@churalliya

Thursday, January 28, 2010

Think +ve


Tak salah kan kalo kita berfikiran positif.. pikirkan yg elok2 je sudah.. kalau kita berfikiran positif, kitalah manusia yang paling untung dan paling bahagia di dunia!

Topik ni mmg sesuai sgt dgn condition sue sekarang nih.. mmg kena batang idung sendiri la.. (ada batang idong ke? hahaha..).. meh kita baca bagaimana cara untuk berfikiran +ve dan apa pekdahnya??

1. Optimis
Maksudnya yakin setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti yang dimahukan, tak kira cemana susahnya halangan yang ditempuh. Ini juga termasuk tak mudah menyerah kalah tak kira berapa besar dugaan, krisis dan masalah yang menimpa.

Ini merupakan sikap yang paling utama. Bila sikap optimis dah ada, sikap-sikap +ve yang lain akan turut serta dengan sendirinya..

2. Bersangka baik dengan sesiapa saja
Niatkan dalam hati untuk bersangka baik kepada semua orang tak kira tua, muda, jahil, alim, boss, orang bawahan, orang islam mahupun kafir. Walau bagaimanapun, tetapkan dan asingkan yang hak dan yang bathil.


3. Elak perasaan negatif dan hati yang busuk
Janganlah kita menyangka yangka kita adalah yang terbaik. Ingatlah Allah yang maha sempurna. Jangan mencari-cari kesalahan orang tetapi belajarlah dari kesilapan yang dilakukannya, nescaya kita akan selamat dan dilindungi dari sifat kebanggaan.


4. Bersantailah seadanya
Janganlah terlalu seruis sehingga tiada masa untuk berehat dan bersantai. Berikan masa untuk merehatkan diri walaupun sedang bekerja. Terlalu serius akan membawa penyakit stress yang akan membuat kita hidup hanya untuk bekerja. Lemparkan senyuman secara ikhlas kepada rakan dan sekiranya membuat silap, sungguh-sungguh mengubah dan memperbaikinya.


5. Jangan terlalu emosi perihal cakapan orang
Kita tidak boleh menghalang rakan-rakan kita membicarakan hal kita, kerana kita belum sempurna. Tetapi jangan dijadikan perkara ini untuk mewujudkan seteru. Teruskan bekerja dengan ikhlas dan doakan mereka berubah. Sekiranya perlu, dapatkan nasihat dari rakan yang lebih berpengalaman.


6. Jangan menyalahkan orang lain
Apa sahaja berlaku pada setiap kali, cari lah punca kesalahan pada diri sendiri dan bertekad untuk mengubahnya. Kita berkuasa untuk mengubah sikap dan pemikiran kita tetapi sukar untuk mengubah pihak yang lain.


Jadi apa tunggu lagi, hari ini jom kita fokus untuk melihat semua benda daripada aspek positif. Semua situasi dan perkara yang berlaku hari ini kita pandang sebagai positif saje.. boleh? dan percayalah hari ini akan menjadi lebih ceria berbanding hari-hari yang lain.


Apa?? minggu ni pegi shoppppping?? huhuhuhu... kenalah fikir yang indah2, yang baik-baik je kan.

9 comments:

Capo Grande said...

mak2 tiri kalau dah bg nasihat mmg banyak typo...hehe...thanx chu, mcm ko ceritakan pasal aku je ni???

sila ulas....

Bapak Gonjolong said...

Utk isteri tercinta, jom kita shopping minggu ni...

Nurul Nuridah said...

baaaiikkknyer bapak...

mekchu said...

wah.. daku terharu.......

Zaimah Noh Viruspadu said...

saya kan ada... nak mintak tolong saya bila2 je pun boleh :p , eh tp kalau malam2 takleh keh keh keh

mekchu said...

baik la kak jemah ni.. komen la terus kat blog saya ;p

QasehnyaRania said...

think +ve don't think -ve...kan mekchu...I'ALLAH

QasehnyaRania said...

think +ve don't think -ve...kan mekchu...I'ALLAH

QasehnyaRania said...

think +ve don't think -ve...kan mekchu...I'ALLAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...