@churalliya

Friday, December 23, 2011

A Famosa Animal World Safari - Good Information

Sendiri tulis, sendiri puji good information konon.. kah kah kah..

Merana jugak hari tu carik2 info tak jumpa.. beruntunglah sape2 yang nak pegi sana lepas ni.. mekchu dah siapkan info2 penting. mekchu ni kan memang baek hati :)

Harga Tiket A Famosa Animal World Safari
Awas! Harga tiket adalah berbeza sama sekali terutama musim cuti sekolah. Harga tiket kalau nak beli terus kat pintu masuk adalah RM49 dewasa, RM39 kanak-kanak. Tapi kalau bermalam kat hotel sana, anda amatlah digalakkan beli kat hotel terus. Hanya RM35 dewasa dan RM25 kanak-kanak. Berbeza kan harga dia.. Tapi kalo nak beli gitu2 kat hotel tanpa bermalam memang tak boleh.

Map kat dalam sana.. 

Boleh la tengok sekali imbas.. ada 3 tempat makan yang korang boleh pilih.Toilet pun bersepah.. Kawasan bersih dan banyak tempat duduk..

Masa Show
Elephant Show - 10.15am & 4.30pm
Multi Animal Show - 11.20am & 3.00pm
Bird Show - 12.00pm & 3.45pm
Wild Wild West Show - 2.15pm

Sila rancang perjalanan anda :)

Masuk segala show tak perlu bayar apa-apa dah... Safari truck tu pun tak payah bayar..

Harga Penginapan
Ok, ini mungkin tak sama lah kan.. Mekchu cerita mengikut pengalaman mekchu hari tu la ehhh...

Kami stay di D'Savoy Condotel. RM388 untuk 1 malam. Apartment 2 bilik (ada 2 katil queen, dan 2 katil single). Sesuai untuk 6 org dewasa.. Tapi kami ada 7 orang, kesian abg long tido atas kusyen :)

Ada banyak lagi penginapan kat dalam tu macam Beverly Hills Condotel, Villa D'Faro, Villa D'Amour, Villa D'Lagos.. ishh banyak lah villa a.k.a bangloo untuk disewa.. tp kena cepat sbb mmg selalunya full house..

Map A Famosa keseluruhan

Simple Itinerary
Kalau korang sukakan yang simple, boleh lah jadikan sbg panduan..

1st day
12.30 pm : Sampai terus amek tiket kat hotel dulu. Pas tu terus ke A Famosa Animal World Safari. Kami berkumpul dalam pukul 12.30pm mcm tu.. Parking kat sana banyak. RM3 per entry. Kat entrance nanti kena tukar tiket tu kepada wristband dulu. Untuk kanak-kanak, ketinggian atas 90cm dah kena bayar..

1.00pm - 5.00pm : So ada banyak masa untuk jalan2 kat dalam Animal World sebab hanya boleh check-in hotel selepas jam 4 petang. Jalan2 kat dalam tu mmg tak perasan masa berlalu. Sila rujuk entry ini dan ini untuk mengetahui apa aktiviti yang boleh buat kat dalam tu.

5.30 pm - Check-in hotel.. lepak2 makan2 dan rehat2..

8.30 pm - Keluar gi carik makanan. Hujan dan makan dekat2 aje pon..

apartment yang besar dan selesa.. ok lah, siap ada dry kitchen, wet kitchen.. tp kekurangan kerusi pulak.. nampak mana mi-cah duduk?

mekchu tak de snap2 gambar apartment tau.. sbb bila masuk je bilik semua kelaparan dan seterusnya kepenatan.. masa nak snap keadaan dah berteraburan sana sini.. betul2 ada gambar mi-cah ni sekeping je :)

2nd day
9.00 am - mandi2 pool
12.00 pm - check-out

Simple kan? Bawak anak kecik mmg payah sikit kalo nak berjimba-jimba sangat.. Semua perlu ada had sblm dia meragam..

Sebagai tambahan, boleh lah tambah aktiviti untuk ke Water World untuk hari ke-2 dan ke Cowboy Town pada sebelah malamnya.

Selamat mencuba..

7 comments:

amirah said...

pasni nak gi animal world lak

CaDLyNN said...

wooo...nak pi bercuti jugek...mood jeles :p

mummy_ayu said...

Ayu dah 2 kali gie holiday kat A' Famosa..memang best..Cowboy town dia, safari world dia..water world pun best..semua best la..kalu ada peluang, nak gie lagi nanti...

Bitt (double IS) said...

situ best mcm2 aktiviti ada...tapi kalo hujan tu yg lemauu tuhh :)

Ako Retna said...

ooo mekcu x masuk cowboy town ek?
ok ok.. kita pun bakal stay kat situ dgn harga yg 2X ganda mahak utk SEMALAM... cekik darah sngguh!!

tapi dapat la 6 tiket FREE utk masuk salah satu tempat tu.. ok la kan ;)

Mimy Hamid said...

aku hari tu gi sini just lepak lepak je...tak pegi pun Afamosa park tu sebab aku takde anak kecik..kawan yang lain je gi...kat sini 1 malam je cukup...hari 2 bosan ..hehe

puanstoberi said...

Owhh...ai pi sini tahun 2002 dulu. Pegi masa da last kat Melaka tu. Gi ngan bf lagik (ketika itu, ketika ini da jadi ex-bf lah). Giler lama dah kot tak pegi. Nati lah..bebila org da sebuk sekolah, da takde cuti byk2, bleh la pegi ujung minggu kan. Huhu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...