@churalliya

Thursday, October 23, 2014

Program CSR bersama anak2 yatim Baitul Mahabbah

CSR tu bermaksud Corporate Social Responsibility

Ok, itu kena letak kat kepala entry beserta bold supaya mekchu dan kawan2 semua ingat sampai bila-bila.. hahaha honestly dah baca banyak kali maksud dia tetap tak ingat bila ditanya..

Mula-mula nak ucap syukur Alhamdulillah sebab kerja amal yang tak seberapa ni berjalan dengan lancar.. (ngko ingat ini ruangan ucapan dapat award keeerrrrr???) Berkat usaha dan kerjasama semua opismate, semua anak2 happy dan kakak2 dan abang2 ni lagi lah berganda happy nya...

Kenapa kakak? kenapa abang? sebab dorang yang panggil kitorang cenggitu.. tak baik kan nak marah anak2 yatim.....

Rumah anak-anak yatim Baitul Mahabbah ni terletak di Seremban 2.. tak pernah sampai sana.. tetapi kami dipertemukan di Rumah Kelab SUKNS..

Kena buat program sosial. Program apa nak buat bersama anak2 yatim adalah something yang boleh stress bila pikir.. nak something yang enjoy dan terpaling penting boleh buatkan anak2 ini happy... So apa dia?

Ninnn diaaaa....

Tapi sebelum tu mekchu nak kenalkan master mind untuk program hari tu.. orangnya kurus, tapi penuh bertenaga dan penuh aura positif..

sumpah kami tak janji nak pakai satin shawl.. kalau dah 2 jiwa 1 hati tu memang tak ke mana... hahaha kannn kak piah...


Antara persediaan beberapa hari sebelum program CSR...

 alaaa.. mekchu tu menyemak je lebih.. bukan menolong sangat pun... 

 itu pun eksyen je tu... percayalah...

Mungkin tak banyak yang mekchu dapat bantu... tapi sekurang-kurangnya mekchu ada sekiranya diperlukan... mekchu ada di kala kak piah kelaparan nak pegi makan... mekchu temankan.. di kala kak piah tak muat kereta nak angkut barang2, mekchu bawak kereta lebih, di kala kak piah ketakutan ada katak melompat, mekchu tolong sama melompat kat tepi... hahahahaha...

Bukan setakat mekchu yang membantu....

wawa pun turut hadir 2 hari sebelum program...

 dan abang mi sehari sebelum program... 

Jadi eksaited lebih sebab nak meraikan anak-anak istimewa.. lain daripada program2 yang pernah buat sebelum ni...

Dan ini pulak cerita di hari kejadian (11 Oktober 2014-Sabtu)

Abang mi nak ikut, tapi mekchu tak bagi.. Mekchu kena jadi fasilitator.. so nanti tak de siapa nak jaga kan abang mi.. Kot spesis baik duduk diam tak pe.. nanti habis semua dia kacau nanti..

 terus terasa sayu hati bila tengok muka anak2 ni.. ni kat depan rumah dorang kat Seremban 2

ni dah sampai di rumah Kelab SUKNS... selamat datang adik2 akak semua... 

Dalam pukul 10 pagi kot acara pun bermula...

Bermula dengan pembahagian kumpulan.. budak2 tu dah siap-siap dibahagikan kumpulan.. jadi pagi tu hanya kumpulkan dan serahkan dorang kepada fasilitator masing2.. budak2 ni pun dah siap pakai name tag ikut warna kumpulan.. mekchu kumpulan PINK... yeyyyy..

 tengok kak sue dah siap keluarkan jari tak cukup sorang adik... hahahaha... 

1 kumpulan = 2 orang fasi. 5 hingga 6 orang adik-adik dari pelbagai peringkat umur..

Lepas dah jumpa adik2 semua, sebelum mula tugasan kami kena buat sorakan kumpulan dulu.. alahaiiii nak bersorak la pulak...

ni kak sue dan kak zana tengah berkenalan dengan adik2.. dorang panggil kami kakak.. so kami pun terpaksa la gelarkan diri kakak jugak.. nanti kecik pulak hati adik2 tu.. hahahaha... 

Tapi serius adik2 ni semua sangat sporting.. senang sangat kot nak bagi idea.. kita mintak dia bagi nama dengan buat sorakan kumpulan je, macam2 pulak idea bernas lain yang dorang bagi.. hahahaha tak terlintas dek akal..

"kita bagi nama kumpulan pink panther ok tak?"
"pink panther?" ~ muka masing2 blur dan tak puas hati
"kenapa? tak best ehhh?"
"kita bagi nama the wannababes lah kak.. the wannababes is hot to go.. H.O.T.T.O.G.O...."
~ kak sue dan kak zana tercengang (*o*)

Siap dengan sorakan dia bagi... ngko memang terbaek lah dik!!! nampak sangat kita perbezaan generasi kita.. hahaha...

tiap kali kak sue rindu, kak sue tengok video adik2 ni.. hahaha kelakar sangat....

Giliran kena present sorakan kumpulan.. hahahaha...

Tak sangka pulak menang.. memang kreatip tau adik aisyah ni.. lepas ni akak nak hafal sorakan ni.. kalau pegi mana2 akak nak tiru aje.. hahahaha..

ok kita dah menang sorakan kumpulan.. lepas ni kalau kita kalah pun tak pe dah.. hahahaha

Secara pokoknya, akarnya tiada... hahahah... ok, secara ringkasnya, nak kata ringkas pun tak jugak sebab benda ni tak ringkas sebenarnya.. benda ni rumit.. hahaha.. perkataan apa nak guna erkk...

Ok, secara umumnya, kena buat aktiviti bersama adik2 dalam kumpulan.. kena siapkan semua task.. ada check point bagi setiap task.. setiap check point tu pulak ada penjaganya.. hahaha... kalau tak siap atau salah, so tak boleh proceed next task..

Banyak jugak task yang kena buat... ada 8 kesemuanya kalau tak salah..

Mekchu memang tak tahu langsung pasal task yang kena buat.. memang sama-sama surprised.. walau pun kemana-mana bersama dengan kak piah, tapi satu task pun dia tak bocorkan tau..

tugasan pertama kena gunting2 kertas buat props.. ala yang ada misai, bibir, janggut semua tu laa.. lepas gunting kena lekat2 kat lidi tu.. 

Pada masa yang sama kena jugak lukis nama kumpulan kat atas manila kad.. yg ini mekchu pas kat adik aisyah tu aje.. setel keje.. akak just tolong sapu gam aje.. adik yang lain tukang gunting dan tampal.. hahaha

keje mekchu buat bunga kipas kat atas tu aje.. 

Sepanjang buat task ni, keje salmi dj penyakat asyik la menyakat orang... sejuk2 tangan ni nak cepat siap.. mekchu tau je la cepat cuak... choiii sangat...

"5 minit lagiiiii....."
"3 minit lagi......"
"1 minit lagi....."
Lepas tu dia lupa kot...
"2 minit 30 saat lagi..." ~ boleh pulak makin bertambah masanya.. hahahah nampak sangat nak menyakat kannn...

Memang riuh sangat la keadaan dalam rumah tu.. seronok sangat sangat...

Bukan adik-adik je yang seronok, fasilitator pun sama seronok... terlupa kejap tujuan nak raikan adik-adik.. hahaha..

group feberet memang tidak akan terlepas dari gangguan dari group sebelah... hahahaha

Antara task lain yang kena selesaikan....

 jawab soalan..

 mencari jalan..

tiup belon.,..

origami..

Part origami ni lah group mekchu tertinggal... mekchu bebal skit bab2 nak melipat ni.. hahaha nyesal aku tak belajar lipat awal2...

Task last sekali paling best.... kena selfie kat photo booth.. kak sue sukaaaa sangat ni... hahahaha

riuh sangat masa ni.. sementara nak tunggu turn selfie kat photo booth bikin sendiri.. 

yang ini bagi akak setel kan.. korang posing cun cun ok

 adik2 ni sporting pulak tu memasing pegang props yang buat awal tadi..

budak pakai baju belang tu.. haishh comel nyaaaaa....

adik-adik dah lama 'menang' dalam hati akk sue... 

lepas selfie kena transfer gambar dan print terus...

Kesian adik2 akak... toner abis lah dik.. dorang punya lah excited nak simpan sorang satu gambar.. jangan sedih tau... nanti akak print lain bagi kat adik2 semua..

ni hasil gambar selfie dari kami.. the wannababes!! cheewahhhh

dari camera opis pulak...

Alahai.. kak sue ni dah la hantu gambar... 88 keping pun tak puas tau..

Dengan itu, selesai lah kelapan-lapan tugasan yang perlu dibereskan...

melepaskan mengah sekejap.. hahahaha

dengan adik abbad yang paling comel dalam grup... 5 tahun kot umur dia.. 

Keseluruhan group mekchu dapat no.5.. hihihi.. ala, tak kisah la dapat 2nd last.. janji hamper lagi besar dari no.4.. hahahaha... tak de la, janji adik2 happy.. 

next time kita cuba jadi juara ok... 

kenangan beramai2... cepat carik mekchu... hahahaha

Menjelang tengah hari selesai lah program paling best ni.. dan tiba lah masa untuk berpisah dengan adik2... sedih je muka masing2 nak kena balik naik bas.. macam kak sue sedih nak balik sekolah asrama dulu2... nanti kalau free kak sue datang melawat adik2 yee...

Selesai segala, kena mengemas pulak.. tu yang rajin sangat tu..

dan begini lah keadaan selepas tamat program... tak tahan weii bau masing2... 

Kepuasan di tahap maksimum. tak sama dengan event yang pernah buat sebelum ni...

Semoga adik-adik akan ingat kak sue selamanya seperti mana kak sue rindukan adik-adik semua... Doa kak sue yang terbaik untuk adik-adik Baitul Mahabbah... Amin...


by mekchuN (^_^)

Monday, October 20, 2014

Nuffnang tak tipu kita kan

Haaaa.. sekali berlambak kempen yang tengah running kat blog..



Ini error ke apa ehhh?

Korang punya serupa tak?

So....... tak boleh malas-malas lagi la ni?



by mekchuN (^_^)

Wednesday, October 15, 2014

CSR Teaser

Program bersama anak-anak yatim Baitul Mahabbah baru-baru ni... 

pertama kali tolong buat photobooth.. dan rasanya itu lah photobooth yang paling cantik mekchu pernah nampak...

Tapi tak payah nak teaser sangat kot... gambar dah bersepah kat instagram tu...

Entry kemungkinan lagi 2 minggu siap.. atau paling lambat pun 4 minggu siap laaa..

Tak lama aihhhhh...


by mekchuN (^_^)

Monday, October 13, 2014

Gurauan abang mi

Minggu ni abang mi exam.. Exam penggal ke-2.. 5 hari sampai Jumaat nanti.. Baru pra sekolah dah exam sampai 5 hari... sehari 2 paper.. pengsannnn....

Emak dia kat rumah ni pulak yang debor lebih.. macam lah anak tu nak amek SPM..

Isshhh tak boleh laa... kita tahu kan setakat mana pencapaian anak kita.. jadi memang akan rasa cemas tak tentu arah..

Bulan lepas abang mi amek exam untuk masuk Darjah 1.. sekolah dia ni dahsyat.. nak masuk pra sekolah kena amek exam.. nak masuk Darjah 1 pun kena exam jugak.. Exam penggal ke-2 memang sah sah lah kena amek jugak..

Risau kalau dia tak dapat sambung pengajian kat sekolah yang sama.. sekolah ni dekat dengan opis dan mekchu rasa selesa bila hantar anak kat situ... kat mana la abang mi nak sekolah nanti kan... Cuba tak nak pikir yang bukan-bukan, tapi tak mampu.. pikiran tu nak jugak pikir yang bukan-bukan...


Macam mana tak risau... Lepas exam nak masuk Darjah 1 hari tu mekchu ada training seminggu kat Midvalley.. so balik dari training tu baru dapat tanya khabar exam dari dia...

"abang..... macam mana exam abang hari ni?"
"biasa-biasa aje mama...."
"abang boleh jawab tak?'
"Jawi je mi tak boleh jawab....
"waaahhh good boy lah anak mama ni..."
Happy lah kan, jawi je yang dia tak dapat jawab....

Esok tu papajib tanya mekchu...
"mama, ada tanya abang pasal exam dia semalam?"
"dah.... dia kata jawi je yang tak dapat jawab"
"mmmmmmm.... dengan papa dia kata bahasa melayu tak dapat jawab, bahasa inggeris tak dapat jawab, matematik tak dapat jawab....."

"haaaahhhhhhhh"
Pandai ngko jaga hati mama kan abanggggggggggggg.....


Ni pulak beberapa hari lepas exam masuk Darjah 1.. Masuk je dalam kereta terus abang mi bercerita...
"mama... mama nak tau tak markah paling tinggi exam hari tu dalam kelas mi?"
"mesti lah mama nak tau.. berapa?
"89 je..."
"ehhhh ok lah tu.. abang punya markah berapa?"
"15"
"HAHHHHHH???"
"ehhhh tak.. tak... 16"

"HAAAHHHHHHHH!!!"
"kenapa mama?"
"abang, 16 ke 60?"
"Ehhhhh tak la mama... mi bergurau aje...."

Tak ke sakit jantung bila dengar? Boleh pulak dia bergurau benda2 macam ni...

Tapi mekchu tetap letak kan kepercayaan bahawa budak2 tak pandai menipu...

imej terkini

Mama sentiasa doakan abang berjaya dunia akhirat.. Walau selasak mana abang, walau senakal mana abang, walau sedegil mana pun abang..... abang tetap anak mama yang tidak ternilai harganyaaa...

InsyaAllah ada rezeki abang di sekolah Abim tu.. InsyaAllah... mama doakan yang terbaik untuk abang tembam mama.... Ok, mama cuba tak pikir yang bukan-bukan dan abang pun tolong jangan bergurau yang bukan-bukan ok....



by mekchuN (^_^)

Tuesday, October 7, 2014

Raya Haji 2014

Tak tahu nak cerita apa sebenarnya...
Raya macam biasa aje sebenarnya..
Tak de apa yang baharu pun raya haji ni sebenarnya...
Penggiliran berlaku pada yang sepatutnya sebenarnya..

Dan sebenarnya......

Kena update jugak walau sedikit sebab kempen iklan nuffnang tengah banyak running kat blog.. kuikuikui.. dasar sangat...

Time2 kita down nak update dia ghairahkan semangat kita untuk update.. siapa dia? ehhh teka teki ke apa ni? hahahahaha...

Jom layan gambar jom.... Ok, turn raya haji tahun ni adalah di Pilah...

 malam raya ada takbir raya.. menu mee kari.. 

alamak.. sorry rayyan mak ngah terketiak kan rayyan.. hahahaha... 

Takbir rumah kedua dan ketiga mekchu hantar abang mi aje sebagai wakil..

Pagi raya pun menjelma.. hahahaha tak best langsung ayat penyambung kali ni...

Pagi tu mekchu kena tinggal dengan papajib.. dah siap mandi dan siapkan abang mi, lepas tu mandi dan siapkan wawa pulak.. tengah mandikan diri sekali tau2 dia dah start enjin keta pegi semayang raya.. cisssss.. orang lelaki senang la kan... siapkan diri sendiri aje.. yang kita ni terpelanting siapkan diri sendiri dia tak kisah pon... huuuuuwaaaghh sedih tak dapat gi semayang raya tahun ni..

 tak pe dik, kita tinggal kat rumah diam-diam... jom amek gambar banyak banyak banyak jommm..

sambil amek gambar, sambil sakat budak kecibung ni.. 

 kakak bella pun ketinggalan pegi mesjid rupanya.. hahahahaha...

 amboiiii dik.. diva nya muka masa dayang pakaikan kasut... 

 beribuan gambar kakak bella amek kan... semua nampak pink biruuuuu aje... 

 abang rayyan yang baru keluar hospital beberapa hari sebelum raya... kurus dah abang ayyan ni..

 kawan men beskal petang2..

Tak de gambar family pun.. nenek jah lepas semayang raya terus stay kat masjid.. JKKK katanya sibuk uruskan daging korban.. tengah hari baru balik.. Kak eliz sibuk masak makanan untuk orang masjid.. deqna dah balik senanti adik ipar nak tunang...

So kitorang? pandai2 bawak diri.. lepas amek gambar terus cabut baju. Tunggu tengah hari sikit pegi kenduri tunang kat rumah jiran sebelah...

 kengkonon nak bergambar sekeluarga... papajib tu susah pulak dia nak amek gambar.. moody kalah abang mi dah...

Lepas pujuk papajib, abang mi pulak moody.. lepas abang mi dah ok, papajib pulak masuk toilet setengah jam... hadoiiii... ketiak dah peloh.. nak gambar family punya pasal, ku tahannnn ketiak dari berpeluh jebat!!

dannnn... tattt taraaaa gambar raya haji.. hahahaha kena tatt taraaa sebab susah nya nak dapat masa ni.. 

Korang, ni bukan gambar raya puasa hari tu tau.. Ni gambar raya haji.. betul bukan gambar ulang tayang pun...

Tahun ni tak de baju raya langsung.. selai pun tak de... anak2 pun tak de... tolong lah percaya... Baju melayu raya puasa pun tak bertukar, ini kan pulak raya haji kannn... tak pe, langkah penjimatan sejak minyak naik...

salam aidiladha dari NAJ(ib,wa,mi) & mekchu

Sama je la caption nya dengan kat instagram.. malas nak pikir ayat lain.. update gambar kat IG pun dah rasa macam update kat blog... Pegi lah follow mekchu @churalliya

Ok last gambar anak-anak si penglipur hati yang lara.. hahahaha


Begitu lah seadanya update yang janji ada dari mekchu...

Tata :)



by mekchuN (^_^)

Thursday, October 2, 2014

Sukan PBT 2014

Ohhh rindunya nak bebel kat sini... Jap.. jap nak lap habuk ni dulu...

Mekchu?
Bersukan?

Boleh ke pomps tu?

Hahahahah tu soklan dalam hati korang kan... hahahahaha...

Gian nak main volleyball.. nak main tapi nak jadi simpanan je kat tepi...

Dari hari-hari training sampai lah hari kejadian, memang bilangan gegirl tak pernah cukup.. makanya punah lah harapan mekchu nak jadi pemain simpanan.. Mereka pentipu sebenarnya..

"ok, turun je training, nanti jadi simpanan je....." ~ sesungguhnya ayat itu telah merobek hati ini... mekchu kena main semua game.. huwaarghhhhh :'(

Antara gambar-gambar masa training...



Haikkkk? 2 keping je ke gambar training? Tapi percaya lah, banyak hari jugak tau mekchu join training.. Walau pun mekchu lah yang paling jarang datang training pada hakikatnya.. hihihihi... Jauh weii nak balik labu..

Nahhh ni ada lagi sekeping

ehhh ni betul tau tengah training.. friendly dengan mana ntah masa ni.. 

Dan di hari kejadian pertengahan September yang lepas..

Ni nama dia sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).. tiap2 tahun ada... tapi apsal ntah tahun ni mekchu bleh terjoin... kepoweran apakah? tahun ni Majlis Daerah Kuala Pilah jadi tuan rumah.. Melang, here i come... hehehehe...

Mekchu masuk team Unit Kerajaan Tempatan (UKT).. ala-ala pemain import gitu.. bolehhh? hahahahaha kelakar nya bila ingat balik... macam tak percaya pun ada..

Sini tak ramai player perempuan.. Nak cukupkan 1 team kemain payah lagi... Jadi orang yang lembik2 macam mekchu pun terpilih untuk main... Redah aje laa... Sayangkan opis punya pasal kannnn....

Punya lah debor hati ni hanya Tuhan yang tahu.. hahaha game 6 orang 1 court pun tetap takut...

ni tengah tggu turn nak main.. still boleh posing2 dgn team.. nak hilang darah gemuruh katanyaaa....

Malam baru turn kitorang lawan... lawan team mana tak ingat... Ada 2 game kena setel kan hari pertama tu..

Mekchu dah pesan kat papajib tak yah la datang tengok bini dia ni main volleyball... sebab kalau dia datang mekchu tak boleh main.. Tengah2 game papajib datang jugak siap bawak anak-anak semua...

Nasib lah boleh jugak main.. walau pun kemain malu bila tak dapat pukul bola.. hahahaha... dengan papajib pun nak malu kan.. #ntahapaapa

Lepas je abis game, dengan tangan masih gigil2 terus dia hulur wawa suruh tidokan.. choiii sangat..

ni tengah nak tunggu next game ni, sempat lagi tido kan anak... #mamawalaudimana

So result malam tu..... 1 menang.. 1 lagi kalah bergaya... hahahahaha

 sempat aje bila nampak camera.. sebab tu dorang tak nak amek gambar masa mekchu tengah game.. nanti hilang fokus.. hahahaha

Alhamdulillah, layak ke quarter final.. 

Esoknya ada perasmian... Bila ntah last join acara perasmian gini... ho hoiiiiii terasa malu2 tak tentu arah pulak...

 selamat pagi kuala pilah... nasib lah rumah nenek jah sejengkal aje..

 padang lecak uolsss... habis kasut cantik aii... 

sebelah tu majlis daerah seremban, sebelah tu jelebu, sebelah tu tampin, sebelah tu rembau dan seterusnya... 

dengan exco pun sempat selfie... hahaha cayalah

Lepas habis perasmian, sambung game...

Quater final kena lawan 2 game lagi... result quater-final 1 game menang, 1 game kalah bergaya...

Maka team kami layak ke semi-final... perempuan lembik ni layak ke SEMI-FINAL ok.. SEMI-FINAL... fuhhh yang ini kena besarkan font.. hahahaha

Dan dipendekkan cerita, setelah berhempas pulas mengejar bola... memukul bola, team kami akur di tempat ke-4 cuma.. hahaha guna perkataan sopan yang ada aura kesian sikit..

Kami tak menang.. dan kami jugak tidak kalah.. mmm macam mana tu? Ok lah fine... kami kalah bermaruah.. boleh? hahahaha susahnya nak mengaku kalah..

Jadik la tu kan.. pertama kali main dengan teamate ni dan dapat jugak nombor.. dapat jugak medal...

Dan berita baik bagi team lelaki.. dorang Johan.. yeyyyy...

ni gambar sebelum team boboi lawan untuk final.. sakit pulak hati kita tengok gambar ni... hahaha

Korang tak payah carik mana mekchu sebab masa ni mekchu sedang dodoikan wawa kat tepi tu... papajib bawak lagik anak ehh kat court untuk hari kedua berturut...

Serampang 2 mata dari papajib... datang untuk memberi sokongan pada bini dia di samping mintak tidokan anak jugak.. hahahaha papajib ohh papajib...

nahh ada sekeping gambar tengah final.. takut nak amek gambar sebab takut kena bola..

juara gegirl pula jatuh kepada team MD Kuala Pilah.. team tuan rumah ni.. memang hebat pun dorang ni... ko tengok semua muda-muda belia belaka.. 

Keseluruhan, mekchu sangat enjoy... sesekali keluarkan peluh cenggini memang best.. walau pun kurang training tapi bangga la sebab dapat lawan dengan budak2 muda..

Watch out adik-adik ku.. kita repeat tahun depan.. cheewahhh.. hahahaha

Kalah menang belakang kira... yang penting semangat.... kann kannn...

Esok tu mekchu jalan macam penguin :D



by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...