1. Ladang Teh Cameron Valley
Lepas b/fast, terus ke Ladang Teh Cameron Valley. Tapi kitorang panggil Ladang Teh Bharat.. ajak papa-jit pegi kat Sg.Palas tu tapi macam kena pusing balik jauh lah pulak.. mabuk semalam pun belum hilang lagi.. Lagi pun banyak kenangan tempat ni.. ecehhh tak bleh la nak gebang kat sini kannnn..
Good morning cameron :)
me at 17 weeks.. bam bam tapi edisi boleh dimaafkan lagi kot
happy 7 anniv my darrrling.. 7 tahun 1 hari :)
tengok mi-cah kalau dengan papa dia.. kemain lentok..
Lepas tu anak bujang dah tak keruan.. nak pegi ladang teh katanya, nak tengok lori.. dan mama dia lah jadi peneman sebab papa-jit dah order teh tarik se-chawan :) Maka berjalan beriringan sambil berpimpin tangan lah anak beranak itu..
captured by mi-cah.. sebenarnya dah turun 3-4 anak tangga.. tp licin la pulak.. mak ngeriiiii...
Dapat lah petik selai daun teh kat tepi tu.. nak petik lagi tapi mi-cah marah.. dia kata tak baik petik2 daun.. baekkkkkkkk!!!
Tonggek jugak la montot bila nak mendaki balik.. mi-cah ajak lumba lari.. tak dapek den nak nolong.. kami kat situ sekejap je.. tak smpai 30 minit kot..
Last captured sebelum balik..
Sebenarnya ada kedai baru bukak kat situ2 jugak.. so, singgah lagi nak tengok apa yang best (walau pun tahu asas daya penarik adalah teh tarik). Cuma kat situ dia adds-on ada kedai2 cenderahati..
bestnya kalau dpt turun bawah tu..
sampai kena paksa kalau bergambar dengan mekchu.. kuat tu sbnarnya pegang tangan dia tak nak kasi dia lari..
Habis lah edisi ke ladang teh..
2. Sekitar pekan Tanah Rata
Papa-jit ajak singgah kat Mardi sebab dia kata masa kecik2 dulu rombongan sekolah pernah bawak pegi situ.. layan.... lagi pun masih awal lagi sebelum check-out.. Tapi Mardi tutup lah pulak hari Isnin.. adoiiiiiiyainyapun.. masa tu terrrrnampak sungai cameron yang mengalirkan air sungai bewarna oren.. oren okeh bukan kuning.. dan terus erkkkkkkkk!!!!!
Alang2 tu, singgah lah kat mana ntah ni.. nampak ada minah indon sibuk bergambar kat situ sebenarnya.. ingatkan ada lah yang menarik kat situ.. rupanya buah-buahan gergasi ni sajork.. hahaha..
kena letak jugak gambar ni sebab papa-jit nampak begitu kurus sekali.. ehemmmmm...
Panas okeh kat situ.. mekchu duduk je kat bawah pokok.. tak kuasa nak peluhkan ketiak.. Lepas tu balik hotel, relek2 kejap dan terus check-out..
3. Strawberry Farm, Brinchang
Kami punya pit-stop memang mengikut lokasi. Makna dia, singgah apa yang jumpa dulu sepanjang perjalanan nak turun. Maka, jumpa strawberry farm ni dulu sebelum jumpa tmpt makan.. Ahkak redha walau pun perut dah lapoooo...
aura baby girl katanya.. harusnya ada munge-munge.. kikikiki...
sorang sibuk dgn rose.. sorang taksub dgan cactus.. bagus..
Mula-mula memang nak gi petik sendiri strawberry.. tapi disebabkan 3-3 pun tak suka strawberry, maka hasrat itu terbatal dgn sendiri.. petik memang seronok, lepas tu siapa nak makan? Bawak turun nanti konpem dah mashemmmmm... baik biarkan strawberry tu memerah kat situ dan bagi orang yang lebih memerlukan untuk petik dan makan..
kalau tak percaya tengok tu.. mekchu pilih yang paaaaaling kecik utk rasa.. lepas tu errrkkkkkk... cannot go anymore..
just makan ice-cream strawberry sebagai syarat dah sampai cameron... itu pun satu cawan share bertiga.. pun tak abis..
Jadi, memang seulas strawberry pun kami tak bawak balik.. ada beli jagung madu dengan keledek madu je bawak balik.. itu memang terbaekkk sebab manis sangat.. len kali nak kirim jagung/keledek/kentang madu kalo sape2 gi cameron.. Boleh?
4. Makan kat Food Court Brinchang
Dan tiba lah masa makan.. yaaribbbaaaa...
Cop!! Ini bukan mekchu yang melayan tau.. ini anak bujang sorang tu punya keje.. atau mungkin jugak kena paksa amek kan gambar. kalau tidak kena tembak.. hahaha.. tu nampak mekchu sibuk pilih lauk kat belakang tu..
Lepas makan, baru ada senyum.. Jom kita teruskan misi...
5. Cactus Valley
Nak masuk cactus valley, sila bayar RM4.. ehhh bukan dulu free aje ke? Dan mula lah kami mengira anak tangga.. ohhhhh semua2 pun bertangga.. semput...
yessss.. ada pun gambar kami bertiga.. mntak tolong pekerja situ amek kan.. lepas tu habis bertanah camera.. hehehe..
disebabkan semua2 pun kena panjat tangga dan mekchu adalah feremfuan fragile, maka ngko duduk diam2 kat situ..
pemandangan dari atas... sangat tercemar.. semua pun nak digondolkan.. kesian pokok, kesian cengkerik, kesian anak2 kecil..
bawak datang sini suruh dia tengok cactus.. tapi dozer bawak tanah juga yang dia kagum kan.. haisshhhh...
mi-cah panggil ini cactus awan nano.. hahahahaha...
Lepas tu, pegi kat seberang cactus ni pulak.. yang ada banyak2 bunga tu lah..
mama ngan papa jadi perantin.. puas pujuk mi-cah suruh snap kan..
dengan papa je dia lentok.. nak lentok je dengan papa..
Alahai, tengok gambar je lah ye.. tak yah caption dah.. cepat sikit siap entry :)
bila mama-chu berbunga...
dia pun nak berbunga jugekkkk.. sampai ke dalam keta tak nak tanggal..
Kat situ dah banyak improvement sekarang.. bleh drive thru kalau nak tengok strawberry.. kitorang nak jugak cuba sebab sesuai dangat lah tu drive thru utk pompuan mok mok ni kan.. tapi bila tengok jalan mancanak tingginya, terus cancel.. tak confident lah pulak sebab pikir takut kereta rosak.. hahaha..
Ok, next please...
6. Butterfly Farm
Yang ini memang mekchu mengaku mekchu yang beria nak pegi.. suka tengok rama2.. dengan harapan banyak lagi rama2 yang tinggal..Tapi, agak hampa sebab dah tak banyak pun yang masih tinggal dan tempat tu pun dah makin kecik..
bila dekat2, takut lah pulak..
nampak kan yg hitam2 melekat kat dinding tu.. yang terbang2 tak banyak pun..
cubaan menghalau rama2 suruh dia terbang.. tp pemalas wooo rama2 kat situ..
sudahnya papa-jit yang terbang...
rekues by mi-cah nak letak rama2 atas tangan.. tapi masing2 geli.. hahaha.. tangkap rama2 pakai kayu dan letak atas cap jek..
Lepas tu dah tak tahu nak pegi mana lagi.. lagi pun cuaca asyik hujan je.. pukul 3 lebih macam tu dah setel semua dan start gerak turun bawah.. Kami memang tidak bercadang nak bermalam lagi kat cameron.. separuh hari pun dah bleh cover tempat2 wajib sebab dekat2 je pon..
Petang tu terus turun bawah dan bermalam kat Ipoh pulak.. plastik muntah dah stand by takut mi-cah mabuk lagi.. tak pun takut mama dia yang mabuk.. tapi elok je turun sebab 2-2 kat belakang fengsannnnn...
Mengah membaca? mekchu lagi mengah menaip.. hahaha.. 5 hari punya draf baru bleh siap publish.. Jadi, sebagai balasan, lagi 5 hari baru ada update baru...
Fuhhhhh siap!!!! #lappeluh