@churalliya

Saturday, September 8, 2012

Kalau dah sukeeee..

Kalau dah suke tu kan.. X dpt nak kata apa dah..

Khamis pakai. Jumaat basuh. Sabtu (hari ni) pakai balik :)

Cuba teka apa kah dia? Hahahaha...


Sent from my RedBerry®

Friday, September 7, 2012

Saya bakal bersalin minggu depan?

Sekarang 33 minggu.. maknanya bakal bersalin pada minggu ke-34? nehi nehi kabi nehi.. barang2 baby blom ready.. mental pun belum ready.. baby, relek dulu ok.. kasik habis musim hari raya dulu :)

Baru balik dari berurut tadi.. mekchu tak pernah cerita pasal urut mengurut kat sini kan.. malas nak cerita sebab nanti panjang berjela-jela.. Ok, ringkasnya sejak keguguran 2 kali tahun 2007 dulu mekchu dah start jumpa dengan sorang akak ni untuk berurut dan sengkak.. Dan dia jugak yang urutkan mekchu masa dalam pantang.. Kali ni pun dah chop dia untuk urut dalam pantang nanti..

Patut setiap kali lepas kering period kena jumpa dia untuk sengkak.. tapi biasa lah, pemalas kan..

Dah pregnen pun patut sebulan sekali atau dua bulan sekali kena pegi urut.. urutan masa mengandung mmg tak sama lah.. tujuan dia nak lancarkan peredaran darah, peredaran susu dan macam2 peredaran lagi.. nak nak bila dah hujung2 ni kan, macam2 sakit sebab urat-urat semua dah mengembang..

Bila dia gosok perut comel mekchu tadi (perut mmg main usap2 aje), terus cakap kepala baby dah ready kat laluan bawah.. kat atas pulak, perut dah turun 4 jari.. memang betul lah apa dia cakap dengan apa yang mekchu rasa masa dia usap-usap tu..

Cemas... cemas...

Terus singkap balik gambar2 lama..

 sakit-sakit, terus masuk labour room.. masa ni bleh sengih sambil buat peace lagi.. 

 beberapa jam selepas tu.. sendiri mau ingat.. tak sanggup nak lalui detik ni owhhhh... 

Terlupa potong kuku.. panjang jugak laaa.. bila sakit je mmg cengkam tangan papa-jit kat tepi tu.. sakit hati pun iye jugak sebab dia boleh layan movie john travolta dengan staff nurse masa tu..

Bila dah kena cengkam dengan kuku panjang, terus dia cakap kuat2 "nurse, ada pengetip kuku tak?" ~ psyco betul laki mekchu.. nak marahkan mekchu tak sampai hati.. hahahaha.. kali ni ingat kena potong kuku :D

syukur ya Allah.. comel sangat mi-cah selepas dilahirkan.. pipi gembol, dagu tajam membolat.. siap ada buih2 air liur kat tepi bibir tu yg geram tu.. 

Mekchu doa agar kali ni dipermudahkan proses bersalin macam bersalinkan mi-cah dulu.. akak urut tadi tu ada jugak remind semula cara2 push, apa yg patut buat dan tak patut buat masa sakit bersalin.. sekarang memang lah ingat kan.. tiba masa nanti, nak baca doa apa pun blur..

Tak sabar nak check-up dengan doktor pulak minggu depan..


Thursday, September 6, 2012

I'm wearing poplook dress today

Berani kan diri untuk cuba sendiri.. sebab kebanyakan dress poplook kan ke ada getah kat pinggang.. risau jugak kalo mak buyung pakai, ke mana getah tu akan pergi.. ke atas atau ke bawah? maklum la, mak buyung mana ada pinggang.. tsk tsk..

Nak tengok ke mana letaknya getah dress tu?

 getah tu macam mengganggu pemandangan kan?

Tak pe la, kata kedekut nak beli baju mengandung lagi.. kalo dress ni bleh pakai lama.. #mmgdasar

Sambil2 je dah terbeli lagi selai dress.. kali ni yang tak de getah pulak.. tapi sedar tak bleh beli banyak sebab susah wooo kalao pakai dress nak menyusu atau mengepam nanti.. tak kuasa mak nak kena selak semua..

Hari ni ada jamuan hari raya opis.. nanti dah dpt gmbr harus update :)
tata...

Wednesday, September 5, 2012

Gantung header bikin sendiri


First time kot cuba buat header sendiri.. Sila lah komen sebab header pun bikin sendiri dalam masa tak sampai 1 jam.. tapi jgn komen sampai mak buyong kecik hati cukup.. hahaha..

Header sementara tunggu baby keluar.. Sok sok dah keluar harus tukar header gambar ber-empat khennnn... tapi kena lah tunggu mekchu selim melim dulu :)

Lepas tu plan nak tukar segala mak nenek template kat blog ni.. kasik wajah baru segala-galanyanya.. jangan risau, masih mengekalkan konsep oren kuning disitu.. hihihi.. ke ada yang nak sponser ke?

Duit nuffnang pun lebat, churp-churp pun dah bleh cash out.. Alhamdulillah.. dan terus terasa dah tiba masa nak overhaul blog ni.. 

Tuesday, September 4, 2012

Takut nak bagi tau


Begini lah keadaan koleksi pembelian online yang ada kat opis sekarang.. Semua pun nak beli online :)

Semalam berani bawak balik baju poplook aje dulu.. sbb dah ready dengan jawapan kalo kena tanya "beli apa?".. senang nak jawab "beli baju mengandung merangkap baju raya".. jawapan tu konpem boleh dimaafkan..

Banyak kali jugak bawak balik barang dalam keadaan senyap2.. tau2 aje dah ada dalam almari..

Ehhh.. takut dengan siapa ni?

Check-up @ 32 weeks

Makin ramai kawan2 yang sama-sama bawak perut dah selamat bersalin.. Alhamdulillah.. bila ingatkan dah hujung2 ni, mmg cuak la nak alami suasana dlm labour room.. Biar 1st time kan, sebab kita tatau apa yg akan jadi. Ni kalo dah tahu lepas ni doktor dtg pecahkan ketuban, lepas ni nurse dtg check bukaan, lepas ni bla bla bla.. adoiiii mengerikan..

Sekarang kena datang check-up selang 2 minggu.. nak hujung2 nanti selang seminggu lak..

Ok, fast update check-up @32 weeks..
1. Berat naik sangat mendadak dari 55.5 kilo kepada 58.5 kilo.. sila ucapkan syabasss betty.. tak sia2 makan banyak masa raya.. Total naik berat badan BARU 10 kilo..
2. Berat baby pun naik banyak dari 1.24 kilo kepada 1.7 kilo.. bagus anak mama..
3. BP ok, air kencing pun ok
4. Kedudukan terkini kepala baby belah kiri, kaki belah kanan.. uri semua belah atas
5. Masa buat 3D scan, tapak kaki ada kat kepala.. hahaha.. tapi frust sbb doktor tak print pulak gambar tu..
6. Ukuran kepala baby 33 weeks, badan dan peha 32 weeks.. hahaha tak pe, mama kecik2 pun mcm tu.. tapi tetap comel sampai besar :)
7. apa lagi erk? haaa again it's a girl (risau lak kot2 dah hujung tumbuh bebird kan..) Alhamdulillah, setiap kali scan memang jelas nampak vagina a.k.a 'munge' di situ..

Check-up kali ni kena amek enjection kancing gigi..

Jumpa member papa-jit lepas amek enjection tu.. dia pelik dan terus ingat mekchu kena kancing gigi masa tu.. hahahaha.. kantoi tak tahu prosedur la tuhhhhhh...

Der, orang pompuan nak bersalin mmg kena amek enjection kancing gigi der.. tak bermakna dia kena kancing gigi, tapi untuk mengelakkan kena kancing gigi masa bersalin nanti..

Gambar check-up tak de pulak.. achaner ni? jap carik gambar lain yg semusim dengan nya..

lebih kurang la tu.. gmbr tu masa 31 weeks.. 

Rugi kot kalo tak amek gambar banyak2 time pregnen ni kan.. dah la masa mi-cah dulu x sampai 10 keping gambar pregnen.. tsk tsk..

Doakan mekchu selamat bawak perut dan selamat melahirkan ye.. amin..

Monday, September 3, 2012

Dan raya-raya yang seterusnya

Kes dah malas nak kira hari raya keberapa sebab raya tahun ni macam carca marba skit.. kadang2 rasa seronok, kadang2 rasa sedih.. entah laaaa...

Terkadang bila rasa hati tak gembira, kita cuba gembira kan dengan cara tersendiri.. vavavava lain macam ayat pompuan ngandung ni kan..

Pagi raya ke-berapa ntah, bawak mi-cah gi makan nasi lemak stadium.. lepas tu layan kepala bawak dia naik train senawang-seremban-senawang.. seronok bila tengok anak seronok.. 

Tambang RM1 sajork.. patutnya boleh pakai tiket tu pergi-balik.. tapi ngengada nak exit dan jalan2 kat kaunter stesen seremban tu.. terus kena paw menan yoyo dengan eskrim mcdonald..



Dia ajak pegi KL.. nak je pegi.. tapi nasib masih waras.. lagi pun badan rasa macam ting tong je pagi tu.. buatnya pitam kan, tak kan nak suruh budak kecik tu yg resQ?

Petang tu gi gunting rambut sebab dah tertekan sangat dgn rambut sekarang.. tiba masa dan ketika jugak nak potong.. tak de la pendek sangat, nanti marah pulak mak bidan tak bleh ikat rambut tinggi2 masa dalam pantang nanti.. 

share kat instagram, ada yang kata macam awek korea.. huk huk huk #saranghae

Ni gambar gi carik perabot raya pulak.. tak ingat jugak kejadian di hari raya keberapa.. 


Sudahnya bawak balik bean bag sajork.. kerusi meja tak jumpa yg berkenan.. terus bean bag tu menjadi rebutan kepada 3 manusia... dan semestinya mi-cah jugak yang menang.. mencik!!!

Pas tu sehari sebelum tamatnya tempoh bercuti panjang, kami ke Bangi dan tengok lah..

 ehh itu peha mi-cah tau.. jgn ingat mekchu bleh lipat kaki buat 'samersop' macam tu.. kennot anymore.. 

ce cakap achaner kami nak berjalan jauh raya ni?  

Kat seat belakang ada nenek labu ngan bibik.. boleh je kalo nak tido belakang tu.. tp biasa lah, ketiak mama dia kan wangi...  

Friday, August 31, 2012

Salam Kemerdekaan Yang ke-55

1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

"USAH DITANYA APA JASA NEGARA KEPADA KAMU,
TANYALAH APA JASA KAMU KEPADA NEGARA"

Saya sayang Malaysia....

Yeyyy... dapat sambung cuti raya lagi sehari.. tapi jangan lupa itu bukan cuti raya yang sebenar, tapi cuti hari kemenangan negara kita..

*siapa perasan ini entry tahun lepas sebenarnya.. tukar tarikh dan republish je der... 

Thursday, August 30, 2012

Cubaan cover perut

Raya ke-4 paling jauh lah kiranya pegi beraya tahun ni.. ke Tampin aje pon.. beraya rumah adik beradik uwan (nenek sebelah papa-jit). Nama dia wan domok (^_^).. comel kan..

Tapi biasa lah, gambar dengan tuan rumah sikit pun tak ingat nak amek.. wal hal siap makan nasik tambah lagi..

Yang ada cuma ini..

itu lah gambar cubaan mengcover perut.. hahaha.. muka nampak lain kan? sbb muncung terlebey sudaaaaa...

yeahhh that's my tummy.. 

Itu lah akak ipar dan adik ipar mekchu.. ramai kata kami adik beradik dan mekchu paling bongsu :) awwww terharuuu...

Lepas habis periuk nasi yang ke-2, kami mintak diri pulanggggg... dan kitorang terus balik rumah seremban.. ohh rumah ku sorga ku..

Sampai-sampai je rumah seremban, terus kunci pintu, on ekon dan on kipas.. adoiii nikmatnyaaaaa... 


Tp dorang berdua aje yang pengsan.. mekchu tido2 ayam je sbb akak talipon kata nak bawak nenek labu datang beraya kat rumah.. risau membelenggu sbb tatau nak hidangkan menu apa.. hahahaha..

Sudahnya siap2 gi kedai beli sardin, tepung ngan minyak.. petang tu mereka dihidangkan dengan kuih kodok cicah sambal sardin.. our faveret menu ever... habis licin ngko..

Malam, gi beli barang2 dapur, buat standby kalau ada yg nak datang beraya.. x de la asyik kena hidang kuih kodok cicah sambal sardin aje.. pas tu beraya rumah akak pulak..

Dah, itu aje cerita raya ke-4.. tak best kan cerita tak de gambar..


Wednesday, August 29, 2012

Dah masuk cerita raya ketiga

Tahun ni beraya tak keluar negeri langsung... paling jauh pun ke Tampin sajork.. ehh ada gi Bangi hari tu, tapi Tampin lagi jauh kot...

Selalu raya ke-3 ni kami akan ke Melaka, lawat family sebelah arwah abah.. kalau tidak pun ke Kuantan, lawat family sebelah abah mertua.. tapi tahun ni kami dikecualikan dari berjalan jauh.. ngeh ngeh ngeh... So kami buat plan sendiri je gi rumah kawan2 sekitar Kuala Pilah.. bukan senang tau nak dapat peluang macam tu..

Raya ke-3 pakai baju beli kat V-mum awal April hari tu.. memang simpan baju tu elok2 untuk hari raya.. tak pernah pakai lagi.. rambut pulak gulung2 sendiri pakai iron kak eliz.. tak menjadi curly pon.. sudahnya kerinting.. hahahaha.. sampai melecur lah jari nak buat rambut curly punya pasal.. memang sah tak reti guna iron rambut tu..

Rumah ketiga baru teringat nak keluarkan camera.. itu pun sebab geram dengan budak kecik nama iman ni.. serius bulu mata dia panjang gilerrrr weeiiii... bila tutup mata, dah sampai kat pipi..

ini lah dia budak bulu mata panjang dan lentik tu.. tapi dia boy.. pesanan auntie, jangan potong atau straighten bulu mata taw.. 

 nampak bulu mata dia?

ni mekchu kasik lukis bulu mata dia yang kaler oren tu.. tak ke sampai ke pipi? sempat tarik sikit bulu mata tu sbb geram sangat.. doa2 biar yg dalam perut ni mengikut :)

Kat situ ada banyak mainan.. suka sangat lah mi-cah tu.. kami ingat mi-cah dah cukup hebat bawak kereta/motor secara drifting, tapi budak iman ni lagik hebat rupanya.. terdiam ko abg long.. hihihihi..

Ni rumah member papa-jit.. mekchu 1st time jumpa dgn dorang ni.. nak balik tu dorang amek gambar rambut mi-cah.. hihihi nak potong rambut iman mcm mi-cah..

 kehlas ko anak.. tak sangka ada yang minat dgn cutting rambut selup dia tu.. tp mmg ramai la yang tegur rmbut dia cantik.. menyampahhhhhhhh....

elok pulak tu duduk diam.. amek gmbr dr tepi, belakang dan depan.. 

 dan kenangan mereka... 

Puas call member2 area pilah hari tu.. ramai jugak yang tak de kat rumah sbb masih di kampung.. so, mana yg ada je kami pegi..

Dan rumah ke-4.. jeng jeng jeng.. sampai jugak mekchu ke rumah mertua zura alycia ni.. dia dah pesan soh dtg beraya.. tiap2 thn pun dia pesan tapi memanjang tak sempat je.. tapi alhamdulillah hari tu dpt jugak sampai..

 kalo nak amek gmbr dgn zura ni kena duduk sbnarnya.. kalo berdiri mcm tu lah ghupenyaa... dah bongkok nenek sabut sbb nak jadi sama tinggi macam zura.. hahahaha.. 

Rumah ke-5 tak de gambar. So tatau nak cerita apa..

Habis rumah ke-5, kitorang terus balik.. buat aktiviti pembuangan sekejap sebelum ke rumah ke-6.. ala, kat depan rumah nenek pilah tu aje..

bergambar sekejap.. ini mi-cah snap.. *thumb up

 ini pun dia snap kan.. *two thumbs up

 lepas tu cubaan gambar bertiga lagi.. tak pernah serik mencuba.. tgk muka mekchu pun dah tau kegeraman yang dialami.. hahahaha.. org suruh dia diri elok2, tp dia sibuk nak g amek camera..

Rumah nya kat atas tu aje pon.. nampak? Ada birthday party.. party party lets go party.. 

Dengan merujuk kepada gambar di bawah, sekarang nampak rumah nenek pilah tadi? hihihi.. 

gambar terakhir pada hari tu.. dah lemau bebenor rasanya.. yg duduk belakang tu x abis2 dgn gaya kawtimmmm dia.. ingat dah lupa... 

Hari tu perut padat tak ingat.. dalam masa yang sama pelik sbb tak sangka boleh makan banyak mcm tu.. banyak lagi ruang kosong rupanya.. dah alang-alang muncit kannnn... hahahaha.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...