Lepas tengok rama-rama pemalas tak nak terbang tu, pukul 4 mcm tu kami dah gerak turun ke Ipoh.. pergi balik ikut Simpang Pulai.. bukak2 je mata tiba2 dah sampai Ipoh.. mak sukeee sebab tak perlu susah payah tahan mabuk..
Plan nak stay kat Herritage, tapi tak de swimming pool.. terus ke Impiana.. penuh pulak dengan tournament hoki.. last2 stay kat Syuen jek... janji bleh golek2 sudaaa...
Datang Ipoh tanpa sebarang perancangan aktiviti.. terjah je apa yang teragak.. dan malam tu kami keluar makan kat Ipoh Parade sajork.. dekat je kan dengan Syuen tu.. tp ahkak tetap mengah menapak...
Tiba2 dah siang.. misi utama nak carik mee rebus best in town.. tp sebelum tu layan mi-cah mandi pool dulu. memang tak bawak baju berenang dia sbb tak plan pun.. suruh pakai spenda je, tapi dia malu.. dah suruh contohi papa tapi tetap malu.. hahaha..
mewah pagi tu hanya kami bertiga sahaja..
Mekchu ada jugak hilangkan kempunan nak mandi pool.. tapi masuk 5 minit je kot.. sejuk yang amat.. tak kuasa nak gunakan lelemak utk panaskan badan... sayang lemak oiiiii...
sudahnya makan jajan sambil selak2 paper carik gossip...
Agak2 mi-cah dah puas, ajak dia sambung mandi kat dlm bilik pulak.. tak sabar dah nak makan mee rebus :)
Letak je status kat fb tanya kat mana mee rebus yang sedap kat Ipoh dan sekejapan ramai yang reply kata mee rebus ramli..best sangat ada kawan2 yg sentiasa alert macam korang..
Ingatkan jauh la.. rupanya 1km je kot dari hotel.. papago katanyaaaaaa...
dan mee rebus itu telah selamat melalui tekak dan seterusnya masuk ke dalam perut..
Legaaaaa dah dapat apa yang teringin.. habis je makan terus balik seremban.. ohh masih jauh rasanya Ipoh-Seremban walau highway lurus.. ternyata mengandung kali ni tak suka berjalan jauh..
#beruntunglahsuami
Dan begitu lah seadanya cerita ulang tahun ke-7 perkahwinan kami..
12 comments:
hpy annvsry mekchuuu ;)
apa? rama2 malas terbang?? kikiki
kita pun pegi gak CH. jem yg amat sabtu dan ahad tu. tapi nnti nak pegi lagi :-)
tetiap kali balik k.kangsar mesti singgah mee rebus ramli. tp x suka mee rebus suka mihun sup dia je
hihi..nak komen sama cam yg kat FB tu ari.. teheeee
walo mmg orang Perak dan acapkali blk kg lalu kat Mi Rebus Ramli tu, tp tak penah skali pun makan lagi kat situ. Huhu. Kena gak singgah nati :)
wah..best tu gie holiday..Ayu semalam.tapi tak celebrate apa pun...sbb Didi busy.. :-( belated la nanti kot..kalu ada..
baby girl kot
masa nayli dulu pun saya malas nak jalan2 jauh =p
happy anniversary.. iskk.. sedapnya mee rebus tuh~ trus ngidam.. huhu..
hepi anniversary mekchu... terjah ipoh g pdg polo tau, nureen x pernah smpi tp slalu klau blogger trun ipoh sure g pdg polo
sedap ek mee rebus tu?
mi-chah menten cumil
happy anniversary mekchu..sedap eh mee rebus ramli tu? next time k utara saya nak cari..
owhh lama tak makan mee rebus....tetiba mengidam tengok mee rebus mekchu nehh...
tak tahan bab contohi papa ituw..aekkekekke
sedap ;)
Post a Comment