@churalliya

Monday, January 21, 2013

Kami praktik kan tips ini ~ Tips Tinggalkan Anak Kali Pertama di Tadika/Sekolah

Kami tidak lah sehebat mana.. Masih punya banyak kelemahan .. Kawan-kawan semua adalah kekuatan kami dalam bab menguruskan anak ke sekolah ni..

Bila kami praktik kan tips yang diforwardkan oleh seorang rakan ni (thanks rozette), memang ianya sangat membantu.. Mekchu tak akan share tips yang tak best.. hanya yang best-best belaka dalam blog ni.. hahaha.. (ada ke tips yang tak best?)

Ya, memang agak terlambat nak share.. tak pe la, mungkin boleh digunakan untuk anak-anak yang akan masuk sekolah tahun depan..

Tip tinggalkan anak kali pertama di tadika / sekolah:

1. Bercerita tentang keseronokan bersekolah.
Seminggu sebelum sekolah dibuka, ambil masa melawat sekolah dan berkenalan dengan guru-guru mereka. Bacakan buku-buku cerita tentang keseronokan bersekolah seperti 'The first day of school by Toby Forward' dan sebagainya. Ini meningkatkan imaginasi kanak-kanak bahawa sekolah itu tempat yang seronok, ramai kawan dan banyak permainan.

2. Beritahu rutin harian si kecil.
Menerangkan kepada mereka apa yang mereka akan lakukan sepanjang hari membantu mengurangkan kebimbangan kanak-kanak. Ini kerana mereka tahu apa yang akan mereka buat. Berbanding dengan kanak-kanak yang tidak tahu apa yang mereka bakal lakukan di satu tempat yang asing bagi mereka, anak-anak ini cenderung untuk menangis & meraung-raung. Tangisan & raungan ini menunjukkan tahap kebimbangan mereka untuk ditinggalkan di tempat asing tersebut.

3. Beritahu masa spesifik kita akan kembali mengambil mereka.
Sebagai contoh, "Ibu akan ambil Aiman selepas Aiman makan petang nanti." atau "Ibu akan ambil Aina selepas Aina buat kerja-kerja mewarna tengahari nanti".

4. Konsisten dengan rutin selamat tinggal anda.
Salam, peluk dan cium si anak dengan segera. Kemudian terus lepaskan kepada guru yang bertugas. Nampak mudah, bukan? Namun, hakikatnya, ia sukar dilakukan.

Jangan menangguh walaupun sekejap, kerana ia akan memberi peluang untuk anak memanipulasikan anda dengan tangisan & 'tantrum' yang membuat anda tidak sampai hati untuk meninggalkan si kecil. Terus tinggalkan si kecil walaupun ianya sedang menangis.

Ini juga memberi mesej pada anak ini bahawa; "Walaupun aku menangis, ibu & ayah tetap tinggalkan aku..Oh! Buat apalah aku menangis..."

5. Beri sepenuhnya kepercayaan kepada guru.
Guru anak anda adalah terlatih, telah diberi kursus untuk menangani tingkah laku kanak-kanak. Berikan kepercayaan anda 100% terhadap guru. Mereka tahu tugas & tanggungjawab mereka.

6. Bayangkan anak sedang berseronok, mudah diurus & mengikut rutin di tadika / taska.

InsyaALLAH, apa yang kita bayangkan & doakan, pastinya itu yang akan berlaku. Ingat! Apabila anda tinggalkan si kecil yang sedang menangis, tangisan itu hanya sementara. Setelah anda berlalu dalam beberapa ketika, tangisan itu akan terhenti dengan sendirinya. Tetapi, selagi anda berat lepaskan sikecil dan bimbang tak tentu arah... selagi itulah tangisannya akan berterusan.

Ada juga ibu / ayah yang akan menelefon pihak sekolah sejam sekali untuk bertanyakan hal anak mereka. Perbuatan ini hanya mengganggu dan membuatkan orang tidak suka. Telefon sekali sahaja pada waktu rehat atau makan, itu sudah cukup memberi maklumat kepada kita bagaimana keadaan anak-anak kita.

7. Berikan pujian kepada si kecil setelah anda mengambilnya dari sekolah. Ingat! Pujian harus spesifik. Sebagai contoh, "Ibu kagum dengan keberanian Aiman. Macam itulah anak ibu. Berani, seronok belajar bersama kawan dan senyum-senyum pula tu..." Sebut yang baik-baik sahaja.


Anda pasti menjadi ibu & ayah yang bahagia dan tidak risau-risau lagi.

Tips nombor 4 tu sangat2 mencabar untuk dilakukan... papa-jib je yang boleh buat sebab tu dia ditugaskan untuk hantar anak pagi-pagi ke sekolah..


Selamat mencuba dan semoga berjaya :D
  
by mekchuN (^_^)

Friday, January 18, 2013

View komen di blog mekchu

Kalau perasan entry baru-baru ni mekchu guna komen nuffnangX.. maksudnya sesiapa yang nak tinggalkan komen akan nampak nuffnangX conversation macam ni..


Suka ke idok cara macam tu? Ke lebih suka cara yang lama ni?


Kalau tanya mekchu, honestly suka cara lama sebab :

1. Boleh tahu berapa banyak komen yang kawan-kawan dah tinggalkan. Kalau guna nuffnangX conversation tu komen akan sentiasa nampak 0..

guna cara biasa boleh nampak komen ada 3.. 

2. Suka cara lama sebab senang nak masuk blog kawan-kawan yang dah tinggalkan komen.. terus klik pada nama korang je dan tinggggggg! blog korang akan terpapar.. kalo nuffnangX conversation tu, bila klik pada nama korang dia akan ke profile korang di nuffnangX. Kalo korang dah register nuffnangX akan nampaklah, kalau blom register maka nan hado apa-apa..

nampak gitu aje bagi yang belum register nuffnangX

Tapi ada baiknya kalau guna komen nuffnangX tu iaitu boleh terus reply daripada komen kawan-kawan.. tapi bila mekchu reply, tak de pon yang reply balik.. makanya mekchu ubah lah semula pada cara lama..

Dan kalau yang dah komen tapi tak nampak, itu bukan bermakna mekchu tak publish.. mekchu baca setiap satu.. itu semua konflik antara cara lama dan cara baru.. ahhh susah pulak nak eksplen kat sini..

NuffnangX ni best sebenarnya.. cuma tak best kalau guna untuk komen kat blog tu aje.. yang lain2 mmg superb.. Itu bisa diatur..

Korang nanti install lah nuffnangX kat smart phone masing-masing.. lepas register follow blog mekchu. Nanti boleh terus baca blog kuning oren sambil baring-baring :) find churalliya.blogspot.com dan follow.. ngeee..



Ok, sekali lagi nak tanya.... korang suka tinggalkan komen cara lama atau cara nuffnangX conversation tu?

  by mekchuN (^_^)

Thursday, January 17, 2013

Sepanjang 3 minggu abg mi ke sekolah

Sesiapa yang follow cerita pasal anak bujang mi-cah ni dia akan tersenyum sendiri lah dengan karenahnya yang pertama kali ke sekolah.. ke nursery/baby sitter pun tak pernah, tiba-tiba terus hantar ke sekolah pada umur 4 tahun setengah. Mana tak trauma kan..

Yang mama nye pulak harus lah nak anak dia baik macam anak orang lain.. bila anak menangis, mula lah mamanya pun nak menangis.. maaaana la boleh nak samakan anak kita dengan anak orang lain yang dah biasa hidup di nursery/baby sitter.. tak akan sama dengan anak awak yang hidup dikelilingi nenek dan bibik doplohpat jam..

Tak pe, itu semua pengalaman pahit manis buat kami suami isteri..

Sepanjang 3 minggu bersekolah ni, mekchu amat bersyukur sebab abg mi dah semakin boleh terima sekolah, cikgu dan kawan-kawan dia.. pagi-pagi dah tiada lagi aksi menyorok belakang pintu atau lari keliling rumah lagi.. Cuma titis-titis air mata tu masih ada bila salam papa-jib dia sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.. Biasa la tu, drama..

"Mama, kalau mama rasa nak menangis kan mama kena tarik nafas dalam-dalam, hembus ikut mulut.." ~ mula2 pelik tak kan cikgu ajar gitu.. rupa2 nya papa dia yang ajar cara tahan menangis.. sekarang dia pulak yang mengajar mamanya..

Mekchu nak ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan-kawan yang berpengalaman yang share tips.. memang amat membantu.. yang paling penting kena kuatkan semangat dan jangan jadi mama yang terlampau meragui..

"mama, ini lah kawan mi.. dia orang cina" ~ pandai pilih kawan yang ada iras-iras.. 

ini shahin.. mekchu 'terkena' dengan budak ni.. 

"Shahin ada adik?"
"Ada, umur dia 1 tahun 2 bulan.. tapi dia koko sikit."
"ooooo.. adik suka makan koko ye..."
"tak... dia koko... bukan suka makan koko.."
Pelik.
"koko tu maksud nya dia gelap sikit"

HAHAHAHA... 

Lepas balik sekolah je mula lah abg mi ajak gi beli menan.. susah jugak kalau dah selalu merasuah anak ni.. mekchu memang jarang belikan mainan.. tu papa dia yang selalu belikan.. mekchu selalu upah dia survey mainan aje.. hahaha.. bila kita tak ikut cakap dia mula lah...

"mama memang tak berperike-manusia-an..." hahahaha... buat bo-layan aje..

Sekarang mekchu belum mula kerja lagi.. nak ambil peluang yang ada nak biasakan abg mi dengan rutin harian dia.. pagi-pagi kejut dengan nada yang paling ceria.. nyanyi2, gurau2, geletek2, baru dia bangun dan tak moody.. main2 buih, berlakon otromen kena serang raksaksa semua.. tapi kalau dah start keje esok, harap2 dah tak perlu nak bergurau2 lagi.. nanti boss bergurau tukarkan mama keje tempat lain.. tidakkk!!!

dah boleh lambai2 nak pegi sekolah.. ehhh tiba2 kenari tu telah pulang ke sangkar.. nak tunggu keta baru entah bila.. 

Cabaran yang seterusnya adalah nak ajar abg mi balik dengan orang lain.. kami terpaksa upah orang kampung untuk ambil dia balik sekolah. Dia balik jam 12 t/hari.. tak dapat lah hari2 nak mntak boss keluar awal nak ambil anak.. melampaui batas la tu kan..

Minggu depan dah mula kena ajar dia.. tak boleh terlalu drastik.. dia baru mula boleh terima sekolah.. nanti semua pun nak ajar pada waktu yang sama takut dia memberontak pulak..

Oleh itu, mekchu sambung lagi cuti kasik setel urusan abg mi ni.. beruntung sebab dapat bosh dan boss yang sangat memahami..

Kesimpulannya, mekchu masuk kerja awal bulan Feb nanti.. dah rasa seronok pulak jadi suri rumah uruskan anak-anak..

by mekchuN (^_^)

Wednesday, January 16, 2013

PTD Batch 1/2003 Reunion

Tak sangka dah 10 tahun servis papa-jib dalam Perkhidmatan Awam.. 2003 tu kami belum kawin lagi.. masa tu tengah hangat berchenta katanyaaaa..

Sempena 10 tahun, PTD batch papa-jib ada buat reunion.. tak salah batch dia dalam 2 ratus lebih. tapi yang dapat datang dalam 100 orang.. kira ok lah juga sambutannya...

PTD tu apa? PTD tu pegawai takde duit.. hahahaha kena band jugak blog ni nanti.. ok lah PTD tu Pegawai Tadbir dan Diplomatik..

Mekchu setuju nak ikut sebab ada member.. kalo tidak, tak hingin dok melopong-lopong kat sana.. dah wassap2 dengan Az, janji nak datang. Kalo dia bawak anak-anak, mekchu pun bawak jugak.. kikiki..


Reunion dibuat di Bangi Golf Resort.. Kiranya pertama kali mekchu ke luar negeri selepas berpantang dan pertama kali jugak lah baby wawa ke luar negeri.. ohh kasihannnnnn...

dengan abg long yang terkenal memang anticamera.. 

baby wawa baru bangun tido.. baby kalo bangun tido pun menten comel kan.. 

tema merah hitam.. kaler yang selamat sebab kami recycle saje baju2 yang ada.. 

dorang siap dapat amanat dari Tan Sri KSN tu.. kehlasss... 

Agenda yang ringan-ringan aje.. sambil hi-tea, sambil karaoke, sambil cabutan bertuah, sambil tengok video gambar2 lama dorang masa DPA..

gambar candid.. HAHAHA sorang tengah melahap.. sorang lagi tengah tak sabar nak lahap.. 

Dan tiba masa yang paling nebes untuk kaum isteri.. hahaha.. mekchu & az lah yang berdebar tu sebab laki kami nak buat live show.. gituuuu..

Masa wassap2 dah janji.. kalo sumbang kami nak tekup muka bawah meja.. hahahaha..

papa-jib, kito dan yang lagi sorang tu tak kenal.. dorang perform 2 lagu.. Better man & last kiss..

versi cameraman... last kiss to be a better man (^_^)

Sebelum mula nyanyi, tengok-tengok muka abg long mi-cah dah masam kat sebelah.. tadi elok je dia gelak-gelak.. Rupanya dia kecik hati papa dia tak bagi naik stage sama-sama.. hahaha..

Dan bila papa dia dah mula nyanyi, ini lah reaksi si anak kat belakang...

dia tak nak dengar pun papa dia nyanyi.. hahahaha.. dia buat aksi tutup telinga macam tu..

Bila tanya kenapa abg tak nak dengar.. dia jawab macam ni...

"papa nyanyi sungguh menjijik kan..." HAHAHAHAHA mekchu bantai tergelak.. pandai nye ko gunakan perkataan tu..

Iye ke jijik? kalo iye, tak de la papa tercalon nak jadi vocalist hari tu.. mama dengar sedap aje..



Tak de la teruk sangat kan? Boleh la kalo nak cuba buat band nyanyi kat depan CM :)

Lepas habis nyanyi, terus mereka berbual-bual..

luahan hati seorang anak mungkin.. hahahaha.. 

yeyyy.. abg mi dah tak moody lagi.. 

Siap2 pam susu letak dalam botol.. dah agak susah nak bf kan wawa sebab baju tu ketat.. Pam 4oz mmg tak cukup.. kena jugak lah menyingkap dalam keadaan ketat... hahaha..

Dah habis, harus ada acara amek gambar ramai-ramai.. segan pulak nak menyibuk.. biar papa-jib ngan mi-cah je yg pegi.. mekchu & az tunggu kat dalam aje..

tu anak siapa yang dah lepas ke padang golf tu... 

versi penuh dari cameraman.. carikla papa-jib dgn abg mi kalau terror.. 

Dan sebelum balik...

 ini lah az.. kalau tak de dia, memang la mekchu tak join.. 

 kenapakah mekchu nampak gemok? atau papa-jib yang dah kurus? dah pakai baju ketat pun nampak gemok.. tak puas hati ni.. 

dan gambar kami anak beranak.. kakakaka abg mi dah pengsan.. 

Yeyyy.. seronok dapat ke luar negeri :)

 by mekchuN (^_^)

Monday, January 14, 2013

Hari ni birthday Tuanku

Baru pulang dari istana..

Ke-capek-an sebab dah lama tak duduk lama-lama.. selalu penat sikit je terus carik port nak baring macam x de tulang belakang...

Ok la tew.. dpt bersosial setelah hampir 3 bulan khennnn...

Gambar lain later-later aii update okay..


Sunday, January 13, 2013

Check-up #habibinajwa 2 months

Minggu depan baby wawa dah masuk 3 bulan.. tetiba teringat entry check-up 2 bulan tak up lagi..

Semenjak habis pantang ni, susah skit nak lekat kat rumah.. itu yang mood dah agak ke laut nak update blog.. tak macam dalam pantang dulu memang mengadap habis.. tiba-tiba rindukan masa berpantang.. apakah?

ingat dah kurus sangat la tew kasi posing dari sisi.. puiiiii... masih banyak yang tersembunyi..

apa lagi keje budak di bawah umur 6 bulan kan.. memang tido aje lah.. 

tiba-tiba nursing cover dah berbalut kat badan.. sejuk derr...

Ini sementara tunggu turn.. ishh ramai pulak budak demam hari tu.. Kalau tidak, tak sempat panas vontot nama dah kena panggil..

bersama anak-anak.. ecehh dah bleh pakai perkataan anak 2 kali

 my tripple NAJ with love.. hahaha..

katanya muka mereka sama.. iye ke?

Check-up kali ni selain baby wawa kena cucuk untuk 2 bulan, dia jugak kena makan ubat rotavirus. Sebab abg mi kan pernah cirit birit sampai kena warded. Tapi kes dia bukan rotavirus, cuma dehydrated aje.. ala, lebih kurang sama la tu kan simptom dia.. Serik dah kot tengok anak sakit macam tu.. Jadi kami ambil peluang kali ni bagi baby wawa ubat rotavirus siap-siap.. sambil tu kena lah jugak hati2 kan..

Ubat rotavirus ni kena makan pada bulan ke-2, 3 dan 4 (3 bulan berturut) dan bayaran RM120 kalau tak salah. Atau bulan ke 5,6 dan 7 macam tu kot..

 2 bulan berat 4.8 kilo aje.. halus je kan #habibninajwa kami ni.. 

 sengih2 sementara tunggu nurse amek ubat rotavirus.. 

 oo yeahhh... kejap lagi kena cucuk dan kena makan ubat.. 

 zebra tumpang lalu atas perut.. 

Bulan depan tak de cucuk, tapi kena datang continue makan ubat rotavirus lagi..

dah setel.. nak balik rumah daaah... 

Seronok kan bawak anak timbang.. boleh tau dah berapa berat dia.. tambahan memberat dengan susu sendiri kan.. tak ternilai kesyukurannya..

by mekchuN (^_^)



   


Thursday, January 10, 2013

Blog mekchu tercalon untuk World Bloggers and Social Media Awards 2013

Mekchu tawu korang mesti gosok-gosok mata 2-3 kali kan bila baca tajuk tu.. sama lah kiteee..

Kurang alert pasal award ni (vavavava award ngko. Gigil pulak tangan nak menaip). Atau mungkin mekchu terlepas pandang. Tahu ni pun dari salah seorang reader yang komen pada entry sebelum ni..

Banyak betol kategori yang ada.. Boleh tengok kat sini.. http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards



Dan blog kuning oren kesayangan ni tercalon untuk kategori Favourite Lifestyle Blog bersekali dengan blog2 terheibat dipasaran macam blog haniszalikha, xiaxue, beutifulnara.. adoiii macam mana blog picisan mekchu bleh nominated ntah laaa..


Terima kasih sangat2 pada reader semua yang menyokong hobi suka-suka ni sehingga tercalon dalam award yang tersangat lah hebat ini..

"Tak kisah lah siapa pemenang dia.. Saya dah tercalon ni pun dah rasa bertuah sangat dah.." ~ ayat bajet kalau diinterview.. hewhewhew tak kuasa mak!

Kalau korang sayangkan mekchu sesekali apa salahnya tolong vote.. hahahaha.. http://www.socialmediaweek.com.my/2013/awards/category.php?id=17#target

@ain_azahar dan @aisahaziz dah vote.. (tiba-tiba guna id instagram korang).. kikiki..


Terharu + blushing + senyum sampai telinga...

Wednesday, January 9, 2013

Main salin-salin baju

Sunyi pulak bila abg long mi-cah g skola.. selalu ada je dia kat tepi dgn macam2 kerenah..

Bila abg mi kat skola, mula lah menyakat baby wawa.. teringat ada banyak beli baju2 #habibinajwa tapi tak pernah try. Ye la, kalo kecik bleh g tukar kan...

Dan ini lah aktiviti kami pagi tadi. Masuk baju yang ke-5 baby wawa mengamuk.. hahahaha..

Harapkan baju baru je banyak tapi kalau tak berjalan ke mana-mana tak best jugak kot papa-jib (^_^)...

Ok, itu adalah tujuan sebenar entry kali ni..

Tuesday, January 8, 2013

Abg mi-cah, sekolah dan dialog

Tak de mood nak cerita benda lain sebab sekarang memang fokus pada abg long mi-cah ni semata..

Di hari ke-3 sekolah = Jumaat lepas.

Hari tu kami gunakan pendekatan kentalkan hati.. Mekchu pujuk dan siap kan dia... Papa-jib hantar gi sekolah dan terus gi keje tanpa toleh2 lagi.. kalau mekchu konpem berkali-kali toleh dah tu.. huhuhu.. Sebelum tu pastikan abg mi salam dan tinggalkan pada cikgu dia.. Memang menangis la.. nak buat macam mana lagi kan..

Time rehat sms cikgu dan cikgu kata dia menangis kejap aje.. elok main dalam kumpulan masa tu.. legaaaaa nya hati masa tu..

Datang sekolah setengah jam awal nak jemput anak balik.. menjemput anak dari sekolah adalah sesuatu yang sangat-sangat-sangat mengujakan... serius i'm sooo excited..

dan ini lah abg mi lepas habis waktu sekolah.. lebih baik dari hari sebelumnya.. mungkin sebab pakai baju hard rock Jakarta gi sekolah kot.. hahaha.. 

Lepas tu, bawak gi makan mcd sebagai upah dia untuk hari tu.. Masa tu mulut dia tak berhenti2 cerita pasal sekolah dia.. ohhh indahnya waktu tu..

 bersungguh-sungguh dia makan.. ini konpem tak selera makan masa kat sekolah..

Bila tanya "abang makan apa kat sekolah tadi?"
"Mi makan nasi kempit dgn kuah kacang... papa suka lah tu.."

Kahkahkah.. nasi kempit ko yeee... tau je dia itu memang favourite papa-jib dia..

 lepas tu soh bg report kat papa-jib bagi tau dia baik dan menangis kejap aje.. sambil tu sempat mintak menan steamroll.. 

nampak dah beso btol anak bujang ni.. 

Boleh tak nak dia umur 3 tahun je sampai bila-bila? sebab 3 tahun tu adalah masa yang paling best rasanya..

Dan ini abg mi di hari ke-4 sekolah = hari Isnin..


Misi adalah GAGAL.. dah elok siap mandi, pakai baju semua.. bila tiba nak pakai kasut masuk kereta, dia gi nyorok celah meja kat tepi sofa tak nak keluar.. menangis meleleh-leleh macam kena cubit.. air mata leleh, air hidung leleh... lepas pujuk dalam 15 minit, dia lari masuk dalam bilik pulak menyorok belakang pintu bilik..

Kami tak nak menggunakan kekerasan.. Pujuk dengan cara yang paling sabar kalau boleh.. tapi tak jalan dengan alasan...

"Boleh tak mi cuti hari ni... mi rasa badan mi ni nak demam.. penat sangat..."

Itu lah penangan bila dah cuti hari Sabtu dan Ahad.. masa tu kan, ya Allah tension nya rasa... terasa diri ni macam tak guna sangat sebab tak berjaya pujuk anak sendiri pegi sekolah.. down gile!!

Kemudian, abg long mi-cah di hari ke-5 sekolah..

Lepas solat subuh, tarik napas panjang2 dan mula kan semula operasi memujuk abg mi mandi dan pegi sekolah.. Kali ni dia tak nyorok belakang pintu, tapi dia lari keliling rumah.. pagi-pagi dah berpeluh dok mengejar dia..

"Mama biarkan je la mi kat sini... mi nak duduk sini sampai malam.. semua tak sayangkan mi.." ~ ayat yang rasa nak kesian atau nak gelak?

Dan papa-jib terus menggunakan kuasa seorang papa.. terus dokong dia bawak masuk kereta.. sambil tu tangan lambai-lambai ke arah mekchu..

"mama... jom la ikut mi.. jom laaaaa..."

Bila mekchu sambut tangan dia terus dia tarik tangan mekchu dan cium pipi, dahi dan cakap...

"mama, jaga diri baik-baik ye.. jaga adik baik-baik ye..."

Dalam hati dah menggeletek.. tapi ku tahan jebat!!!

Selamat pun habiskan waktu sekolah.. Lepas dah amek dia, terus bawak pegi main lompat2 sebab dah janji..


tiba-tiba mama dia nak enterprame dalam cerita ni kannnn... 

Setiap pagi akan berdebar.. setiap hari akan menimba pengalaman demi pengalaman dalam membesarkan anak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...