la kan.. hahaha mekchu memang tak boleh. tetapi sebaliknya kalau boleh lagi nak mintak pak supir hantar ke Rumah Mode hari tu.. melampau pulak tak ingat nak balik ke weiiiii?

Kat sana dua hari berturut kami makan kuih banderas ni.. bunyinya kena teran sebutan banderas tu sikit.. sekali cuba, terus terkenyam... hari berikutnya minta pak supir carik kan lagi kat tepi2 jalan tu..

 kena cuba.. senang je nak ingat nama kuih ni.. ingat antonio banderas :)

Rasa dia dari tepung beras campur kelapa pas tu yang kat luar tu rangup.. wawa ngan am pun suka.. kena lah korek isi dia buat suap kat dorang.. yang kami ni makan kulit luar tu aje.. hari 1st tak cukup.. nasib jumpa lagi dan makan lah sampai kembong.. Kalau jumpa kuih ni kena cuba ok..

Sebelum terus ke airport, kami singgah di Kartika Sari dulu.. misi nak membeli brownies kukus dan pisang keju.. Itu adalah benda yang selalu disebut kawan2...

Pastikan singgah di Kartika Sari hari last korang kat sana.. kedai dia otw ke airport tu.. konpem sempat punya jangan risau..

sesi soal jawab dengan penjual tu.. maklum la, mekchu tak pernah tengok rupa brownies tu.. bila tanya haaa hambek kemain banyak perisa dia bagi.. dah la konpius tatau nak yang beli mana.. 

serius dalam dilema.. nak try semua takut tak abis pulak.. tau je la kat rumah tu mekchu sorang je penggemar kek ni.. itu pun tak de la addicted sangat.. 

Sudahnya beli 1 kotak brownies kukus perisa original dan 1 kotak pisang keju.. dah tu bila sampai rumah terus menyesal sendiri kepada tak beli lebih.. sebab rasa dia sangat sedappppppp... patut lah penjual tu pelik mekchu beli sikit.. Rp35,000 je satu kotak.. Dalam RM10-15 je pon..

Korang kalau dah sampai Kartika Sari ni, sila lah beli lebih dari 1.. memang tak akan menyesal.. percaya lah cakap mekchu ni.. memang mula2 risau takut cepat muak.. tapi tidak sama sekali..

memang mekchu sorang je yang ngadap... tak share dgn orang lain pun.. nasib nenek labu, papajib dan abam mi bukan penggemar kek.. pesaing terdekat wawa aje.. 

Sesiapa yang nak ke Bandung (terutama kawan2 di sekitar Seremban) tooolong bg tau mekchu ok.. sebab nak kirim kek ni.. senang nak pick-up.. Kalo kawan2 di bandaraya KL tu mcm susah pulak nak kirim, nak kena pos bagai..

Hari tu ada member papajib ke Bandung.. hati dah berbunga riang.. tapi dia tak sempat pulak nak belikan sebab dia amek pakej Bandung-Jakarta.. tak pe la, tak de jeki...

Setel beli kek, terus lah kami ke airport.. itu kira last destinasi la tu.. uhukkkk :(

Jejak je airport dia, kembali tercengang-cengang.. terperanjat2 jugak sebab tiba2 dah kena beratur, tiba2 dah kena scan bag semua.. Papajib lah yang serik nak kena angkut bag tu satu2 naik ke atas sementara nak dapatkan troli.. dah la semua bertangga.. dengan stroller wawa lagi.. dia tido time ni.. azuan & scha relek je.. sikit je barangnya...

itu lah dia.. datang dengan 2 bag besar biru dan merah kat bawah tu aje (dalam keadaan separa penuh).. bila balik sendiri mau ingat.. 

setel check-in.. 

Kat belakang tu toilet ye.. Sila membuang siap2 di situ.. mekchu pergi keluar masuk pun masih ramai.. Kengkonon nak gi toilet kat area bording nanti..

Siap boleh layan minum nescafe ais kat sini sementara tggu flight.. dengan yakin sekali nak membuang kat toilet 'lagi satu'..

Sekali tiba masa naik atas nak bording tiba2 je dah kena beratur.. tiba2 dah sampai kat pintu.. omaiiiiiii mana nak carik toilet... demmit!!!! pundi kencing dah penuh...

saya ambil gambar dia...

Dan bila saya toleh..

 dia pula ambil gambar saya... hahaha nasib ada gambar kat airport bandung.. dah la masa sampai hari tu menonong masing2 masuk ke dalam...

Bai bai Bandung.. Till we meet again..

Elok je signal pasang belt tu padam, terus orang yg pertama bangun carik toilet.. lepas tu macam nak pitam sebab kena jalan dalam keadaan goyang2.. nak kencing dalam keadaan goyang2 jugak.. kena carik paip air dalam keadaan goyang2 jugak.. nasib tak blueekkkkk  kat dalam tu... paras caffein dah naik sampai kepala la tu..

Pening pulak kepala.. sebab tu mekchu tak nak apply jadi stewarders.. hahahahaha..

papajib relek2 aje dokong wawa jalan2 dalam tu.. idok lerrrrr nak muntohhhhhh.... 

Lepas dapat makan, baru lah ok.. oooooooo nak kena isi rupanya perut ni...

baru lah boleh senyum... abam mi dah mengantuk masa ni.. biarkan dia kat tepi tu..

kecibung wawa pulak baru bangun.. memang tak tido la jawabnyaaaa.. baru plan nak membuta dalam flight.. 

baru 2 orang ok.. baru 2... 

Percutian dan destinasi yang bukan mekchu rancang tapi best...

korang.... nanti kumpul2 duit kita buat trip lagi ok.. 

Pagi esok bangun pagi je abam mi tanya pasal adam.. Adam pulak tya pasal abang kekemi dia.. hahaha comel kan dia panggil nama tu.. abang kekemi... awwwwww...

dah sampai LCCT

Apaaa? adik nak naik eroplane lagi? nanti kita pegi lagi yeee...

Nota Kaki :
1. Kalau teringin nak beli kain jeans blocking tu, boleh ke Aria Jeans. Dicadangkan supaya pergi pada hari pertama/kedua korang sampai.. sebab boleh tempah terus.. hari last dah boleh pakai pegi Kartika Sari :)

2. Kartika Sari kena pergi last day.. Dan sila beli brownies kukus dia lebih daripada 1 kotak. Sesuai untuk dijadikan sebagai souviner untuk bos, family dan mekchu juga (^_^)

3. Dah sampai airport, pegi toilet yang ada kat bawah tu siap2.. jangan ada niat nak menyimpan tak bagus untuk kesihatan

Maka dengan itu mekchu tamatkan entry percutian ke Bandung ni (6-9 sept 2013).. Nanti mekchu letak kan semua link supaya senang kawan2 nak refer ok.. Tak menunjuk kan.. tak de kannn kannn kannnnnnn? Dia belum cuba torai test baca cara mekchu share info, dah tuduh yang bukan-bukan...

What eva!!!

Dan akhir sekali, terima kasih papa atas percutian ini.. Laf u deep deep..


by mekchuN (^_^)

Sunday, October 6, 2013

Akhirnya wawa warded jua

Kan last entry cerita pasal wawa demam. Ada bg tau yg doktor bg tempoh 2 hari kena monitor demam, cara pernafasan dan cirit/muntah..

Selepas 2 hari tanda2 tu ada. Tapi tak berapa kritikal. Demam kejap panas kejap tak. Bernafas mmg laju. Cirit dah ada sikit2 dan muntah tiap kali lepas makan ubat...

Hati tu dah mula tak tentu arah.. kalau bawak wawa g hospital mmg confirm warded (berdasarkan apa yg doktor dh explain). Kalau tak bawak itu anak. Anugerah Tuhan yg kita kena jaga elok2.. tp kalau warded mcm mana nak uruskan segalanya dgn sendiri?

Mata dah bengkak menangis tengok wawa batuk makin teruk. Menangis sbb papajib tiada di saat paling memerlukan.. call akak mekchu mntk tlg dia hantarkan di hospital.

Kes yg sama mcm bulan 5 hari tu. Ada infection kat paru2.. Virus yg abam mi bawak dari sekolah dia ni memang powerful... yg merana dak kecibung wawa..

Tak tahu lah berapa lama kat ward.. cuti tinggal 6 hari.. oooemmjiii... punya lah catu cuti konon nak guna hujung tahun.. akhirnya guna kat hospital..

Doakan wawa cepat sembuh dan mekchu tabah lalui semua ni.. papajib tgh usaha nak tukar flight..

Friday, October 4, 2013

Anak2 sila cepat sihat

Minggu lepas abam mi demam bila papajib ke Jakarta.. tapi demam si abam tu dah senang nak handle.. cepat je kebah badannya.. cuma batuk dan selsema masih ada lagi..

Minggu ni kecibung wawa pulak demam bila papajib ke Beijing.. abam mi la pembawa virus ni.. dah berjangkit dekat adik.. wawa tak biasa demam.. last demam masa warded dulu tu. ni bila demam lagi rasa cuak pun ada.. doktor kata kalau masih panas, bernafas laju dan ada muntah/cirit kena warded.. oh nononono.. anak mama strong.. jangan menduga mama saat papa 'keje' jauh macam ni..

Terus bawak wawa jumpa doktor syed KPJ.. no more columbia since warded dulu.. Lebih tenang dan senang dengan penjelasan doktor syed.. tapi telinga ngko memang kena cekap tangkap apa yang dia cakap.. lemah lembutttttt sangat...

Gambar kat hospital semalam..

nampak macam tak demam je kan.. pada hal merengek aje kije nyaaa... ini kalo boss tengok mesti tak percaya anak demam ni.. 

abam mi ponteng sekolah.. besar dah anak2 papajib.. 

trippleNAJ kesayangan

monyok je budak kecibung ni.. 

Dan ini keek (dah lama tak ber-keek) apabila boring melanda.. kahkahkah...



Malam tadi terbang lah sudah papajib ke Beijing..

uuuu.. cedih.. bag golp lagi besar dari bag baju.. have fun papa.. tapi jangan selalu buat macam ni lagi ye... kat malaysia pun ada padang golp cantik2..

Kenapa tak ikut?
1. Sebab papajib akan main golf 3 hari daripada 5 hari dia di sana
2. Sebab dia pergi under Kelab PPTDNS dan mekchu bukan PTD
3. Sebab tak ramai yang bawak family. Kalau ada bawak pun semua anak2 dah besar
4. Sebab papajib ajak-ajak ayam aje... uuuuuuuuuuu :(

Entry Bandung pun tak habis publish lagi... Baju Jakarta pun tak abis lipat lagi, dia dah pergi semula..

Ni ada sikit gambar masa kat Jakarta hari tu...

 dengan 16 orang kawan2 batch 2003.. kalau mama dapat contact isteri masing2 ni, kami pun boleh buat trip ke Jakarta jugak ni... 


Terasa seram sejuk pulak badan ni.. Kalo papajib pergi men golp jauh2 lagi, agaknya mekchu pulak yang demam ni..

Minggu ni nak berlipur lara dengan nenek labu, anak2 dan bibik.. ehhh a ahhh dah ada bibik.. Cerita bibik nanti mekchu story morry morning glory ok..


by mekchuN (^_^)

Tuesday, October 1, 2013

Dress wawa dari Hanna Pleasure

(Entry melekat 24 jam)

Mempunyai anak dara dan mempunyai kawan yang pandai menjahit memang sesuatu yang menggembirakan hati..

Tapi kalau mempunyai anak dara dan anak dara pula mempunyai mama yang pandai menjahit lagi boleh bergembira kot.. nak buat macam mana, mama wawa ni tangan kaku.. jahit jelujur dia boleh laaaa... itu pun belum tentu kemas.. janji kain tu boleh melekat sesama sendiri dah cukup bangga...

Mekchu memang menggilakan dress budak.. tak percaya tanya dengan geng bas sekolah mekchu masa pegi expo baby hari tu.. seminggu tau terkenang dan menyesal kenapa beli 3 pasang aje..

Tiba2 dapat tahu yang kawan lama mekchu ni pandai menjahit.. ada nampak dia publish sikit2 kat instagram.. tak sangka pulak sampai dah boleh amek tempahan.. ana, su tumpang bangga...

Dress comel wawa ni dari Hanna Pleasure..

Yang bunga2 comel ni..

Rissa Baby Dress (12-18m)
Ngam-ngam je bila pakaikan pada wawa.. boleh pakai dengan baby cardigan dia tu... eeee geram pulak tengok..

kalau nak nampak ketiak boleh jugak :)

Yang plain separuh, bunga separuh dah tu kat tengah siap jahit sulam...


Bellaboo English Cotton Dress (12m-18m)


mama nak enterprame kejap.. bukan apa, nak tunjuk bagaimana kain lebih tu boleh guna untuk buat dress wawa.. dah dapat pakai sama-sama..

Drees maroon plain ni special.. sebab kain plain tu adalah kain lebihan baju raya kami.. tatau nak buat apa dengan kain tu, terus teringat dengan hanna ni.. Masa tu lagi 2 minggu nak raya kot.. Nasib hanna nak amek tempahan lagi.. Pos kain tu pada dia, dan dia pos kembali dress yang dah siap..

Servis pantas...

Jahitan sangat kemas... 

selain dress, hanna jugak pandai jahit bekas pensel dan bekas tisu jugak.. 

Kalau korang ada kain lebih yang tatau nak buat apa tu kan, mekchu cadangkan pegi order dress anak dengan hanna ni.. dapat jugak korang sedondon dengan anak..

Untuk maklumat lanjut, korang boleh LIKE dan cuci cuci mata di facebook Hanna Pleasure . Boleh tengok contoh dress gegirl yang beliau dah jahit.. Fuhh comel comel.. Find Hanna Pleasure ok..



Ehhhh Raya Haji dah nak dekat ni kan.. apa lagi, cepat2 pegi order..


by mekchuN (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...